CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: izhar1000

All About Sheila On 7

[Copy link]
Post time 23-8-2006 11:06 AM | Show all posts
Jawab, jangan tak jawab!: SO7 kehilangan sengat
Oleh Zul Husni Abdul Hamid ( Berita Harian)


TAHUN ini genap 10 tahun Sheila On 7 (SO7) menebarkan karier mereka di pentas seni. Usia yang menunjukkan kedewasaan bagi sebuah kumpulan, namun kelicinan perjalanan indah itu turut dijejaskan dengan catatan yang tidak terduga.




Pengunduran pemain gitar kedua, Sakti atas alasan ingin mendalami agama di Pakistan meninggalkan titik hitam kepada SO7, apatah lagi keputusan itu dibuat ketika mereka dalam persiapan untuk pembikinan album terbaru.

Keputusan memeranjatkan buat kali kedua, selepas tiga tahun lalu SO7 menyingkirkan Anton gara-gara berdepan masalah disiplin. Kehilangan yang belum berganti, namun membangkitkan persoalan apakah SO7 masih mampu mempertahankan populariti mereka?

Ahad lalu, kumpulan yang semakin popular dengan lagu Pemenang itu menutup siri konsert jelajah mereka di empat kota apabila beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Berbanding konsert pertama yang diadakan tiga tahun lalu, kehadiran terbaru mereka sedikit terkesan dengan kemerosotan jumlah penonton.

Di mana silapnya? Apakah SO7 semakin hilang sengatnya? Hip bertemu kumpulan popular Indonesia itu untuk mencungkil rahsia yang tersirat di hati SO7 yang kini dibarisi Duta, Adam, Eross dan Brian Kresna Putro sebagai pemuzik undangan.

Hip: Beza konsert terbaru berbanding persembahan tiga tahun lalu? Ada terasa kekurangan tambahan pula sambutan untuk konsert terbaru tidak sehangat dulu?

Adam: Apa yang membuat kami bersyukur, setiap kali ke Malaysia SO7 selalu berkesempatan untuk mengadakan persembahan. Sama ada kecil atau besar, ia membawa sesuatu yang bermakna kepada kami semua. SO7 melihat kesempatan ini sebagai menambahkan lagi pengalaman kami. Syukur kehadiran kami biasanya disambut peminat yang digelar Sheila Gang.

Hip: Adakah ketiadaan Anton dan Sakti turut memberi kesan kepada SO7?

Adam: Alhamdulillah, semua faham malah peminat sudah menerima ketiadaan Sakti dan Anton.

Duta: Kami ingin memohon maaf kepada peminat yang masih mengharapkan SO7 kekal dengan anggota asal. Dari awal hingga akhir SO7 harus terus berjalan. Ada yang kita harus perjuangkan. Selagi punya semangat, kita rasa masih dihargai.

Hip: Sejujurnya sejauh mana pengunduran Sakti memberi kesan kepada penerbitan album terbaru?

Eross: Kami perlu terus berkarya meskipun terpaksa merombak keseluruhan lagu yang sudah pun dirakamkan untuk menyesuaikan SO7 dengan situasi baru. Justeru, apabila dia meminta untuk mengundur diri, kami perlu merakamkan semula enam lagu malah muziknya juga diubah tanpa gitar kedua. Namun, sekiranya satu hari nanti Sakti ingin kembali, kami tidak akan teragak-agak untuk menerima kehadirannya.

Hip: Apakah SO7 masih yakin mempunyai pengaruh yang besar di sini terutama selepas menyaksikan banyak kumpulan baru?

Duta: Kami tidak pernah rasa tergugat dengan kehadiran band Indonesia yang lain. Selama mana saja mereka mampu bertahan? Perkara itu masih menjadi persoalan. Contohnya, Peterpan baru dua tahun hadir, baru saja merakamkan dua album sedangkan S07 sudah tujuh tahun berada dalam industri. Jangan kami dibandingkan malah, SO7 tidak merasa tergugat langsung dengan kehadiran mereka.

