CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL: MAWAR

[Copy link]
 Author| Post time 21-9-2015 10:59 AM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 21-9-2015 09:58 AM
amboii... nak pancing iols masuk sini ye?  

iols jawab je kat sini... rumah ibadat kaum Ya ...

idok lerr cik lady..
dah janji tak nak komen benang mana2 kan..

oh i see.....ok
ipo baca tau cita skrip tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2015 11:01 AM | Show all posts
akudansesuatu replied at 21-9-2015 07:57 AM
hok aloh... hang berjaya buat aku tertanya-tanya ..

tak ada la suspen benor..
aku rasa adam tu sanggup tunggu june tu..
terus kan bercerita..tak sabar nak tahu ending
ipo baca as SR gitu kat benang mu tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2015 11:02 AM | Show all posts

cegitu mcm chipsmore plak
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 03:11 PM | Show all posts
sila sambung...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2015 10:07 PM | Show all posts
ok..sambung lagi sementara ada masa terluang ni
"Mila..kau rasa perempuan sebelah Arisha tu..budak yang kita terserempak malam tu ke?" Ina dengan muka pucat cuba bertanya, mata tidak lepas dari melihat seorang gadis di sebelah Arisha. Gadis kelihatan seperti kepenatan tetapi wajahnya masih kelihatan ayu walau rambut agak tidak terurus dan tersisir rapi. Ada helaian rambut yang terjuntai di dahi walaupun rambutnya ditocang ekor kuda.

Mila perlahan berpaling pada Ina di sebelah. "Kau rasa?"

Ina menelan liur. Dia mengamati semula wajah milik gadis itu. Ya, ada iras. "Jangan-jangan...dia tu kakak atau adik tak?"

Mila diam. Dia mula bangun dan berjalan menuju ke meja Arisha yang masih bersembang dengan gadis itu. Ina pula hanya mengikut Mila dari belakang.

"Assalamualaikum.." Salam diberi. Mila mengukir senyum walaupun terasa seperti dipaksa. Matanya tidak lekang dari memandang gadis di sebelah Arisha.

Arisha menjawab salam Mila. Tak sangka, dia berjumpa dengan Mila di restoran itu. Matanya melirik pada Ina, teman setia Mila selama belajar di kampus dan dalam kelas juga, Ina dan Mila memang kamceng.

"Dah makan ke atau baru nak makan?" Mila bermukadimah. Walau Arisha yang ditanya tetapi mata masih melekat pada gadis di sebelah Arisha.

"Oh tak..aku datang ni nak jemput kawan aku ni. Oh ya, kenalkan, ini Mawar. Mawar, ini Mila dan Ina." Arisha menjawab bersahaja. Dia dapat melihat reaksi Mila ketika ini. Pucat dan agak kebingungan sedikit riak mereka berdua. Apakah Mila sudah tahu yang Ikram sukakan Mawar?

"Mawar?" Mila berkerut kening, dia pandang Ina dan kemudian berpaling semula ke arah Mawar dan Arisha.

"Ya..nama hamba Mawar." Mawar turut mengukir senyum.

Tercengang Mila dan Ina mendengar kata-kata dari Mawar. Hamba? Apakah dia salah dengar atau sememangnya gadis itu berbahasa begitu? Lama wajah Mawar ditatap. Dia cuba mencari persamaan dengan foto gadis yang pernah dilihatnya dulu.

"Err...tadi awak cakap..hamba?" Mila ulang semula kata-kata Mawar.

"Mila, Ina, aku balik dulu. Mawar, mari!" Arisha cepat saja tarik tangan Mawar meninggalkan restoran itu menuju ke kereta. Dia tidak mahu lebih banyak soalan yang keluar dari mulut Mila dan Ina nanti. Sudahlah tadi, Mawar membahasakan dirinya hamba. Degil sungguh minah seorang ni! Sudah berkali dia berpesan supaya tidak menggunakan bahasa lama itu.

"Hairan aku..kau dengar tak dia cakap apa tadi?" Mila pandang Ina yang turut tercengang. Terlopong melihat Mawar.

"Ya..dia cakap macam gaya orang zaman dulu-dulu.." Ina mengiakan.

