CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SoalnyeSiapa

MLM -- Everything abt MLM

[Copy link]
Post time 27-5-2004 09:29 AM | Show all posts
rani.....cian u...keja bagai nak rak.....hidup nie bukan untuk bekerja semata-mata.....tapi kalau tak keja cam na nak dapat duit ekk...emmm kalau u  bekerja dengan orang sampai mati pun u takkan kaya....percaya la...:ah:yang kaya boss u....bak kata orang keja pagi sampai ptg...dpt gaji bayar hutang...

hanya dengan berniaga sendiri sahaja u boleh hidup senang.....thuan pun dah kata 9 dari 10 rezeki kita datangnya dengan cara berniaga. kalau tak de modal yang banyak...MLM la caranya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2004 03:58 PM | Show all posts
Originally posted by kembara at 27-5-2004 09:29 AM:
rani.....cian u...keja bagai nak rak.....hidup nie bukan untuk bekerja semata-mata.....tapi kalau tak keja cam na nak dapat duit ekk...emmm kalau u  bekerja dengan orang sampai mati pun u takkan  ...



kalau bos i kaya, insyaallah i pun kaya gak sebab dia husband i pi mai pi mai tang tuu gakk
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2004 04:42 PM | Show all posts
Rani

kalau husband i support, kalau dia tak support lebih baik i buat ala kadar je. tak berkat rezki yg i dapat kalau derhaka dgn suami.


Memang betul susah nak buat MLM tanpa support dari suami sebab kalau nak berjaya dalam MLM, sekurang-kurangnya kita kenalah attend BOS atau kelas yang diadakan. Tapi ramai jugak yang berjaya dalam MLM walaupun tak mendapat sokongan yang sepenuhnya dari hubby dia orang. Ialah, pada mulanya memang susah, terlalu amat susah lebih-lebih lagi time tu, masa terpaksa dihabiskan diluar rumah dan income pun tak nampak batang hidung. Tapi bila start dapat income, sikit-sikit lama-lama makin membukit, mulalah hubby tak kata apa-apa.
Saya pun tergolong dalam golongan yang sama. Hubby tak berapa bagi support tapi bila ada BOS, dia tetap hantar saya (saya tak ada driving licence). Hantar bawak anak-anak sekali. Bila habis ajer BOS (lbh. kurang pukul 11.45 mlm), dia pun dtg jemput. Anak-anak kenalah tinggal kat rumah sebab semuanya dah tidur.

Sebenarnya, kejayaan dan alasan tak berjalan seiring. Setiap kejayaan harus ada pengorbanan. Apa yang akan saya pastikan bahawa pengorbanan suami dan anak-anak akan saya balas dengan kejayaan saya. Moga-moga bila dapat tabung kereta nanti, saya akan hadiahkan pada suami atas pengorbanan beliau....

Kalaulah kejayaan boleh kita ibaratkan seperti sepohon pokok,
sudah pasti pokok itu akan
berdaunkan ketabahan
berantingkan kecekalan
berdahankan kegigihan
berakarkan kesabaran
dan buahnya pula ialah kemanisan sebuah kejayaan.
Oleh yang demikian.........
Hadapilah segala cabaran dengan ketabahan
hadapilah segala rintangan dengan kecekalan
hadapilah segala cubaan dengan kesabaran
Ayuh..... bersama kita gigih berusaha
Agar keindahan kejayaan dapat kita nikmati bersama...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2004 10:27 PM | Show all posts

harleena

sejak baca awak nye tulisan, saya teradmire lak kat cara awak berhujah, especially kat sajak awak tu.
Reply

Use magic Report

ace This user has been deleted
Post time 28-5-2004 09:23 AM | Show all posts
harleena,
agak2nya kita ni in the same boat ker??


oakley_konatchi
keep up the good work! ternyata you memang seorang yang tabah berusaha utk mencapai impian. That's the spiriti!!

MLM - only tough people dare to do it! (my own opinion laaa...)
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2004 11:42 PM | Show all posts
Eha,
Thanks for your compliment. Sebenarnya, kalau diikutkan hati, mati...... bukan sekali dua saya bertelingkah dengan suami walaupun katanya dia bagi support untuk saya teruskan perjuangan saya. (tak tahulah support 50% ke 75% atau mungkin 25% ajer). Tapi nak buat macamana, itulah dugaannya sebab untuk kita berjaya dalam MLM, kita kena jugak attend apa-apa kelas samada kelas untuk produk, kelas membina jaringan dan sebagainya. Macamana kita nak ceritakan kebaikan produk kalau kita tak tahu mendalam pasal produk. Sebab tu, penting bagi kita untuk jadi pengguna 100% sesuatu produk supaya lebih mudah untuk kita ceritakan feedback dari pengalaman kita sendiri.

Jangan ditanya di mana tahap saya sekarang walaupun Eha kata saya pandai berucap. Nampak ajer berkobar-kobar tapi saya masih kena terus belajar especially tentang PR. Saya masih baru lagi dalam MLM yang saya usahakan sekarang ini (CNI) tapi CNI ini merupakan MLM saya yang ke belasan sebenarnya. Mungkin sebelum ini saya tak menghayati tentang teknik-teknik berkenaan MLM dengan lebih mendalam.

