CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 9teen

Siapa Shark, BF Aku Ni? & Kisah Kisah Lain (PENERANGAN : #726 - 19/11)

[Copy link]
Post time 25-7-2016 03:48 PM | Show all posts
9teen replied at 25-7-2016 03:17 PM
Terima kasih!

Bangga ni sebab orang kenamaan sudi mencemar duli ke rumah setinggan ni. Insya-A ...

Mlm ni yek? Ok kite tggu update uols...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2016 04:31 PM | Show all posts
FizahZainal replied at 25-7-2016 10:34 AM
Assalamualaikum semua... saya SR kat sini... Newbie

TT sambung cite plis.. hihi

i like ur pic profile.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 05:10 PM | Show all posts
9teen replied at 25-7-2016 03:17 PM
Terima kasih!

Bangga ni sebab orang kenamaan sudi mencemar duli ke rumah setinggan ni. Insya-A ...

Dik, nape cite no 4 takde? adekah kau mcm tokey hotel yang taknak letak tingkat 4 sebab takut berhantu/suwey? adakah kau juga xkan wujudkan cite no 13 atas alasan yang sama?

misteri kau ni dik.

tapi akak bangga dengan susunan ayat, tatabahasa dan ejaan kau yang tidak seperti adik2 muda yang lain. masih ada rupanya anak bangsa yang tidak berbahasa alien.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 05:12 PM | Show all posts
cik.amy replied at 25-7-2016 05:10 PM
Dik, nape cite no 4 takde? adekah kau mcm tokey hotel yang taknak letak tingkat 4 sebab takut berh ...

no 4 tu kan suwei... kena la skip.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
selama ni aku SR je, menanti tt update lagi. bagus susunan ayat kau dik, senang faham. keep it up
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
dh lme nk tanya sbnrnye
pemutihan ni same ke ngn pemulihan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2016 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 25-7-2016 02:35 PM
Insya-ALLAH nanti aku update ya?

Tak sabar nak tau siapa shark..

Tapi lagi best kalau ada suspender..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 06:20 PM | Show all posts
misteri shark belum terbongkar...
kalau jawapan aku>>Shark is Jerung

anyway, aku pun nak teka..em ar es em kan?
dulu masa aku sekolah...
kat belakang sekolah ada bukit dan tangki air..
heboh dulu kes orang minyak mengamuk..
curi seluar dalam perempuan..kacau budak perempuan
pastu warden dan budak-budak lelaki ni try nak tangkap orang minyak..
suluh kat atas pokok sebab warden nampak dia lompat dan panjat pokok
bila tunggu sambil suluh tu..orang minyak ghaib
alih2 hilang sorang budak lelaki ..
cari punya cari..dia dah sesat kat bukit dan duduk atas tangki air..
tak tahu mcm mana dia boleh tersesat ke situ..
bila jumpa...macam orang blur gituh...muka pucat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2016 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf korang sebab Aku dah cuba post update dekat sini, tapi macam tak lepas lepas lah pulak!

Adeh! Aku rasa maybe sebab line internet kot? Atau maybe jugak cerita ni nak dibaca esok pagi je? Takpelah. Nanti aku akan update lagi.

Aku cuba update untuk korang. Terima kasih sebab sudi baca & setia nak follow. Maaf sebab tak dapat update malam malam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 25-7-2016 10:40 PM
Maaf korang sebab Aku dah cuba post update dekat sini, tapi macam tak lepas lepas lah pulak!

Ade ...

Yes!!! Berkobar-kobar semangat membara ni menunggu TT update.     
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 01:47 AM | Show all posts
Tak dapat klu lagi nak teka siapa Shark ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 06:31 AM | Show all posts
9teen replied at 25-7-2016 03:17 PM
Terima kasih!

Bangga ni sebab orang kenamaan sudi mencemar duli ke rumah setinggan ni. Insya-A ...



mana de kenamaan pon... cepatlaaa kaka dah tunggu lama sangat nak baca pasal Shark, sbb nampak gaya bukan Shark yg ada sesuatu tu k... anyway dah baca berulang cerita 1 smapai 9 minus 4 yg xde...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2016 06:49 AM | Show all posts
yipun_78 replied at 26-7-2016 06:31 AM
mana de kenamaan pon... cepatlaaa kaka dah tunggu lama sangat nak baca pasal Shark, sb ...

Kenamaan lah dah nama pun Super Moderator...

Terima kasih sudi menjenguk rumah setinggan ni. Baca ulang ulangkali nak buat apa?
Kitorang takde niat nak open kuiz pun... Jeng! Jeng! Jeng! So, apa kaitan Shark?
Maaf kalau tak seram walau secoet seram pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2016 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni just sekadar selingan je. Dah lama nak update, tak lepas. Semalam nak update pun tak lepas lepas. Harap lepaslah nak update. Aku rasa faktor line internet. Aku tak taip guna laptop, but terus dari phone je.

Cerita ni selingan so tak ada kaitan dengan aku & Shark. Just sebahagian cerita yang aku kutip dari Kak Share.

