|
woow...dah lm xjengah sini, memacam story pakcik ye....
well well..well.... ex pakcik tu mmg after divorce dok korea ek???
huhuu... dia keje sana ker ape???
ps-selamat hari raya tuk semua
pps-momd sile amik tindakan yg lebih drastik lagi... ada lek troublemaker ni semak kt umah ni... semak mata tau dak??? |
|
|
|
|
|
|
|
ako_chan posted on 4-9-2012 11:07 AM
woow...dah lm xjengah sini, memacam story pakcik ye....
well well..well.... ex pakcik tu mmg after ...
Selamat Hari Raya Ako_chan....to tell the truth pakcik tak tahu mana dia pergi lepas tinggalkan kami sampai la berita yg pakcik dapat dia dah meninggal. Meninggal kat KS, buried in KS. Agak pakcik mak ayah dia settledown kat KS.
|
|
|
|
|
|
|
|
salam PI...
akhirnya...
dapat jugak ye pengakhiran cerita ibu Anne & Iris... tahziah di atas kehilangan itu...
dah setahun rupanya fatehah... baru nak cerita asal usul anak PI ni... tahniah la PI... ada rezeki dapat baby jugak...
ksall pun dah lama tak masuk cari ni.. masuk sini dapat baca cerita PI mmg teruja sgt2... selamat hariraya ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalammualaikum smer...
Pakcik harap smer sihat... pakcik pun sihat, happy.. smer family member sihat... fatehah dah pandai sebut "BALL" abih buah oren plastic mak pakcik dier wat BALL... tak sabar2 nak share pekembangan anak2 ngan forumer smer... banyak gak pakcik karang.. nanti pakcik paste yaa |
|
|
|
|
|
|
|
lama tak menjenggah.. |
|
|
|
|
|
|
|
abes jugak merempit kat thread pakcik ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
Cepat2 sket karang pokcik...peminat tegar suma dah x sabaq dok tunggu...
|
|
|
|
|
|
|
|
PI ade fesbuk tak? hehehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Assalammualaikum smer... pakcik cuti ari ni.. bawak bapak visit doc. Iris n Anne cam biasa kat sekolah, pakcik bawak Baby Fatehah jugak tadi, melalak sakan nak ikut.. alahai tak sampai hati nak tinggal.. heret laa skali.
Hari ni Sabtu, 1st September, pakcik tak kerja minggu ni masuk semula office lepas besday pakcik nanti. Pakcik apply unrecorded leave lepas balik traveling tempoh hari. Saja cuti nak dok rumah, nak cari balik diri pakcik yang lama hilang. Hari ni jugak pakcik nak paksa diri pakcik meluahkan rasa yang terbuku di hati. Lama pakcik tak mengarang dan terlalu banyak yang ingin pakcik kongsikan. Kehidupan pakcik sekeluarga Alhamdulillah, penat jerih bekerja tu, pakcik rasa semua org melalui fasa fasa yang lebih kurang sama dengan pakcik, kena marah, not meeting the expectation dan macam bagai permasalahan tempat kerja yang selagi tak tutup mata tak mungkin ada kesudahan.
Alhamdulillah, pakcik semakin tidak memikirkan akan kesudahan hidup bekas isteri pakcik. Iris pun dah hampir sebulah tidak bertanyakan tentang mamanya, apatah lagi Anne. Fatehah? Baby Fatehah hanya pandai senyum setiap kali nampak pakcik atau pun sesiapa yang senyum padanya. Baby Fatehah semakin lasak, kakinya semakin kemas, semakin laju memanjat dan menuruni tangga malah dah pandai minum melalui cawan. Sering dia ditegur kakaknya Anne sebab panggil pakcik “mah” setiap kali dia panggil “MAH” Anne laju jer betulkan “BABAH” or baby tengok akak cakap, tengok mulut kakak ni “BABAH”, sambil tersengeh Baby Fatehah hanya mengiakan dengan menganggukan kepalanya.
