CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rurouni_khairul

Orang Skudai Meh sini!!!

 Close [Copy link]
Post time 2-2-2007 03:56 PM | Show all posts

Reply #200 sweetLove's post

lama dah... 10 tahun dulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2007 03:57 PM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 2-2-2007 03:28 PM


A,ah la dah tutup tempat tuh..lepa lak..tempat tuh penah jadik disko kejap sebelum kena rush...

ye ke?? oooo... aku tak penah plak dengar tempat tu jadik disko..
memang ketinggalan btoi ler..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 04:01 PM | Show all posts
Originally posted by blankie at 2-2-2007 03:56 PM
lama dah... 10 tahun dulu..



dah lama tu......
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 04:24 PM | Show all posts
smk skudai.. dulu sms (sek.menengah skudai)
1990-1994
live in tmn sri skudai frm 1982- till now.

-hepi viewing-
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 04:27 PM | Show all posts
Originally posted by sweetLove at 2-2-2007 04:01 PM



dah lama tu......


uih.. lama dah.. skarang dah tua..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 04:28 PM | Show all posts
Originally posted by desabakti at 2-2-2007 04:24 PM
smk skudai.. dulu sms (sek.menengah skudai)
1990-1994
live in tmn sri skudai frm 1982- till now.

-hepi viewing-


hallu..
spm94?? ni kira senior laa ni ekk...
tmn sri skudai jalan apa?? dulu saya penah dok sri putri 5 tahun..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2007 04:30 PM | Show all posts
Originally posted by desabakti at 2-2-2007 04:24 PM
smk skudai.. dulu sms (sek.menengah skudai)
1990-1994
live in tmn sri skudai frm 1982- till now.

-hepi viewing-



hi...
awak duk desa bakti ker?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 04:31 PM | Show all posts
Originally posted by blankie at 2-2-2007 12:58 PM


hallu..
spm94?? ni kira senior laa ni ekk...
tmn sri skudai jalan apa?? dulu saya penah dok sri putri 5 tahun..


haluuu jua
jln tembaga kuning se7en..
sri putri 5thn??? hmmm skang keja / belaja kt mana?
anak sapa ni,..? hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2007 04:34 PM | Show all posts
sweetLove; nope.. still live in Sri Skudai.. desabakti tu nic je. err napa awak tau ke desabakti tu kat mana,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2007 04:34 PM | Show all posts

Geografi: Cuaca dan lapangan terbang di Skudai.

Sekudai, Malaysia Page

Other names: Skudai,Scudai,Kangkar Skudai,Kampong SkudaiWorld:Malaysia:Negeri Johor
[table][tr]Latitude [td]1.5333 Longitude [td]103.6667 Altitude (feet) [td]29 [td=1,10][/td][/tr][tr]Lat (DMS) [td]1
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 04:38 PM | Show all posts
Originally posted by desabakti at 2-2-2007 04:31 PM


haluuu jua
jln tembaga kuning se7en..
sri putri 5thn??? hmmm skang keja / belaja kt mana?
anak sapa ni,..? hehe


oic.. kat area mesjid ekk?? ehh.. biar betul aku ni?? :stp: agaknye kot..
ha'ahh.. dok sri putri zaman2 skolah dulu..
skarang keje nun kat KK ni..

kita anak orang lerr....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 04:40 PM | Show all posts
Originally posted by desabakti at 2-2-2007 04:34 PM
sweetLove; nope.. still live in Sri Skudai.. desabakti tu nic je. err napa awak tau ke desabakti tu kat mana,


desa bakti tu bukan ke kat utm tu??
hehehe.. keje katne ni??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2007 04:40 PM | Show all posts

Fakta Kampong Sekudai.

Facts and Figures about Kampong Skudai, Malaysia:
Nearby Large Cities

  distance

Johor Baharu, Malaysia

    7.4 miles
Singapore, Singapore

    21.1 miles
Seremban, Malaysia

   144.9 miles
Kuantan, Malaysia

   158.2 miles
Pekanbaru, Indonesia

  167.9 miles

About Kampong Skudai, Malaysia:
Time zone
Malaysia Time
Time change from UTC*
UTC+0800
A resident is a...
Malaysian
National currency
Ringgit (MYR)
Major national language(s)
Bahasa Melayu (official), English.
Geographic Information:
Population
106000
Country
Malaysia
State
Johor
Type
City
Latitude
1.53333
Longitude
103.66667
Latitude (DMS)
1d 32m 0s
Longitude (DMS)
103d 40m 0s


[ Last edited by  rurouni_khairul at 2-2-2007 05:04 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 04:40 PM | Show all posts

Reply #210 rurouni_khairul's post

pergghhhh.. memang world laa ko..
rajin bebenor mencari.. keep it up!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 04:53 PM | Show all posts
Originally posted by blankie at 2-2-2007 04:40 PM


desa bakti tu bukan ke kat utm tu??
hehehe.. keje katne ni??



tima kasih tolong jawapkan utk swit....



:bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2007 05:07 PM | Show all posts
Originally posted by desabakti at 2-2-2007 04:24 PM
smk skudai.. dulu sms (sek.menengah skudai)
1990-1994
live in tmn sri skudai frm 1982- till now.

-hepi viewing-


Mak aih! Senior aku nie..Mase 1994 tuh aku baru je form 1 kat SMS...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2007 05:20 PM | Show all posts

Sejarah Penubuhan MPJBT di Skudai : Ke arah pentadbiran efisyen.

MENYINGKAP SEJARAH DI SEBALIK PENUBUHAN MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH

Secara ringkasnya, sejarah awal Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah ini bermula dengan penubuhan 8 buah Majlis Tempatan sekitar tahun 60an dibawah Town Board Enactment 118. Hasil daripada perkembangan penduduk dan pertambahan pegangan maka pada 1 Mac 1978, Majlis Daerah Johor Bahru Tengah telah ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang merangkumi kawasan seluas 104.7 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 150,000 orang. Kesan daripada pertumbuhan yang berterusan maka pada tahun 1995, Majlis Daerah Johor Bahru Tengah telah diperluaskan kawasan petadbirannya sehingga 303.48 kilometer persegi dengan jumlah pegangan meningkat kepada 98,515 unit dan jumlah penduduk bertambah sehingga mencapai 500,000 orang.


MAJLIS TEMPATAN SKUDAI
Pekan Skudai terletak di Batu 10, Jalan Ayer Hitam Johor Bahru dan juga di antara Simpang Jalan Gelang Patah dan Simpang Jalan Pontian, 16km daripada Bandaraya Johor Bahru.

Majlis Tempatan Skudai telah ditubuhkan pada tahun 1953 mengikut Undang-Undang Majlis Tempatan 1952 dan The Town Boards Enactment No. 118. Majlis Tempatan ini ditadbirkan oleh sebuah Lembaga Pengurusan yang mengandungi 8 orang Ahli-ahli Mesyuarat di mana 6 orang dipilih oleh penduduk tempatan di bawah Akta Pilihan Raya Majlis Tempatan, 1960. Manakala 2 orang lagi dilantik oleh Kerajaan Negeri. Poh Yong Kee telah dipilih sebagai Pengerusi pertama Majlis Tempatan Skudai daripada 1953 hingga 1960. Beliau dipilih semula pada tahun 1962 dan terus memegang jawatan tersebut sehingga 1973.

Luas kawasan Pentadbiran bertambah kepada 340 ekar pada tahun 1970. Bilangan rumah kediaman dan rumah kedai pada tahun 1957 adalah sebanyak 184 buah dan kebanyakkannya dari jenis sementara. Pada tahun 1976, bilangan rumah kediaman dan rumah kedai telah bertambah 3 kali ganda kepada 593 buah. Ini disebabkan oleh beberapa projek perumahan telah dilaksanakan oleh pihak-pihak swasta pada masa tersebut.



MAJLIS TEMPATAN LIMA KEDAI
Sebelum meletus perang dunia ke-2, seorang lelaki berbangsa Inggeris telah membina sebuah rumah kediaman di atas bukit di tapak kuari. Beliau juga bertanggungjawab membina 5 unit kedai di tepi sungai berhampiran sebuah jambatan. Kelima-lima unit kedai ini telah disewakan kepada 4 penduduk berbangsa Cina dan seorang Benggali. Mereka telah menjalankan perniagaan menjual barangan runcit, kedai kopi dan kedai gunting.

Walaubagaimanapun, semasa darurat pada tahun 1948, 5 unit kedai ini dan penduduk-penduduk di persekitarannya telah diperintahkan berpindah ke Ladang Getah Hiap Seng yang kini dikenali sebagai Kampung Baru Lima Kedai.

Pada peringkat awal terdapat 42 unit rumah papan dan lot-lot tapak rumah ini telah dikurniakan oleh Kerajaan Negeri dengan bantuan Pegawai Penempatan Semula. Sebuah balai polis juga telah dibina.

