CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: non.sari

[BEST]kisah-kisah angker nona sari - UPDATE!

[Copy link]
 Author| Post time 1-10-2013 03:41 PM | Show all posts
KUSAMBUNG MIMPIMU gitteww.

oke, kisah ni terjadi masa aku masih bersekolah.. aku ingat lagi, waktu tu aku macam diganggu sesuatu. yang pasti diganggu jin lah. memang penyakit jin ni suka ganggu-ganggu orang macam tu kan.. benci sangat tau!
apa yang aku boleh ingat, segala-galanya bermula kat sekolah agama. dalam kelas. masa tu mendung. sorry beb, ni aku tengah pelan-pelan recall nih. almost forgotten...

tarik nafassss...hembus.
oke. mula-mula kat dalam kelas. lagi setengah jam nak balik. ustazah still bertazkirah kat depan kelas. masa tu cuaca mendung and kelam. lampu dah pasang pun still rasa kelam lagi. ini apa yang aku ingat ye.. sambil taip, sambil nak ingat ni. masa tu aku rasa aku ngantukkkk sangat. sangat mengantuk sampai aku punya rasa nak tahan ngantuk tu, kepala aku ni terhoyong hayang ke depan and ke belakang. tau tak kalau kat dalam bas, orang tahan nagntuk tapi still tertido? haa gitu lah aku. aku pun tak pasti kenapa aku tergamak membiarkan keadaan aku seperti itu ketika itu. dah macam teruk sangat ngantuk nya, tapi memang itulah yang aku ingat.

dalam pada ngantuk tu, kepala aku pulak pening. aku rasa macam nak demam pun ada. mulut rasa panas. tekak rasa panas. sambil tahan ngantuk nak terlelap tu, mata jadi pedih. ini yang aku ingat ye kondisi aku waktu itu macam mana.. then masa itu jugaklah aku nampak benda yang sesungguhnya pelik dalam hidup aku. (semua benda nak pelik ek aku ni??) aku boleh nampak seekor jaguar hitam laju je macam nak menerkam aku tau. jaguar yang harimau hitam tu kan? yang macam dekat label PUMA tu kan? haa.. macam tu lah. bukan seekor, tapi berekor-ekor banyak nya. kondisinya macam berkabus, tapi jelas sangat figure dan rupa jaguar tu. masa tu kuat aku fikir itu semua perasaan aku semata-mata. sebab masa tu pun aku kurang sihat dengan keadaan kelas yang kelam nye lagi.

masa kejadian tu, elok pulak aku membuntang terus mata aku. yelah, terkejut kot. aku duduk belakang sekali masa tu. sebelah menyebelah tu memang budak dari sekolah lain, so tak kenal sangat lah. tak geng konon nya. (siapa-siapa yang pernah bersekolah di sekolah agama di negeri selatan tanah air tu tau lah) so bila jaguar tu nak terkam aku, tindakan spontan aku ape lagi ; pakcik mengelak! dah macam belajar silat aku rasa masa tu. kat dalam kelas, aku duduk dekat belakang. suasana masa tu kelam, maka orang tak perasan apa yang berlaku kat aku. tapi mangsa nya kawan sebelah aku dari sekolah lain tu lah. sebab aku elak, konfem-konfemlah badan aku terkena badan dia. dia tego aku 'ko dah kenapa??' dia marahlah kan. sedap-sedap dengar tazkirah, baru nak insaf kononnya, aku pulak boleh tergoyang-goyang sampai terkena badan dia. aku cuma geleng je. aku cakap aku pening then terus baringkan kepala aku kat meja. sebenarnya lebih kepada rasa takut dan keliru masa tu.