Tentang Iris yg semakin remaja, pakcik sebolehnya mengelak dari membuka topic topic sensitive. Contohnya, tentang mamanya. Pakcik cuba berbicara dengan Iris setelah pulang menziarahi mamanya, Iris terlalu mendiamkan diri termasuk tidak ke sekolah. “miss her” pakcik membuka kata. Iris membalas “I don’t know, trying to figure out kenapa dia tak datang tengok kakak dan adik. Fine kalau dia tak nak tengok adik, sebab adik tak kenal dia, but ME (sambil menikam dada dia dengan jari) aper salah kakak, dia buang kakak jugak, kakak igt dia cacat tak boleh berjalan, sebaliknya dia ada hidup yang selesa, ada kemampuan and on top of that she has someone with her too” luahan bernada marah. Itu beban yang Iris pikul setelah pulang menziarahi mamanya. Sambil mengusap ubun Iris, pakcik membalas “anak babah sorang ni kenapa ya, tak baik marah pada orang yang tak ada, kakak perlu faham, adakalanya yang berlaku memang tiada sebab yang jelas dan malah amat sukar diperjelaskan. Adalah menjadi tanggungjawap kita memberi ruang dan kemaafaan kepada sesiapa saja yang terlibat dengan sesuatu yang melanda kita” Iris hanya melihat muka pakcik menanti kata-kata yang seterusnya. “Babah jugak bersalah, malah BABAH antara orang yang paling bersalah dalam hal ni, dalam babah menidakkan sikap ego dalam kehancuran suatu ikatan, babah sebenarnya tewas, babah yang benarnya sgt ego dan penuh dendam walaupun babah cuba memaafkan dan memahami serta mengikhlaskan semuanya. Jauh disudut hati babah, babah menanti saat untuk senyum sinis pada dia yang tak dapat bersama kakak dan adik. Babah yang memutuskan semua itu, babah yang menutup semua saluran yang membolehkan dia menghubungi kakak. Babah harapkan dia memberanikan diri datang bertemu muka dengan babah merayu ingin bertemu kakak dan adik sepertimana dia dengan sampai hati melangkah meninggalkan kita tanpa ucapan selamat tinggal. Babah mengharapkan dia merasa pedih yang sama akibat ditinggalkan dan dibuang apabila babah memisahkan kakak dan adik darinya. Babah mengharap untuk berkata “padan muka”. Sunggun kejam dan hitam hati babah ni sebenarnya. Sebab itu lah Allah tidak memberi rezeki kepada Babah untuk memiliki F mahupun A. Kerana babah yang tidak ikhlas ingin memiliki mereka. Babah hanya impikan hidup yang perfect yang babah harapkan tiada pada mama kamu. Babah tidak berniat untuk memiliki F kerana Allah. Babah harap kakak faham apa yang babah maksudkan dan maafkan Babah yang tidak sempurna ini”. Pakcik menutup bicara tanpa menyedari ada titisan jernih melewati pipi. Penuh keihklasan dan kesanggupan untuk menerima apa saja balasan atas perbuatan pakcik.
“Babah” hanya itu yang termuntah dari bibir Iris. Pakcik sudah kehabisan kata-kata. “selama ni, I felt that you treating me unfairly, confused most of the times and made myself keep on thinking – what is all about. Babah, am not Allah, I can’t say you were wrong or right and for now I can tell nothing. One thing for sure, kakak amat bersyukur ada babah, had a good life and health, having loving family members and am still alive. Kakak akan cuba fahami babah dan kakak berharap babah sedar akan kesilapan babah, repent dan berdoa that all of us will having good life continuously. All that is more than enough to me”. Iris tidak menangis kali ini. Sudah matang anak dara pakcik ni. Namun tetap ada rasa terkilan di hati pakcik kerana menjadikan anak bertuah ini mangsa kekhilafan pakcik.
Selepas seketika, Iris kembali tersenyum dah mula bercerita tentang tripnya bersama mak ke Ulsan, South Korea. Mamanya kelihatan seperti sedang tidur dan seolah2 tersenyum. Jelas Iris, there are minor muslim community in Ulsan mainly are Pakistani and Middle east origin – Iranian to be exact. Tunang mamanya juga Muslim. Mamanya sedikit berisi dan berbeza dari photo photo dalam simpanannya. Iris jugak memberitahu, selagi dia hidup dia akan tetap merindui mamanya. Iris juga memberitahu yang rata rata saudara mara mamanya mengatakan cara dia duduk, makan dan berjalan saling tak tumpah seperti mamanya. Ada saudara-mara yang menangis tatkala melihat photo Anne yang persis mamanya ketika kecil. Granny pula tak henti2 memeluk Iris dan mencium pipi dan dahinya. Tunang mamanya pula memberitahu Iris yang mamanya sering memuji pakcik dan mengaku pakcik cinta pertamanya. Pakcik hanya tersenyum mendengar cerita itu.
