|
UsuFie posted on 25-4-2013 11:36 AM
...yer..yer...sejalan sejuling...
muahha..haha..ha...ha...(ketawa ala2 cik nora) tp time ...
menjadik la blur si put. Siapa dia tu ekk? Tak pernah tengok pun sebelum ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
alamak.. rahul tak terpk ke bapak die nak gi bakor mayat si dona tuh? |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 25-4-2013 11:41 AM
Owhh....
Sejajan = sebaya. Yang iols tahu Jajan tu cikedis / makanan ringan kalau ikut s ...
sejajan ke sejajar? abih sume konpius
|
|
|
|
|
|
|
|
dlm pada nak feeling feeling sedih kematian Dona, mengekek iolss baca tajuk ni kat bod yg lili suka baca tuu...
Fasha sanda tidak tahu jaga baby..
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 25-4-2013 11:47 AM
dlm pada nak feeling feeling sedih kematian Dona, mengekek iolss baca tajuk ni kat bod yg lili suka ...
Dah habis ke lady utk sesi pagi?
|
|
|
|
|
|
|
|
khaizarina posted on 25-4-2013 12:06 PM
Dah habis ke lady utk sesi pagi?
waktu di tanah air skrg ialah - 12:07, maknanya sessi pagi dah boliaw..
tunggu petang yek..
bp: wanita jejari12 aka puan bendi..
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 25-4-2013 12:10 PM
waktu di tanah air skrg ialah - 12:07, maknanya sessi pagi dah boliaw..
tunggu petang yek..
Alaaaaa baru nak feling2 sedih utk dona ni huhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 25-4-2013 11:47 AM
dlm pada nak feeling feeling sedih kematian Dona, mengekek iolss baca tajuk ni kat bod yg lili suka ...
Iols pun dah hilang feeling sedih..akibat kompius dek jajan, cikedis, cornflakes segala.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 25-4-2013 12:17 PM
Iols pun dah hilang feeling sedih..akibat kompius dek jajan, cikedis, cornflakes segala.....
...
kann...macit2 enterprem citer luar bnyk sgt....
sia-sia pesan soh stanby tisu bebanyak..alih2 takder yg fefeeling sedih...
tisu buat hembus hingus jelah..
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 25-4-2013 11:43 AM
sejajan ke sejajar? abih sume konpius
sejajan... bahasa daerah. Check kat kamus DBP tak ade, tp pacit google ada...
sejajan boleh gak jadi sama, setara
sekian kelas bahasa ptg ini...
|
|
|
|
|
|
|
|
sambung skit lagikk...
---
“Jiha... sabarlah... Jangan macam ni.” Tangan aku ditarik oleh Rahul. Dia menghalang aku dari terus mengejar van yang semakin hilang dari pandangan.
“Saya akan cuba pujuk appa untuk benarkan awak lihat Dona buat kali terakhir. Tapi tolonglah bertenang.”
Puas aku merayu, puas aku meronta-ronta supaya Rahul melepaskan aku. Aku masih lagi mahu mengejar van warna putih yang sudah pun meninggalkan perkarangan hospital.
“Jiha! Sabar, Jiha.” Lili juga menangis melihat keadaan aku.
“Uncle Bala! Kenapa buat Jiha macam ni? Auntie Anu... izinkan Jiha tengok Dona. Rahul, lepaslah!” Aku menangis teresak-esak sambil dadanya aku pukul-pukul. Aku marah kerana dia menahan aku dari terus mengejar Dona.
“Lili, awak bawa Jiha balik dulu. Nanti kalau ada apa-apa call saya.” Tangan aku diseretnya menuju ke kereta Lili.
“Rahul, saya nak ikut awak. Dia orang bawa Dona balik ke rumah awak, kan?” Aku memohon simpatinya agar dia memperkenankan hajat aku. Namun Rahul langsung tak menjawab.
Aku toleh pula kepada Lili. “Lili, kau hantar aku pergi rumah Dona.” Kepada Lili pula aku merayu. Aku hairan kenapa keduanya enggan memenuhi permintaan aku.
“Ok! Aku pergi sendiri. Teksi banyak. Kau orang tak nak hantar, sudah!” Sebaik sahaja aku berjaya memboloskan tanganku dari genggaman Rahul, aku melangkah dengan niat mahu menuju ke perhentian teksi.
