SEKALIPUN kutipan filem Belukar lakonannya tidak mencecah kutipan pecah panggung, namun ia membawa tuah kepada bintang baru, Bront Palarae. Trofi Pelakon Filem Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) lalu menjadi miliknya.
Selepas itu, Bront menang pula Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem pada Anugerah Skrin 2010 (ASK2010). Justeru, boleh dikatakan tahun lalu, dia melakar sejarah peribadi yang sangat memberangsangkan dalam karier lakonan diceburinya.
Atas pencapaian itu, sejauh manakah perkembangan kerjaya Bront kini? Apakah dia turut terkena 'badi' yang pernah membelenggu beberapa pelakon sebaik diumumkan sebagai pemenang? Namun, melihatkan cara Bront, dia seperti tidak bermasalah.
Bertemu dengannya ketika majlis pelancaran filem Bunohan arahan Dain Said, baru-baru ini, Bront berkata, barangkali dia bernasib baik tidak menghadapi sebarang 'badi' terputus tawaran berlakon selepas berjaya meraih dua trofi berprestij itu.
"Entahlah, saya memang tak berasa terkena badi pula. Setakat ini, syukur semuanya berjalan lancar dan kehidupan saya sama saja macam dulu. Saya masih sibuk di lokasi dan tiada apa yang berubah. Jadi, kemungkinan saya tidak terkena badi.
"Apa yang boleh dikatakan, tawaran berlakon yang saya terima sekarang pun semakin mencurah-curah. Malah, kebanyakan karakter ditawarkan juga agak berat. Jujur, saya katakan wujud juga rasa rindu untuk melakonkan watak komedi.
Click Here
"Namun, saya tidak gemar terlalu memilih watak. Ini kerana, menjadi tanggungjawab saya sebagai pelakon menjiwai apa saja watak yang diminta pengarah dengan sebaik mungkin. Tambahan pula, lakonan adalah karier pilihan saya sendiri," katanya.
Biarpun masih boleh dianggap baru dalam industri perfileman tanah air, namun hingga kini banyak tawaran filem sudah diterima Bront. Antaranya Dukun, Anak Halal, Sekali Lagi...Cinta, Bara Jiwa, Lagenda Budak Setan 2 serta tawaran produksi luar negara.
Selesa bersikap merendah diri, Bront berkata, biarpun namanya kini boleh dianggap berada di puncak kegemilangan, dia masih juga menerima tawaran berlakon drama dan telefilem. Katanya, jika ada masa terluang dan tawaran datang, pasti diterima.
"Sepanjang membina karier saya hingga tahap ini, ia bukan mudah. Pelbagai dugaan dan cabaran saya lalui, lebih-lebih lagi pada awal kemunculan pun saya bermula secara bebas. Jadi, usaha harus dilipatgandakan untuk bakat diri dinilai.
"Apapun, saya selesa memastikan setiap watak dilakonkan itu menjadi kerana memikirkan segala hasil kerja saya adalah untuk orang ramai. Oleh itu, haruslah berbaloi kerana mereka yang menyaksikan lakonan saya perlu membayar untuk menonton," katanya.
Ditanya apakah dia tidak kisah namanya lambat dikenali, Bront berkata, biarlah lewat asalkan hasil kerja diketengahkan bermutu serta dapat bekerjasama dengan pengkarya seni terbaik. Menurutnya, walau apapun, dia teringin bekerja dengan Erma Fatima.
"Sudah lama saya menyimpan impian untuk bekerja di bawah arahan Erma. Bukan beliau tidak pernah memberi tawaran, namun setiap kali disuarakannya, ia bertindan dengan masa dan jadual saya. Justeru, terpaksalah saya menolaknya.
"Bagaimanapun, diharapkan peluang saya untuk berlakon di bawah Erma akan menjadi kenyataan suatu hari nanti," katanya. Menyentuh mengenai kerjasama dengan Dain, pemuda berbakat besar ini mengakui mereka sudah lama saling mengenali.
Katanya, dia mula berlakon dengan Dain menerusi filem Dukun yang hingga kini tidak ditayangkan di pawagam. Ujar Bront, dia kecewa juga sebab filem itu masih tidak ditayangkan tetapi dia gembira kerana diberi peluang pula membintangi Bunohan.
Menurut Bront, dia sangat selesa bekerja dengan Dain kerana pengarah itu sangat kreatif dan teliti. Malah, katanya dengan membintangi Bunohan, setidak-tidaknya ia menjadi pengubat dukanya kerana Dukun tidak ditayangkan. Semoga Bunohan berjaya.
16Sept Fundraiser: Come UndiMsia! Bront Palarae & Nadia Heng
11 August 2011 | UndiMsia! | Posted by PusatRakyatLB aka Malaysian Centre for Constitutionalism & Human Rights (MCCHR)
The first two candidates for UndiMsia’s fundraiser Come UndiMsia! have been announced! They are actor Bront Palarae and Miss Malaysia World 2010 Nadia Heng!
A man of many hats. Actor, screenwriter, director and producer. Bront first came to prominence with his portrayal of two characters in Cinta Tsunami. With an uncanny likeness to Johnny Depp, Bront is rather popular with the ladies. His acting prowess was recently recognized when he won the Best Actor award at the 23rd Malaysia Film Festival and also the Anugerah Skrin 2010 (Screen Award 2010) for his performance in Belukar. Follow Bront’s musings on Twitter @Bront_Palarae. Finally, a democracy run by someone who is not only multi-talented but also sizzling hot!
With her long, flowing brown hair and Eurasian looks, Nadia Heng turns more than a few heads wherever she goes. A top student, Nadia graduated as valedictorian of her class and deservedly went on to win the Miss Malaysia World title in 2010. She then represented Malaysia in China for the international title and since then, her days have never been the same. Apart from modelling and emceeing, this multi-talented lass is also a freelance public relations consultant. Known amongst the media and friends to be warm and approachable, she is truly top-class! If your idea of democracy is a beauty with a brain, then look no further. We need better looking leaders anyway. Nadia tweets @nadiaheng.
Two candidates will be announced every day on UndiMsia!’s Facebook page. Stay tuned to find out who they are, and start picking your favourites! Voting begins after the last candidates are announced!