tak lama, loceng pun berbunyik, maka nya aku pun bergerak nak keluar kelas and turun bawah. masa ni kelas aku kat tingkat atas. memang masa ni aku rasa lemah gila. campur-campur pening, nak demam, ngantok ditambah pulak ternampak-nampak lagi kejadian kat dalam kelas tadi. bercampur-campur. masa aku melangkah turun tangga tu, langkah aku makin lama makin lemah..makin longlai.. tiba-tiba aku tak ingat apa-apa dah!
takkkk... belum habis lagi.. ada lagiiii....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2013 03:42 PM | Show all posts
aku cuma ingat masa tu aku sedar, aku dalam ambulance, tu pun sebab bunyik siren dia dari dalam van punya lah kuat! masa tu lah aku tersedar. aku konfem sangatlah masa tu aku blur, biol semua ada. aku macam tak faham situasi aku masa tu. macam berepisod sangatlah masa tu. macam-macam yang aku nampak, yang aku rasa.. alih-alih dalam ambulance. so umpama macam 'eh, ape ni?? ape ni?? what happen to me? what happen..' gitteww. masa tu yang aku tau, muka aku dah dicover dengan oksigen and mulut aku! haaa... mulut aku ada something macam..... sudu?? ye sudu kat celah-celah gigi aku.. dah lama-lama, baru aku tanya mak aku apesal ada sudu masa aku dalam ambulance, mak aku cakap, aku kena kancing gigi. serius! ambulance provide sudu untuk kancing gigi punya case?? okey........... hurmmmm.

rupa-rupanya aku pengsan kau! aku pengsan terjelepok kat tangga. patutlah aku terus blank masa tu. alih-alih ada dalam ambulance sambil gigit sudu. so masa aku pengsan aku dibawak ke hospital naik ambulance tu lah. aku ditahan 2 hari. suhu aku doktor kata masa tu tinggi gila. darah aku di ambil. then masuk air bergelen-gelen. masa dalam hospital ni lah sangat heaven. sebab aku mintak je semua dapat. masa tu lah aku nak bermanja-manja. sampai nak mintak majalah URTV (masa tu URTV paling glemer) pun dapat! heheheh.... seronok kot. dulu time sekolah mana dapat peluang nak baca gosip-gosip terbaru ni. ingat lagi cover depan masa tu dato ct tengah makan kopok lekor kot.. serius, cover majalah tengah makan kopok lekor?? pon bole....

Alhamdulillah, masa kat hospital tak ada kejadian yang tak best menimpa aku. aku gasak tido je. bila ada kat rumah lah baru aku ni diganggu. kes kerap pengsan-pengsan ni bukan stop sampai situ je. selalu terjadi berulang-ulang. sampai kat sekolah menengah pun jadik jugak. tapi aku memang tak sedar. kalau sedar pun alih-alih aku dah kat pejabat, kat dalam bilik kesihatan kat sekolah. aku segan sangat kot masa tu sebab sikit-sikit pengsan. kalau yang faham tu oke lah. yang tak faham tu yang nak aku cili-cili je mulut masing-masing. yelah, dia tak faham, tapi belakang cerita merepek-repek, macam aku ni sengaja nak memengsankan diri. attention seeker kononnya aku nih. ehh... koser sangatlah aku nak baring atas jalan tiba-tiba kan.. pengetua pun dah bagi kelonggaran aku bercuti, tapi aku tak nak. sebab pada aku benda ni bukan kes serius. so macam mengarut sangatlah nak bagi aku cuti segala.

kat rumah pulak aku ni sering jugak diganggu figure jaguar yang musteri itu. apa yang aku anggap perasaan aku ni, memang betol-betol terjadi. bukan setakat mainan perasaan. start tu la aku baru cerita dengan mak ayah aku. lama jugak nak cerita pasal ni sebab aku ni jenis tak nak amik pusing sangat kejadian-kejadian seumpama itu walaupun sifat ingin tahu amat tinggi. tapi masa tu mungkin sebab hal-hal pengsan ni pun dah cukup-cukup merimaskan, apetah lagi hal rimau bintang segala mak nenek nih. so aku ambik keputusan yang lama untuk cerita kat parents aku. bila benda ni makin menggila, baru aku cerita.

