CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 22-10-2008 12:51 PM | Show all posts
Originally posted by aily at 22-10-2008 12:42 PM


Azie, cerita akak pulak pasal Jemaah Turki, dorang kebanyakannya besar & tegap. Dia borak dengan akak (guna bahasa isyaratlah  yang dicipta sendiri ) tanya dah dah kawin ke? Pasal akak kec ...

Itulah satu kemanisan apabila berada di bumi Mekah & Madinah dlm hidup ni.. bila dkenang2.. mmg tersenyum sendiri.. nanti org kata sasau plak..okey chau chin chau.. nak g klas tawjid..ni pkul 1.00pm..to be continue....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2008 12:57 PM | Show all posts

Reply #2170 aily's post

Tak boleh nak bayang le, apa isyarat untuk cucu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 01:31 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 22-10-2008 12:48 PM
Kelakarnya...

off topic ye..
Pasal Bahasa Isyarat...
Cerita kawan yang Pergi China..kat hotel
Breakfast...dia beri coffe..
So kawan  minta susu...cakap milk...
Cina tu t ...

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 01:40 PM | Show all posts
Originally posted by aily at 22-10-2008 12:42 PM


Azie, cerita akak pulak pasal Jemaah Turki, dorang kebanyakannya besar & tegap. Dia borak dengan akak (guna bahasa isyaratlah  yang dicipta sendiri ) tanya dah dah kawin ke? Pasal akak kec ...



Nak juga sampuk cerita. Selingankan?   harap mod tak marah...

Lagi satu orang-orang
Turki atau Timur Tengah ni suka belek-belek kain baju kita dan telekung kita.

Komunikasi dahlah guna bahasa isyarat.  Dari isyaratnya kita faham dia  puji dan kata cantik.
Yelah pakaian mereka selalunya sama dan seragam je. tak macam pakaian-orang sebelah asia tenggara.
Tambahan pula telekung yang digunakan memang cantik-cantik belaka berbanding pakaian mereka bersolat.

Ketika umrah ramadan tahun lepas, ada seorang warga Mesir yang solat sebelah kakak membelek-belek dan berkenan sangat dengan telekung yang kakak pakai.

Dalam hati kakak berkata, kalau aku ada bawa pakaian lain untuk solat ketika itu memang kakak hadiahkan telekung itu kepadanya.  Memang terasa ralatnya ketika itu.

[ Last edited by  Rosputih at 22-10-2008 01:43 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 01:52 PM | Show all posts
Originally posted by aily at 22-10-2008 12:02 PM



Mualaikumsalam Kak Ros.

Itulah yang payahnya kadang kadang mereka ni tak faham serta tak dapat sesuaikan diri. Kalau dengan keluarga terdekat macam anak/ibu selalunya dapat duduk sama sa ...


Kakak baru  sekali mengerjakan haji  tahun 1992 yang lalu.
Ada juga menyimpan  hasrat hendak menunaikan haji sekali lagi selepas bersara ni, kalau boleh dalam setahun dua ini..  Semoga Allah SWT mengabulkan hajat kakak  dan suami.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 05:20 PM | Show all posts
Assalamualaikum kengkawan, td jumpa geng nak g haji penerbangan pada 27/11/2008..that means dia akan berada di Mekah sebelum wukuf lebih kurang 8-10 hari.Kalau dia dah niat haji ifrad..pas nak tukar haji tamatuk' bleh ke????Ada forumer benang ni bleh tolong bg panduan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2008 06:24 PM | Show all posts
terima kasih pada semua yang banyak bagi pandangan...
seronok dengar pengalaman masing masing...

masa ibu ryna pergi kursus perdana sabtu dan ahad lepas....
balik tu ....mak bagitau jam dia hilang...
letak dalam toilet....masuk balik nak ambil hilang...
takpe la....bukan rezeki
cuma mak sayang juga jam tu

cuma saya terfikir saya perkara aje dr kejadian ni...
mungkin Allah bagitau sampai masa dan ketikanya saya dan mak akan berpisah
juga satu hari nanti...

kami memang rapat......saya cakap macam ni sebab
jam tu saya yang hadiahkan 7 tahun yang dulu...

walau masih boleh beli lagi......
tapi kejadian tu saya pandang dr sudut tu

sekarang saya lebih tenang dah perpisahan tetap akan terjadi...
walau macam mana saya sayang pun...

