|
haiii....part sedih2 dah ni....
sedia tisu semua...
|
|
|
|
|
|
|
|
"Aku sayang kau. Kau lah sahabat aku dunia dan akhirat." Laungnya.
Sebaik sahaja aku menghampiri Dona, tanganku pantas mendepa. Tubuhnya aku dakap. Tapi Dona tiba-tiba saja hilang dari dakapan. Aku kaget.
"Dona!" Aku menjerit sekuat-kuat hatiku.
"Jiha! Kau dah sedar? Alhamdulillah."
Terkebil-kebil kelopak mata aku sebaik sahaja aku tepandangkan Lili. Aku lihat sekeliling. Aku dapati aku berada di atas katil. Beberapa orang memandang aku kehairanan. Tapi.. di mana Dona? Rahul pun aku tak nampak bayang.
"Kau pengsan tadi. Lama juga... Dah dekat sejam tau! Rahul call aku suruh tengok-tengokkan kau. Dia tak dapat nak teman kau sebab ada perkara yang dia nak uruskan. Dan dia nak tengok mak dia lagi..."
"Dona... Aku nak pergi jumpa Dona." Segera aku turun dari katil. Aku pakai kasut, capai beg dan keluar meninggalkan bilik wad. Aku tak tahu Dona berada di mana tapi aku akan cari dia.
"Jiha!" Tangan aku ditarik Lili. Kemudian tubuh aku dipeluknya kuat.
Air jernih tiba-tiba saja turun dari dua kelopak mata. Aku berdiri kaku. Sekarang mindaku sudah mula berfungsi. Aku sedar Dona sudah tidak ada lagi. Dona sudah kembali mengadap Penciptanya! Tanpa silu aku terus menghamburkan tangisan yang sejak tadi tertahan.
"Lili! Dona dah tak ada..." Aku teresak-esak. Belakang Lili aku cengkam kuat-kuat dan aku juga merasakan pautan tangan Lili yang kejap pada bahu aku.
"Ya... aku tahu... Dona dah tak ada. Allah lebih sayangkan dia." Perlahan suara Lili berbisik di telingaku.
"Cik, cik berehat dulu kat katil, ya." Suara jururawat menasihatkan aku apabila aku mula teresak-esak menangis tanpa menghiraukan orang sekeliling.
Lili membawa aku kembali ke katil. Di atas katil, aku terus menangis dan menangis semahuku. Beberapa orang sekeliling yang terdiri daripada pesakit dan pelawat, malah juga pekerja memerhatikan aku. Tak ku hiraukan mata-mata yang memandang.
"Sabarlah Jiha. Allah lebih sayangkan dia. Kau kena terima dan redakan pemergiannya. Semua ini telah ditakdirkan, Jiha." Lili cuba mententeramkan aku. |
|
|
|
|
|
|
|
dona dah daftar sbg muslim ke?
kalo belom, masalah jugak.. saksi hanya fahmi sorang.. boleh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 25-4-2013 11:17 AM
Lepas ni sure gaduh lagi. Nak di tanam ke atau nak di bakar aje mayat Dona tu.....
waahhhhhh.. tahniah raff!
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 25-4-2013 11:17 AM
dona dah daftar sbg muslim ke?
kalo belom, masalah jugak.. saksi hanya fahmi sorang.. boleh ke?
Rahul pun saksi dona
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 25-4-2013 11:17 AM
Lepas ni sure gaduh lagi. Nak di tanam ke atau nak di bakar aje mayat Dona tu.....
rahul ada...tentu dia bersuara ttg pengislaman dona tu..
tulah..lama tak nampak raff..hotmum..auntie...
alhamdulillah..bb sihat membesar..
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 25-4-2013 11:17 AM
Lepas ni sure gaduh lagi. Nak di tanam ke atau nak di bakar aje mayat Dona tu.....
Tahniah raff......nicki nanti kim salam dia balik
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 25-4-2013 11:21 AM
Waa'laikumussalam. Wahh! TAHNIAH Raff. So anak dia sejajan dgn anak2 artis.
ammaaa appaaaa.. ada yg jadi koko krunch nnt
|
|
|
|
|
|
|
|
"Lili, jom temankan aku. Aku nak lihat jenazahnya." Aku mengajak Lili setelah hampir sepuluh minit aku cuba menenangkan diri. Aku seka air mata dengan sapu tangan kepunyaan Rahul.