==============================

CERITA SEBELAS - AMPAIAN

Blok pelajar perempuan dekat sekolah aku ni, ada blok baru & ada blok lama. Budak budak perempuan ni akan sidai pakaian diorang dekat ampaian luar asrama. Means, boleh nampaklah segala mak nenek yang diorang rasa nak sidai dekat ampaian tu.

Senior perempuan ramai yang cakap pada junior perempuan, kalau rasa ada benda yang ada kesan darah tu, tolong cuci elok elok. Kalau nak sidai baju pun, tolong tutup aurat... Jangan suka hati je nak selamba rock pergi sidai dekat ampaian tanpa tutup aurat. Kalau belah malam, jangan suka suka pergi sidai baju sendiri.

Tapi hakikatnya, aku pun tak berapa suka senior yang jenis nasihat orang, tapi dia pun sama selamba rock tak pakai tuala atau apa apa kain tutup rambut, dengan baju T-Shirt lengan pendek & berboxer semata mata pergi sidai masa matahari tengah wujud dan tak tenggelam lagi. Sebab aku sendiri pernah bertembung masa lalu sebelah blok perempuan nak menuju ke Dewan Makan (DM).

Ceritanya macam ni, eventhough ada khidmat dobi disediakan pada hari hari tertentu (sebab ada jadual giliran blok untuk hantar baju basuh dobi), ada jugak budak budak perempuan yang lebih suka kalau basuh baju sendiri. Diorang lebih suka sental sendiri kotoran degil yang ada dekat baju. Maybe lebih selesa & konfiden sebab basuh sendiri.

Ada sorang budak perempuan (kakak) ni dia dah rendam baju dia tadi siang dengan sabun & tinggalkan dekat tandas. Tandas kitorang dekat blok lelaki ke, blok perempuan ke, jenis yang sekali dengan bilik air shower tu. So, sebab petang sibuk. Malam baru teringat nak basuh baju yang dah direndam tu. Karang lama lama, lagi satu hal nak membilas & basuh.

Budak perempuan ni senior & memang kepala dia rock sikit. Dia bukan campur semua budak pun. Masa dia masuk tandas tu, ada sorang budak perempuan tengah membasuh. Gigih betul budak tu menyental baju dia.

Kakak ni pulak terlupa bawak sabun basuh. Dia pinjamlah sabun & borak borak dengan budak perempuan ni sambil basuh baju dia tu. So, kakak ni tahulah budak ni junior dia. Patutlah jarang nampak. Siap basuh semua, bilas & nak pergi jemur dekat ampaian.

Budak junior yang tak dikenali ni ajak kakak tu pergi ampai baju sama sama. Kakak tu memang no hal lah. Alang alang, boleh dia pow penyepit baju sekali.

Budak budak asrama memang tahu penyepit baju dengan hanger ni salah satu benda yang tak tahan lama. Kalau tak patah, hilang. Kalau tak hilang, kena pow dengan kawan atau senior senior yang pada mulanya kata nak pinjam je.  

Time dekat ampaian tu, kakak ni macam biasalah kibas kibas dulu baju dia. Then, perah perah air bagi keluar. Then, dia sidai. Penyepit baju dia pow budak perempuan junior yang dia baru kenal tu.

Budak perempuan junior tu pun menyidai jugak. Tapi, agaknya sebab tali tali dengan ampaian tu ada yang agak tinggi, so dia tak sampai nak sidai.

"Kak, boleh tolong tak? Tinggi. Tak sampai. Sidaikan"
"Meh aku tolong"

Kakak tu pun stoplah sidai baju dia. Toleh belakang dengan tangan dia dah ready macam nak ambik baju atau seluar yang budak junior tu nak mintak tolong sidaikan.

Kakak tu nampak dekat ampaian ada satu tangan dah disepit dengan penyepit baju. Telan air liur kakak tu. Budak tu nak mintak tolong kakak ni sepitkan kepala dia dekat ampaian. Time dia toleh tu dia nampak kepala budak ni dah dekat atas satu tangan lagi (yang belum disidai). Satu tangan dah takde.

Boleh tak korang bayangkan macam anak patung Barbie yang boleh tanggalkan kaki atau tangan dia tu?

Maka, beromak ai lah kakak tu dekat ampaian. Nak lari tak berdaya. Nak tolong, mampus tak tertolong. Gelap mata kakak tu. Esoknya baru orang jumpa dia dekat ampaian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 11:42 AM | Show all posts
9teen replied at 26-7-2016 11:24 AM
Ni just sekadar selingan je. Dah lama nak update, tak lepas. Semalam nak update pun tak lepas lepas. ...

Omak aiii.. nasib tak di suruh nya sidai badan2 dia dok bertenggek kat ampaian tu.
Haishhh. selisih....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2016 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita 12 ni tak melibatkan aku sama sekali. Maksud aku kata tak melibatkan?

Means aku tak ingat langsung. Semuanya based on apa yang diceritakan oleh ahli keluarga aku yang ada masa sebelum, semasa & selepas sesi pemutihan aku.

