|
Assalamualaikum dalam salam sejahtera semua. Pakcik harap semua sihat dan berbahagia di samping orang tersayang.
Alhamdulillah semua ahli keluarga pakcik juga sihat. Ribuan terima kasih pada forumers yang masih sudi membaca coretan pakcik jugak memberi komen, doa dan maklum balas.
Sedar tak sedar dah hampir bulan May kita dia tahun 2014 ni… insyaallah penghujung June nanti kita akan mula berpuasa. Bulan paling ditunggu dan paling menggembirakan kami sekeluarga. Mak sihat, seronok sebab minggu lepas dan selamat pi beli kain nak buat baju kurung dan jubah untuk Iris. Seronok sungguh mak, bila Iris mengambil keputusan untuk further study di dalam negara. Pakcik cuti 2 minggu ni habiskan cuti tahun lepas. Alhamdulillah juga rumah untuk Fatehah dah selamat dapat kunci semalam. Ketiga-tiga anak pakcik ni dah ada rumah sendiri, walaupun bukan rumah bungalow, pakcik harap anak2 bebesar hati dengan pemberian pakcik ni. Lepas ni nak kumpul duit lagi nak cari ORANG RUMAH plakk… kikikikikikiki opppsss… nasib baik takder yg pasan pakcik gelak sowang2.
Hujan ni kat umah pakcik. Iris kat bilik jahit mak, gigih blajar buat quilt cover and bedsheet. Puteri Berlian tengah mengaji. Fatehah dah selamat tido sebelah bapak pakcik, tadi dia bedakkan atok dia dengan tepung gandum. Mak leka, baki buat kodok pisang pagi tadi tak simpan betul2. Maka Fatehah dah tolong simpankan. Patut laa diam jer lam bilik atok dia, sekali mak intai “la hawla wala quwwata illa billah – Di)))))) hang mai tengok anak jeritit hang ni baguih punya dok ada”
Pakcik: anak babah, kenapa buat atok ni
Fatehah: babahhh (lari terkam n cium pakcik) sayangggg babah… adik syapu uwan, longi, awa tak
(adik sapu tokwan, wangi, awa tak)
Pakcik: wuishhhh lawanya …
Fatehah: babah lak (Babah pulak)
Hah sudahhhhhh pakcik plak dia nak bedakkan. Selesai kasi makan n kemas2 tadi.. Iris dah mandi kan dia, dia mintak susu pastu heret barney tido tengah2 rumah. Sejak2 dah petah bercakap ni, macam2 ayat2 comel yang keluar dari mulut dia. Bergaduh dengan Anne jangan citer laa. “babah ingok kakak tu” (Babah tengok kakak tu).
Kisah si Anne, pakcik pendekkan rambut dia sebab berkutu. Habis panic satu rumah Puteri Berlian dah kena sumpah jadi Puteri Kutu. Hangen dia, menangis2 bila diejek. Minggu lepas laa, dia komplen kat Iris ada benda gigit tepi telinga dia… sekali kakak dia tengok, KUTUUUUUU apa lagi gempar la satu rumah. Pakcik angkut hairdresser ngan steamer set datang rumah. Dah selamat laa bab kutu tu.. haiii dalam bertudung pun leh dapat kutu.. maju sungguh kutu2 zaman skang ni. Fatehah plak sebut kutu – antu. Dah sekarang benda kecik warna hitam merayap2 kat dinding ker.. lalat ker semer fatehah panggil ANTU.
Jenuh pakcik pujuk Anne. Marah betul dia bila satu rumah gelakkan dia. Adik pakcik plak tipon cakap dengan dia semata mata nak tanya apa khabar kutu2 dia, agak2 bila boleh jual telur. Bukannya aper, Anne kan terkenal dengan sifat dia “kita ni princess, even if we just off the bed, cantik is a must” kalau nenek dia tanya “mandi dak gi” laju jawapnya “nenekkk.. kakdik ni kan princess, semalam punya wangi pun tak habis lagi” tup tup kantoi ada kutu… mau nyer tak kena bahan. Ngeh ngeh ngeh ngehhhhh.