“Jiha! Jiha! Tunggu!” Laungan Lili tidak aku pedulikan. Aku terus menonong pergi. Sedar-sedar sekali lagi tangan aku diraih Rahul dan langkahku mula tertahan. Aku meronta-ronta cuba memboloskan diri darinya. Aku meraung dan memarahinya lagi kerana menahan aku dan akhirnya aku rebah dalam dakapannya...
********** |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah sewa, Kampung Bharu.
8.00 PM.
“Jiha, banyakkan bersabar. Mengucap Jiha! Tak baik kau meratap macam ni. Agama melarang kita meratapi mayat.” Lili menasihati aku sambil cuba mententeramkan aku entah buat yang ke berapa kali. Dan entah buat ke berapa kali juga aku pengsan. Apabila aku tersedar, aku kembali menangis dan menangis.
“Lili, macam mana aku tak sedih, aku langsung tak berpeluang jumpa Dona. Aku tak berada di sisinya di saat dia menghembuskan nafasnya. Malah sampai sekarang pun aku tak dibenarkan melihat jenazah dia. Kenapa dia orang buat aku macam ni Lili?”
“Sabarlah Jiha. Encik Bala tu dia masih lagi emo. Dia tak dapat terima kenyataan Dona dah tak ada.”
“Tapi aku ni BFF Dona. Selama ni aku temankan dia bila dia sakit. Tapi kenapa di akhir hayatnya aku tak dibenarkan bersama Dona? Sekurang-kurangnya bagilah aku lihat wajah Dona buat kali terakhir. Lili, aku nak pergi jumpa Dona.” Aku meratap pilu lagi. Bukan aku sengaja mahu mengengkari tegahan agama. Bukan aku tak boleh terima kenyataan atas pemergian Dona tapi aku teramat sedih dengan tindakan pakcik Bala. Teganya hati dia melarang aku menemui Dona walau puas aku merayu dan meraung semasa di hospital siang tadi.
Sejak petang tadi aku menunggu panggilan dari Rahul. Aku mengharap dan ternanti-nantikan ada berita gembira untukku. Aku masih menaruh harapan pakcik Bala akan mengubah fikirannya dan membenarkan aku menziarahi jenazah Dona buat kali terakhir.
“Kalau Jiha menangis keluar air mata darah sekali pun tak akan mengembalikan nyawa Dona. Kenapa mesti diikutkan perasaan? Mana perginya iman? Sampaikan apa yang dilarang agama pun Jiha buat. Apa ni? Sia-sia saja air mata tu kalau digunakan untuk meratap kematian seorang musyrik.” Suara Kak Syirah begitu membingit pada pendengaran telinga aku. Aku dalam kesedihan, bukan mahu ditenteramkannya sebaliknya membebelkan aku lagi ada.
“Akak kalau tak tahu apa-apa, baik diam!” Aku tengking Kak Syirah. Sudah puas aku bersabar dengan sikapnya. Bukan Kak Syirah saja yang terkejut, Lili juga terkejut dengan perubahan sikap aku.
“Kau ni Syirah! Agak-agak lah... orang tengah bersedih ni.” Marah Lili.
“Tak betul ke apa saya cakap? Agama melarang kita meratapi mayat.” |
|
|
|
|
|
|
|
“Depan kita ni ada mayat ke? Ada?” Aku sindir Kak Syirah.
“Tak lah... Tapi yang Jiha menangis bagai nak rak dari tadi tu kenapa? Akak tahu Jiha sedih. Akak pun sedih. Semua orang pun sedih, tapi perlu ke nak menangis macam orang tak ada iman? Ini takdir. Yang hidup pasti akan mati. Jiha sepatutnya sedih sebab Dona langsung tak berpeluang untuk memperbaiki kesilapannya bukan sedih dan meratapi atas kematiannya."
“Akak cakap apa ni?" Aku tak memahami maksud dari kata-kata kak Syirah.
"Allah dah janjikan syurga buat orang-orang Islam walau pun imannya hanya sebesar zarah. Tapi, bagi orang-orang musyrik, walau segunung kebaikan yang dicurahkannya, Allah tetap campakkannya ke dalam neraka. Itu janji Allah. Tapi ini bukanlah menunjukkan Allah itu zalim. Bukan Allah tak beri peluang, diri sendiri yang sengaja tak mahu merebut peluang yang diberi. Sekarang siapa yang rugi? Nak menyesal pun dah tak guna. Bukannya boleh hidup balik. Jiha menangis air mata darah sekali pun Allah tak akan letak Dona ke dalam syurga-Nya.”
"Akak jangan main hembus aje, ya! Syurga neraka seseorang hanya Allah yang tahu.”