Hip: Melihat sambutan kurang memberangsangkan malam ini, apakah itu petanda SO7 makin pudar semangatnya?

Duta: Alhamdulillah, sampai malam ini sangat luar biasa. Begitu juga ketika kami mengadakan persembahan di tiga lokasi lain seperti di Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang. Sambutan yang diterima lebih daripada apa yang dibayangkan. Ini membuktikan kami belum hilang populariti. Sebaliknya, sokongan ini memberi kami semangat untuk SO7 terus berkarya.

Hip: Bagaimana SO7 melihat perjalanan sepanjang sedekad ini?

Duta: Kami melalui situasi yang berbeza. SO7 lahir lebih 10 tahun lalu, sudah lama, dewasa dan matang. Situasi seperti ini tidak wajar dijadikan kayu pengukur. Kami tidak pernah takut seandainya satu hari nanti tidak lagi popular. Selagi menghasilkan karya bagus dan komited dengan apa yang dilakukan, masih ramai akan menyokong kami. Kami tidak gentar untuk melangkah walaupun dalam tempoh 10 atau 20 tahun lagi.

Hip: Apa yang membuat SO7 begitu yakin sedangkan lagu daripada album terbaru agak mengambil masa untuk diterima?

Duta: Kami yakin kerana SO7 tidak terus meluncur ke atas, sebaliknya kami memulakan perjalanan dari bawah. Barangkali ada yang kurang yakin dengan kemampuan kami, maklum kami sendiri sudah lama tidak datang mengadakan persembahan di sini. Biar masa menentukannya. Kami yakin dalam masa empat tahun lagi, karya SO7 akan terus diterima.

Hip: Bagaimana penerimaan kalian apabila Sakti menyatakan hasratnya untuk mengundur diri?

Eross: Kehilangan Sakti sangat dirasai. Kami terkejut dengan keputusannya kerana sebelum ini Sakti tidak pernah menunjukkan tanda akan meninggalkan SO7. Dia patuh dengan suruhan agama, tetapi tidak pernah mencampuradukkan urusan peribadi dengan muzik.

Hip: Apakah pengundurannya didorong kekurangan komitmen?

Eross: Dia sentiasa memberi komitmen baik terhadap kumpulan, begitu juga tanggungjawabnya sebagai pemain gitar. Ketika menyuarakan hasrat untuk berundur, kami memujuk dan memberinya waktu menarik balik keputusan itu. Namun dia nekad, jadi kami perlu akur dengan kehendaknya. Siapa kami untuk menghalang jika itu adalah keputusan terbaik untuk dirinya.

Hip: Apa janji SO7 kepada peminat?

Duta: Walaupun kini kami hanya bergerak dengan tiga anggota asal. Ini tidak akan menghentikan semangat kami. Kami rasa ada baiknya SO7 terus bermain muzik dan memberikan karya terbaik kepada peminat kami. SO7 bersyukur kerana masih mendapat tempat walaupun anggota kumpulan ini bersilih ganti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2006 11:08 AM | Show all posts
semua komen tak ramai datang..
tapi performance malam tu takde pulak yg nak komen...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 11:09 AM | Show all posts
Originally posted by summer_snow at 23-8-2006 08:13 AM
paper mana ni Queen?
hmm..memang tak buat research btul la..
ingat sheila on 7 baru lagi ke kat sini...

dia kata duta macam marah2 dengan soalan dia? hehhe..dut cam tu ker..macam bukan je..
h ...


utusan punya..

eh kau tgk isi dr utusan dgn metro... kat utusan tu dia ckp peterpan baru 2 thn tp yg kt metro tulis 2 album... hehehehe apa daaa wartawan....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 11:11 AM | Show all posts
Originally posted by summer_snow at 23-8-2006 11:06 AM
Ahad lalu, kumpulan yang semakin popular dengan lagu Pemenang itu menutup siri konsert jelajah mereka di empat kota apabila beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Berbanding konsert pertama yang diadakan tiga tahun lalu, kehadiran terbaru mereka sedikit terkesan dengan kemerosotan jumlah penonton


Di mana silapnya? Apakah SO7 semakin hilang sengatnya? Hip bertemu kumpulan popular Indonesia itu untuk mencungkil rahsia yang tersirat di hati SO7 yang kini dibarisi Duta, Adam, Eross dan Brian Kresna Putro sebagai pemuzik undangan.


ni lagi satu tak buat research.....