Dua malam jugak laa tido ngan pakcik, sentap punya pasal. Si Iris plak kemain suka usik. Fatehah pun join sekaki. Masa pakcik pujuk dia pakcik cakap “takper, nanti babah carikan tok nujum ubatkan masalah tuan puteri berlian” kakak dia sambung “errmmm try la kiss kutu tu, kot kot transform jadi Mikail” memula pakcik ingat Mikail bopren si Anne, ghupenyer watak drama TV.. pakcik pun kurang pasti drama apa, seketika dulu smer dalam umah tu termasuk bapak pakcik pakat pulun tengok citer Philippine – hat kisah stewardess tu… pastu terbabit citer indon kisah baby comel. Sampaikan setiap kali pakcik balik jer.. Anne mesti nak update citer tu… errmmm pompuan pompuan… dengan drama macam pulut lemak.
Malam minggu yang baru ni, pakcik bepeluang main scrabble dengan Iris. Lama rasanya tak berbual2 empat mata dengan Iris. Berpeluang masuk bilik Iris, pakcik perasan, dah pandai mengemas Iris ni. Bersih betul kamarnya. Buku bukunya rapi tersusun dan fresh flowers di meja tulisnya begitu menyejukkan mata. Malah kelambu dan bedsheet nyer hanya warna putih no more blink blink and no more hanging things. Patutlah dia request Cleopatra couch crème, nak match dengan wardrobe nyer. Hati pakcik tak putus2 bersyukur.
Antara perbualan kami malam tu: -
Pakcik: Cantik bilik kakak (pakcik memulakan bicara)
Iris: Thanks Babah. Lepas exam hari tu kakak ‘kerjakan’ bilik ni. Itu yang asik berkurung dalam bilik.
Cari idea nak design.
Pakcik: Cantik… babah suka and that drawing?
Iris: Yea. It has been quite sometimes kakak tak melukis. Tak siap lagi tu.
Pakcik: may i..
Iris: jangan laa tak siap lagi.. sebab tu kakak tutup.. dah siap nanti.. I promise babah will be the one
tgk first.
Iris menyusun buah buah scrabble – LOVER
Pakcik tersenyum “laku lagi ke babah ni”?
Iris: Aper laa babah ni..
Pakcik: Babah dah happy dengan situasi sekarang sayang
Iris: ermmmm babah tu.. entah2 diam diam ubi berisi tak
Pakcik: ntah ntah kakak yang sudah berpunya
Iris mengangkat wajahnya..
Iris: Babah… babah suka kakak ada lover? Babah nak??? Kakak ni hari hari berdoa supaya tidak
ditemukan dengan siapa2 sebelum waktunya. Biarlah andai waktu itu tiba, semua nya halal buat
kakak. Biarlah jodoh kakak itu lelaki yang berani bersemuka dan mengenali babah sebelum kakak.
Insyaallah, selagi kakak menjadi tanggungjawap babah, kakak akan pastikan ianya kemas
terpelihara sehingga ianya berpindah hakmiliknya… dan sebelum itu berlaku, I wish I could prepare
and complete myself dulu. Kan babah pernah cakap..”to love someone, start with loving yourself in
advance”
Pakcik tunduk tersenyum… malu la pulakkkkk…kena sebijik pun yer…Macam mana laa pakcik nak bukak langkah cari orang rumah… malu mak nyahhhhhhhhhhhhhhhhh… kikiki..
Iris: ntah2 babah suspect kakak yang bukan2???
Pakcik: sket laaaa
Iris: Teruk laa babah ni…dengan anak sendiri pun nak suspect… tawanya berakhir tiba2 – apa khabar
ibu. Dah berapa anaknya.
Pakcik: Pastinya dia bahagia.. babah percaya…
Pakcik segera mengalih topic…
Pakcik: Kakak.. I have something to share with you..
Iris: Citer laa babah.. what was it
Pakcik: Kat tempat kerja babah ada laa seorang staff ni, satu division dengan babah tapi tak sama
department. Ni orangnya (pakcik tunjukkan gambar kami beramai2 di suatu majlis. Babah senang
dengan penampilan jugak gaya percakapannya. Risik risik… umurnya 40thn, ibu tunggal punya
anak lelaki berumur 9thn. Babah tak pernah cakap dengan dia.. tapi parking space babah next to
her spot. Should I break the ice?
Iris: Should I say NO??? (sambil besarkan matanya pada pakcik)..