parents aku terkejut sangat campur-campur macam 'ye ye je ko nih' giteeww. sebab kejadian seumpama itu teramatlah baru dalam famili aku. tak sangka sampai diganggu macam tu sekali. paling kuat pun cuma ditindih, terserempak, ternampak..itu saja. aku cakap lah, nak percaya, percaya laaa... kalau tak nak, kene percaya jugak!! sebab aku dah tak sanggup diterkam masa tu. selalu benda datang time waktu-waktu gelap, waktu-waktu sunyi. bukan main datang je. tapi ada waktu-waktu tertentu. dia datang terus je nak menerkam. aku ni dah macam orang gila kat umah, kejap-kejap jerit. kejap-kejap elak. kang kejap-kejap lari sana, lari sini. macam buang tebiat sorang-sorang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2013 03:42 PM | Show all posts
bila mak aku tengok aku ni dah macam orang sasau, tu belum masuk yang kerap pengsan-pengsan lagi, mak ayah aku pun decide nak hantar aku dekat sorang pengamal perubatan yang nak kata ikut cara islam macam tak, tapi macam islam..campur-campur kot. terus terang, masa taip ni aku macam terlupa sikit-sikit kejadian-kejadian macam mana aku diterkam secara ghaib ni. mental macam kena block. aku sebenarnya banyak skip cerita ni, sebab aku cerita mana yang tinggal kat otak aku ni je. kalau tak panjang kot. adesss.. why haaa...

oke, sebelum nak hantar aku tu, ayah aku call dulu orang tu. make an apppointment. so sementara appointment tu sampai, aku harungi lah hari-hari mendatang ini dengan penuh ketabahan.. tapi ada satu kejadian yang tak bole aku dan mak aku lupa sangat sampai sekarang ialah bila mana mimpi kami bersambung... haaaaa... jeng! jeng! jeng! kreengggg!!

ingat lagi, masa tu petang selepas zuhur. aku keletihan dan dihantar pulang sebab aku diserang pengsan kat sekolah. aku lepak sangat kot sampai tertido. kebetulan mak aku je ada dekat rumah. so lepas pihak sekolah hantar aku, aku pun rilek-rilek, makan sikit and tido. memang tak ada komunikasi 2 hala dengan mak aku masa tu sebab waktu aku diserang kejadian macam ni aku ada lil' bit stress! memanjang takda mood. stress kot, pengsan tiba-tiba. so petang tu tido. aku rasa tido aku lama. so sempat la mimpi ni bersambung-sambung..

dalam mimpi tu, yanga aku ingat aku kat tepi pantai.. aku jalan menuju ke..entah, aku pun tak pasti masa tu. yang aku ingat, sebelah kiri aku pantai, sebelah kanan aku tanah gersang. dan aku dipimpin seseorang. yang pasti wanita. dalam mimpi ni, aku diibaratkan macam aku ni anak kecil yang dipimpin seorang wanita. memang rasa kecik sangat diri aku masa tu. macam budak-budak. masa aku dipimpin tu, tiba-tiba muncul seseorang yang pada aku masa tu memang lah seram. dia jalan bertentangan dengan kitorang. aku cuma ingat, orang berkelubung hitam, jubah hitam. tudung dia macam dia jatuhkan ke depan tak bagi nampak muka. bole bayangkan tak?? kalau bole, haa gitu lah rupa dia..

jantina makhluk tu aku tak sure..yang pasti yang aku ingat, masa aku dipimpin tu, pompuan yang pimpin aku tu boleh pulak nak menuju sama ke arah makhluk seram tu. makhluk tu tengok cara memang nak menuju ke arah kitorang. dalam mimpi tu perasaan aku macam takut, tapi macam berani. so kitorang ni samada aku dengan pompuan tu termasuk makhluk tu teruskan berjalan sehinggalah kitorang bertemu secara setentang. kitorang berhenti. aku perasaan muka makhluk tu putihhhh sangattt! tetapi kawasan mata dia hitam! nampak la mata dia tapi keliling dia hitam. macam mata panda. kalau kita tak cukup tido kan ada lingkaran bawah mata kan? haa..dia macam tu lah. tapi aku rasa dia ni super duper kurang tido kot..

oke, masa kitorang dah berhenti tu, aku nampak makhluk tu macam hulur sesuatu dekat perempuan tu, macam nak bagi sesuatu. tapi perempuan tu terus lepaskan tangan then terus hilang ke lari ke aku tak sure lah. hilang macam tu je. fyi, dalam mimpi, semua benda pelik mesti terjadi. benda yang tak disangka-sangka dan tak logik mesti akan terjadi. aku tak ingat apa-apa. yang pasti apa yang aku rasa, sesuatu yang makhluk tu nak bagi bertukar menjadi tumbukan padu. dusyuummm!! tepak kena kat perut aku. aku macam dapat agak makhluk tu memang berniat nak menyakitkan aku bila mana pompuan tadi menolak apa yang dia hulurkan..

