CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 3-11-2008 08:06 AM | Show all posts

Reply #2351 Rosputih's post

kak ros ...
kalau nak tunggu saya balik lama lagiiiii ... kalau ikut jadual & tiada sebarang perubahan ... insyalah saya pulang pada 8 Jan 09 pukul 5 pagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2008 08:23 AM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 3-11-2008 07:57 AM


Assalamualiakum hussain dan semua,

Bilalah agaknya gathering ni menjadi kenyataan ye?

macam nilah hussain, untuk  merasakan lebih eratnya tali silaturahim yang telah terjalin
ibu offe ...

setuju aja..tapi saya pilih di kuala lumpur..

i hope i get response from others..

tunggu kak bay balik? ok no problem..heheh
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 09:27 AM | Show all posts
hey dats a jolly good idea..
nanti kak bay balik dari tanah suci, bes tu
dpt mkn kurma fresh dari tanah suci...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 10:29 AM | Show all posts

Reply #2351 Rosputih's post



Setuju aje...serupa Husain...
Tapi biarlah kat KL...
coz ramai forumer thread UMRAH haji dari KL n Selangor...

pssst...
Tumpang lalu..
Kak Ros kat mana sekarang..KL or Muar..??

[ Last edited by  aziefa at 3-11-2008 10:30 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 10:40 AM | Show all posts
J

Jemaah kita bebas pemeriksaan pasport di Madinah tahun depan

Daripada ZULKEFLI SALLEH

MADINAH 2 Nov. -
Pemeriksaan pasport untuk jemaah haji masuk ke Madinah dari Mekah akan dikecualikan bagi musim haji depan untuk jemaah haji Malaysia.

Konsul Haji Malaysia di Arab Saudi, Khalid Noordin berkata, semua jemaah haji dari Mekah ke Madinah kini diwajibkan berhenti di suatu tempat di panggil Stesen Al-Hijrah untuk menjalani pemeriksaan pasport.

"emeriksaan itu mengambil masa dan pengecualian berkenaan melegakan jemaah haji Malaysia," katanya kepada
pemberita Malaysia selepas mengunjungi Ketua Pengarah Kementerian Haji Arab Saudi sektor Madinah,
Hassan Al-Bakri di pejabatnya di sini hari ini.
Turut hadir Pengurus Besar Kanan Haji Tabung Haji, Mohd. Salleh Abd. Muvin yang juga ketua rombongan haji Malaysia.

Khalid berkata, Arab Saudi bercadang melaksanakan peraturan baru tersebut dan memberi penghormatan kepada
jemaah haji Malaysia sebagai negara pertama kerana disiplin dan urusan haji yang teratur.


Katanya, Arab Saudi memuji tabung haji dan jemaah haji Malaysia kerana menjadi contoh pengurusan haji dan jemaah haji
yang sentiasa mematuhi peraturan dan prosedur haji yang dikuatkuasakan di Arab Saudi.

Katanya, tabung haji hanya perlu menunjukkan dokumen penginapan untuk membolehkan jemaah haji Malaysia untuk menikmati
pengecualian pemeriksaan pasport untuk masuk ke Madinah.

Sementara itu, hampir 4,000 jemaah haji Malaysia telah tiba di Madinah hingga malam ini menerusi 10 penerbangan haji sejak Khamis lepas.

Kota suci Madinah, di mana terletak Makam Rasulullah dan Masjid An-Nabawi dibanjiri jemaah haji dari Turki,
Pakistan dan Indonesia yang datang mulai minggu lepas.

- Bernama

Betoii tu...
Bukan nak puji Negara sendiri..
Contohnya..
Semasa di Raudah..
Untuk Jemaah Malaysia..n Bahasa Melayu memerlukan 2 orang aje jaga..
Sebab kita berdidisplin...suruh duduk...kita duduk..suruh tunggu kita tunggu..
Tapi kalau Jemaah lain..sampai 5 atau 6 orang kena jaga...
Itu pun degil...dalam dihadang pun dia dok lari keluar kat kumpulan yg dah nak dapat masuk..
Kadang kadang tu siap masuk kat kumpulan kita..Bahasa Melayu..
Bila dilihat kumpulan kita dah nak masuk ke Raudah...
Kadang tu ada juga Jemaah Indonesia cakap...Melayu! Melayu !..
Arab!..Arab..! no..no
.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 10:45 AM | Show all posts
Kumpulan pertama jemaah Johor berlepas ke Tanah Suci

JOHOR BAHRU 2 Nov. -
Kumpulan pertama 355 jemaah haji dari negeri ini berlepas ke Madinah dengan Penerbangan Malaysia (MAS) KT 08
pada pukul 6.30 petang semalam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail (LTSI), Senai di sini.

