|
JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)
[Copy link]
|
|
aku sempat tgk 1/2 jam pertama aja...masa si sano tuh perasan dia bekas juara renang sekolaha rendah....teruk betul la dia nie....aku ingat kan terer aja berenang bukan main lg panaskan badan kat tepi kolam tuh....
nak tunggu citer nie seterusnya tuh kene tunggu whitedove la tolon2 apa yg jadi selepas itu |
|
|
|
|
|
|
|
labi2 ke....
suka tgk semangat diaorg..... org jepun ni suka sgt buat drama yg membangkitkan semangat |
|
|
|
|
|
|
|
diorg pegi sekolah naik basikal tua je...
xde pun basikal canggih2... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by esciemo at 12-9-2005 09:50 PM
erm whitedove yang lagu itoshi tu dah dapat upload ke belum?
dah upload kat page depan2 ni, tapi agaknya link dah expired...nanti kite upload lagi...
to esciemo:
To The One I Love OST - Itoshi Kimi e (Naotaro Moriyama)
http://www.megaupload.com/?d=31IY409N |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by azwa85 at 19-9-2005 09:17 AM
diorg pegi sekolah naik basikal tua je...
xde pun basikal canggih2...
hehe maklum la, budak2 pekan... |
|
|
|
|
|
|
|
Water Boys 2 Episode 4 (17 September 2005)
Kan-chan (Teppei Koike) dah lukis poster untuk pertunjukan synchronized swimming 3 hari lagi...Yousuke (Akiyoshi Nakao) berterima kasih pada Eikichi (Hayato Ichihara), tapi Eikichi cakap sebenarnya Yousukelah yg mengasaskan kelab tu dan paling banyak berusaha...bila diorang pergi tampal poster tu, Sano (Ryo Kimura) pulak buat kacau...Sano tampal poster supermarket keluarga dia atas poster synchronized swimming...bila dua2 group tu hampir nak bergaduh, Kayo (Reina Asami) datang dan koyakkan dua2 poster tu...katanya tak boleh tampal poster tanpa kebenaran persatuan pelajar...
masa diorang tengah berlatih, Kozue (Emi Suzuki) dan dua orang ahli kelab muzik tengah perhati...lepas tu Shiori (Satomi Ishihara) datang dan suruh diorang sambung latihan sebab pertandingan tinggal 2 hari lagi...masa latihan synchronized swimming, Kan-chan tak dapat kuasai gerakan dengan baik...diorang cakap masih ada masa lagi untuk Kan-chan berusaha...dalam perjalanan balik, Eikichi, Yousuke, Kan-chan dan Senichi (Keita Saitou) terserempak dengan 3 orang ahli diorang tengah nak hantar ikan ke supermarket Sano...bila diorang lalu kat kawasan supermarket, Eikichi pelik sebab semua orang macam takutkan Sano...Yousuke cakap supermarket tu akan jadi yg terbesar kat kawasan tu, jadi Sano bakal jadi budak paling kaya kat sekolah...
masa tu Sano & geng dia pun ada sama...kebetulan dia terlanggar kotak yg nak dihantar ke supermarket...labi2 dalam kotak keluar dan menyebabkan Sano jadi takut...Sano berundur dan terlanggar timbunan kerusi yg tertimpa Yousuke...Yousuke terpaksa dihantar ke hospital...Senichi hampir mengamuk dengan Sano, tapi Sano cakap masa kecik dulu dia pernah digigit labi2 sebab tu dia jadi fobia...Sano cakap dia akan bertanggungjawab...kaki Yousuke sebenarnya tak patah tapi doktor cakap lepas seminggu baru boleh pulih...pertunjukan pulak pada hari lusa...