Ace, mungkin jugak kita ni sekapal. Semoga kita semua berjaya mencapai impian kita dan ingatlah, jangan biarkan impian kita dibolosi oleh kata-kata negatif dari orang-orang di luar sana yang tak faham apa itu MLM.

Ingatlah, sekiranya kita tidak merealisasikan impian kita, kita hanya akan merealisasikan impian orang lain.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2004 11:49 PM | Show all posts
Kembara,
jika dibandingkan dengan anda dalam MLM, saya ini terlalu amat kerdil. Saya masih baru lagi dalam CNI dan income saya masih belum sampai ribuan ringgit lagi. Almaklumlah, saya terpaksa bergerak perlahan di sebabkan beberapa masalah. Saya ni surirumah dengan anak yang ramai. Suami saya taklah memberikan 100% support jadi, masa untuk saya ke BOS atau menghadiri kelas amat terhad. Apa yang masih mengerakkan saya ialah semangat saya yang tak pernah luntur. Bagi saya, jika mereka-mereka insan luar biasa di luar sana boleh melakukannya, kenapa tidak saya. Saya juga ingin menjadi insan luar biasa seperti mereka. Terlalu banyak dugaan dan halangan yang mendatang hinggakan kekadang, saya rasa nak give up tapi bila memikirkan keadaan kehidupan, saya tabahkan hati dan kuatkan semangat. Hanya itu pendorong saya.... SEMANGAT yang tak padam dan terus berkobar-kobar.
Reply

Use magic Report

ace This user has been deleted
Post time 31-5-2004 08:20 AM | Show all posts
always keep motivated! Dont punish yourself just because people say you're not good in that field. Betullah tu, kalau orang lain boleh buat, kenapa tak kita?! Selamat berjaya pada semua rakan2 MLM (walau apa pun line anda)

---------------
Luxor dealer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2004 06:30 PM | Show all posts
Originally posted by harleena at 28-5-2004 11:42 PM:
Eha,
Thanks for your compliment. Sebenarnya, kalau diikutkan hati, mati...... bukan sekali dua saya bertelingkah dengan suami walaupun katanya dia bagi support untuk saya teruskan perjuangan saya. ...


harleena, atleast husband u support gak 25%. mcm i ni 5% pun dia tak support, lemah semangat gak nak buat MLM. nak keluar gi meeting tak boleh, nak dengar taklimat tak boleh, lagipun masa begitu terhad.

i join cosway ni pun sbb stokis dekat dgn rumah. zhulian, luxor dan amway hampir terkubur dah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2004 02:09 AM | Show all posts
Originally posted by rani at 2004-5-26 09:48 PM:


u dah kawin ke belum? dah ada anak?

i keje 12 jam sehari, seminggu 7 hari, dan sebulan 30 hari. memang fed-up dan tension. nak buat MLM lagi?
i boleh aktif kalau husband i support, kalau d ...



i belum kawin...i belum ada anak.....i tidur 4 jam sehari...2 jam buat keja tak berfaedah(surfing dan tv)..2 jam tolong parents.....yang lain spend on studies....

kalau nak dibandingkan...situasi anda dan saya sama...beza nya cuma umur..but i have to admit....pasal ur hubby tak izin tu...memang susah...

namun begitu...kalau kita dah dapat memikul segantang beras, tak mungkin dier masih menentang........

saya ada satu kes benar....nie ahli CNI jugak..hubby dier mechanic....memang anti MLM....tak bagi isteri dier masuk....tapi...isteri dier percaya..dier boleh berjaya dalam MLM....satu hari...hubby dia found out...she was abused....kena tampar ler....tumbuk pun ader.....cuma the kes tak dibawa ke balai ler.....tapi dier keep on with it....bcoz hubby dia sayang dier jugak..so..dier cuma biar jer ler......now..her income,housewife...lebih besar dari gaji hubby...now...hubby pun dah aktif...

ok..im not saying u patut bergaduh with hubby and so on....no...try to talk ler...tak payah support sangat...just mintak berkat jer....then..it will  just flow.....just try..kan ur hubby sayang you...:love:
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2004 02:11 AM | Show all posts
Originally posted by rani at 2004-6-1 06:30 PM:


harleena, atleast husband u support gak 25%. mcm i ni 5% pun dia tak support, lemah semangat gak nak buat MLM. nak keluar gi meeting tak boleh, nak dengar taklimat tak boleh, lagipun masa begit ...


at least...you know MLM can help....and u join cosway..tahniah....:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2004 08:02 AM | Show all posts
bagi juju lak kalau nak join MLM nie kena dapat keizinan suami...kalau suami tak izinkan...kalau u berjaya macamana pun...i don't think so duit tu berkat....dlm mencari rezeki yg penting apa yg kita dapat mesti berkat...tak guna kalau dapat berpuluh ribu sebulan tapi duit tak berkat....to explain about keberkatan duit nie....you can see for those people yg banyak duit tapi tak pernah cukup....that's one of the eg.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2004 09:07 AM | Show all posts
Originally posted by Juju at 4-6-2004 08:02 AM:
bagi juju lak kalau nak join MLM nie kena dapat keizinan suami...kalau suami tak izinkan...kalau u berjaya macamana pun...i don't think so duit tu berkat....dlm mencari rezeki yg penting apa yg kit ...