“Kalau dah musyrik, sah sah lah neraka tempatnya, Jiha.”
“Dona bukan musyrik. Dona Islam.” Aku bentak kata-kata Kak Syirah.
“Jiha pasti ke? Tapi tiada sebarang pendaftaran dibuatkan? Siapa yang berada di sisinya sebelum dia mati? Ada dia mengucap?”
“Secara rasminya memang tak, tapi dua kalimah syahadah tu, Dona dah lafazkan beberapa kali.”
“Kalau takat lafaz syahadah, sesiapa pun boleh, tapi dalam hatinya?”
“Akak ada alat pengukur iman dan keikhlasan orang, lah ni? Akak dah ukur iman akak? Syurga tingkat ke berapa tempat akak?” Aku sindir Kak Syirah lagi. Lili pula menekup mulut menahan gelak.
"Amboi Jiha! Macam ni perangai Jiha sekarang." Kak Syirah komplen.
"Akak yang desak Jiha jadi macam ni..."
"Bukan Rahul? Atau hantu berhala dah merasuk ke dalam badan Jiha? Ya lah.... tuannya pun dah tak ada, kan?"
"Akak!" Dua oktaf pic suara aku naik. Terasa darah naik hingga ke kepala. |
|
|
|
|
|
|
|
“Kau ni Syirah. Sudah-sudahlah tu! Dalam waktu macam ni pun kau orang nak bergaduh.” Lili mencelah.
“Jiha kalau boleh tak nak bergaduh dengan sesiapa. Tapi hati Jiha ni macam dirobek-robek bila ada orang sesuka hati saja mengeluarkan fatwa. Jiha dah cukup sedih dengan pemergian Dona. Boleh tak jangan robek lagi hati Jiha?” Aku menjerit lantang bagai orang tak keruan.
“Jiha! Sabar....” Lili memujuk aku apabila aku menepuk-nepuk dada melepaskan kemarahan yang terbuku.
Memang silap waktu lah Kak Syirah. Aku memang sedang tension dan tertekan pada saat ini, jadi jangan tambahkan lagi tekanan aku. Tak cukup bantal, selimut dan segala macam benda yang dapat aku capai aku baling. Kak Syirah akhirnya meninggalkan bilik aku. Puas menjerit-jerit, aku tersedu-sedu dalam pelukan Lili.
**********
Pukul 3.00 pagi, aku terjaga. Sunyi sepi keadaan bilik. Aku bingkas dari katil lalu menuju ke bilik air. Di luar bilik, juga sepi. Suasana tampak suram dengan hanya bertemankan lampu bercahaya oren tepi dinding di ruang tamu.
Aku reling sekilas ke bilik Lili. Pintu biliknya tertutup rapat. Tentu Lili kepenatan melayani kerenah aku sepanjang hari ini. Dalam hati, aku berterima kasih kepada Lili. Walaupun Lili kurang dari segi amalan dan penghayatan agamanya, tapi hari ini dia telah menunjukkan sifat tanggungjawabnya sebagai manusia prihatin.
Pintu bilik Kak Syirah aku renung pula. Juga tertutup. Aku mengeluh perlahan. Kak Syirah... wanita yang penuh ilmu agama di dada, tapi bak kata Ustazah Wardah, Kak Syirah kekurangan sifat hilm. Maaf Kak Syirah, bukan Jiha mahu berkurang ajar.
Aku mengatur langkah ke bilik air. Mahu mengambil wudhuk dan menunaikan solat tahajud. Aku mahu mencari ketenangan hati dengan menyembah sujud kepada-Nya. Selepas itu akan aku bacakan ayat-ayat suci al-Quran buat bekalan sahabat dunia akhiratku... Dona Nilani yang sudah pergi meninggalkan aku. Perginya kali ini tak akan kembali lagi....
**********
sekian adanya...
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 25-4-2013 03:47 PM
“Kau ni Syirah. Sudah-sudahlah tu! Dalam waktu macam ni pun kau orang nak bergaduh.” Lili mencelah ...
Tak cukup bantal, selimut dan segala macam benda yang dapat aku capai aku baling.
Nasib baik si Nicki tak ada depanmata aku. Kalo tidak dengan dia sekali terbang melayang ke arah kak syirah!
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 25-4-2013 03:50 PM
Tak cukup bantal, selimut dan segala macam benda yang dapat aku capai aku baling.
Nasib baik si ...
Motippppp kucing comel tak berdosa nak di baling sekalik??????
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|