[ Last edited by  QueenLove at 23-8-2006 11:12 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 11:21 AM | Show all posts
Peminat di Kota Kinabalu puas hati
Oleh Amirullah Andi Nur


PUAS hati dan berbaloi. Itu adalah kesimpulan paling sesuai sebaik selesai menyaksikan persembahan kumpulan paling popular Indonesia, Sheila On 7 (SO7) di Stadium Likas, Kota Kinabalu, baru-baru ini.




Dengan mendendangkan 19 lagu tanpa henti, selama kira-kira dua jam, kumpulan empat anak muda ini membuktikan mereka adalah paling hebat dan mantap seperti tajuk lagunya, Pria Terhebat.

"Kami lihat penonton semuanya happy (gembira). Ini membuktikan persembahan kami pada malam ini diterima mereka dan ini sangat baik," kata penyanyi kumpulan itu, Duta, ketika ditanyakan reaksi penonton. Selain Duta, tiga lagi anggota SO7 adalah Brian, Adam dan Eross.

Memang benar, kira-kira 3,000 penonton yang membanjiri padang Stadium Likas seperti dibuai keasyikan terutama ketika kumpulan ini mendendangkan lagu popular mereka seperti Sephia, Berhenti Berharap dan Pria Terhebat.

Penonton yang majoritinya wanita tidak henti-henti menyanyi bersama kumpulan ini.

Lagu lain disampaikan kumpulan dianggotai empat anak muda ini adalah Sahabat Sejati, Bertahan Di Sana, Pemwa Rahasia, Terlalu Singkat, Itu Aku dan Kita.

Selain itu Seberapa Pantas, Dan, Trimakasih Bijaksana, Pria Kesepian, Jalan Terus, Jap/Buat Aku Tersenyum, Pejantan Tangguh, Bila Kau Tak Disampingku serta Melompat Lebih Tinggi.

Tiga lagu baru yang turut dipersembahkan adalah Pemenang, Radio serta lagu yang sedang hangat di radio ketika ini, Mantan Kekasih. Semua lagu yang dipersembahkan pada konsert ini adalah dari lima album yang terbitkan oleh kumpulan ini sejak 10 tahun lalu.

"Dengan sambutan sebegini hebat, kami sedia datang lagi ke Sabah. Malah mungkin dengan konsert lebih besar sebagai menghargai sokongan peminat kami di sini," tambah Duta lagi.

Persembahan sulung SO7 di negeri di bawah bayu ini dibawakan khas penyedia perkhidmatan telekomunikasi Digi melalui siri jelajah Konsert SO7 Digi Malaysia Tour 2006.


-----------------------
yang ni kat KK..
aku dengar cerita kat KK memang ramai...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 11:27 AM | Show all posts
Originally posted by QueenLove at 23-8-2006 11:09 AM


utusan punya..

eh kau tgk isi dr utusan dgn metro... kat utusan tu dia ckp peterpan baru 2 thn tp yg kt metro tulis 2 album... hehehehe apa daaa wartawan....
oo..utusan.
aku baru belek tadi..
yg metro, berita harian ni aku baca online..
kosmo ade gak tak pasal diorang?
huhuhh

elok la..
ade la idea diorang lepas ni
'boleh laku ke lagi kalu ade konsert dr seberang. konser so7 pun takde orang nak tengok'...
:siok:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2006 11:54 AM | Show all posts
Originally posted by summer_snow at 23-8-2006 11:27 AM
oo..utusan.
aku baru belek tadi..
yg metro, berita harian ni aku baca online..
kosmo ade gak tak pasal diorang?
huhuhh

elok la..
ade la idea diorang lepas ni
'boleh laku ke lagi kalu ade  ...