Iris juga meyakinkan pakcik yang Malaysia dan pakcik tetap asal usulnya. Iris juga tidak bercadang untuk kembali ke Ulsan atas alasan doa dan sedekah bacaan surah2 Al Quran tetap akan sampai ke mamanya walaupun di mana dia melakukannya. Iris juga berjaya menutup account facebook mamanya dengan mengemail to Facebook Inc berserta death cert mamanya. Pakcik sekeluarga membantu menguruskan upah haji dan membayar fidyah bagi pihak arwah atas permintaan Iris. Mamanya menamakan Iris dan Anne, pakcik as trustee untuk semua peninggalannya.
Di usia 35thn ini, setelah 9thn berlalu, pakcik kuburkan dendam dan marah pada arwah. Perasaan yang dulunya pakcik kaburkan dengan lakonan – I am OK without you.
Sedar tak sedar pakcik di gazebo ni menaip dah almost 4hrs, patutlaa rasa pinggang dah tak berapa sedap. Baby Fatehah dah nampak pakcik kat sini, wajib off lappy ni sekarang kikikikiki. Nanti pakcik type lagi bila ada kelapangan..
____________________________________________________________________________________________
Dear forumers and silent readers,
Niat pakcik berkongsi hanyalah sebagai panduan sekiranya ada antara kita yang menghadapi similar conflict. Jangan beri ruang pada syaitan laknatullah membenih dan membajakan sifat dan sikap jahat yang menghitamkan hati kita. Sekiranya kita terjebak, lekas2lah kembali kepada Allah SWT dan ajarah Nabi Muhammad SAW sebagai panduan hidup.
Last edited by pak_itam on 27-9-2012 01:11 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe posted on 24-9-2012 11:20 AM
lama tak menjenggah..
Assalammualaikum wbt.. cikprettyuglybabe,
Rajin2 laa singgah kalau ada kelapangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
rindusangbulan posted on 24-9-2012 04:21 PM
abes jugak merempit kat thread pakcik ni....
hati2 merempit jangan sampai terbabas.. thanks sebab sudi melewati thread pakcik ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
PinangMasak posted on 25-9-2012 09:33 AM
Cepat2 sket karang pokcik...peminat tegar suma dah x sabaq dok tunggu...
halu pinang!!! yo lahhh yo lahhh pakcik tempek laa ni
|
|
|
|
|
|
|
|
azie_fariza posted on 26-9-2012 06:30 PM
PI ade fesbuk tak? hehehehehe
pakcik mana laa ada smer tu... zaman tu dah berlalu dik...kikikikikiki
|
|
|
|
|
|
|
|
pak_itam posted on 27-9-2012 12:06 PM
Assalammualaikum wbt.. cikprettyuglybabe,
Rajin2 laa singgah kalau ada kelapangan..
salam p. itam.. jenuh nak rempit balik yang lama tertinggal tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Pakcik..beratnya luahan ini...mengikuti diari pakcik dari awal hingga kini, rasanya inilah yg paling menyenyuh hati...moga pakcik sentiasa beroleh ketenangan, kesabaran dan sentiasa dirahmati Allah.. |
|
|
|
|
|
|
|
iris sgt matang.sedih baca.. ...moga PI terus bahgia dgn kehidupan mdatang. |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya baca luahan hati pakcik... |
|
|
|
|
|
|
|
lamanyer x jenguk cni |
|
|
|
|
|
|
|
tertingal byk citer rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
pak_itam posted on 27-9-2012 11:57 AM
Assalammualaikum smer... pakcik cuti ari ni.. bawak bapak visit doc. Iris n Anne cam biasa kat sekol ...
i'm a year younger..pakcik dah ada anak dara remaja...anak teruna i baru 8 thn...phewww..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|