|
|
Arwah Zara Qairina pernah mengadu diugut Kak M, nak ‘touch’ sampai berdarah
[Copy link]
|
|
|
|
drain gila aku bc komen nerakazen yg bebal tk paham inques masing2 dgn naratif tertanam sampai hilang kesian kt org lain |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Orion replied at 18-9-2025 01:40 PM
Si A rasa bersalah/takut la tu. Zara mati lepas kena sound dgn senior disbbkn tuduhan dia. Jumpa p ...
Ni pun iols pelik dorg mcm dh aim zara yg curi, dorg dh dendam dgn zara ni. Sound² budak pmpuan ni lain sket, boleh makan dalam tau. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by namemysoul at 18-9-2025 05:01 PM
piahsemah replied at 18-9-2025 02:48 PM
I tak tahulah undang2 sekolah atau asrama skang ni mcm mana
Tp kenapa warden ker sapa tah ubah si ...
Aaaa..
Btol tuh kaka...kes ni mmg fishy...
Nmpknyer si mati ader byk masalah cuma tak tahu yg mana satu yg menjadi trigger menyebabkan si mati "ingin hidop bebas"...hidop tanpa masalah...
Perhatian : ini hanya spekuan kite saje berdasarkan keterangan koroner yg ckp dia mgkn boleh jadi terjatuh dari tmpt yg tinggi dan masa yg sama ingin menyelamatkan diri...
Sedikit perkongsian...kite dolu2 masa kecik2 mengkalu panjat pokok ataupon dinding bilik asrama utk tolong senior bersihkan sawang labah2 (jd spiderman kau kate senior ...),masa terjun kite akan curl skit bdn cam perenang buat n lutut pun akn dibengkok supaya senang bile kite mndarat kaki dulu utk kurangkan impact dari terjunan supaya tak akan "mkn kepala lutut kite"....
Ini hasil pengalaman semasa 1st time terjun dari pokok sbb kaka2 kite terlupe nak turunkan kite semula, bleh plak derang blk umah dulu lps abis main ngan kwn2...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
piahsemah replied at 18-9-2025 04:22 PM
Apa kes kobyusra uols
Sejak akhir2 ni bnyk erk kes libatkan ustaz..cnth ustaz firabibi..ni tgh ren ...
Nak tau gak. Iols selalu tgk kt tv9 citer tanyala setad. Fans  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Inkues: Ketua Warden nafi sekolah sembunyi kebenaran kematian Zara Qairina, tuduhan terhadap Kak M kejam
Kota Kinabalu: Saksi kelapan inkues menitiskan air mata ketika memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha mahupun kakitangannya tidak pernah cuba menyembunyikan kebenaran di sebalik kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Azhari Abd Sagap menafikan tuduhan menyembunyikan kebenaran kematian arwah seperti dilemparkan pihak yang mengecam beliau, pengetua serta warga sekolah keseluruhannya.
Dalam nada yang beremosi dan sedih, Azhari menceritakan apa yang terbuku di hatinya berhubung semua kecaman dan tuduhan itu serta tindakan yang diambilnya selaku Ketua Warden sejak hari kejadian pada 16 Julai lalu.
Luahan perasaan itu disuarakan beliau selepas peguam empat tertuduh kanak-kanak, Abdul Fikry Jaafar Abdullah, meminta maklum balas beliau mengenai pelbagai kecaman terhadap warden dan pengetua serta warga sekolah yang didakwa cuba melindungi pembuli dan pembunuh dalam kes Zara Qairina.
"Kalau kami mahu melindungi pembuli atau (sekiranya ada) pembunuh Zara, saya tidak akan ceritakan apa yang berlaku pada malam 15 Julai kepada pihak polis dan saya maklumkan perkara itu pada malam 16 Julai sebelum ibu Zara membuat laporan polis kali kedua, kalau itulah yang dianggap kami cuba menutup kes.
"Saya sendiri yang berurusan dengan polis, bawa siapa-siapa untuk memberi keterangan, termasuk menyerahkan audio Kak M dan saya maklumkan kepada polis siapa Kak M ini dan saya tegaskan di sini Kak M itu bukan (nama pelajar), kenapa dia yang dikecam, diviral.