Ni bukan cerita full. Just nak open saja.
Dialog dialog yang aku guna ni just olahan je, sebab otak manusia manalah nak ingat sebijik sebijik apa yang dia dengar kecuali dalam drama yang suka buat flashback tu. Aku olah based on apa yang diorang cerita.

---------------------------------------

CERITA DUA BELAS - BAWA BALIK

"Anak kau ni ada kawan dengan siapa?"

Abah & ibu aku tak tahu nak jawab apa sebab sepanjang hari pertama mendaftar tu, diorang tak nampak sorang budak pun yang aku berbual. So diorang gelengkan kepala. Nak jawab lebih lebih, better tanya pada aku sendiri. Biar kurang, jangan terlebih. Terlajak tak boleh undur dah.

Tok Rom cuma boleh pandang muka abah & ibu aku je.

"Aku syak ada yang tak kena. Nanti kau cuba telefon siapa siapa yang boleh. Kalau dapat telefon Ice sendiri pun lagi bagus. Kalau boleh balik, biar dia balik. Aku nak tengok cucu aku tu..."

Abah & ibu iyakan je time tu sebab tak tahu apa hujung pangkal tiba tiba Tok Rom ni datang rumah. So, diorang suruhlah bermalam dekat rumah kitorang tu. Dia kata saja nak melawat sebab lama tak datang. Biasanya memang 2 bulan sekali, Tok Rom datang. Baru lepas balik, ni tiba tiba datang semula.

Sambil minum minum tu lah, Tok Rom bukak cerita & soalan tu. Bagi yang tak tahu, Tok Rom ni datuk saudara aku.

Masa aku kecik kecik, aku selalu sakit. Semuanya mula dari kes aku terjatuh dari katil (maybe sebab abah aku tidur agak buas, sebenarnya tak buas sebab ada cerita lain)

Okay, kita start dengan macam mana aku boleh terjatuh katil, yang buat kaki aku tak nak jejak kaki ke lantai langsung.

Benda ni jadi dekat Kuantan, Pahang. Kerja abah aku memang jenis yang berpindah setiap kali ada kenaikan pangkat. Sebab tak plan wisely, tak tahu mana silapnya, so ada 1 minggu  tu kitorang terpaksa menumpang dekat 1 rumah milik kawan abah aku punya. The best part, rumah tu kau bukak je tingkap depannya ada kubur. Rumah tu rumah lama kawan abah aku.

Time dulu dulu, manalah ada sangat hotel motel ni semua. Nak tak nak kena stay sana 1 minggu. But tak sampai seminggu pun stay sana. Abah, ibu, kakak kakak aku & aku yang masih kecik time tu belum pandai apa apa kena stay sana.

Satu malam tu, ibu aku tegur abah aku sebab dia nampak ada benda macam tinggi sangat dekat tingkap. Abah aku dah cakap, jangan tegur, tapi ibu aku ni memang jenis yang kalau dia nampak, memang dia spontaneously akan cakap jugak. Kakak kakak aku yang masih kecik tu tu pun tidur dalam bilik yang sama sebab abah aku tak nak ambik risiko tidur bilik asing asing, so tidur sekali semua.  Entah macam mana, aku boleh terjatuh katil dan since that day, kena balik berubat sebab tak nak jejak kaki ke lantai. Kira macam terbantutlah proses nak membesar seorang baby tu.

Tok Rom ni banyak jasa tengok & jaga cucu saudara dia ni dari zaman duduk Kuantan, Pahang, Lumut, Perak, Sabah & lain lain. Terpaksalah aku berubat sebab dari kecik kerap sakit, eventhough doktor kata takde apa apa yang boleh dia sahkan.

Eventually, time ibu aku nak call tu, pihak warden dah call dulu kata kena bawak balik rumah sebab demam panas. Diorang kasik cuti kalau perlu. Tak perlu nak habiskan orientasi.

"Bawak dia balik. Ada benda dah songsang"

Ibu & abah aku cuma boleh pandang satu sama lain je bila dengar Tok Rom cakap macam tu. Songsang?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2016 12:29 PM | Show all posts

Hihihi... tingkiu... santekkan Puteri ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2016 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
3bidadara replied at 26-7-2016 11:42 AM
Omak aiii.. nasib tak di suruh nya sidai badan2 dia dok bertenggek kat ampaian tu.
Haishhh. selis ...

Aku dengar cerita yang Kak Share cerita ni pun, aku seram    
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 01:37 PM | Show all posts
FizahZainal replied at 26-7-2016 12:29 PM
Hihihi... tingkiu... santekkan Puteri ni..

kite pun suke..
tantek.. klasik gitteww
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 01:52 PM | Show all posts
9teen replied at 26-7-2016 12:11 PM
Cerita 12 ni tak melibatkan aku sama sekali. Maksud aku kata tak melibatkan?

Means aku tak ingat  ...

saspen.....sambung lagi dik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.376217 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list