bila Sano ke kolam renang, Senichi mengamuk lagi dengan Sano...Senichi suruh Sano bertanggungjawab...Senichi suruh Sano cari orang gantikan Yousuke...akhirnya Sano sendiri yg gantikan Yousuke...Sano cakap dia cuma jadi ahli sementara hingga hari pertunjukan...dia cakap dia dulu juara renang masa kat sekolah rendah, jadi mesti tak ada masalah...tapi sebenarnya dia memang tak pandai pun berenang...bila diorang melawat Yousuke, Senichi beritahu yg Sano dah gantikan tempat Yousuke...Yousuke macam nampak sedih, jadi Eikichi beritahu dia yg diorang terpaksa cari orang sebab kalau tak nanti latihan diorang terjejas...
bila Eikichi balik rumah, dia nampak Shiori tengah berbual dengan mak dia...mak dia suruh Shiori beritahu ayah dia pasal keputusan dia nak melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik...malam tu Shiori akhirnya beritahu ayah dia...Shiori cakap dia takkan bebankan keluarga...dia akan bekerja sambil belajar...Shiori cakap juri dalam pertandingan esoknya adalah pemuzik ternama, jadi kalau diakui oleh juri tu mesti tak ada masalah...tapi ayah dia cakap kalau ada keyakinan saja tanpa bakat nak buat apa...Shiori jadi geram dan cakap sebab tulah dia tak nak berbincang dengan ayah dia...lepas tu Shiori terus keluar nak berlatih kat sekolah...Eikichi kejar dia ke luar dan beritahu Shiori yg suatu hari nanti pasti orang akan faham hati dia...Eikichi suruh Shiori berusaha...Shiori pun suruh Eikichi berusaha dalam pertunjukan lusa...
esoknya kelab synchronized swimming gigih berlatih dengan Sano, tapi Sano memang lembab...Sano pulak asyik cakap besar dan sibuk nak berehat...geng Sano datang masa tu...Sano suruh diorang jangan salah faham sebab dia cuma rasa bersalah jadi nak tolong synchronized swimming...dia tak ada niat pun nak berkawan dengan budak2 tu...tiba2 Yousuke datang...Yousuke rasa bimbang dengan latihan diorang...lagipun dia dah mohon kebenaran keluar hospital...diorang berempat nak paksa Sano terima latihan khas...dalam perjalanan, diorang nampak ahli2 kelab orkestra naik bas untuk ke pertandingan...Eikichi nampak Shiori dalam bas dan senyum pada Shiori...
masa buat latihan khas, Sano masih tak dapat buat gerakan dengan baik dan asyik nak berehat...Eikichi mula naik marah...lepas tu Yousuke, Senichi dan Kan-chan mula mengampu Sano, barulah dia nak teruskan latihan...Eikichi tampal poster kat kedai makan...diorang ajak bos kedai datang tengok pertunjukan diorang...Sano cakap dia cuma makan makanan mahal...bila bos kedai tahu Sano tu anak pemilik shopping mall, dia pelik sebab Sano nak bergaul dengan budak2 tu...Sano cakap dia pun tak nak tapi dia terpaksa juga tanggung kesalahan sendiri...masa tu Yousuke naik marah, dia cakap kalau Sano betul2 tak rela, biar dia saja yg ambil bahagian...Yousuke cakap semua orang pun tengah berusaha sebab ini adalah peluang terakhir pelajar2 senior...Sano cakap dia akan berusaha, kata2 dia menyebabkan orang semua rasa pelik...
esoknya masa latihan, Sano berusaha sungguh2...semua orang pun gembira dengan kesungguhan Sano...Eikichi beritahu Yousuke yg dia akan mengawasi Sano dengan baik dan pastikan yg kelab diorang akan berjaya ditubuhkan...masa balik ke kelas, diorang terdengar pengetua bercakap dengan Haruka-sensei (Waka Inoue) dalam telefon...sekolah diorang dah dapat juara pertandingan orkestra dan berjaya ke peringkat kebangsaan...Eikichi rasa gembira untuk Shiori...kat tempat pertandingan, kelab orkestra nak ambil gambar sempena kemenangan tapi Shiori tak ada...rupa2nya Shiori pergi jumpa juri pertandingan... |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan Episode 4...