itu lah dia.. nnt klo ada yg komplen, kasi je hujah2 kat atas td tu... hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 12:05 PM | Show all posts
So7: Berempat tapi masih mantap
22-08-2006 04:57:35 PM
Radin Sri Ghazali  

Duta serta Eross menunjukka persembahan yang baik pada malam konsert terakhir Malaysian Tour So7 (Foto The Star oleh Ricky Lai)

Walaupun kini dibarisi empat personil, Eross, Duta , Adam dan Brian  masih  menunjukkan bahawa Sheila On Seven (So7) masih mampu menarik ribuan Sheila Gank (gelaran yang diberi kepada peminat mereka) di Malaysia menerusi 'Digi Sheila On Seven Malaysian Tour'.

Siri konsert yang bermula di Stadium Larkin Johor Bahru pada 13 Ogos yang lalu melabuh tirainya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Ahad yang lalu.

Hampir 10,000 orang peminat membanjiri stadium tersebut pada jam 7 petang lagi.

Bumi Band, selaku band pembuka tirai berjaya menenangkan keresahan ribuan penonton yang menunggu lebih daripada satu jam untuk menyaksikan konsert tersebut.

Kumpulan yang berasal dari Bandung itu mempersembahkan beberapa buah lagu termasuk 'Rantai Rasa Cinta' serta 'Goda', yang merupakan soundtrack lagu kepada filem box-office lakonan Farid Kamil dan Julia Hana, 'Remp-It'.

Penonton yang membanjiri stadium itu menjerit dengan sekuat hati sejurus sahaja melihat band kesayangan mereka, So7 menjejak kaki ke atas pentas utama itu.

Band yang pernah dijulang sebagai band terbaik di rantau Asia pada suatu ketika dahulu membawa 19 buah lagu sepanjang konsert yang berlangsung kira-kira dua jam setengah.

So7 memulakan persembahan menerusi lagu berjudul 'Menyelamatkan ' daripada album terbaru mereka 'So5' dengan penuh bertenaga serta karisma.

"Belilah album kami banyak-banyak agar duit itu dapat digunakan untuk majlis perkahwinan Eross nanti," ujar Duta, vokalis utama So7 yang bergurau senda bersama-sama pemain gitarnya, Eross Chandra.

Lagu-lagu berirama rancak seperti 'Pagi Yang Menakjubkan', 'Sahabat Sejati' serta 'Pemenang' melihatkan para penonton melonjat-lonjat mengikut tempo sambil menyanyi bersama-sama band kesayangan mereka.

"Saya berharap agar kita semua dapat berhibur bersama-sama. Jika tersiku orang bersebelahan dengan kita, tidak mengapa ya. Kita di sini untuk bergembira," pesan Duta kepada para penonton agar mereka tidak bersikap ganas atau berang di sebalik keghairahan berhibur.
Suasana konsert tersebut berubah menjadi romantis apabila kumpulan tersebut menyanyikan lagu yang membawa kembali kegemilangan band tersebut di Indonesia, 'Mantan Kekasih' (Bekas Kekasih).

Kelihatan ramai pasangan kekasih yang menghadiri konsert tersebut berpelukan sambil menghayati lirik lagu yang mengisahkan seorang lelaki yang masih dahagakan cinta daripada bekas kekasihnya yang telah meninggalkannya.


"Kepada semua gadis di sini, janganlah kamu meninggalkan pacar (kekasih) kamu dengan senang-senang. Ingat, lelaki kini lebih sedikit daripada perempuan," ujar Duta sejurus sahaja selesai menyanyikan lagu tersebut lantas disambut dengan gelak ketawa daripada penonton-penonton terutamanya di kalangan golongan hawa.