"Kan? Pelik aku...takkan dia nak bergurau dengan kita? Kenal pun tak!" Cebik Mila. "Tapi...muka dia macam..."

Ina menoleh ke arah Mila yang seolah cuba mengingati seseorang. Mungkin apa yang difikirkan oleh Mila sama dengan apa yang difikirnya sekarang ini. "Sama macam Cempaka Sari?"

Cepat saja Mila mengalih matanya ke arah Ina. "Ya, Cempaka Sari."

"Weh..kau rasa Mawar tu adik beradik Cempaka Sari ke? Atau mungkin kembar Cempaka Sari? Atau..." Ina menelan liur berkali-kali. Sudah terbayang di ruang fikirannya yang Mawar adalah jelmaan Cempaka Sari jika benar Mawar itu bukan manusia tapi tak logik pula. Siang buta macam ini, mana ada hantu muncul dan boleh bersembang pulak tu?

"Kau fikir apa?" Mila cuit lengan Ina yang seperti mengelamun. Jauh melayang berfikir.

"Ada ke hantu muncul siang hari?"

Mila yang mulanya kebingungan mula ingin ketawa. Terasa lucu pula pertanyaan Ina kali ini. Dia yang cuba menahan dari ketawa, akhirnya berderai juga.  

"Weh..aku serius ni! Kau sendiri cakap yang Mawar tu macam Cempaka Sari! Malam tu, kita nampak dengan mata kepala sendiri kan? " Ina cubit lengan Mila yang masih ketawakannya. Masih terbayang-bayang di ruang mata, mereka ditegur gadis yang dikatakan bunuh diri itu semasa balik dari perpustakaan malam itu dan rupa gadis itu seakan sama dengan Cempaka Sari. Masih terasa cuak sehingga ke hari ini. Sekarang ini pula, Mawar pula muncul dengan wajah seiras Cempaka Sari.

"Ok..ok. Aku minta maaf.." Mila cuba mengawal rasa lucunya pada Ina tadi.

"Aku dapat rasa yang Mawar tu ada kaitan dengan Cempaka Sari. Macam ni..apa kata, kita siasat hal ni. Foto yang Borman tunjuk kat kita dulu tu, aku rasa masih ada dengan dia. Dia mesti tahu cerita sebenar. Kali ini aku rasa Cempaka Sari tu bukan bunuh diri. Dia mungkin dibunuh." Mila berkata penuh yakin. Dengan cerita yang baru keluar dari 'oven' itu, dia percaya, Ikram tentu berminat dan dengan itu dia ada peluang dekat dengan Ikram. Selagi dia berpeluang seperti itu, selagi itulah dia akan berusaha  memenangi hati lelaki itu.

"Dibunuh? Eh, kau ni pandai-pandai je!" Ina seperti tidak setuju dengan hipotesis dan andaian Mila.

"Kau tak rasa ke yang Mawar tu ada kaitan dengan Cempaka Sari? Tadi..masa aku tenung muka dia.  Sinar mata dia tu...sebiji macam mata Cempaka Sari dalam foto tu. Rupa Mawar tu pun..ada iras Cempaka Sari. Hah, nama pun. Seorang cempaka, seorang lagi Mawar. Kan ada kaitan tu!" Penuh yakin Mila pertahankan pendapatnya.

"Hello cik kak! Dalam dunia ni, orang kata ada 7 orang yang muka sama dengan kita." Ina petik jari di hadapan muka Mila.

Mila mencebik. Hek eleh minah kerek ni. Kata-kata yang sungguh klise! "Aku bukan tak percaya semua tu tapi yang ini aku rasa lain macam. Tak apa, aku nak tanya Borman nanti."

Mila mengajak Ina pulang ke kolej semula. Dia perlu berjumpa dengan Borman. Foto Cempaka Sari yang pernah ditunjukkan oleh Borman dulu seiras wajah Mawar. Cuma dia tidak tahu apa cerita sebenar di sebalik kematian Cempaka Sari.


Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 10:40 PM | Show all posts
tak jadi apa2 plak si mila.. dah berkurun2 die peram mawar putih tuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-9-2015 11:34 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 21-9-2015 09:40 PM
tak jadi apa2 plak si mila.. dah berkurun2 die peram mawar putih tuh..

mila tu kebal.....
bunga tu tak adalah seram bangat....hanya misteri saja
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 12:25 AM | Show all posts
Ipo replied at 21-9-2015 11:34 PM
mila tu kebal.....
bunga tu tak adalah seram bangat....hanya misteri saja

tak seram menda kalo si ipo nampak bunga tu berdarah2 meleleh sampa lantai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2015 02:47 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 21-9-2015 11:25 PM
tak seram menda kalo si ipo nampak bunga tu berdarah2 meleleh sampa lantai

itu saja je aku nak buat gempak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2015 05:24 PM | Show all posts
BAB 9



MAWAR merenung ke jendela. Hujan renyai di luar tampak begitu cantik bila disimbahi sinar cahaya lampu jalan. Bersinar titis hujan turun ke bumi. Rasa tenang melihat keindahan ciptaan Allah. Walau hanya setitis hujan. Melihat hujan menyimbah bumi, fikirannya menerawang pada kejadian pada malam itu. Dalam keadaan hujan lebat dan gelap pekat, dia meredah menyelamatkan diri dari dua penjahat bersenjata. Syukur, dia berjaya melepaskan diri dari rumah itu. Bila tersedar sahaja dari pengsan, dia terus sahaja mencari jalan untuk melarikan diri. Ilmu pertahankan diri yang pernah dipelajari terutama karate dan juga Judo, mudah baginya untuk menewaskan kedua lelaki penyangak itu. Kalau dia ada senjata ketika itu, sudah lama keduanya tumbang di tangannya. Sayang, dalam berhati-hati dan berwaspada pun, dia masih lagi cuai.

Masih segar di ingatan, masa kejadian dia diculik, ketika itu dia baru balik dari pusara kedua orang tua kandungnya dan belum sempat dia membuka pintu kereta, mulutnya ditekup dengan sesuatu. Sesuatu yang berbau kloroform. Bila sedar, dia sudah berada di dalam sebuah rumah di ladang kelapa sawit. Cepat saja dia mencari bunga mawar putih yang dalam genggamannya ketika itu. Pelik melihat bunga itu disimpan dalam almari kaca berkunci dan yang pasti, bunga itu sudah terkena darah. Baru dia sedar, jari manisnya sudah luka berdarah seperti ditoreh. Pedih mula terasa. Tambah lagi ketika itu dia meredah hujan dan bunga itu sempat diambil bersama ketika melepaskan diri dari rumah itu. Entah kenapa, hatinya bagai ditarik-tarik untuk mengambil bunga itu walaupun terpaksa memecahkan kaca almari dan disebabkan bunyi kaca pecah itu juga, dia mengatur langkah seribu bila dikejar lelaki bersenjata itu. Pasrah meredah dalam keadaan gelap gelita sehinggalah dia dilanggar.

Mawar meraup muka. Ikram..itulah lelaki yang melanggarnya dulu.  Bibir mungil Mawar mula mengukir senyum. Matanya masih memandang ke luar jendela. Ikram, nama itu meniti di bibir. Tersenyum sendiri mengenangkan lelaki itu beria mengajarnya bahasa Inggeris dan tidak sangka juga nama yang diberikan kepadanya adalah sebenarnya adalah salah satu nama yang tercatat dalam surat beranak. Namun, mama sudah menukarnya kepada nama lain sebaik dia didaftarkan di sana. Malah, lagak Ikram yang cuba berbohong pada Arisha dan Ezzie tentang pengajiannya di Holland juga turut mengejutkannya. Sekali lagi dia tergamam dengan kata-kata Ikram. Memang benar dia belajar di universiti Leiden tetapi bukan dalam bidang pemasaran.

"Siapa Ikram ni sebenarnya? Macam tahu-tahu je..." Mawar senyum lagi. Tersenyum-senyum sendiri sambil mata masih melihat ke arah luar jendela. Dia perlu berhati-hati dan kekalkan lakonannya yang hilang ingatan. Jangan sampai mereka perasan tentang itu. Selagi segalanya belum selesai dia akan bertahan.

