alhamdulliah dh sihat baby tu
semoga neno di murah kan rezeki
bahagia till jannah amin amin
“Anak saya dah pulih, terima kasih Nedim dan Nora”[size=0.688em]Diterbitkan: Sabtu, 5 Mei 2018 6:30 AM
[size=0.75em]Keadaan kesihatan adik Adriana semakin pulih
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]BAPA kepada bayi Nur Edriana Maisarah iaitu Mohd Shahril Azman mengucapkan terima kasih kepada pasangan selebriti Nedim Nazri dan Nora Danish yang menanggung kos rawatan penyakit ekzema anaknya yang kini berusia lima bulan. [size=0.98em]Shahril berkata, keadaan kesihatan anaknya sudah beransur pulih selepas mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur. [size=0.98em]"Alhamdulillah selepas dapat rawatan pertama kulit anak saya 60 peratus sudah baik. Pada mulanya rasa bimbang pada usia dia empat bulan kulitnya mula tumbuh biji kemerah-merahan. [size=0.98em]"Lama-kelamaan dia pecah dan merebak ke seluruh badan serta muka. Saya pergi beberapa hospital tapi ubat tidak sesuai," ujarnya kepada mStar Online.
[size=0.98em]Adik Adriana sebelum (foto kiri) dan selepas mendapat rawatan di sebuah pusat perubatan. [size=0.98em]Shahril berkata, dia memuat naik foto anaknya di laman sosial Facebook baru-baru ini dengan tujuan meminta doa orang ramai.
[size=0.98em]Bagaimanapun, posting berkenaan menjadi tular sehingga mendapat perhatian suami aktres Nora Danish.
[size=0.98em]Shahril yang bekerja sebagai pekerja kilang di Kluang, Johor itu mengakui terkejut apabila anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz itu meminta nombor telefonnya untuk dihubungi.
[size=0.98em]"Saya tiada niat untuk minta bantuan mana-mana pihak, saya muat naik di Facebook sekadar minta doa daripada rakan-rakan sahaja agar anak saya sembuh.
[size=0.98em]"Tidak sangka foto itu tersebar di Instagram sehingga Nedim sendiri menghubungi saya untuk menghulurkan bantuan," ujarnya.
[size=0.98em]Shahril bertemu Nedim buat kali pertama pada April lalu. [size=0.98em]Shahril berkata, dia bertemu dengan Nadim kali pertama pada 11 April lalu di pusat perubatan berkenaan.
[size=0.98em]" ada mulanya macam tidak percaya tapi selepas Nedim betul-betul ingin membantu saya rasa dia ikhlas dan setuju untuk bertemu di pusat perubatan itu. [size=0.98em]"Anak saya dapat rawatan pertama di sana dan doktor beri ubat. Insyallah ada rawatan susulan untuk melihat kesan ubat tersebut sesuai atau tidak," ujarnya.
[size=0.98em]Tambahnya, dia berharap dapat bertemu sekali lagi dengan Nedim dan Nora bagi mengucapkan terima kasih terhadap pertolongan yang mereka beri. [size=0.98em]"Saya tidak tahu nak balas bagaimana jasa mereka, saya harap ada kesempatan untuk bertemu mereka sekali lagi suatu hari nanti," ujarnya.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... 8AsTA1gU4Y8QOAXF.99
|