Edited by te_peng at 2-9-2015 06:03 PM
Irsyad Fatwa Mufti Wilayah
Muqaddimah
Saya telahditanya berkenaan dengan isu tawaf menggunakan sejenis alat moden yang dikenalidengan nama mini-segway ataupun hoverboard.Justeru, dalam Irsyad al-Fatwa kamikali ini akan membincangkan isu ini secara khusus.
Segway /Mini-Segway
Segway /Mini-segway adalah alat moden beroda dua yang digerakkan menggunakan kuasabateri. Ianya telah direka oleh Dean Kamen dan alat ini telah dikeluarkan olehsyarikat Segway Inc.
Untukmenggunakannya, penunggang perlulah pandai mengimbangkan diri dan alat inidilengkapi dengan sensor dan juga beberapa ciri yang lain. Alat ini mampumencecah kelajuan sehingga 20.1 km/j. Kini ianya telah diinovasikan danterdapat dalam keadaan yang lebih kecil dan ringkas dinamakan sebagaimini-segway. Sistem pergerakannya sama cuma ianya tidak mempunyai pemacu sepertiSegway yang asal.
HukumMenggunakan Alat Tersebut
Melihat kepadanas-nas yang Nabi SAW pernah tawaf dalam keadaan menunggang di atas unta, IbnAbbas R.Anhuma meriwayatkan:
Maksudnya:“Sesungguhnya Nabi SAW telah tawaf pada haji al-wada’ (haji perpisahan) di atasunta dan beristilam di rukun dengan tongkatnya”.
Riwayat Muslim(1272), Abu Daud (1877), Al-Nasa’i (173), Ibn Majah (2948)
Begitu jugadengan hadis Umm Salamah R.Anha yang berkata:
Maksudnya: Akumengadu kepada Rasulullah SAW yang aku kurang sihat. Maka jawab Baginda SAW:“Tawaflah belakang orang ramai dan kamu sedang dalam menunggang.”
Riwayatal-Bukhari (1633), Muslim (1276)
Di dalam hadisJabir R.A:
Maksudnya: NabiSAW telah tawaf di atas tunggangan di Ka’abah, sa’i di antara Safa dan Marwah,orang ramai melihatnya dan Baginda dapat menyelia untuk mereka bertanya kepadaBaginda, maka sesungguhnya orang ramai mengerumuni Baginda.
Riwayatal-Nasa’I (2975)
Berdasarkannas-nas, jelas menunjukkan kebolehan untuk melakukan tawaf dengan menggunakankenderaan dan tunggangan (pada waktu itu), tetapi antara sebabnya ialah:
• kerana untukmembimbing orang ramai. • kerana untukorang ramai dapat mengikuti dan mempelajari. • kerana uzuratau sakit.
Justeru, hukummenggunakan alatan tersebut adalah harus.
Pendapat Ulama
Di dalam isuini, terdapat tiga pendapat ulama’ yang utama membincangkannya:
• Pendapatpertama: Sebahagian ulama’ seperti Al-Khiraqi mengatakan bahawa hukum tawafmenggunakan kenderaan atau di bawa tanpa uzur adalah tidak memadai. Ini jugamerupakan satu pendapat dalam riwayat Ahmad dan alasannya kerana Nabi SAWbersabda:
Maksudnya:Melakukan tawaf di Ka’bah adalah solat.
Riwayatal-Nasa’i (2922)
Oleh keranatawaf merupakan ibadah yang berkaitan dengan ka’bah maka tidak harusdilakukannya dengan menaiki kenderaan tanpa uzur seperti solat. [Al-Mughni.Maktabah al-Kaherah, 3/358]
• Pendapatkedua: Yang masyhur adalah memadai dan dikenakan dam dan ini adalah pendapatMalik dan Abu Hanifah kecuali Abu Hanifah menambah sekiranya seseorang itumasih berada di Mekah perlu diulang tawafnya itu dan sekiranya sudah pulang,maka hendaklah membayar dam. [Al-Hawi al-Kabir. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah,4/151], [Al-Majmu’. Dar al-Fikr, 8/27].
• Pendapatketiga: hukumnya adalah memadai dan tidak dikenakan dam. Ini ialah pendapat AbuBakar, mazhab Syaf’ie dan Ibn al-Munzir. Mereka beralasan dengan mengatakanNabi SAW telah tawaf dalam keadaan menunggang.
Ibn al-Munzirberkata: “Tidak diterima pendapat seseorang setelah adanya perbuatan daripadaNabi SAW kerana Allah SWT telah perintahkan tawaf secara mutlak. Maka dengancara mana sekalipun ianya memadai dan tidak harus taqyidkan yang mutlak tanpadalil.” [Al-Mughni. Maktabah al-Kaherah, 3/358]
Tarjih
Setelah melihatketiga-tiga pandangan di atas, kami cenderung kepada pendapat yangmengharuskannya selaras dengan mazhab Syafi’e, Ibn al-Munzir dan ramai lagikerana nas yang sahih lagi sarih (jelas) menunjukkan kearah itu.
Walaupun begitu,beberapa kriteria perlu difahami dan diraikan: • Tawaf secarabiasa (berjalan) jauh lebih afdhal (baik) dan aula (utama) kerana ia merupakanperbuatan Nabi SAW pada kebanyakan keadaan dan juga para Sahabat. • Raikan adabtawaf dengan sebaik mungkin. • Penuhisyarat-syarat tawaf agar tidak terbatal. • Jauhi daririya’, ‘ujub dan niat bermegah ketika menggunakannya. • Jangansesekali melanggar orang ramai atau menyakiti mereka.
Semoga denganpencerahan ini dapat memberikan kefahaman sebaik mungkin mengenai hukum tawafmenggunakan segway / mini-segway
Akhukum fillah,
Datuk Dr.Zulkifli bin Mohamad al-Bakri Mufti WilayahPersekutuan 18 Zulkaedah1436H bersamaan 2 September 2015.
|