Bilik yang dihuni itu cukup selesa baginya. Arisha memang seorang yang baik hati. Selalunya orang kaya yang pernah dia jumpa, jarang mempunyai sikap seperti Arisha. Ditambah pula Ezzie yang suka membuat lawak bila berbual. Tidak kering gusi dibuatnya.

Fikiran menerawang lagi pada kisah silam. Sedih dan sebak bila mendapat tahu dia sebenarnya hanyalah anak angkat dan dibuang keluarga kandung sendiri atas sebab yang tidak masuk akal. Dia diberi kepada satu keluarga yang sememangnya tiada zuriat sendiri dan sejumlah wang yang banyak turut diberikan untuk keluarga angkatnya berpindah ke luar negara. Hampir 26 tahun berada di bumi asing. Arwah mama dan papa juga sudah menjadi warganegara sana. Di Amsterdam, tepatnya di Leiden, dia dan keluarga angkat menjalani hidup di sana sehinggalah kedua orang tuanya meningal dan disemadikan di sana. Arwah papa telah pergi terlebih dahulu dari mama kerana penyakit paru-paru berair. Mama pula bertarung dengan kanser payudara.

Sebelum mama menghembuskan nafas terakhir, satu rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya menjadi tadahan telinganya. Sebak, kecewa, sedih, semuanya bercampur baur. Dengan kekuatan yang ada, selesai urusan pengebumian mama di sebelah pusara papa, dia kembali ke tanah air bersama satu harapan, satu tujuan dan satu tuntutan.

Titis hujan semakin laju menerjah cermin tingkap. Dari renyai, sudah mula lebat. Puas menikmati keadaan itu, Mawar menapak ke katil. Telefon bimbit yang dihadiahkan oleh Ikram berdering. Tersenyum manis di bibir Mawar melihat nama Ikram terpapar di skrin.

"Assalamualaikum.." Salam diberi, saat mendengar suara Ikram di hujung talian, hatinya berdebar. Jantung mengepam laju.

Kedengaran salam dijawab oleh Ikram, nada suara lelaki itu juga seolah ceria dan gembira. Mawar mula tidak keruan. Dia harus berhati-hati ketika berkata-kata.

"Ya, mahu apa menghubungi hamba?"

"Mawar..lepas exam nanti, saya nak ajak awak ke rumah Pak Andak."

"Emm...boleh saja." Senyuman semakin lebar meniti di bibir. Mawar betulkan duduknya di atas katil.

"Sebelum tu, hujung minggu ni, saya nak ajak awak keluar sekejap boleh?"

Mawar diam sejenak. Mana pula Ikram ingin mengajaknya pergi? Dating ke? Aduh...sudahlah sekarang ini dia sedang menyamar. Malah rakan setugasnya juga tidak tahu yang dia diculik dan masuk hospital.

"Boleh saja tapi mahu ke mana ya?" Terpaksa Mawar bertanya.

"Yes! Nanti saya beritahu. Ok..good night."

Mawar terkesima. Suara teruja Ikram di hujung talian jelas di telinganya tadi. Nada teruja itu cuba ditafsir sendiri. Apakah Ikram sukakannya? Ah..tidak mungkin. Arisha pernah beritahunya tentang Mila yang gilakan Ikram.  "Kalaulah dia pun sukakan aku.."

Belum sempat dia merebahkan tubuh, sekali lagi deringan telefon berbunyi. Kali ini wajahnya mula serius. Serba salah untuknya menjawab panggilan itu. Deringan masih kedengaran.

"Ya.." terpaksa dia menjawab.

"Kita ada masalah!"

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 05:53 PM | Show all posts
hah?....mawar tu berlakon je ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2015 10:48 PM | Show all posts
cengkihgirl replied at 22-9-2015 04:53 PM
hah?....mawar tu berlakon je ke?


Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 11:15 PM | Show all posts
mawar ada enpon?? sah2 la enpon ikram bagi kan..

rakan setugas? terus aku bayangkan die ni polis perisik... special task force
kawannya bini kudin? tak habis2 nak kaitkan ngan dorang kannn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2015 11:29 PM | Show all posts
"Masalah??" Mawar mula resah.