TBC |
|
|
|
|
|
|
|
ya Allah... lamanya tak masuk.. dah besar2 anak2 PI sekarang.... Alhamdulillah... semuanya baik2 je... |
|
|
|
|
|
|
|
pak_itam posted on 22-4-2014 05:55 PM
Assalamualaikum dalam salam sejahtera semua. Pakcik harap semua sihat dan berbahagia di samping oran ...
makin matang anak sulung pak itam...fatehah menten comelss
|
|
|
|
|
|
|
|
PI...sambung citer plsss.
Bulan dah berganti ni |
|
|
|
|
|
|
|
Terhibur baca drama kehidupan PI ni. Matang betul pemikiran si Iris. Update terbaru ber cliffhanger ending. Harap2 PI dah broken the ice dgn staff tersebut. Semoga episod seterusnya bertajuk Masuk Meminang. |
|
|
|
|
|
|
|
PI punya TBC berkurun.... jenuh tunggu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalammualaikum smer....
harap smer sihat... aduyaii bz nor pakcik.. minggu ni pakcik cuti... nak uruskan Iris dapat masuk satu IPTA.. Alhamdulillah..Insyaallah .. kalau cantik keputusannya... setahun lepas ni... berangkatlah Iris ke NZ. Nanti pakcik cita panjang.. masuk nak update pasal Iris jer... dan ucapkan terima kasih buat forumers yang tak putus2 medoakan yang terbaik buat pakcik dan anak2. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya. Amin Amin Yarabbalalamin. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum pakcik..
semoga semua ahli keluarga pakcik sihat dan sejahtera,
jaga anak elok2 naaa....
|
|
|
|
|
|
|
|
salam PI... lamanya tak menjenguk diary PI ni, update pun yang tak disangka2 hmmm.... Alhamdulillah dgn result SPM Iris... turut rasa bangga sbb Iris matang budaknya... semoga dia terus istiqamah dgn peribadi lagu tu.. kita doakan yang terbaik untuk dia... Harap dengar berita gembira lagi psl Iris setahun lps ni...
psst... hoping to hear good news from u too PI... huhu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Phew! Abeh jugak ai khatam thread ni. Kagum aku ng cara PI besarkan anak2 and i'm very sure ada sebab kenapa PI raise his doters that way. Ai ada kakak yang belom kawen ni PI. Hang mau kaaa? Hahahha..tak hagak2 terus pomot kehkehkeh.. |
|
|
|
|
|
|
|
fuh ,abes jugak membace ..mnarik crite ttg seorg ayah membesarkn anak2 dgn mcm2 dugaan hidup..
|
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nak baca part seterusnya pasal PI dan staff tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalammualaikum dan selamat petang semua. Pakcik harap semua forumers budiman sentiasa sihat sejahtera dan berbahagia di samping yang tersayang.
Pakcik masih di office. Melapangkan fikiran sebelum drive balik rumah. Pakcik sihat. Mak Ayah semuanya sihat. Iris dah hampir sebulan kat PPP. Anne macam selalu berat badan bertambah sama naik dengan kecohnya. Fatehah pun makin rancak bercakap, makin kuat bergaduh dengan Anne, al-maklumlah dah pandai bercakap. Fatehah sangat protective. Semua untuk pakcik dia nak buat. Pakcik balik kerja berebut2 nak bawa bag, kalau dia dapat bag, Anne ambilkan air, Fatehah bantai melalak. Anakkk ohhhh anak.
Anne aper lagi bengang kemain. Pakcik cakap kat dia, macam tu laa kakak rasa masa adik kecik2 dulu.. sikit punya makan hati sentiasa kena mengalah dengan awak. Fatehah punya keletah jangan cakap laaa… “abah nak akan (makan)? Che Ah amik yer” dia bahasakan diri dia Che Ah kikikikikikiki ..