Semoga urusan di sana nanti akan di permudahkan...
dan ini lah masanya untuk mak memulakan satu perjalanan
untuk diri dia sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 07:23 PM | Show all posts
Originally posted by ryeena at 22-10-2008 06:24 PM
terima kasih pada semua yang banyak bagi pandangan...
seronok dengar pengalaman masing masing...

masa ibu ryna pergi kursus perdana sabtu dan ahad lepas....
balik tu ....mak bagitau jam d ...


Tersentuh hati kakak membaca posting rina.  

Semoga ibu rina diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, mendapat haji yang mabrur serta  selamat pergi dan kembali ke tanah air, Insya Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2008 08:59 PM | Show all posts

Reply #2178 ryeena's post

ryeena...doakan ibu anda selamat dan mudah dalam ibadatnya...kesian kat ryeena ....tapi kesian lagi kepada ibu ryeena yang sudah tentu merasa kehilangan ryeena masa mula-mula pergi ...tapi yakinlah semuanya akan selamat..ryeena di sini hendaklah sentiasa mendoakan ibu ryeena.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 09:06 PM | Show all posts

Reply #2176 Rosputih's post

sama-lah kita Kak Ros..saya dah daftar selepas balik Umrah hari tu..terasa amat tenteram kalau dapat pegi dgn keluarga sekal lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 09:20 PM | Show all posts
Originally posted by IDB at 22-10-2008 09:06 PM
sama-lah kita Kak Ros..saya dah daftar selepas balik Umrah hari tu..terasa amat tenteram kalau dapat pegi dgn keluarga sekal lagi.


Betul tu IDB, itulah kebahagiaan keluarga yang hakiki yang sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 12:48 AM | Show all posts
Semoga saya mati di TANAH SUCI...insyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 08:02 AM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 23-10-2008 12:48 AM
Semoga saya mati di TANAH SUCI...insyaAllah

Jgan berdoa gitu.. jodoh, ajal maut.and tanah perkuburan adalah ketentuan ALLAH..Ada dengar ceramah ustaz ari tu..firaun ...abu lahab pun mati kat Mekah..tapi masih dlm ???????.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 09:46 AM | Show all posts




Rabu, 22 Oktober 2008 9:28:39 AM
Meningitis Masih Mengancam Jemaah Haji

Menurut Medical News Today edisi 17 Oktober lalu, meningitis masih menjadi ancaman serius jemaah haji.
Hal ini dikemukakan seorang doker senior Inggris yang menjadi tim kesehatan Asosiasi Haji Inggris.
Menurut dokter tersebut,
pencegahan melalui vaksin meningitis adalah sesuatu yang mutlak.

Menurut dokter yang tak disebutkan namanya itu,
berkumpulnya sekitar 3 juta orang dalam waktu yang cukup lama

membuat mudah penularan meningitis, penyakt yang berasal dari daratan Afrika itu.
Sebab, penularan penyakit ini bisa melalui kontak personal.
Meningitis adalah penyakit yang termasuk mematikan.
Badan Kesehatan Dunia PBB (WHO) telah mencermati penularan penyakit ini
dan mengharuskan vaksin `quadrivalent meningococcal` (ACWY) sebelum menuju Arab Saudi.
(Musthafa Helmy)
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 10:45 AM | Show all posts
KAABAH ENGGAN BERGERAK