Suasana bertenaga kembali menyelubungi stadium itu apabila  kumpulan yang  popular dengan irama  pop rock mempersembahkan lagu 'Seberapa Pantas', 'JAP' dan 'Radio'.

So7 turut melakukan kejutan harijadi untuk salah seorang Sheila Gank terawal mereka yang bernama Jay Jay.

Peminat yang bertuah itu diberi kesempatan untuk berduet bersama-sama Adam serta Eross menerusi lagu 'Pria Kesepian'.

Duta pula mempersembahkan bakat terpendamnya yakni bermain drum menerusi lagu tersebut.

Malam tersebut diakhiri dengan lagu 'Bila Kau Tak Disampingku' yang ditujukan khas kepada peminat-peminat mereka yang tidak pernah pudar semangat untuk memberi sokongan kepada kumpulan tersebut.

Di samping memberi persembahan yang hebat sepanjang konsert itu, ahli-ahli S07 turut menyerikan suasana  dengan celoteh serta lawak jenaka terutamanya Duta.

Para penonton tidak kering gusi mendengar gurau sendanya di samping terpikat dengan kehebatan vokal Duta menerusi nyanyian yang begitu dinamik serta bertenaga pada malam tersebut.

Malah,  Eross menunjukkan bahawa dirinya masih hebat bermain gitar secara solo tanpa kehadiran Sakti lantas membuktikan bahawa So7 bakal meneruskan penguasaan mereka di pesada muzik nusantara.

Di samping terhibur dengan persembahan mantap daripada So7, terdapat jua beberapa insiden yang kurang menyenangkan berlaku di kalangan mereka yang menghadiri konsert tersebut.  

Beberapa kumpulan mat Indon kelihatan mengibarkan bendera menerusi struktur piramid manusia.

Malah, segelintir penonton berasa tidak berpuas hati lalu membaling botol-botol mineral ke arah mat-mat Indon tersebut sambil menjerit, "Turun lah! Kami tak nampak!"

Suasana cemas turut tercetus apabila sekumpulan lelaki Indonesia yang tidak berbaju berlari-larian sambil melanggar penonton-penonton yang lain di sekitar Stadium Bukit Jalil.

Bagi ibubapa yang membawa anak-anak kecil , perasaan kurang senang serta khuatir akan keselamatan mereka dirasai pada malam tersebut.  

Mungkin insiden-insiden seperti ini merupakan satu norma bagi sesetengah penonton untuk berhibur ketika menonton konsert.

Namun, janganlah dibiarkan keghairahan untuk berhibur mengganggu keselamatan ribuan penonton yang lain menerusi perbuatan yang tidak senonoh serta membahayakan.


----------------------
dapat dari mstar
nak tergelak aku..
lirik lagu 'mantan kekasih' camtu ker..
huahuahuah..
tarak buat research..hentam je tulis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2006 12:32 PM | Show all posts
Originally posted by summer_snow at 23-8-2006 12:05 PM
So7: Berempat tapi masih mantap
22-08-2006 04:57:35 PM
Radin Sri Ghazali  

Duta serta Eross menunjukka persembahan yang baik pada malam konsert terakhir Malaysian Tour So7 (Foto The Star oleh ...


baru siok sket baca yg ni....

heheh mantan kekasih bkn ke dia tkmo terima blk awek yg tlah putuskan dia...
muehehhee
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 12:37 PM | Show all posts
Originally posted by summer_snow at 23-8-2006 12:05 PM
So7 memulakan persembahan menerusi lagu berjudul 'Menyelamatkan ' daripada album terbaru mereka 'So5' dengan penuh bertenaga serta karisma.