"Ya..minggu depan kita perlu jumpa. Ada hal penting. Arahan pihak atasan!"

Talian diputuskan. Mawar bingkas dari katil dan dia  mundar mandir di dalam bilik itu. Panggilan dari rakan setugas tadi cukup membuatnya merasa tidak tenteram. Selama ini penyiasatannya tidak pernah diganggu oleh mana-mana pihak. Apa lagi pihak atasan yang sememangnya tahu tentang hal itu. Mawar pandang ke luar jendela. Kilat memancar dan hujan semakin lebat.

"Mawar..."

Terkejut Mawar bila disapa Arisha dari muka pintu yang sedikit terbuka. "Er...ya?"

"Tak tidur lagi?"

Mawar menggeleng. Arisha sudah menapak ke arahnya.

"Wah...handphone tu mesti Ikram yang bagi kan? Bertuah awak Mawar. Ikram tu seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Tengok sajalah masa dia jaga awak masa di hospital dulu. Kalau dia tak dapat call awak, mesti dia call saya, tanya khabar awak. Haih..kalaulah saya pun dapat pakwe macam tu.." Arisha senyum meleret.

Mawar menguntum senyum. Ikut hatinya,mahu saja dia melompat setinggi langit jika benar Ikram sukakannya tetapi jauh di lubuk hati dia dapat merasakan yang Ikram hanya menjalankan tanggungjawab saja kerana sudah melanggarnya dulu dan menyangka dia sudah hilang ingatan. Rasa bersalah sebenarnya kerana mengambil kesempatan atas kebaikan Ikram selama ini. Terpaksa dia lakukan begitu untuk dia menjalankan penyiasatan kematian Cempaka Sari dan keluarganya. Rekod polis pula hanya mengatakan yang Cempaka Sari sekeluarga mati terbunuh ketika bergelut dengan perompak dan versi lain pula, Cempaka Sari mati bunuh diri.

"Hamba tiada apa-apa. Ikram juga tiada apa-apa. Apa yang membuatkan tuan hamba berkata begitu?" Malu sebenarnya untuk dia berbicara soal hati dan perasaan dengan orang lain, apa lagi bila ia menyentuh soal Ikram.

"Alah..macamlah saya tak tahu. Ikram tu pandang tak berkelip tahu tak. Dah tu, asyik tersasul je kalau saya tanya." usik Arisha. Dalam hatinya ingin saja dia bertanyakan hal Cempaka Sari dan hubungan Mawar dengan gadis itu.

"Oh..kami tiada apa-apa. Siapalah hamba yang tidak tentu asal usulnya. " mawar merendah diri, dia tunduk sambi memintal hujung rambut.

"Hmm..cakap pasal tu kan, siapa sebenarnya Cempaka Sari? Saya dapat rasa yang dia tu...ada pertalian dengan awak. Mana tahu Cempaka Sari tu adik atau kakak awak?" Arisha betulkan duduknya. Dari duduk di birai katil, kini dia mula bersila. Bantal dipeluk dengan mata tepat memandang Mawar.

Mawar diam sebentar. Diamati wajah Arisha yang sedang merenungnya ketika ini, menunggu jawapan. Raut wajah Arisha ada sikap jujur dan pada hemahnya, Arisha boleh dipercayai.

"Mungkin juga..jikalau Cempaka Sari ada iras wajah hamba." Balas Mawar, setia menanti soalan seterusnya dari Arisha.

"Hmm...let say, Cempaka Sari benar-benar ada hubungan saudara dengan awak, kemungkinan besar orang tua Cempaka Sari tu adalah orang tua awaklah." Teka Arisha.

"Ya..ada benarnya juga. Hamba berharap, Ikram dapat membantu hamba mencari siapa keluarga hamba dan boleh pulihkan ingatan hamba. Hamba pun sudah banyak menyusahkan tuan hamba di sini. Sudah alang-alang hamba bekerja di restoran itu, hamba rasa elok kiranya hamba membayar sewa rumah ini. Bagaimana?" Mawar berkata sopan. Dia perlu berhati-hati.