Lili membuntuti aku kemana sahaja kaki aku melangkah. Aku tak tahu di mana jenazah Dona ditempatkan, tapi kemahuan aku mengatasi segala halangan. Dari satu kaunter ke satu kaunter aku bertanya tentang Dona Nilani. Malah ke bilik mayat juga aku pergi.
"Mayat Dona Nilani tak ada di sini cik.” Itu jawapan yang aku terima dari penjaga bilik mayat.
Aku keluarkan telefon bimbit dari dalam beg tangan apabila telingaku menangkap bunyi deringannya.
"Rahul! Awak kat mana?" Tanpa lengah aku bertanya sebaik sahaja namanya terpapar pada skrin telefon bimbit.
"Awak kat mana? Saya cari awak di bilik wad tapi mereka kata awak dah keluar.
"Saya ada depan bilik mayat."
"Awak tunggu kat situ. Saya datang."
Talian dimatikan. Telefon bimbit aku simpan kembali ke dalam beg tangan.
********** |
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 25-4-2013 11:22 AM
rahul ada...tentu dia bersuara ttg pengislaman dona tu..
yg selalu jadi masalah bila takdek rekod atau tak daftar kat jabatan agama Islam..
tak ada hitam putih, appa kompom akan bangkang abis2an.. smp ada yg bawak ke mahkamah..
kalo ada itam putih, rasanya dorg takleh nak bangkang sgt kot.. nak bawak ke mahkamah pon tak laku..
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, semoga mummy & puteranya selamat...
OT:
Pada sapa2 yg kenal Raff (Lady, Usu, Hotmum, Auntie, Sellie, Fred dan semua-semualah) Raff kirim salam sayang. Dia busy, tak sempat masuk jengah. Raff dah bersalin on 13 Feb. Premature at 34 weeks sebab bleeding so terpaksa emergency c-sect. Anyway, semua dah selamat, baby pun dah membesar bagai johan - nama Muhammad Aidil |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 25-4-2013 11:25 AM
Jap..jap.... iols konpius....
Jajan? Cornflakes? Mohon pencerahan....
aidil tu kan retis.. ko nih...
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 25-4-2013 11:13 AM
"Aku sayang kau. Kau lah sahabat aku dunia dan akhirat." Laungnya.
Sebaik sahaja aku menghampiri ...
...apalah daya aku nak kata...x terkata dah....
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 25-4-2013 11:26 AM
aidil tu kan retis.. ko nih...
Aidil tu retis mana pulakkkkkkk....
Kenapa aku blur pepagi ni? Tuhan Tohloonggggg...........
|
|
|
|
|
|
|
|
“Awak ni memang tak reti bahasa! Semalam lagi saya kata awak tak boleh berjumpa dengan Dona.” Kemarahan pakcik Bala rupanya masih belum reda. Aku pandang Rahul. Aku tertanya-tanya kenapa dia tak menceritakan hal yang sebenar? Malah dalam kereta sewaktu dia menjemput aku tadi pun dia merahsiakan tentang kematian Dona. Hanya setelah berada di wad baru aku menyedari apa yang telah berlaku.
“Rahul, tolonglah pujuk appa awak. Semalam awak kata awak akan pujuk appa awak. Sampai hati awak buat saya macam ni. Tolonglah!” Aku merayu kepada Rahul. Lengan bajunya kutarik beberapa kali.
“Appa, please let her see Dona. Just let her come with us, appa.” Rahul mula bersuara.
“I said no!” Kemudian pakcik Bala menoleh kepada pemandu van dan berkata sesuatu dalam Bahasa Tamil yang langsung tidak aku fahami. Pemandu van menghidupkan enjin. Dari paras rupanya, aku menyimpulkan dia adalah saudara-mara mereka juga.
“Uncle! Tolonglah uncle. Benarkan Jiha jumpa Dona.” Aku merayu lagi kepada pakcik Bala yang sudah pun berada di sebelah pemandu van.
Aku ketuk-ketuk cermin tingkap pada van, mengharapkan pakcik Bala sudi membukanya dan mendengar kata-kata aku. Namun rayuan aku langsung tak diendahkan. Van yang membawa jenazah Dona meluncur perlahan. Dari tingkap cermin aku sempat melihat makcik Anu yang duduk bersama jenazah Dona di bahagian belakang van. Wajahnya tampak suram dan sayu merenung aku. Tanpa menghiraukan apa-apa, aku kejar van yang sedang bergerak. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|