arghhh!! aku dah stress dah ni. stress woo kalau ingat balik benda yang terlalu misteri ni. kena pulak terjadi kat diri sendiri. rasa nak nanges pun ada........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2013 04:06 PM | Show all posts
oke... bila dah terkena tumbukan padu tu serentak tu aku tersedar dari tido. lepas tu korang tau ape?? perut aku sakitttt gila! senak sangaattt! sampai bangun tido terus nangis... aku rasa betol-betol terseksa sangat masa tu. menderita sangat. serentak tu lah aku teringat satu-satu kejadian yang menimpa aku dari aku kat kelas sekolah agama aritu, hal yang pengsan-pengsan tu, si jaguar tu sampailah yang mimpi ni. masa tu aku menangis gila-gila siap pegang-pegang perut. senak kot. aku rasa itu 1st time aku ditumbuk. kalo orang tumbuk, boleh la aku elak ke melawan ke. ini setan kot. nak elak pun tak sempat.  aku punya menangis tu campur-campur sakit dengan penderitaan aku masa tu. ai rasa masa tu ai cukup-cukup teraniaya you......sedeyyyy sangat...

masa tu mak ayah aku panik. sebab bangun tido aku terus nangis. mak aku cerita balik, aku siap guling-guling pegang perut. macam sakit. memang lah sakit kan... sampai tersedu-sedu aku nangis. then mak aku suruh aku beristighfar, mengucap. dia bagi aku air, bacakan ayat kursi and bagi aku minum. lebihnya buat raup kat muka aku. masa tu dia suruh aku perlahan-lahan cerita hal sebenar. mula-mula aku taknak. still trauma lagi. dipujuk-pujuk baru cerita. aku cerita lah apa yang aku mimpi dari jalan-jalan kat pantai ngan tah perempuan mana sampailah part ditumbuk. masa tu mak aku punya pandang kat aku macam nak telan! tajam siap berkerut lagi. agak dah kenapa la kan mak aku masa tu? aku salah cerita ke? ke tak faham?

mak aku macam tak puas hati, dia tanya lagi. suruh cerita lagi. aku cerita balik. pada aku mungkin dia kurang faham, yelah mimpi membawak ke realiti kan, tak semua orang boleh faham.. takpe takpe... aku try cerita perlahan-lahan tanpa tertinggal satu scene pun. eh, dia buat lagi. berkerut lagi tengok aku. aku nak buat apa, diam je la kan. then dia suruh cerita lagi.. eh berapa kali mau cerita daaaa.... kali ni aku macam membentak sikit lah. aku ni dah lah takut, sakit perut nya lagi. mak aku pulak boleh mintak aku cerita banyak kali. stress kot! stress manjang aku ni kan..

bila keadaan dah reda seperti sediakala, aku rasa masa tu ayah terus call orang yang nak ubatkan aku tu. aku macam ingat-ingat lupa sebab watak ayah aku ni macam ada tak da je. lupa la. ye..ye.. masa tu bapak aku tengah pegang hp yang besar gabak macam letak kayu kat kepala tu. nokia ea? ke sony ek? alcatel? tah.. lupe. tapi itu la yang aku ingat. masa itu jugaklah mak aku cerita benda yang sama kat aku. apa yang dia mimpi petang tadi. dia cakap lepas aku tido, dia pun lelap kejap. tapi kat bilik.

dia cerita dalam mimpi tu,dia tengah pegang budak kecik. dekat tepi pantai yang mana keadaan pantai dan tanah gersang tu sebijik macam apa yang aku cerita. tak kan aku nak tipu kan? tak kan jugak mak aku nak tipu kan? sedangkan dia tido bilik, aku tido bawah. then cerita ini pun dia baru teragak nak bukak, itupun bila aku pun mimpi benda yang sama. kalau tak, dia pun tak nak cerita sebab dia lebih fikir tentang mainan tido. dalam mimpi tu jugak dia terserempak dengan lembaga yang sebijik macam aku cerita ; berkelubung hitam, jubah hitam. tudung dia macam dia jatuhkan ke depan tak bagi nampak muka. muka makhluk tu putih. tetapi kawasan mata dia hitam! nampak keliling mata dia hitam pekat! ye! sebijik macam apa yang aku nampak. tapi mak cakap, lembaga tu macam nak bagi dia sesuatu. bungkusan warna hitam. tapi mak aku tak nak, then dia cakap dia lari! so memang sah la, yang tinggal sorang-sorang terkontang kanting sampai kena tumbuk tu aku la kot!

