|
Reply #20 queenbee's post
oo..tok paduka..
ada gak adik beradik kami kat situ.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2262 MsCinderella's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2263 kubus's post
tapi tgk dulu la macam mana, kalau thread lady tu dah tak aktif, biaq saja laa...nnt ajak lady masuk sini saja.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bazar masih di takuk lama
Oleh Isma Jamil
20 gerai papan dibina pada 1949 depan Majlis Perbandaran Kangar lambang kemegahan peniaga Melayu Perlis
KANGAR: Bazar Melayu yang terletak di tengah bandar ini sudah wujud sejak 57 tahun lalu dan sehingga kini masih kekal menjadi tempat perniagaan orang Melayu di negeri ini.
Bazar yang berdindingkan papan dan berlantaikan konkrit itu menjadi kebanggaan satu ketika dulu kerana menjadi tapak kepada orang Melayu berjinak dalam dunia perniagaan secara berkumpulan.
Bagaimanapun, selepas 57 tahun tersergam megah di tengah bandar ini, bangunan bazar yang terletak di depan pejabat Majlis Perbandaran Kangar (MPK) itu langsung tidak ada perubahan.
Bangunan yang diperbuat dari papan dan kayu pada 1949 ia terus menjadi nadi penggerak kepada usaha bagi meningkatkan ekonomi dan taraf hidup masyarakat Melayu di Perlis.
Ini tidak dinafikan oleh seorang peniaga yang masih kekal berniaga di bazar itu hingga ke hari ini, Yusof Mat Arof, 74, dari Kampung Padang Kota, dekat sini.
Katanya, dia mula berniaga di bazar itu selepas empat tahun ia dibuka dan pada mulanya hanya beberapa gerai saja yang disewakan kerana tidak ramai orang Melayu yang mahu menceburkan diri dalam dunia perniagaan.
Bagaimanapun, katanya, keadaannya itu semakin lama semakin berubah apabila semua 20 gerai yang ada di bazar habis disewakan.
"Barang-barang yang dijual hampir sama, hanya ada beberapa gerai saja yang menjalankan perniagaan yang agak lain, seperti perkhidmatan gunting rambut dan kedai membaiki radio," katanya.
Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Yusof menjual pakaian tradisional Melayu, kopiah, ketayap, buku-buku agama dan minyak wangi.
Keistimewaan gerai Pak Yusof ialah ia turut menjual kain kapan dan boleh dikatakan hampir semua masjid yang ada di Perlis membeli kain kapan daripadanya.
"Sejak 43 tahun saya berniaga, itulah barangan yang ada di gerai saya," katanya.
Pak Yusof berkata, kebanyakan peniaga awal yang berniaga di bazar itu sudah tidak lagi berniaga atau meninggal dunia selain gulung tikar disebabkan kemunculan pusat perniagaan baru yang lebih moden dan menarik.
Beliau berkata, gerai yang masih ada ketika ini kebanyakannya menjual barang yang sama seperti buku agama dan alat kelengkapan solat kerana barangan lain tidak mendapat sambutan.
Mengimbau sejarah perniagaan di bazar itu, Pak Yusof berkata, berniaga pada masa kini lebih mudah kerana pelanggan membeli barang hampir setiap hari berbanding dulu.
"Dulu pelanggan datang membeli barang pada musim tertentu saja iaitu pada musim menuai padi yang mana orang kampung mendapat wang hasil jualan padi.
"Tetapi kini keadaan sudah jauh berubah. Perniagaan saya di bazar ini mampu bertahan kerana pelanggan datang membeli setiap hari," katanya.
Pak Yusof berharap, pihak berwajib membuat sesuatu kepada bazar yang berusia setengah abad itu supaya lebih menarik dan lebih penting menjadi lambang kemegahan orang Melayu.
"Di sinilah bermulanya peniaga Melayu. Ini menjadi simbol kepada peniaga Melayu dan harus dijaga supaya terus wujud dan menjadi kebanggaan anak cucu," katanya.
Mekanik peralatan alat elektrik, Abdul Razak Syed Azhar, 50, yang lebih 25 tahun berniaga di situ berkata, bazar Melayu itu perlu diberi perubahan dan sentuhan baru yang lebih segar untuk menarik pengunjung.
Katanya, walaupun bazar itu berada di tempat strategik, ia kurang dikunjungi kerana keadaannya yang uzur dan langsung tidak nampak ciri sebagai pusat perniagaan. |
|
|
|
|
|
|
|
askum warga perlihhhhh
apa habaq?
ada ahli baru ka?
welcome lady welcomeeeeeeeee
bro ultra :: sorry takdapat sambut merdeka ngan hang...anak meragam aaa mlm tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2266 the_trooper's post
wasalam uncle troop...... |
|
|
|
|
|
|
|
Waalaikumsalam Troop..
hai cin..
ni bazar melayu yg depan sungai tu kan?
tak perasan la dah tunggai kedai ni saja yg masih berdinding kayu berlantaikan konkrit..
ader kedai pak jais di sini, juai unifom sekolah, kain, songkok..ada lagi ke tak dak, tak tau la pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jj at 4-9-2006 08:48 PM
Bazar masih di takuk lama
Oleh Isma Jamil
20 gerai papan dibina pada 1949 depan Majlis Perbandaran Kangar lambang kemegahan peniaga Melayu Perlis
http://img79.imageshack.us/img79/41/4uta5 ...
: ni la kedai tok aku meniaga kain dulu......
tapi bila anak2 semua dah kerja, depa suruh tok aku jual kedai tu.....
memang dah banyak tahun dah la jual kedai tu...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2269 Bunga_ketela's post
bunga, tok hampa nama apa? kut2 la aku kenai..sbb geng2 situ ramai kawan arwah ayah aku..arwah ayah aku lak meniaga kat market kangaq..duluuuuuu laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya..banyak plak jumpa org utagha tang ni no....
lady asal kat bintong...smp la ni dok kat bintong....
la ni lady ada kat kangaq...balik cuti la...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 Lady_On_Earth's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 Lady_On_Earth's post
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kubus at 5-9-2006 11:05 AM
lady gheja kat mana?
Originally posted by Lady_On_Earth at 30-8-2006 02:19 PM
yup lady dok blajaq lagi..kat gombak...
lupo lakk..dah tanya duluuu..
balik kangaq bercuti kaa? |
|
|
|
|
|
|
|
balik bercuti lah nie.....
7hb ni balik gombak balik...
malam tadi pi pekena ikan bakaq kat kola...sedap la....smp termimpi....
dah la lady ni kuat makan....
hehe....
cin...nak jumpa lady ka?
jom la...mai kita pakat jumpa....
nak mai rumah pun boleh jugak....
kat wang besaq ja umah lady.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by MsCinderella at 5-9-2006 11:12 AM
jom jumpa....hehehhe
cin kat mana la ni...habaq mai sat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #27 Lady_On_Earth's post
kat putra palace....opis kat sini..
esok petang leh kot..sbb org tua meroyan tak ada kat opis..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2265 jj's post
tang mana bazar ni pasai pa aku tak perasan pun..hat dekat the store ka ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2299 mantan's post
tah...haku kupi pes saja....! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2299 mantan's post
sebelah balai polis terapik tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2299 mantan's post
rasanya yg ni depan MPK tu..dekat dengan selekoh depan polis traffic... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|