Majlis Tempatan Lima Kedai telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1954 dengan menyewa sebuah rumah sebagai pejabat. Pada 31 Mei 1959, satu pilihanraya Majlis-Majlis Bandaran dan Tempatan telah diadakan dan seorang Pengerusi telah dilantik. Kerajaan juga telah mencadangkan supaya pilihanraya diadakan setiap 3 tahun. Oleh itu pada tahun 1962, satu lagi pilihanraya telah diadakan.


MAJLIS TEMPATAN GELANG PATAH
Majlis Tempatan Gelang Patah telah ditubuhkan pada 3 September 1953 dan ditadbir oleh Penolong Pegawai Daerah bersama-sama 6 orang Ahli Majlis yang dipilih penduduk. Pengerusinya ialah Lim Tee Tong dan beliau memegang jawatan tersebut untuk beberapa tahun. Pada 21 Ogos 1957, 2 orang Ahli Majlis baru telah dilantik oleh Kerajaan Negeri yang terdiri daripada seorang Melayu dan seorang India.

Pilihanraya telah diadakan pada setiap tahun bagi memilih Ahli Majlis dan pada tahun 1962, satu pilihanraya telah diadakan dan dilaksanakan oleh Jabatan Pilihanraya Johor Bahru di bawah Akta Pilihanraya Kerajaan Tempatan 1960. Pada tahun 1961, Parti Sosialis Front telah mengambil bahagian dalam pilihanraya tersebut untuk menentang calon-calon dari parti MCA.

Majlis Tempatan ditadbir mengikut Undang-Undang Majlis Tempatan 1952, dan The Town Boards Enactment No. 118. Pihak Kerajaan telah mengurniakan bantuan kewangan setiap tahun untuk membolehkan pihak Majlis Tempatan menjalankan pentadbirannya dengan lancar. Punca pendapatan Majlis Tempatan ini diperolehi daripada cukai pintu, cukai najis, lesen-lesen perniagaan, lesen basikal dan juga mengambil dalal atas pungutan hasil air.


MAJLIS TEMPATAN KANGKAR PULAI
Kampung Kangkar Pulai terletak di bawah kaki Gunung Pulai di Batu 16
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2007 05:21 PM | Show all posts

Sambungan..

MAJLIS TEMPATAN ULU CHOH
Kira-kira 50 tahun dahulu, Ulu Choh merupakan kawasan hutan rimba yang terpencil. Kerajaan pada masa itu menggalakkan penduduk-penduduk di sekitar kawasan tersebut supaya terlibat di dalam bidang pertanian seperti tanaman pokok getah dan sayur-sayuran. Pada masa yang sama, Negeri Singapura ingin mendapatkan bekalan air dari Negeri Johor. Berikutan dari itu, Singapura telah membuka sebuah cawangan P.U.B. di Ulu Choh untuk memproses bekalan air ke Singapura. Pembukaan cawangan P.U.B. ini telah mengakibatkan kehadiran penduduk sehingga menjadi sebuah kampung kecil yang dikenali dengan nama Batu 22, Jalan Kolam Air.

Kampung Ulu Choh telah ditubuhkan pada tahun 1951 dan pada awal tahun 1953, Batu 22 Air telah diisytiharkan sebagai Majlis Tempatan Ulu Choh. Pihak Kerajaan telah melantik beberapa orang kenamaan tempatan sebagai Ahli-Ahli Majlis. Pengerusi Majlis Tempatan yang pertama ialah Kok Yin Khian dan diikuti oleh Kok Kim Hee.

Pada tahun 1959, pilihanraya Majlis Tempatan Ulu Choh yang pertama telah diadakan untuk memilih Kerajaan Penguasa Tempatan.

MAJLIS TEMPATAN ULU TIRAM
Ulu Tiram terletak kira-kira 20km dari bandar Johor Bahru ke arah Jalan Kota Tinggi. Kampung Baru ini yang dibuka sejak tahun 1927 mempunyai lebih kurang 500 orang penduduk dengan 47 unit rumah kedai dan 5 unit rumah kediaman. Ia juga mempunyai sebuah Balai Polis dan sebuah Wakil Pos.
Ulu Tiram mula bertukar wajah apabila pejabat penempatan semula Resettlement dijalankan oleh Kerajaan semasa darurat pada tahun 1949 dan 1951. Penduduk-penduduk telah dikumpulkan dan diberikan bantuan asas termasuklah mendirikan rumah kediaman. Pada tahun 1949, sebuah New Village Committee di bawah jagaan Resettlement Officer telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini mempunyai 6 orang ahli dan pengerusinya ialah Yong Yaw Num. Pada akhir tahun 1953, Majlis Tempatan Ulu Tiram diisytiharkan untuk mengambil alih New Village Committee. Pilihanraya yang terakhir diadakan pada 30 Mei 1962. 4 calon Parti Perikatan dan 4 calon Parti Barisan Sosialis telah dipilih dan 1 lagi perlantikan oleh Kerajaan, Jawatankuasa Majlis Tempatan telah ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Liew Sing Seng dari Parti Perikatan.