"Alah..kan saya dah cakap dulu. Tinggal kat sini FOC je. Tak payah bayar apa-apa. Janji awak masak sedap-sedap. Kalau tak keberatan, hujung minggu ni saya nak ajak awak ke rumah orang tua saya. Saya dah ceritakan pasal awak pada mama saya. Pasal masakan awak.." Sengih Arisha kalau berbual hal itu.

"Malulah hamba. Hamba bukannya pandai memasak." Mawar merendah diri lagi. Lega sebenarnya kerana dia disangka datang dari zaman kesultanan Melaka dan sudah tentu mereka inginkan masakan kampung seperti itu. Arwah mama dulu banyak mengajarnya masakan kampung. Walau kehidupan di Leiden agak sukar untuk mendapat bahan-bahan itu semua.

"Tapi..." Mawar baru teringat yang Ikram terlebih dahulu  mengajaknya keluar pada hujung minggu ini.

"Tapi apa?"

"Ikram..baru sebentar tadi menghubungi hamba. Katanya, mahu mengajak hamba hujung minggu ini." Mawar berterus terang.

"Wah! Pandai kau ya Ikram..dalam diam ajak Mawar dating.." Arisha mengekek sendiri. Benar, tidak sangka, Ikram boleh berubah seperti itu. Kalau dulu, haram nak keluar berdua dengan mana-mana perempuan. Mila pula masih tidak putus asa mengharapkan cintanya dibalas Ikram. Memang benarlah..cinta tak boleh dipaksa. Ipo....tiba-tiba saja nama itu muncul di benaknya.

"Dating?"

"Oh sorry..dating tu..macam...apa ek? Err...keluar berdua la! Jalan-jalan, makan-makan.." Arisha sengih lagi. Terlupa yang Mawar tidak tahu sangat bahasa Inggeris. Kadang-kadang bila ditanya, lain pula yang dijawab. Akhirnya, jadi bahan ketawa dia dan Ezzie sahaja.

"Oh...begitu. Maafkan hamba. Hamba tidak biasa. " Mawar tunduk, sempat melihat Arisha mengekek ketawakannya.

"Tak apa. Kalau macam tu, lain kali sajalah ya." Arisha mula menapak turun dari katil Mawar dan mula keluar dari bilik gadis itu.

Mawar hanya melihat Arisha yang kelihatan seperti mentertawakannya. Dia tidak salahkan gadis itu. Kalau dia di tempat Arisha pun akan terasa lucu bila berbual dengan orang yang hilang ingatan dan tiba-tiba pula bertutur bahasa lama. Senyumannnya mula bertukar ketawa. Dia sendiri sebenarnya tidak dapat menahan rasa  lucu setiap kali menutur seperti itu.

"Kau kena bertahan. Sebulan saja lagi masa yang kau ada." Mawar cuba menahan ketawanya.

Minggu depan, dia akan keluar dengan Ikram dan minggu itu juga dia perlu berjumpa rakan setugas. Ah! Bingung! Bagaimana dia harus cari jalan nanti agar keduanya tidak terganggu. Sekali lagi Mawar mundar mandir dalam bilik. Dia harus mencari jalan yang sesuai untuk itu. Untuk apa dia dilatih selama dua tahun jika perkara sekecil itupun dia tidak dapat atasi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2015 11:29 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 22-9-2015 10:15 PM
mawar ada enpon?? sah2 la enpon ikram bagi kan..

rakan setugas? terus aku bayangkan die ni polis  ...

hahaha..kan ko rindu geng pinang patah?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 12:40 AM | Show all posts
Ipo replied at 22-9-2015 11:29 PM
hahaha..kan ko rindu geng pinang patah?

rindu bangettttt

tiba2 terbayang mawar cakap dutch
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2015 09:55 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 22-9-2015 11:40 PM
rindu bangettttt

tiba2 terbayang mawar cakap dutch

nanti aku masukkan dialog dutch dalam citer ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2015 10:45 AM | Show all posts
IKRAM LEGA. Sudah seminggu dia menghadapi peperiksaan akhir. Bermakna ada seminggu lagi untuk peperiksaan itu berakhir. Tambah lagi subjek yang diambil pun hanya tinggal tiga kertas sahaja lagi. Dirinya ditatap di cermin. Memeriksa jika ada yang tidak kena pada pakaian, rambut dan segala apa yang menjadi miliknya. Tersengih-sengih macam orang sewel di depan cermin. Sebelum ini, amat jarang dia menilik diri sendiri di cermin. Rambut disapu minyak rambut ala kadar saja dan terus saja capai beg ke kelas tapi kali ini?