"(Dia) (nama pelajar) budak yang baik, hampir setiap tahun dia pelajar hafazan saya setiap tahun. Tahun lepas saya buat program Halaqah Huffaz bagi mengisi program selepas UASA (Ujian Akhir Sesi Akademik).
"Saya buat program Halaqah Huffaz dan dialah antara tiga pelajar terawal selsaikan hafazan dia dan saya (saksi menangis), bagi saya tuduhan terhadap dia kejam hanya kerana dia pertama jumpa Zara di sana, tapi ini yang dia dapat," katanya.
Ketika itu beliau yang juga seorang ustaz menceritakan kekesalannya terhadap tuduhan yang dilemparkan kepada seorang pelajarnya yang disifatkannya sebagai kejam kerana bertentangan dengan perkara yang sebenar.
Azhari turut menceritakan tindakan yang diambilnya bermula sejak Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri pada awal pagi 16 Julai lalu dan pertemuan dengan ibu arwah selepas kejadian berkenaan.
"Sama juga dengan saya, ini (kecaman) yang saya dapat. Saya cuba bawa Zara ke hospital, call (hubungi) 991 untuk minta ambulans ambil Zara, saya ikut ambulans ke hospital dan saya tunggu sampai ibunya sampai.
"Saya di unit kecemasan sampai petang tidak mandi, adakah ini yang patut saya dan sekolah terima? Saya tinggalkan Zara dan ibunya (pada 16 dan 17 Julai) hanya kerana jumpa polis, itu saja saya tinggalkan, selain jumpa pegawai penyiasat (IO) di sekolah.
"Selepas itu dia (IO) arahkan saya bagi keterangan di IPD Papar dan dari IPD Papar saya kembali ke hospital lawat Zara. Saya tidak terfikir tinggalkan ibu Zara pada masa itu dan saya hanya kembali (ke sekolah) selepas tengah malam, tapi patutkah ini saya terima," luahnya.
Saksi berusia 31 tahun itu berkata, pada pagi 17 Julai beliau membawa seorang pelajar untuk membuat keterangan di IPD Papar sebelum kembali lagi ke hospital untuk melihat keadaan Zara dan berjumpa ibu arwah di sana.
"Pagi 17 Julai itu bukan saya tidak mahu jumpa Zara, saya bawa (nama pelajar) buat keterangan lepas itu datang balik hospital dan pada subuh 17 Julai itu lebih 600 pelajar menjadi saksi macam mana saya imamkan solat subuh pagi itu.
"Saya ada, saya tunggu sampai Zara dicabut mesin (bantuan pernafasan) hingga ke forensik dan ke kuburan. Inikah patut saya terima? Dari 16 Julai sampai habis siasatan, polis berhubung dengan saya.
"Bermula dari siasatan oleh IPD Papar sampailah Bukit Aman (ambil alih siasatan) patutkah ini. Tiaa yang kami selindung, semua kami beritahu, apa-apa saja. Itu tanggungjawab saya, saya tidak mahu Zara teraniaya,"
Atas segala yang dilakukannya, Azhari berkata sekolah dan beliau sendiri teraniaya.
Beliau turut menceritakan bahawa dua minggu sebelum kejadian itu, isteri beliau dapat berpindah ke sekolah sama setelah berjauhan sejak 2020.
Namun, katanya disebabkan kes itu, anaknya terpaksa ditinggalkan dengan keluarga di Beaufort dan menjelaskan bahawa keluarganya turut dikecam akibat kes itu.
"Saya kenal Zara, saya mengajar dia di kelas, malah saya tersentuh apabila subjek saya disebut dalam diarinya dan saya pernah pesan di kelas, kalau tidak mahu tutup aurat dan handsock kamu humban bapa kamu dan selepas itu Zara pakai handsock.
"Saya tidak tahu apa sebenarnya dialami arwah, saya pun mahu cari keadilan, tapi kenapa kecaman ini yang kami dapat. Sebab itu saya tahu semua cerita, saya tahu derita Zara kalau betul itu, diari Zara.
"Sebab itulah apa-apa saja di media sosial saya ambil tahu semua, audionya, semua saya bagi tahu dan saya yang berikan kepada polis. Kalau kata mahu tutup, saya tidak akan bagi tahu siapa Kak M itu.