sebab mak aku cakap, lepas dia lari tu dia terus sedar sebab lembaga tu macam nak kejar dia. sedangkan kat part aku, lembaga tu tak nampak pun mengejar perempuan tu, tapi stay kat situ. balasan nya, aku ditumbuk padu kat perut. heeee... memang setan sangat kan? senak nye kadang-kadang boleh teringat-ingat, terasa-rasa sampai sekarang.. kene tumbuk dengan orang pun boleh meraung macam dah terabur isi perut, apa lagi kene tumbuk dengan setan..

cerita ni panjang lagi... penatttttt! fuhhhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 04:27 PM | Show all posts
teruskan tt..kami menunggu cite tt dengan sabornya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2013 04:35 PM | Show all posts
zizadin posted on 1-10-2013 04:27 PM
teruskan tt..kami menunggu cite tt dengan sabornya..

agak kau tak muntah ke ape baca cerita aku ni.. tak berpinau ke mata ko nih...
aku siap menoneng2 mata, nak terjuling tengok cerita sendiri panjang sangat..

bagus2.. keep supporting me!
Last edited by non.sari on 1-10-2013 04:37 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-10-2013 04:39 PM | Show all posts
so bila dah dengar mak aku cerita, ayah aku memang kelam kabut jugak lah. tadi anak, ni bini pulak. memang nampak betol dugaan bertubi-tubi kena kat ayah aku. kesian jugak aku tengok dia masa tu. tapi bende macam ni manusia normal mana yang mintak kan? so dia kata malam tu pegi jumpa bomoh ke sape lah yang dia dah deal awal-awal tu.. kebetulan appointment nya malam tu. dah kene sangatlah tu. tapi masa mak aku cerita, boleh pulak aku sambung meraung. aku pun tak tau kenapa aku menangis. tapi yang aku rasa masa tu macam takut sangat. macam dapat rasa ada perkara yang buruk akan datang pada aku satu hari nanti. berfikiran jauh sangat kan aku fikir masa tu..  tapi apa lagi yang aku mampu fikir selain perkara-perkara macam tu?

malam tu aku, mak aku dan ayah aku datang ke tempat yang dijanjikan tu la. pengamal perubatan tu. pergi bertiga je. macam rumah kuarters je aku tengok. sampai sana, orang tu dah duduk. lupa muka dia macam mana. dalam early 40's kot. putih bersih. senyum je. dia pakai baju putih, tegap-tegap badan dia. rambut macam zamani slam masa tu. lurus paras-paras bahu gitu. haa.. setakat tu je aku ingat. jangan nak mintak bukan-bukan. ni pun hazab aku nak mengingat! dia tengok aku pun tak banyak cakap. banyak senyum je. masa tu yang kau perasan, dia berubat pakai botol. besar botol minyak gamat. dalam botol tu kosong. banyak benda yang menimpa aku ni, dia tanya mak ayah aku je. aku membatu jelah. mungkin lagi afdhal kot. gasak la kan.. aku pun dah penat nak cerita ulang-ulang masa tu.

so dia pun memulakan pengubatan dia. masa ni aku memang tak ingat apa yang dia buat. cuma yang pasti, dia takda sentuh-sentuh aku. pegang-pegang aku. suruh aku baring ke, meniarap ke, cangkung ke. macam mana aku duduk masa aku datang, macam lah aku tunggu masa dia start ubatkan aku. ingat lagi masa tu aku bersandar dekat kerusi umah dia. oke, apa yang aku ingat. dia panggil aku dan dia tunjuk botol tu dekat aku sorang je. dia tanya 'nampak tak?' sambil dia tunjuk dalam botol tu. aku tak sure masa tu apa yang aku nampak dalam botol tu. kecik besar kecik besar masa tu mata aku nak konfem apa yang aku nampak.