Iris di PPP. Kesian dia mcm selalu la jadi target. Dah bertudung labuh begitu pun ada jugak yang cari pasal. Pakcik sedikit pelik kenapa ya.. menggegarkan hati pakcik bila Iris bitau dia disuruh mengaji di kaki lima hostel sambil diperhatikan oleh senior gara gara mendapatkan tanda tangan. Kenapa senior2 yang perempuan itu begitu tingkahnya. Pakcik bukan nak bela Iris membuta. I knew my daughter so well. Was is a must or SOP kat IPTA/IPTS buat anak orang macam ni. Kalau di suruh Iris mengaji di bilik nya.. pun dia tak membantah, tapi kena perlu di tangga sambil di perhatikan org yang lalu lalang. Kalau pakcik tak tegerak hati nak pecut pegi visit dia mlm tu, ntah apa jadi dgn Iris yang hanya sempat makan roti 2 keping pada hari tersebut. Gugur air mata pakcik depan HEP. Iris tu datang nak menuntut ilmu bukan untuk di buat macam2. Pakcik tak boleh terima bila penjelasan balas pihak U, program yang di jalankan senior is to create bonding with freshies. Nak membentuk akhlak. Adakah Iris liar dan rebel orangnya. Di ejek ‘Doggie’. Kenapa ya???? Hati pakcik cedera. Hati pakcik luka. Berhari2 pakcik memendam rasa.
Maafkan pakcik forumers sekalian. Hari ini pakcik tak tertahan lagi. Walaupun bibirnya mengukirkan “OK” tapi matanya sarat dengan kesayuan. Pakcik nampak semua itu. Dah berapa lama Iris tak pernah peluk pakcik, tapi di hari tersebut, nampak2 jer pakcik dia terus berlari peluk pakcik. Walaupun tiada air mata yang gugur, pakcik dapat rasakan ada yang tidak kena. Alasannya rindu. Minggu pertama habis melecet kaki dan paha gara2 di suruh buat macam2 activity. Faham la pakcik, minggu orentasi. Sabar lagi. Ni dah masuk minggu keempat pun masih lagi. Bila pakcik call, ada saja task yg bukan kuliah dia tengah buat. Tengah practise lagu Ramlah Ram lah, kena baca sajak Usman Awang lah. Ntahlah bingung pakcik. Tak call dia terfikir2, dah call tengah buat macam2 pulak. Boleh gila pakcik macam ni. Akal tua pakcik ni tak henti henti berfikir apa lah nasib Iris ni. Satu whatssap yang Iris tunjuk pada pakcik “jgn bajet ustazah sangat, jgn liar mata tu tgk jantan boyfriend org”.
Iris hanya tersenyum, ujarnya “kakak salah msg ni tersalah hantar kot”. Di saat berjauhan ini pakcik hanya mampu bergantung pada Allah SWT untuk melindungi dan menjaga Iris. Isu ni kalau pakcik panjangkan pada mak.. pakcik lah yang di tuduh mengada2.. pakcik laa yg di label “hang tu smua tak boleh, anak org lain p mengaji elok ja”
Pakcik serabut gilaaaaa….
|
|
|
|
|
|
|
|
Sabar pakcik, banyakkan doa semoga Allah lindungi Iris, Insya Allah takde apa2..cuma perlu kuatkan hati dan kadang2 jadilah org yang...masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Tak salah pakcik jadi protective pada anak2 dah memang itu sepatutnya.
Semoga terus tabah....Insya Allah saya juga doa semoga Iris senang menghadapi kehidupan ini...
tetiba teringat anak di rumah...
semalam dia call masa saya di tempat kerja...cuma nak cakap dia dapat periksa nombor 5...bahagia sangat bunyinya...inilah kehidupan kita..anak anak dan anak |
|
|
|
|
|
|
|
kesian Iris...dari SBP dia asik kena bully mcm2.....org cantik ni ramai yg cemburu..kena banyk sabar... |
|
|
|
|
|
|
|
lamo nyer nk apdet.....wuhuuuuu pacikkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Allah.... Dah besar Iris... Org hebat mmg selalu di duga pakcik... InsyaAllah baik2 sj nnt... Setahun x lama |
|
|
|
|
|
|
|
pak_itam posted on 24-6-2014 07:16 PM
Assalammualaikum dan selamat petang semua. Pakcik harap semua forumers budiman sentiasa sihat sejaht ...
kesiannye iris. dah bertudung labuh pun org dengki.
kalau buat aduan tak boleh ke pak itam?
kalau mcm ni budaya di PPP cane pulak budaya kat ipta lain.
sedihnya budak2 zmn sekarang.
kita dulu tak la teruk sgt kot.
hrp2 iris bersabar. kami semua doakan insyaallah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|