MAJLIS TEMPATAN PLENTONG
Ketika berlakunya darurat pada tahun 1949, penduduk-penduduk dari Kampung Baru Ban Foo, Kampung Lunchoo, Ladang San dan kampung-kampung yang berdekatan telah diarahkan oleh Kerajaan supaya berpindah dan dikumpulkan di sebuah tempat yang kini dikenali sebagai Kampung Baru Plentong.
Majlis Tempatan Plentong telah ditubuhkan pada 1953 berikutan dengan pertambahan penduduk yang semakin ramai dan untuk menjaga keselamatan pekan tersebut. Pada ketika itu hanya 9 orang ahli jawatankuasa yang telah dipilih oleh penduduk manakala 2 orang ahli lagi dilantik oleh Kerajaan.
Pada tahun 1958, sebuah bangunan Balairaya telah didirikan oleh Kerajaan untuk kegunaan orang ramai. Pada tahun 1967, sebuah pejabat Majlis Tempatan dibina di sebelah balairaya tersebut. Di sinilah pilihanraya dijalankan pada setiap tahun untuk memilih ahli-ahli jawatankuasa yang layak.


MAJLIS TEMPATAN MASAI
Majlis Tempatan Masai pada mulanya adalah merupakan sebuah kampung kecil yang penduduknya tidak begitu ramai. Pada tahun 1949, ketika negara diancam oleh komunis dan diletakkan di bawah keadaan darurat, penduduk yang tinggal terpenci di tepi ladang dan kampung yang berhampiran telah diarah berpindah ke Masai. Pertambahan penduduk dan kekuatan pengaruh komunis telah mengancam keselamatan kawasan kampung. Akibatnya, pihak Kerajaan telah mengambil keputusan memagar kawasan tersebut untuk melindungi penduduk Masai daripada dihasut komunis dan bagi memudahkan urusan-urusan pentadbiran.
Pada tahun 1952, Kerajaan juga telah mengambil langkah sebagaimana Majlis-Majlis Tempatan lain, dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mentadbir kampung tersebut yang diketuai oleh Chee Meng Kee. Majlis Tempatan Masai telah ditubuhkan pada tahun 1953 dengan dianggotai oleh 9 orang ahli jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Chee Meng Kee. Pemilihan ini dibuat menerusi pilihanraya di mana 3 calon telah bertanding dengan menggunakan simbol kereta, basikal dan telefon. Pegawai Daerah pertama semasa penubuhan Majlis Tempatan ini ialah Tan Sri Dato' Samsu Bin Mahmood.


SUMBER: http://www.johordt.gov.my/mpjbt/utama/sejarah.htm


[ Last edited by  rurouni_khairul at 2-2-2007 05:23 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2007 01:42 PM | Show all posts
Gambar bangunan MPJBT di Skudai.



Peta kawasan naungan MPJBT.

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 01:37 PM | Show all posts
aku baru balik kl ari minggu tu...tiket habis lak terpaksa naik bas petang sikit...nak cite kat blankie...masa aku kat Skudai  tiga kali nampak accident...first kat area kat Jln Kebudayaan...terbaring atas jln masa aku lalu tu tak de lak tolong..sian..2nd lak kat simpang empat Pulai Utama tapi dari arah Pulai Flora turun bukit 3 keta...yg depan masuk trak polis pelik sbb jln kat situ takde lak keta byk camne lah bole accident...3rd kat simpang Aliiff rest ke kilang-kilang berlanggar masuk simpang...hisss org Skudai nie bawa keta ganas ler..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43427 Replies : 450
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38640 Replies : 26
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50035 Replies : 164
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145804 Replies : 2469
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39558 Replies : 48
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276652 Replies : 8079
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38725 Replies : 32
Pulau Pinang jadi pusat perumahan mampu milik terbesar di Malaysia
AbahmungPulau Pinang jadi pusat perumahan mampu
Views : 42900 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.065767 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list