oke, aku bagitau apa yang aku nampak je tau. ni takda nak tambah-tambah, aku taip ni sambil aku mengingat satu-satu. aku nampak figure yang sama dalam mimpi, tapi pakai kelubung putih labuh ke bawah.  sebijik. tapi cuma dia putih. muka kali nampak sikit, macam muka kucing. errr.... ye kucing. atau adakah itu jaguar yang sama datang nak terkam aku? serius! yang ni gua blur. aku pun tak tau nak cakap macam mana. masa ni aku tak takut langsung. perasaan masa tu macam; dia tunjuk botol, aku tengok, dia tanya, aku jawab. dah. duduk balik. itu je.. takda nak nangis, pengsan-pengsan, takut-takut.

yang aku ingat dia cakap, benda ni suka kat aku. nak jaga aku. bla bla blaa... yang lain-lain aku lupa. memang tak bole nak recall. mahap sangat. dia bagi aku some beras or pulut. dia cakap kalau benda tu menganggu lagi, baling segenggam beras ni kat dia. nanti dia terbakar. wah gitu kan! tetiba aku ada kuasa macam ahli sihir.dia cakap baling je. sebelum baling baca satu ayat, Allah... ini pun aku lupa dengan ayat kursi. baca baca baca, then baling! gitteww. so aku ngangguk jelah. setel semua balik rumah.

ni aku skip-skip je lah ea.. panjang sangat. penat aku. kat sekolah agama esok nya, aku masuk bilik air, aku nampak bayang jaguar tu lagi. so aku ikut apa yang orang tu pesan, genggam beras, baca baca baca, then baling! aku buat. tak terbakar ponnnnn... aku buat lagi, pun sama..tak jadi pun yang macam pakcik cakap. tipu ke apa, entah laa. yang pasti lepas kena baling tu, jaguar tu tak ada. nasib baik aku sorang masa tu masuk toilet, kat toilet tu pun tinggal aku sorang. kalau ada orang, tak terbuat nya aku. kena terkam pun, terkam lah.

so lama-lama benda ni beransur hilang dan terus tak ada. memang jaguar tu pun hilang. mimpi pelik tu pun sekali je aku kena. sampai sekarang dah tak ada kena-kena lagi. apapun, sampai sekarang aku tak boleh nak faham betol-betol apa sebenarnya maksud mimpi tu? siapa makhluk kelubung hitam tu, yang dalam botol tu makhluk apa pulak? jaguar tu apa kena mengena pulak? then kenapa aku yang terkena? why me?? why me?? why????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2013 04:41 PM | Show all posts
so, takat-takat itu je yang aku ingat.. memang ada satu dua part yang berlaku masa tu. cuma aku betol-betol tak boleh nak ingat detail yang sedetail detail nya! macam kabut-kabut gitu. tah lah. mungkin ada sebab kenapa aku tidak diizinkan untuk mengingati sepenuhnya. kejadian-kejadian ni, mak aku tak penah up balik pun. mungkin dia sendiri pun tak nak ingat. apapun, berbalik pada Allah. sebaik-baik kejadian datangNya dari Dia, seburuk-buruk kejadian datangnya dari kita. misteri-misteri hidup ni hanya Allah je yang tahu. pakcik rambut zamani tu pun entah tau ke tak. aku baling beras, tak terbakar ponnnn...

akhirnyaaaaaaaa kisah tak berapa nak seram tapi panjang gilaaaaa dari aku insan yang kerdil ini..
sekian.....

p/s : masa tutup story ni, aku mungkin sedang diperhatikan dan rasa meremang... and waktu sekarang pukul 11.00 pagi kot! jadah apa tiba-tiba meremang ni.....!!






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2013 05:05 PM | Show all posts
non.sari posted on 1-10-2013 04:41 PM
so, takat-takat itu je yang aku ingat.. memang ada satu dua part yang berlaku masa tu. cuma aku beto ...

ok....abess bace. panjang pun panjang la, janji best nk layan
kesian ko kan, lepas pada tu mmg xde gangguan dah ker?

@hantukiller komen sikit boleh, pejadah nye yg menganggu cik nona sari kite ni??