Mengikuti kuliah bulanan yang disampaikan oleh
ulama' tersohor di negeri ini iaitu Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman.
Beliau
menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak.
Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk
dan insaf.
Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu
berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka
menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil,
memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya. Jika
orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi
orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang.
Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat
datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada
hari itu supaya bergerak menuju ke syurga. Yang menghairankan, biarpun
kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu
malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab
bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh
semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi
kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak.
Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada
lagi beberapa orang yang tidak hadir.
Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar
ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di
dunia.Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang
yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka. Kaabah berkata, ia
tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan
bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah
tawaf di sekelilingnya.
Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang
Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa
orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka.Mereka lantas di bawa
keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 02:03 PM | Show all posts

Reply #2186 haziq_97's post

haziq...bestnya intipati ceramah beliau..terima kasih kerana sharing dgn kita semua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2008 02:27 PM | Show all posts

Salamzz to all

Been sometimes, tak log in, tak pun log in tapi tak reply
tak sempat, just parked nama sahaja...been bz sangat2..

Sapa lagi akan berangkat ye, besides kak bay n hb, wawin's nebor...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 03:05 PM | Show all posts

Reply #2185 aziefa's post

Sekarang ni ada tiga pulak.

1. Meningitis. (Free)
2. Pneumococcal. (Tak free)
3. Influenza. (Tak free)
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 05:19 PM | Show all posts
ISTIDRAJ

ADAKAH ORANG YANG ALLAH BERI KUASA, DIA GUNA UNTUK ANIAYA ORANG YANG
BEKERJA DENGANNYA JUGA DIKIRA SEBAGAI ISTIDRAJ?

Utk dikongsi bersama.....

ISTIDRAJ

Minggu lepas, seorang kawan bertanya "Kenapa kadang kala kita lihat
seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat,
murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".

So, seorang kawan lain pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah
swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu
tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu.

Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat
bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah
menjadi baik.  Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka
sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum
dapat apa yang diimpikan.  Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada
kita.
Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita
akan terus berdoa dan mengingati Ilahi.  Sebenarnya Allah amat rindukan
suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya.  Kalau sekali berdoa terus
dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk
bersyukur pd yg Esa.

Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan.  A very relevant and
interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp
timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti.  InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian
itu tidak diredhaiNya.  Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala
memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),
ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT".
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru
dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya
adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat
kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah
saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari
semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan
sahaja,
bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain.   Tapi, hidup mereka
biasa
sahaja.  Ada yang susah juga.  Kenapa?  Dan bagaimana pula orang yang
seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam
indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan
mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati?  Katanya, alah, orang
lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.  Tak kisahlah!
Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi
Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka
bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!  Secantik-cantik Nabi
Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.  Bila sampai masa
dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj
Manusia yang lupa daratan.  Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah
menyayanginya.  Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu
siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke
kelab malam pun dengan kereta mewah.  Tak payah beribadat pun, rezeki
datang mencurah-curah.  Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam
aku, katanya sombong".

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu
atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak
membinasakannya, Allah berikan dia sayap.  Lalu, bila sudah bersayap,
anai-anai pun menjadi kelkatu.  Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap),
dia akan cuba melawan api.
Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah
swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun
tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu
sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum
mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya
tuhan.  Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?
Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya
disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang telinganya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya
sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta.  Akhirnya dia ditenggelamkan
bersama-sama
hartanya sekali akibat terlalu takbur.   Jadi kalau kita kaya, jangan
sangka
Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala
keraguan yang mengganggu fikiran kita.  Mengapa orang kafir kaya, dan
orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah.  Pemberian yang diberikan
oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.  Rupa-rupanya ianya
adalah bertujuan untuk menghancurkannya.  Untuk apa hidup ini tanpa
keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta
mewah kita katakan itu istidraj.  Orang naik pangkat, istidraj.
Orang-orang besar, istidraj.  Jangan!  Orang yang mengunakan nikmatnya
untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.  Dan jangan
pula kita tidak mahu kekayaan.  Kalau hendak selamat, hidup kita mesti
ada pegangan.  Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita
cari.  Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?  Seseorang
itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang
diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.  Dia akan
mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas
mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian
yang diredhai Allah.  Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan
Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 11:47 AM | Show all posts
Originally posted by HarizAzhari at 23-10-2008 03:05 PM
Sekarang ni ada tiga pulak.