"Cerita Kak M ini berlaku sekitar bulan lima, itu berdasarkan siasatan sekolah, kenapa ibu Zara tidak lapor kepada sekolah. Itu yang jadi persoalan saya, sebab itu saya ambil tahu. Sebab saya rasa terkesan kehilangan Zara... kenapa tiada aduan daripada ibu Zara.
"Saya sudah minta dari group (kumpulan) laman rasmi, tiada langsung tiada aduan," katanya.
Selepas meluahkan perasaannya, Koroner Amir Shah Amir Hassan kemudian menangguhkan prosiding untuk rehat tengah hari sebelum disambung dengan saksi yang sama pada jam 2.30 petang.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Inkues: Kak M keluar kenyataan 'kalau aku touch-touch kau ini, berdarah kau ni' terhadap Zara Qairina kerana adiknya diejek
Kota Kinabalu: Saksi memberitahu Mahkamah Koroner di sini, bahawa pelajar dikenali sebagai Kak M hanya mengeluarkan kenyataan berbaur 'ugutan' terhadap Zara Qairina Mahathir dan seorang lagi pelajar ketika berada dalam emosi tidak baik.
Azhari Abd Sagap, 31, berkata, Kak M melafazkan kata-kata 'Kalau aku touch-touch kau ini, berdarah kau ni', selepas mengetahui adiknya diejek oleh Zara Qairina dan seorang pelajar lain.
"Seperti yang saya katakan, Kak M berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil. Dia memberitahu kami bahawa ia berpunca daripada biliknya yang kotor dan bersepah.
"Itu sebabnya dia mengatakan perkara itu, hanya itu," katanya sambil menambah ketika kejadian Kak M kebetulan melalui bilik adiknya dan melihat adiknya berjumpa dengan Zara Qairina bersama pelajar lain pada masa itu.
Saksi inkues kelapan itu berkata demikian ketika ditanya peguam tertuduh kanak-kanak, Joan Goh, berhubung mesej berbaur ugutan yang diterima Zara Qairina di sekolah itu.
Azhari yang juga Ketua Warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha itu menjelaskan, Zara Qairina dan pelajar terbabit mengejek adik Kak M yang juga pelajar Tingkatan Dua secara bertulis, meninggalkan nota yang berbunyi: 'Dia seorang yang 'sok orku', sengaja takutkan Form 1 (Tingkatan Satu), padahal baru juga junior'.
Beliau berkata, nama panggilan adik Kak M juga disebut dalam bukti yang diserahkan kepada pihak polis.
Goh, yang mewakili salah seorang pesalah kanak-kanak yang berkaitan dengan Zara, turut menyoal Azhari mengenai makna 'Sok Sok' dan 'Orku'.
Azhari menjelaskan bahawa 'sok sok' bermaksud 'pura-pura menjadi sesuatu' manakala 'orku' adalah singkatan bagi 'orang kuat'.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
jumpa pin, tp tak jumpa brg curi? takut budak lain je yg letak pin tu kat tempat zara..apa la motip nak curi benda alah tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 18-9-2025 05:15 PM
Inkues: Kak M keluar kenyataan 'kalau aku touch-touch kau ini, berdarah kau ni' terhadap Zara Qairin ...
Mcm pening plak. Betul ke pemahaman aku ni.
Warden kata Kak M bukan pelajar yg ditularkan ( yg nama Melur tu)
Melur tu yg jumpa arwah. Dia yg selalu masuk hafazan. Dia bukan Kak M
Kak M sebenar ada adik form 2 yg diejek arwah dgn kawan arwah.
Kak M yg ugut "touch2 berdarah".
Melur ( yg jumpa Zara) bukan Kak M yg ugut arwah.
Betul tak ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Orion replied at 18-9-2025 05:27 PM
Mcm pening plak. Betul ke pemahaman aku ni.
Warden kata Kak M bukan pelajar yg ditularkan ( yg na ...
Ya betullll |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by chiyoasuka at 18-9-2025 05:49 PM
Suchi replied at 18-9-2025 05:15 PM
Inkues: Kak M keluar kenyataan 'kalau aku touch-touch kau ini, berdarah kau ni' terhadap Zara Qairin ...
So dr statement ni
Azhari yang juga Ketua Warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha itu menjelaskan, Zara Qairina dan pelajar terbabit mengejek adik Kak M yang juga pelajar Tingkatan Dua secara bertulis, meninggalkan nota yang berbunyi: 'Dia seorang yang 'sok orku', sengaja takutkan Form 1 (Tingkatan Satu), padahal baru juga junior'.