setuju sesangat dgn pendapat u. dapat sebulan 4 angka pun, duit tu hilang camtu je. lagi besar pendapatan, lagi besar belanja. saving akaun tak pernah meningkat jugak. susah nak berkat. i dah pernah kena camni, dah serik.

i join mana2 MLM bukannya nak buat income, since my husband punya bisnes pun dah cukup makan. dalam masa 6 bulan dia dah boleh settle RM90K hutang2 dia. now, credit balance tinggal 40% je lagi.

syukurlah apa yang ada. malas nak kejar dunia, sampai anak2 terabai tanpa kasih sayang.:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2004 01:24 AM | Show all posts
From: kamar
To: DARSITA
Time: 4-6-04 07:28 AM

His/Her reasons are: I tak tau le boleh berjaya ke tak dlm MLM ni.
I pun ada masuk SURECO. Pernah dengar tak?
Kalau nak tau email di [email protected]
Tengok org lain berjaya, teringin gak nak jadi macam diorang. Stakat I cuba cari downline tak de yg berminat, tu la kadang2 rasa lemah smangat.
Harap2 ade le yg berminat....
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2004 08:54 AM | Show all posts
Originally posted by harleena at 26-5-2004 08:54 AM:

Betul ke masuk MLM mengayakan orang atas/upline? Statement ini sebenarnya di buat oleh orang-orang yang tak faham tentang MLM itu sendiri. Serupalah dengan statement masuk MLM ni mengayakan syarikat.


Sebenarnya statement ni bukan hanya utk MLM sahaja tapi utk semua jenis perniagaan yang ada.
Sekiranya anda bekerja..tak kira company apa sekalipun..adakah anda akan kaya??..bagaimana pula dengan syarikat?..sekiranya sesebuah syarikat memiliki pekerja yang berdedikasi dan komited didalam kerjanya..tidakkah itu akan menaikkan nama syarikat dan secara tidak langsung mengayakan syarikat juga?.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2004 12:53 PM | Show all posts
tak kira company apa sekalipun..adakah anda akan kaya??..bagaimana pula dengan syarikat?..sekiranya sesebuah syarikat memiliki pekerja yang berdedikasi dan komited didalam kerjanya..tidakkah itu akan menaikkan nama syarikat dan secara tidak langsung mengayakan syarikat juga?.....


Eha,
saya setuju 200%. Setiap orang mempunyai impian. Jika kita tidak merealisasikan impian kita, kita hanya akan merealisasikan impian orang lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


mrzmuhd This user has been deleted
Post time 9-6-2004 04:06 PM | Show all posts

This is simple and workable

A'kum...

Saya pun macam awak gak. Semua join, tapi dengan separuh hati.   

tapi yang ini I rasa sesuai dengan jiwa saya. Sebabnya ia berkaitan technical dan dalam lingkungan kerja saya dalam bidang telekomunikasi. Saya rasa ianya mempunyai potensi yang besar untuk maju.


Jika tiada halangan sila lah lawati;

http://prepaid.cynexx.com//b=mirza1239


Sistem ini tiada konflik dengan barangan lain yang banyak dipasaran. Selain itu sistem ini sesuai bagi mereka yang suka mengikuti perkembangan teknologi.


Jika ada apa-apa kemusykilan, anda boleh hubungi saya di:

0163463141

wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2004 11:25 AM | Show all posts

Mengapa orang boleh gagal dalam MLM?

Sikap yang betul akan memudahkan sesiapapun berjaya membina perniagaan MLM. Antara sebab sebab yang biasanya mempengaruhi seseorang itu sehingga gagal dalam perniagaan yang istimewa ini adalah kerana:

• Tidak bermatlamat dan sasaran arah tujuan.
• Menyalahkan orang lain di atas kegagalan sendiri.
• Mereka menghadkan potensi sendiri.
• mereka mengaku ‘KALAH’.


Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2004 11:26 AM | Show all posts

Bila tiada keberhasilan yang ketara di perolehi selepas kita berusaha, ingatlah:

• ia mungkin mengambil masa sebelum anda dapat melihat perubahannya/hasilnya.
• Ingatlah ikrar kejayaan anda.
• Teruskan sikap positif anda.
• Jangan mudah putus asa.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2004 11:28 AM | Show all posts

– Anda boleh menjadi ‘APA’ yang anda impikan! –

Kuasa untuk berjaya
• Keghairahan (enthusiasm).
• Tenaga.
• Kepercayaan.
• Keyakinan dalaman.
• Menubuhkan satu pasukan.
• Menguasai komunikasi.



sorry arrr...nie aku ambik dari web REVELL..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.043177 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list