1. Meningitis. (Free)
2. Pneumococcal. (Tak free)
3. Influenza. (Tak free)


Berita dari Indonesia yang ada berkaitan.
Boleh diambil panduan...Bakal Bakal Tetamu Allah..

Jum'at, 24 Oktober 2008 9:56:49 AM
Jemaah Waspadai Influenza

      Jakarta(MCH). Ini peringatan yang seharusnya sangat diperhatikan oleh parajemaah haji asal Madura, khususnya dari Kabupaten Sampang. Pasalnyasuhu Tanah Suci Makkah dinilai cukup rawan bagi kesehatan jemaah. Salahsatunya adalah mudahnya terserang influenza.

"Suhu di tanah suci memang sangat rawan mengundang penyakit, khususnyainfluenza. Oleh karena itu, selama ditanah suci jemaah harus sudahmahir menjaga stamina agar tidak mudah terserang influenza," ujarKepala Departemen Agama Kabupaten Sampang Drs H Abd. Yamin MM yangdikonfirmasi melalui Kasi Urusan Penyelenggara Haji, Hudy Rahayu.

Menurut Hudy, berdasar pengalaman haji tahun lalu, para jemaah Sampangsering kali terserang influenza. Itu akibat perubahan cuaca yang sangatberbeda dengan kondisi di tanah air. "Maka dari itu, sebelum berangkatke tanah suci, para jemaah harus disuntik vaksin pencegah influenza.Itu sebagai bentuk antisipasi dari dinas kesehatan," terang Hudy.

Meski demikian, Hudy tidak membantah bahwa suntik vaksin sebagai upayakekebalan tubuh terhadap penyakit influenza tidak sepenuhnya membantu.Salah satu lainnya yang menunjang adalah bagaimana jemaah menjagastamina tubuh agar tetap seimbang.

"Biarpun sudah disuntik kekebalan, tapi semua tidak menjamin jemaahterhindar dari flu. Untuk itu, jemaah harus pandai mengatur kegiatandan istirahat dengan baik," terang Hudy, seperti dikutip harian RadarMadura edisi Jumat, 24 Oktober hari ini.

Hudy juga mengimbau pada para jemaah agar mempersiapkan obat-obatanyang dipercayai manjur terhadap penyakit-penyakit tertentu yangdimiliki. "Kalau bisa jemaah sudah harus memersiapkan obat-obatansendiri. Agar nanti tidak kerepotan ketika sakit menyerang tubuh,"tukasnya.

Secara terpisah, Penanggung Jawab Pemeriksaan jemaah haji Sampang dr. HTri Budi Waluyo membenarkan hal tersebut. Menurutnya, aktifitas fisikjemaah yang tinggi selama di tanah suci mengakibatkan kesehatan tubuhmenurun. Dan hal itu tidak menutup kemungkinan akan menyebabkan virusinfluenza mudah menyerang tubuh. "Terkadang tubuh kita tidak bisamenyesuaikan. Sehingga mudah sekali terserang penyakit, sepertiinfluenza," terang Budi.

Meski imunisasi influenza tidak wajib dilakukan oleh para jemaah haji,namun dirinya tidak menampik bahwa hal ini merupakan bentuk antisipasibagi para JCH selama di tanah air. "Imunisasi ini tidak wajib, tapi inibisa menjadi bentuk antisipasi bagi jemaah haji untuk mengurangimudahnya terserang virus influenza selama melaksanakan ibadah haji,"terang Budi. (*)

  


Memang suntikan influenza tidak diwajibkan..
Tetapi seeloknya ambillah..especially yang sudah berumur..
Dan juga mereka yang mempunyai kurang daya ketahan badan..
Wallhualam..



[ Last edited by  aziefa at 24-10-2008 11:49 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.519512 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list