"Apa hal dengan aku kali ni?" Ikram menggeleng, gelak sendiri.

Dia capai kunci kereta dari atas meja dan segera keluar dari bilik asrama. Ipo masih membongkang di atas katil dengan gitar di sebelahnya. Sangkar kucing Nicki pula masih ada di tepi meja. Sudah sebulan kucingnya dihantar ke rumah orang tuanya di Bangi. Senang untuknya tumpukan pada peperiksaan tanpa Nicki. Kalau si kucing montel itu ada, susah juga untuk dia jaga nanti. Makan minum, mandi, bawa pergi jalan-jalan..semuanya kena ada masa untuk itu.

"Aku dah lambat!" Langkah Ikram semakin laju menuju ke tempat letak kereta. Sarapan yang disediakan di dewan makan kolej itu tidak dimakan kali ini. Dia sudah terlambat. Mungkin dia akan bersarapan bersama Mawar nanti di mana-mana restoran.

"Ikram!"

Ikram yang terkocoh-kocoh membuka pintu kereta mula berpaling. Siapa pula yang panggil namanya pagi-pagi buta ni. Melilau dia mencari empunya suara tadi. Huh! Mila ke? Tangannya terus saja membuka pintu kereta.

"Ikram! Tunggu!" Berlari Mila dari tempat foyer kolej ke arah kereta Ikram.

"Ada apa?" Ikram keluar dari keretanya setelah menghidupkan enjin. Mila termengah-mengah di depannya.

"Saya ada hal penting nak beritahu." Menahan rasa cungap, Mila pandang Ikram yang beriak tidak senang dengannya. Dah agak dah...

"Hal penting apa? Kalau awak nak nota, petang nanti saya bagi kat awak. Saya nak cepat ni." Jarum jam di pergelangan tangan kanan dipandang sebentar. Jam lapan setengah nanti, dia akan ke rumah Arisha menjemput Mawar di sana.

"Bukan pasal nota. Ni pasal budak yang bunuh diri dulu tu. Ingat tak apa yang saya cerita kat awak dulu? Kisah yang heboh pasal pontianak kat kampus ni?" Mila sandar tubuhnya di kereta Ikram, berdiri di sebelah Ikram.

"Kenapa dengan dia?" Berkerut dahi Ikram. Mila di sebelahnya masih menahan rasa mengah. Baju sukan yang tersarung di tubuh gadis itu diperhatikan. Rajin sungguh dia berjoging pagi-pagi. Namun dalam hati memuji sikap Mila yang rajin bersenam dan jaga penampilan. Jadi tidak hairanlah Mila yang tinggi lampai itu mempunyai bentuk badan yang menarik. Ah! Ke situ pulak otaknya berfikir!

"Ceritanya macam ni..saya jumpa seseorang yang mirip wajah perempuan bunuh diri tu. Semalam, saya dah tanya Borman, dia yang ada foto perempuan bunuh diri tu." Mila mengelap peluh di muka dengan tuala kecil yang disangkut di bahu.

"Awak jumpa siapa? Siapa perempuan yang bunuh diri tu?" Kali ini Ikram mula merasa ingin tahu. Selalunya apa yang diceritakan oleh Mila, dia buat tak endah saja. Padanya, cerita Mila itu sekadar untuk mengambil kesempatan saja dan alasan untuk berjumpa dan bercakap dengannya seperti sekarang ini.

"Sebelum saya beritahu..saya nak mandi dulu la. Melekit ni. Boleh tunggu?" Sengaja Mila berkata begitu. Dia tahu Ikram berminat dengan ceritanya kali ini.

"Maaf..saya ada hal ni. Dah lambat ni. Karang sajalah." Ikram mengeluh. Dia buka semula pintu kereta tetapi sempat ditahan Mila. Terasa tangan sejuk Mila menyentuh tangannya.