masa meraikan kemenangan Shiori malam tu, mak Shiori tanya Shiori pasal pemain muzik ternama tu tapi Shiori cakap dia tak dapat jumpa pemuzik tu...lepas tu Shiori nak keluar berlatih untuk pertandingan kebangsaan pulak...Shiori cakap dia tak nak makan sebab terlalu gembira...bila Eikichi nak keluar bersiar2, datuk dia cakap dia akan bawak labi2 dia sekali untuk tonton pertunjukan esoknya...kat luar, Eikichi nampak Shiori tengah termenung jadi dia tanya...Shiori cakap dia tak ada apa2, lepas tu Shiori suruh Eikichi berusaha esok...
akhirnya hari pertunjukan dah tiba...Natsuko-sensei (Sayaka Yamaguchi) minta pengetua buat keputusan dengan adil...lepas tu Natsuko-sensei ternampak ada orang tengah kutip kertas jadi dia pergi tolong...orang tu ialah bos kedai dan rupa2nya diorang saling mengenali...Natsuko-sensei salah faham dan sangka bos kedai tulah yg jadi coach budak2 tu sebab selain bos kedai, siapa lagi yg boleh...bos kedai cakap dari awal lagi dia dah lepaskan synchronized swimming, tapi Natsuko-sensei tetap marah dah suruh bos kedai tu jangan muncul lagi depan dia...masa tu Saotome-sensei (Takatoshi Kaneko) dah terdengar perbualan diorang...
pertunjukan dah nak bermula...Shiori nampak tak bersemangat...Haruka-sensei pun datang jugak tengok pertunjukan tapi bawak cermin mata hitam dan duduk bersama2 Kayo dan dua pengikutnya...pada mulanya, tak ada sorang pun yg excited nak tengok pertunjukan kecuali Kozue...pertunjukan bermula dengan baik dan mula dapat menambat hati pelajar2 perempuan...tapi datuk Eikichi yg rasa excited dengan pertunjukan tu terjatuhkan kotak yg ada labi2 dia...labi2 dia terlepas ke dalam kolam...masa tu Sano ternampak labi2 tu dan jadi takut...Sano lari keluar dari kolam...pertunjukan jadi kelam kabut sampaikan Senichi tertanggal seluar renang dia...Eikichi pulak tercampak seluar tu ke atas kepala Haruka-sensei...Haruka-sensei terkejut...Senichi pulak dengan selambanya keluar dari kolam dan nak ambik balik seluar dia...masa tu Haruka-sensei lagilah fobia sampai jatuh dalam kolam bersama2 Kayo dan 2 pengikutnya...Kayo jadi marah sangat dan cakap kelab synchronized swimming pasti akan dibubarkan...
lepas pertunjukan, semua orang salahkan Sano...Eikichi minta maaf kat Yousuke...Yousuke cakap semua orang pun dah usaha sedaya-upaya, jadi dia dah puas hati dapat saksikan pertunjukan tadi...Sano pulak nak minta diri tapi Senichi naik marah lagi...Sano cakap dia dah pernah beritahu yg dia cuma akan kekal hingga hari pertunjukan je...lagipun dia masih ada kawan2 lain...
Eikichi balik rumah dengan perasaan susah hati...kat rumah, mak Shiori serahkan maklumat pasal universiti muzik pada Shiori...mak dan ayah dia dah setuju akan tanggung perbelanjaan Shiori...tapi Shiori cakap dah tak perlu semua tu sebab dia dah rasa letih main muzik...lagipun sebab selalu sangat berlatih, dia dah rasa jemu tengok klarinet...lagipun dia dah puas hati dengan kemenangan yg dicapai...mak Shiori mula marahkan Shiori...katanya Shiori tak bertanggungjawab atas kata2 sendiri...mak Shiori cakap kalau Shiori terus bersikap macam tu, lebih baik Shiori terus berhenti main muzik...Shiori mula rasa sedih dan lari keluar rumah...