507 laaaaa

Kumpulan yang berasal dari Bandung itu mempersembahkan beberapa buah lagu termasuk 'Rantai Rasa Cinta' serta 'Goda', yang merupakan soundtrack lagu kepada filem box-office lakonan Farid Kamil dan Julia Hana, 'Remp-It'.


dari singaporeeee la.. sorang je tu dr bandung....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 12:48 PM | Show all posts
Originally posted by QueenLove at 23-8-2006 12:32 PM


baru siok sket baca yg ni....

heheh mantan kekasih bkn ke dia tkmo terima blk awek yg tlah putuskan dia...
muehehhee

mueheeh..
yg tu baru betul
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 12:53 PM | Show all posts

Reply #204 QueenLove's post

lagu 'menyelamatkanmu' bukan dari album 507..
dari album 30hari mencari cinta...
wartawan tu salah tulis...
dah la tulis tajuk album salah,album yang mana satu pun diorang salah tulis gak..
ish ish ish
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 12:58 PM | Show all posts
Originally posted by summer_snow at 23-8-2006 12:53 PM
lagu 'menyelamatkanmu' bukan dari album 507..
dari album 30hari mencari cinta...
wartawan tu salah tulis...
dah la tulis tajuk album salah,album yang mana satu pun diorang salah tulis gak..
ish ...


gitulah wartawan tak buat research.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 07:24 PM | Show all posts
tp konsert mmg gempak lah
telatah dieorg mmg best giler
aku lagi suke konsert x ramai org
drp penuh dgn indon indon yg mcm mangkuk tuh
kurang org dpt dok depan
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 07:37 PM | Show all posts
Originally posted by brilianxx at 23-8-2006 07:24 PM
tp konsert mmg gempak lah
telatah dieorg mmg best giler
aku lagi suke konsert x ramai org
drp penuh dgn indon indon yg mcm mangkuk tuh
kurang org dpt dok depan


hehehe aku pun hari tu mcm teringin je nak baling botol kat mat indon terpanjat2 mcm beruk tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 10:44 PM | Show all posts
betul la..suma paper dok komen pasal org tak ramai. tapi tak plak nak komen show dorg tu. best giler dorg tau ke tak?? cuba la bandingkan show so7 ngan show2 local band ker..(ada ke pun local band yg buat konsert? ehhh ada ke local band? hehe)

anyway aku nak komen satu jer. pasal tiket. aku beli rm65. hangin satu badan bila dpt tau masa sampai kat stadium dorg tgh jual tiket harga rm30 jer!!!! apa kes...tu la dr awal tanak jual murah2..last2 minit turun harga. tak pueh ati aku!!!! tanak refund lak tu! ni la penganjur...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2006 10:45 PM | Show all posts
Originally posted by QueenLove at 23-8-2006 07:37 PM


hehehe aku pun hari tu mcm teringin je nak baling botol kat mat indon terpanjat2 mcm beruk tu...


bukan takat mat2 indon. minah indon pun dijulang gak.
eeeiiii...tak malu tul bontot kena pegang gitu. yucks!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 11:36 PM | Show all posts
Originally posted by tr3e at 23-8-2006 10:44 PM
betul la..suma paper dok komen pasal org tak ramai. tapi tak plak nak komen show dorg tu. best giler dorg tau ke tak?? cuba la bandingkan show so7 ngan show2 local band ker..(ada ke pun local band  ...


kau beli yg rm65 tu awal2 ke? tak dpt backstage pass ker?
tu lah, aku rasa kalau jual rm30, mesti ramai yg dtg.. ini jual rm65...
org pun takut nak beli....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 11:37 PM | Show all posts
Originally posted by tr3e at 23-8-2006 10:45 PM


bukan takat mat2 indon. minah indon pun dijulang gak.
eeeiiii...tak malu tul bontot kena pegang gitu. yucks!


haah ada minah indon gak.. mula2 igt mamat, sekali nmpk ada 2 bukit...
ehehehe aku rasa minah tu mayn dah lunyai gak kot.. tu tak kisah bontot dipegang2...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 08:58 AM | Show all posts
Originally posted by brilianxx at 23-8-2006 07:24 PM
tp konsert mmg gempak lah
telatah dieorg mmg best giler
aku lagi suke konsert x ramai org
drp penuh dgn indon indon yg mcm mangkuk tuh
kurang org dpt dok depan

yup2
konsert mmg gempak!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.065719 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list