Kumpulan pertama itu merupakan sebahagian daripada kira-kira 2,500 jemaah dari negeri ini yang tersenarai
untuk mengerjakan haji pada tahun ini.

Pengarah Tabung Haji Johor (THJ), Mohd. Sawal Abong berkata, sebanyak tujuh penerbangan MAS yang membawa
bakal haji akan berlepas dari LTSI sehingga 18 November ini.

"enerbangan kedua akan berlepas Isnin ini pada waktu yang sama. Seperti biasa, jemaah perlu datang awal.

"Sementara itu, penerbangan jemaah pertama yang kembali ke tanah air adalah pada 15 Disember ini," katanya yang ditemui di LTSI di sini.

Katanya, setiap kali penerbangan, seramai sembilan petugas THJ ditugaskan untuk mengurus jemaah di LTSI
bagi memastikan segala urusan berjalan lancar.

"Insya-Allah, semuanya berjalan dengan lancar kerana para petugas telah dilatih dengan baik," katanya.

Bagaimanapun, Mohd. Sawal mengingatkan ahli keluarga agar jangan terlalu ramai menghantar jemaah bagi mengelak kesesakan di LTSI.

Sementara itu, pasangan suami isteri, Mohd. Saleh Maskor, 69, dan Siti Rukiah Hasmiran, 60, dari Parit Jamil, Muar,
melahirkan perasaan gembira kerana berpeluang menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun ini.

Menurut Siti Rukiah, dia dan suami mula menyimpan wang di Tabung Haji sejak lima tahun lalu.

"Sepatutnya, kami ke Mekah dua tahun lalu, tetapi waktu itu pak cik tidak sihat, jadi pemergian kami ditangguhkan.

"Alhamdulillah, Allah tetap memberi peluang untuk kami menunaikan haji. Lagipun sudah lama mak cik impi untuk pergi ke sana," katanya


Wah Kak Ros...
Nama Muar naiklah...
Kenal tak Kak Ros..orang kampung Kak Ros ke ???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2008 11:05 AM | Show all posts
Malam nie.. my cousin akan berangkat ke Tanah suci..terasa pulak macam kita yg yg nak gi lagi.. sayu... sedih.. gembira x  dpt digambarkan dgn perkataan... sesiapa yg telah mengalaminya pasti terusik jiwa Semoga sume jemaah haji mendapat haji mabrur.. aminnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 11:21 AM | Show all posts

Reply #2355 aziefa's post

Semua pakat buat kat KL. Saya tengok gambar je le.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2008 11:30 AM | Show all posts
salam...

untuk kak bay.....
selamat menunaikan haji
semoga segala urusan di permudahkan Allah...

hari ni rasa ok dah....
mana tak ryna ni risau aje...

selalu fikir ok kesihatan mak..
lagi satu mak dah la tak makan nasi...
fikir juga cukup ke tenaga nak lakukan ibadah di sana..
tu la asyik tanya suami mak ok ke...

mungkin semua orang macam ni kot...
risau aje...

semoga di permudahkan semua urusan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 12:44 PM | Show all posts
Originally posted by ryeena at 3-11-2008 11:30 AM
salam...

untuk kak bay.....
selamat menunaikan haji
semoga segala urusan di permudahkan Allah...

hari ni rasa ok dah....
mana tak ryna ni risau aje...

selalu fikir ok kesihatan mak.. ...


Ryeena, fikirkan yang positif saja, sambil memanjatkan doa ke hadarat Ilahi.
Insya Allah, ibu ryeea dalam keadaan baik tu dan seronok menjalani ibadah
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 12:46 PM | Show all posts
Originally posted by bayangan_rindu at 3-11-2008 08:06 AM
kak ros ...
kalau nak tunggu saya balik lama lagiiiii ... kalau ikut jadual & tiada sebarang perubahan ... insyalah saya pulang pada 8 Jan 09 pukul 5 pagi.


Kalau bay tak dapat untuk kali ini, kita aturkan satu lagi gathering tahun depan pulak.
Kita pun bukan nak bersilaturahim setakat pertemuan pertama ni saja.  Ada masa dan kelapangan kita buat lagi tahun depan, Insya Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 12:50 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 3-11-2008 10:29 AM
http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/ws.gif

Setuju aje...serupa Husain...
Tapi biarlah kat KL...
coz ramai forumer thread UMRAH haji dari KL n Selangor...

pssst...
Tumpang lalu..
K ...


