|
Originally posted by mesmerize at 17-8-2006 04:51 PM
pergh.. ngumpat di khalayak ramai ni.. perjuangan GAM ni.. jihad, jihad juge.. ngumpat tak tinggal.. hehehe..
jgn ganggu mes, misi GAM adalah rahsia....hikhik |
|
|
|
|
|
|
|
pasai apa gaduh2 ni.. aku x pahe ler... heheheheheh.. nak kena selak page belakang baru aku paham |
|
|
|
|
|
|
|
undi jgn tak undi....kita lihat sape yang menang.....:nerd::nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by redsentra at 17-8-2006 05:20 PM
pasai apa gaduh2 ni.. aku x pahe ler... heheheheheh.. nak kena selak page belakang baru aku paham
tul tu...nak kena selak page blkg baru paham...byk la pulak page nye...:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sxam at 16-8-2006 11:58 PM
Salam...
Ambe org baru kat sini. Nok tanye skit. GAM tu Geng Anti Mawi ke?
Kalo tul boleh ambe daftar sebagai ahli sorang ??
Mawee Sluuuuuuurpss :pmuka:
selamat berjuang .....:lebai::lebai: |
|
|
|
|
|
|
|
Oghang posting hepi2 aje, depa posting ngutuk2 pulak ... berapi-api pulak tu. Should put your 'admirable spirit' to better use ... say, kat forum ttg palestin-yahudike, ttg salahguna kuasa ahli parlimen kawasan youke ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #118 mesmerize's post
Tolong tengok post aku yg ke #104 Mes akan faham nape aku 'ckp ' camtu.
Harap fahamle sbb aku takkan terangkan lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #124 ramura's post
nak hepi2 pi tgk konsert gelek mawi tu...ni la melayu...hiburan/hepi sokmo |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #125 trunks's post
ok trunks.. walaupun aku tak berapa paham.. tapi aku buat2 paham jek lah.. hehehe.. peace :nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #127 mesmerize's post
Itu sbb aku suka ttg Mes..cool & neutral..heheh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Nikotina at 17-8-2006 04:07 PM
jgn membinantangkan org trunks.prrrrrfffkhhhhhhhhhhhhhptuiiihhh .
Tapi Si Donkey Kong tu m'binatangkan org boleh lak? hehehe..ptuih
Originally posted by Nikotina at 17-8-2006 04:06 PM
enjoy baca posting korang..
:bgrin:
Hang jgn tak tau Niko, aku punyala enjoy baca posting hang sampai tidur pun lena tau.
Lebih2 lagi, kat thread yg Wish Birthday tu..lum reply lg ..wargh kahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
sara rasa mawi akan menang byk kategori kali nih :cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #130 mysara's post
hi...nak tanya...mama mysara ada join forum cari ni gak ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Mawi dominasi pencalonan
SEPERKARA yang menarik, AE06 menyaksikan kemaraan artis baru terutama bintang realiti dan antara yang terunggul ialah Mawi yang menerima tujuh pencalonan dalam enam kategori berbeza, manakala Nikki dan Zahid mengekori dengan tiga pencalonan.
Juara Akademi Fantasia 3 itu menerima pencalonan bagi kategori Artis Harapan Pilihan, Vokal Lelaki Pilihan dan Duo/Vokal Pilihan bersama M Nasir. Lagu nyanyiannya bersama M Nasir, Lagu Jiwa Lagu Cinta dicalonkan kategori Lagu Pop Pilihan dan Video Muzik Pilihan.
Mawi juga menerima pencalonan untuk Irama Global Pilihan menerusi lagu Irama Global Pilihan.
Nikki pula menyerlah untuk kategori Artis Harapan Pilihan, manakala gandingannya bersama Zahid dicalonkan untuk Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan dan lagu nyanyian mereka, Caramu bertanding Lagu Pop Pilihan.
Zahid juga dicalonkan untuk kategori Vokal Lelaki Pilihan. Adam dan Adibah Noor masing-masing menerima dua pencalonan.
Mawi yang menerima Artis Harapan Pilihan, tahun lalu mengakui terperanjat dengan pencalonan yang diterimanya memandangkan kebelakangan ini, dia berdepan pelbagai peristiwa yang cukup menguji.
Terima kasih kepada peminat yang masih menaruh kepercayaan. Saya akui tempoh enam bulan kebelakangan ini begitu mencabar dan alhamdulillah, pencalonan ini menjadi titik permulaan untuk kembali meraih kepercayaan peminat, kata Mawi.
Sementara itu, Nikki pula menganggap Caramu yang menggandingkannya dengan juara AF2, Zahid banyak membantu memperkenalkan namanya kepada umum.
Lagu ini menyerlah imej Nikki sebagai penyanyi remaja. Mungkin ada beranggapan Nikki menumpang popularitinya, itu tidak dinafikan. Namun, Nikki melihat kerjasama ini memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak, katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
konpius2 bincang ape sebenarnye kat sini ni?.... |
|
|
|
|
|
|
|
-- sedikit petikan dari BH --
Mawi terima tujuh pencalonan
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
MEMPERTANDINGKAN 12 kategori, termasuk tiga anugerah khas iaitu Anugerah Seni Era, Anugerah Carta Era selain Artis Pilihan SMS DiGi yang menawarkan wang tunai RM10,000 serta trofi, Anugerah Era 2006 (AE?06) memperlihatkan kebangkitan bakat baru, terutama bintang program realiti.
Paling menyerlah pastinya juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Asmawi Ani atau Mawi yang menerima tujuh pencalonan iaitu Artis Harapan, Vokal Lelaki, Vokal Duo, Irama Global, Lagu Pop Pilihan (dua penyertaan) dan Video Muzik Pilihan.
Selain lagu Aduh Saliha dan Kian, Mawi turut dicalonkan bersama mentornya, M Nasir menerusi lagu popular mereka, Lagu Jiwa Lagu Cinta. Persoalannya apakah malam AE?06 juga akan menyaksikan sekali lagi penyanyi yang digelar Raja SMS itu mengulangi kejayaan yang pernah diciptanya dalam beberapa acara sebelum ini?
Dengan jumlah penyertaan begitu memberangsangkan, bukan sesuatu yang mustahil apabila Mawi dijangka menang besar apatah lagi dalam beberapa acara hiburan membabitkan undian peminat, jarang dia pulang tangan kosong. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 8-9-2006 08:54 AM
-- sedikit petikan dari BH --
Mawi terima tujuh pencalonan
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
Paling menyerlah pastinya juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Asmawi Ani atau Mawi yang menerima tujuh pencalonan iaitu Artis Harapan, Vokal Lelaki, Vokal Duo, Irama Global, Lagu Pop Pilihan (dua penyertaan) dan Video Muzik Pilihan.
video muzik pilihan utk LJLC kan?
mintak2 tak menang....memalukan! byk lg video muzik yg jauh lebih baik |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa anugerah ERA Mawi akan dpt pulang esok?
Hi,
Korang rasa kan berapa anugerah Era Mawi akan bawa pulang mlm esok??? Mawi kan artis paling byk percalonan ada 7....adakah dia akan bolot semuanya??? korang undi lah ye.... |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya 8..6 kategori + Carta Era+Artis DG..lol. Kejamnya aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
carta era tu macam lagu peterpan jek menang
lama tau dalam carta |
|
|
|
|
|
|
| |
|