Eikichi pergi cari Shiori...Eikichi nampak Shiori tengah menangis...Shiori akhirnya beritahu Eikichi yg kata2 juri sama dengan kata2 ayah dia...juri cakap dia tak berbakat dan kemahiran bermain seperti dia boleh didapati di mana2 saja...Shiori rasa macam orang bodoh sebab bertegas nak belajar muzik...Shiori cakap keadaan Eikichi lebih baik sebab walaupun pertunjukan gagal, tapi Eikichi masih boleh bergantung pada ayah dia di New York...malam tu, Eikichi tengok balik surat ayah dia dan teringatkan kata2 ayah dia yg walau di mana pun Eikichi berada, Eikichi tetap takkan berubah...
esoknya kat sekolah, Kan-chan beritahu yg Saotome-sensei dah dipanggil oleh pengetua...masa nak simpan basikal, geng2 Sano dah tak endahkan dia...ada student beritahu Eikichi, Senichi dan Kan-chan yg rancangan pembinaan shopping mall Sano dah tergendala sebab ada syarikat lain yg dapat...Sano perasan diorang tengah pandang dia...Sano cakap dia tak nak terima simpati dari diorang...pengetua pulak beritahu Saotome-sensei yg kelab synchronized swimming akan dibubarkan dan kolam renang pun akan ditutup...lepas tu, Saotome-sensei beritahu hal tu pada Eikichi, Senichi dan Kan-chan...
Eikichi pergi jumpa Yousuke kat hospital...Eikichi minta maaf sebab kelab synchronized swimming dah dibubarkan dan kolam pun dah ditutup...Yousuke nak minta tolong Eikichi satu perkara...Shiori pulak masih kat sekolah...dia dah tulis surat tarik diri dari kelab...masa nak balik, Shiori nampak Eikichi, Yousuke, Senichi dan Kan-chan tengah 'menceroboh' kolam...Saotome-sensei pun nampak dari bilik atas...diorang berempat nak buat pertunjukan bersama Yousuke...Saotome-sensei rasa bangga tengok diorang buat pertunjukan dengan baik...masa tu tiba2 je kaki Yousuke sakit...Saotome-sensei yg nampak keadaan tu nak selamatkan Yousuke tapi Sano dah terjun dulu...Sano berjaya bantu Yousuke...Sano cakap dia datang nak minta maaf...dia tak tahu diorang semua memang serius...
bila Sano minta diri, Eikichi beritahu yg dia belum putus asa...dia takkan puas hati kalau semuanya berakhir macam tu je...Saotome-sensei pun setuju dengan kata2 Eikichi...diorang ajak Sano sertai diorang...diorang bersemangat semula nak teruskan perjuangan... |
|
|
|
|
|
|
|
akupun tgk citer twist of fate tu dlm bhs jepun... |
|
|
|
|
|
|
|
tak suka betul le aku dengan budak2 pompuan dlm drama ni. berlagak. si shiori tu pun eksyen nak mampus. tak sedar dia tu penyewa je. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eyka at 19-9-2005 01:39 PM
akupun tgk citer twist of fate tu dlm bhs jepun...
ff:
wahhh! .. kalau mcm tu alamat aku yg kena rethink ni .. :gila: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by whitedove at 19-9-2005 01:16 PM
dah upload kat page depan2 ni, tapi agaknya link dah expired...nanti kite upload lagi...
to esciemo:
To The One I Love OST - Itoshi Kimi e (Naotaro Moriyama)
[url]http://www.meg ...
a-ri-ga-to..... :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yellow belmont at 20-9-2005 12:54 AM
ff:
wahhh! .. kalau mcm tu alamat aku yg kena rethink ni .. :gila:
ff:
:lol .... 2-1 .... |
|
|
|
|
|
|
|
ruginye tak tgk 1/2 jam terakhir tuh alahai sib baik la ada sinopsis....tapi part tuh la yg paling best. |
|
|
|
|
|
|
| |
|