Zie,
kakak di KL masa ni, ada kerja yang nak diselesaikan untuk beberapa hari ni.

So, setuju ke  kita berkumpul di rumah kakak pada 15 Nov. ni?
Kakak sedia menerima sesiapa saja tamu yang sudi datang ke rumah kakak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 01:22 PM | Show all posts
Aiseyman.. x dpt join lerrr... bnyk sngat jemputan pada tarikh tersebut.. anyway harap menjadi kenyataan.. tengok gambar..pun dah memadai ...teruskan program nie ..former benang Haji n Umrah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 01:38 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by aziefa at 3-11-2008 10:45 AM
Kumpulan pertama jemaah Johor berlepas ke Tanah Suci

JOHOR BAHRU 2 Nov. -
Kumpulan pertama 355 jemaah haji dari negeri ini berlepas ke Madinah dengan Penerbangan Malaysia (MAS) KT 08
pada  ... [/quote

Zie,

Kampung tu lebih kurang 10 km dari kampung kakak dan kakak tak kenalpun mereka

Malam kelmarin kakak menghantar adik dan isterinya di TH Kelana Jaya dan berada hampir 2 jam di situ memerhatikan keseronokan bakal-bakal jemaah haji.  tak terasa ketika tiba di rumah hampiran jam 4.00 pagi.

Ketika itu dalam hati berkata, bilakah agaknya giliran aku yang akan membawa bag-bag besar begitu untuk diatur bersama lain-lain jemaah yang kelihatan sungguh excited untuk ke tanah suci.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 01:48 PM | Show all posts
assalamualaikum..pada sume pencinta tanah suci...

Hanni masuk umah sblh, sunyi sepi je.. rupanya kat sini rancak berborak pasal gathering rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 02:22 PM | Show all posts

Reply #2352 bayangan_rindu's post

kak bay... selamat berangkat ke Tanah Suci ye.. Moga segala urusan dipermudahkan dan mendapat Haji mabrur..

Hanni skrg tgh baca buku Travelog Haji oleh Prof Kamil... dh sampai separuh buku, kat bahagian Jamrah. Ermm sonok baca pengalaman org buat Haji, beza sket dgn umrah kann
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2008 02:25 PM | Show all posts
Originally posted by Hanni at 3-11-2008 01:48 PM
assalamualaikum..pada sume pencinta tanah suci...

Hanni masuk umah sblh, sunyi sepi je.. rupanya kat sini rancak berborak pasal gathering rupanya



Waalaikum salam hanni,

Lama tak nampak hanni.  Meh maii rumah ibu kalau free pada tarikh yang dipilih oleh hussain tu atau ada
ke cadangan tarikh lain?

kepada yang sudi nak datang tu nanti ibu atau kakak beri alamatnya melalui pm .
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 02:34 PM | Show all posts

Reply #2368 Rosputih's post

hanni ada ibu.. perati dari jauh je.. x tau nk menyelit kat mana .

Tula.. hanni tgk ada plan utk gathering ni. Bestnya. so far 15 ni hanni ada 1 jemputan kawin..Insyallah kalo xde aral, hanni teringin nk join ibu dan lain2 bergathering..Sapa yg dh confirm ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 02:44 PM | Show all posts
Originally posted by Hanni at 3-11-2008 02:34 PM
hanni ada ibu.. perati dari jauh je.. x tau nk menyelit kat mana .

Tula.. hanni tgk ada plan utk gathering ni. Bestnya. so far 15 ni hanni ada 1 jemputan kawin..Insyallah kalo xde aral, hann ...


Itulah dah menghampiri musim perkahwinan ni.  Lambat pun apa, tak semestinya punctual, bukannya majlis rasmi...
Ibu pun tak dapat nak confirm siapa yang dapat datang.  Nampak gayanya azie, hussain dan ayahjoe  macam sudi nak datang kalau tak ada halangan.  

Jemputan ibu masih terbuka kepada semua yang sudi, lagi ramai lagi baguskan?

[ Last edited by  Rosputih at 3-11-2008 02:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 04:30 PM | Show all posts

Reply #2370 Rosputih's post

Saya insya-Allah akan berkampung dengan orang kampung di PJ pada tarikh tersebut. Tak dapat join rasanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.069168 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list