  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
namemysoul replied at 18-9-2025 08:21 AM
Itu hari kite ade ternmpk komen ckp si mati berkawan dgn si A...
Ada komen ckp si mati nie bdk yg ...
Cikgu dia ada cakap, bukan pelajar cemerlang pun arwah ni. Sederhana saja. Netizens saja memandai kata dia budak pandai. Budak pandai, bahasa bukan macam bahasa arwah guna dalam diari tu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
chiyoasuka replied at 18-9-2025 09:47 AM
So dr statement ni
Azhari yang juga Ketua Warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) ...
Nah.
Sy sudah cakap kan di post #1948. Pasal adakah mulut arwah yang bikin dia jadi target.
Nah.
Sebab memang lain2 bahasanya tu, macam kuat mencarut pun ada padahal baru 13 tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 18-9-2025 08:49 AM
Bukan ke boleh dipanggil budak2 tu turun tolong? Apa nak peliknya?
Ah bodoh. Komen2 orang yang tak pernah tinggal asrama, macam ni la. Siap timbulkan ketua warden ada sijil first aid ka apa deiiiiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 18-9-2025 09:09 AM
Inkues: Ketua Warden nafi sekolah sembunyi kebenaran kematian Zara Qairina, tuduhan terhadap Kak M k ...
Baru 31 tahun ka ketua warden. Aiseh...Kesian. Muda lagi dah disuruh jadik ketua. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by chiyoasuka at 18-9-2025 06:57 PM
dua_chzy replied at 18-9-2025 05:52 PM
Nah.
Sy sudah cakap kan di post #1948. Pasal adakah mulut arwah yang bikin dia jadi target.
Ya ada jg i baca haritu. Cuma tdk berani i ulas u pnya post.
Statement warden yg pasal ni yg ak shock..
Skarang satu demi satu kebenaran yg keluar
Netizen boleh terima ka?
Makin menarik ni inkues.
Mau sgt ba kebenaran
Skali naa lain2 yg keluar sdh
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
chiyoasuka replied at 18-9-2025 09:59 AM
Ya ada jg i baca haritu. Cuma tdk berani i ulas u pnya post.
Statement warden yg pasal ni yg ak s ...
Biasanya di sekolah camni la. Yang kena target tu tidak semestinya innocent. Ingat/tau ka kes pasal budak MRSM yang mengadu di Threads pasal kena buli, pastu netizens pi tag Asyraf Wajdi dan Asyraf Wajdi bodo2 pi buang tu budak2 dari MRSM tanpa sebarang siasatan?
Skalinya tu budak2 yang kena buang dan genh2 diorang balas dendam, pg spill yang perangai pengadu tu lain2 sebab tu jadi target - sebagai contoh, dia suka cakap kotor sama pelajar perempuan, siap gambar berpeluk sama gf tersebar. Dan parents diorang dalam proses mo saman Asyraf Wajdi/Mara. Ntah camna sudah ni kes.
It...takes two to tango. Usually. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
chiyoasuka replied at 18-9-2025 05:47 PM
So dr statement ni
Azhari yang juga Ketua Warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) ...
sok orku tu apa maksudnya? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
piahsemah replied at 18-9-2025 02:48 PM
I tak tahulah undang2 sekolah atau asrama skang ni mcm mana
Tp kenapa warden ker sapa tah ubah si ...
Yg first duk jauh dulu mmg kalau demam semput mmg kena p ambik la.. mmg iols spare segala ubat siap²
tapi yg nombot 2 ni mrsm ada hari doctor dari klinik kesihatan p sekolah bolehla nak mintak ubat mc bagai
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 18-9-2025 06:05 PM
Biasanya di sekolah camni la. Yang kena target tu tidak semestinya innocent. Ingat/tau ka kes pasa ...
Asyraf Wadi pun lepas ni kena dgr 2-2 pihak. Tak semestinya yg kena buli tu tak bersalah. Ntah2 seblum tu dia yg membuli,bila kena tang dia,dia kata dia dibuli.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
namemysoul replied at 18-9-2025 04:42 PM
Kite harap si A ckp yg sebenarnya supaya missing2 puzzle dpt dicantum dgn cpt...
Sian si mati.... ...
Acik gad kata takde cctv
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|