"Perempuan tu namanya Cempaka Sari." Balas Mila, matanya tepat memandang mata Ikram. Tangannya masih menyentuh tangan Ikram yang bersedia ingin membuka pintu kereta.

"Apa awak cakap?" Ikram pusingkan badannya mengadap Mila. "Cempaka Sari?"

Mila mengangguk.

"Sure?" Ikram menelan liur. Luas matanya melihat Mila yang terangguk-angguk.

"Mana foto tu?" Ikram perlu melihat sendiri foto gadis yang dikatakan mati bunuh diri itu. Jika benar serupa dengan wajah Cempaka Sari yang pernah dilihatnya dulu di rumah Pak Andak, maka pencariannya dalam membantu Mawar mungkin akan lebih mudah.

"Ada dengan Borman la. Kenapa?" Mila pula merasa pelik dengan riak Ikram. Itu belum lagi dia beritahu tentang seorang gadis yang mirip Cempaka Sari. Apa Ikram kenal ke dengan Cempaka Sari?

"Tak..tak ada. Borman tinggal kat kolej juga ke?" Ikram mngubah topik. kalau benar apa yang dikatakan oleh Mila, dia perlu cari Borman.

"Entah..saya jumpa dia pun di library je." Kali ini Mila terasa ada sesuatu yang disorokkan oleh Ikram. Dia tidak perlu beritahu siapa gadis yang mirip Cempaka Sari yang dia jumpa di restoran dulu. Nampaknya Ikram serius. Jelas terpamer di wajah lelaki itu.

"Oh..ok. Emm..dah jumpa awak ni. Mana mawar tu?" Ikram sekali lagi bertanyakan hal bunga  misteri itu.

Mila diam. Ikram lebih berminat tentang bunga mawar putih itu dari bertanyakan khabarnya. Sudah jelas bunga itu penting bagi Ikram. Terbayang keadaan bunga itu yang sentiasa segar dan harum. Kesan tompokan darah pada kelopak bunga mawar itu seolah tidak pernah luntur. Terkejut juga bila satu malam itu, bunga itu bertukar merah. Ketika itu dia cuba campak bunga itu ke dalam tong sampah. Terus diambil semula dan disimpan dalam laci. Misteri bunga itu membuatnya semakin ingin tahu siapa gadis yang menjadi pujaan Ikram selama ini.




Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 11:47 AM | Show all posts
weh mila...
hang tok sah duk ngendeng sangat kat Ikram tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 12:18 PM | Show all posts
aku lempang jugak mila ni karang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Langgar mati pelajar UiTM Dungun, Pemandu Honda HR-V layak dibicarakan
RalineLanggar mati pelajar UiTM Dungun, Pemand
Views : 5593 Replies : 9
Mengapa lelaki ini dakwa seni bina Menara Berkembar Petronas (KLCC) ada kena-mengena dengan ajaran Freemason?
YgBenarMengapa lelaki ini dakwa seni bina Menar
Views : 27444 Replies : 18
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 31643 Replies : 150
Mutu pendidikan Indonesia parah, antara yang terbawah
maklukpenggodaMutu pendidikan Indonesia parah, antara
Views : 13239 Replies : 15
Murid darjah 2 hilang penglihatan akibat sosej, nuget
AbahmungMurid darjah 2 hilang penglihatan akibat
Views : 14099 Replies : 12
Beliau membelanjakan kira-kira RM11,500 sebulan warga Amerika ini Sangat Berpuashati Dapat Bersara Di Malaysia
YgBenarBeliau membelanjakan kira-kira RM11,500
Views : 13764 Replies : 37
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 130229 Replies : 1380
Bunga pelik di Kapar, aiyar kacak tersenyum bangga
ModngengadeBunga pelik di Kapar, aiyar kacak tersen
Views : 21334 Replies : 102
Artis wanita popular dah rujuk dengan bekas suami?
RalineArtis wanita popular dah rujuk dengan be
Views : 21731 Replies : 28
POKMON GO
RunDeeMCPOKMON GO
Views : 5718 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.363262 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list