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 05:27 PM | Show all posts
TT i love ur storiesssss...!!
kipidappp!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 05:43 PM | Show all posts
i loike! kipidapp! tiru ayat org kat atas. hehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2013 08:16 PM | Show all posts
edoraixora posted on 1-10-2013 05:05 PM
ok....abess bace. panjang pun panjang la, janji best nk layan
kesian ko kan, lepas pada tu mmg xd ...

terima kasih....
panjang dan penat..
erk! sapa hantu killer tu? kenapa nak tanya diaa....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2013 08:18 PM | Show all posts
vamplave posted on 1-10-2013 05:27 PM
TT i love ur storiesssss...!!
kipidappp!!!!

ahhaaaaa! terima kasih...
insyaAllah... akan disambung kalau ada kelapangan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 06:43 AM | Show all posts
non.sari posted on 1-10-2013 08:16 PM
terima kasih....
panjang dan penat..
erk! sapa hantu killer tu? kenapa nak tanya dia ...

dia tuh salah seorang ghostbuster kt forum cari nih
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 01:11 PM | Show all posts
Tuan tanah, biasanya kalau mimpi buruk2 antu2 ni..ada org hantar 'benda' kira nak sihirkan ke..dengki khianat ke gitu...ada kemunkinan juga saka... so kalo nak 'buang' elok pegi jumpa oztaz2 yang pandai bab2 ni... 'benda'2 ni pandai...time kita berubat kadang2 dia dah lari siap2... nyorok.. sebab tu bila 'scan' 'eh, clear je..tak de benda pon" tapi Tuan Tanah masih juga diganggu kan...? Selain ikhtiar berubat pendidnding diri juga kena ada... amalkan ayat2 suci...mintak bantuan dari ustaz2 yang arif pasal benda2 ni la...

Suka baca citer TT...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 02:23 PM | Show all posts

pjg nya story kali ni
cian ko kan perah bebaldi2 otak tu nk ingatkan balik hal2 lama tuh
hehe..tp best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2013 02:35 PM | Show all posts
edoraixora posted on 1-10-2013 05:05 PM
ok....abess bace. panjang pun panjang la, janji best nk layan
kesian ko kan, lepas pada tu mmg xd ...

Apasa panggil aku ke sini? aku tak larat la nak baca cerita panjang panjang gitu...., so tak mau komen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2013 03:01 PM | Show all posts
coco_chanel posted on 2-10-2013 01:11 PM
Tuan tanah, biasanya kalau mimpi buruk2 antu2 ni..ada org hantar 'benda' kira nak sihirkan ke..dengk ...

yeke... mungkin jugak kot..
saka tu penah dengar la kat famili aku.. tapi aku tak sure. sebab yang selalu disebut-sebut scanner, saka tu prefer ke akak aku..
saka tu kurang berminat dengan aku.. takpe lah, aku pun tak berminat dengan dia..
kalo sihir...ermmm cemana nak kabor ek.. ada pengalaman.. tapi.... takpe laa..
citer ni pun dah lama.. masa aku form 1.. sekarang ni pun hampir ke 3 series..
saja nak cerita balik.. nama nya pun kisah angker nona sari,
ya makanya nona sari hanya mau ceritain gitu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2013 03:03 PM | Show all posts
cektim posted on 2-10-2013 02:23 PM
pjg nya story kali ni
cian ko kan perah bebaldi2 otak tu nk ingatkan balik hal2 lama tuh
hehe.. ...

panjang ek... sian ko kene juling-juling mata baca kisah tak berapa seram aku ni...
baca slow-slow ek...
terima kasih laa sudi melayan cerita aku ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2013 03:09 PM | Show all posts
hantukiller posted on 2-10-2013 02:35 PM
Apasa panggil aku ke sini? aku tak larat la nak baca cerita panjang panjang gitu...., so tak  ...

panjang ek... sory ea... alaahhh segan pulak aku... cerita nya terpanjang pulak...
nak elak dari cerita ni jadi berepisod, masa bukan selalu ada. sementara boleh ingat.
so aku terus cerita one shot je.. tu yang jadi esei tingkatan 5 tu..
ala, tak payah komen laa.. takda apa-apa pun ni. cerita lama, saja membizikan thread..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.094072 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list