CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyFinger12

MSMN

[Copy link]
Post time 24-4-2013 04:16 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 24-4-2013 04:11 PM
Ber 'A'i' Yu' lah Usu oi...Nak lagu mana lagi... 'Bro' 'Aku' 'Kau' ni kasar gituh..

Tak sesuwei ...


kiranya depa ni..keras-keras lembut la yer...





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2013 04:16 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 24-4-2013 04:10 PM
Fahmi menoleh ke belakang sebaik sahaja tauk langkah Eddie ditangkap gegendang telinganya. Terpinga- ...

....banjir dah nih.............

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2013 04:18 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 24-4-2013 04:11 PM
Ber 'Ai' Yu' lah Usu oi...Nak lagu mana lagi... 'Bro' 'Aku' 'Kau' ni kasar gituh..

Tak sesuwei  ...

Ada jah yg beraku ko...

Ni yg jenis sasa sikit. Yg ber ai yu jenis sissy
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 04:20 PM | Show all posts
UsuFie posted on 24-4-2013 04:16 PM
kiranya depa ni..keras-keras lembut la yer...



Terbayang ceklat Cloud 9.....

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 04:22 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 24-4-2013 04:18 PM
Ada jah yg beraku ko...

Ni yg jenis sasa sikit. Yg ber ai yu jenis sissy

'Aku ko' ni mungkin yang Gayah kampung felda pprt....

Ai Yu jenis urbanistas....

Kesimpulannya - Fahmi dan Eddie walaupun gayah, jati diri anak kampungan masih kuat gitu.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 04:23 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 24-4-2013 04:20 PM
Terbayang ceklat Cloud 9.....


dah lupa la cemana rasa ceklat cloud 9...
dah lama tak makan..

keras diluar lembut didalam ker...




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-4-2013 04:23 PM | Show all posts
Lama dahinya mencecah sejadah. Dalam sembah sujudnya, Fahmi menyatakan keinginannya serta penyesalannya dengan penuh pengharapan.

"Ya Allah! Aku bermohon kepada-Mu, selamatkanlah Dona. Sekurang-kurangnya berilah aku kesempatan untuk menatap wajahnya buat kali terakhir. Izinkan aku berada di sampingnya di saat Engkau mahu menjemputnya kembali."

"Ya Allah, Kau berikan dia sebagai peneman tapi aku persiakan. Aku tak ikhlas menerimanya, aku tak bersungguh-sungguh melakukan perubahan. Patutlah Kau mahu mengambilnya kembali. Ampunkan aku Ya Allah! Ampunilah aku!" Lebat air matanya membasahi pipi dan kemudiannya menitik ke atas sejadah.

"Ya Allah, Kau kurniakan dia sebagai jalan penyelesaian tapi aku yang menzalimi diri. Masihkah ada ruang dan peluang buat aku, wahai Allah?"

Esak tangisnya tak dapat lagi dikawal. Kepada Rab Fahmi meluahkan segala rasa kesal. Andai hidup ini ibarat benang, mahu saja dipintalnya kembali benang yang sudah terurai agar waktu yang telah berlalu bisa dia manfaatkan sebaik mungkin. Andai hidup ini ibarat roda, tak akan dibiarkan ia berputar agar kehidupannya sentiasa berada di kedudukan kalau pun bukan yang teratas, tapi tidak yang terkebawah. Namun hidup tak hanya diam. Hidup akan sentiasa berputar dan berputar. "

"Begitulah perasaan aku ini Ya Allah. Sentiasa berlegar-legar, mengganggu nurani. Adakalanya aku kuat, ada ketikanya aku lemah. Naluriku goyah. Aku cuba gagah untuk menerima cinta Dona kerana sesungguhnya aku memang tak pernah membenci namun cinta Eddie masih gagal aku campakkan dari terus menempati ruang hati."

"Ya Allah! Aku insan yang lemah. Hanya kepada-Mu aku memohon kekuatan. Hanya dengan cinta-Mu aku bisa mengembalikan kendiri diri."

**********

habis dahhh...

cik sellie, bertabahlah.... naluri songsang secara fitrah mmg payah diubah. Hanya iman menjadi benteng pertahanan diri. Naluri songsang atas faktor luaran, insya-Allah masih ada pengharapan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 04:35 PM | Show all posts


Ya Allah! Aku insan yang lemah. Hanya kepada-Mu aku memohon kekuatan. Hanya dengan cinta-Mu aku bisa mengembalikan kendiri diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2013 06:55 PM | Show all posts

fahmi!!!! lu yg beria2 nak abdul hadi insaf masih tak move on lagi ke? gua hangin ni



semoga diberikan kekuatan pd Abdul Hadi menghadapi godaan hanya jiha dpt membantunya
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 10:26 PM | Show all posts
[quote]"Ya Allah, Kau kurniakan dia sebagai jalan penyelesaian tapi aku yang menzalimi diri. Masihkah ada ruang dan peluang buat aku, wahai Allah?"[/quote]


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 10:23 AM | Show all posts
awanjingga posted on 22-4-2013 09:18 AM
lepak awal2 pun buat apa , lady belum mai lagi tepek en3..

jom rina pekena teh tarik dulu.:lo ...

Uwaaaaaa kalau la boleh lepak2 pekena teh tarik dgn roti canai sambil tunggu lady mmg heaven la huhuhu malangnya kat sini nak pekena buble tea pun mahai
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 10:25 AM | Show all posts
lowgil posted on 24-4-2013 06:55 PM
fahmi!!!! lu yg beria2 nak abdul hadi insaf masih tak move on lagi ke? gua hangin ni:h ...

Kan...fahmi ni nak kena babab ni...dia plak yg lebih2 dr eddie huhu

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 10:27 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 24-4-2013 04:23 PM
Lama dahinya mencecah sejadah. Dalam sembah sujudnya, Fahmi menyatakan keinginannya serta penyesalan ...

Hari ni tak sekolah...cuti ala ala hari pahlawan...dok tunggu lady ni.....peace!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 10:36 AM | Show all posts
lady tea time dah ni..

blm masuk lagi ..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2013 10:46 AM | Show all posts
Salam all. Sorry I'm late. Ada urusan skit dehh...

@sellie003 ... sedihnya tengok Fahmi. Jgnlah awak2 marahkan Fahmi. perasaan dia sudah cukup tertekan. Sengsara jiwa hanya Allah saja yg tahu. Alhamdulillah imannya masih tak goyang. Dia masih berusaha memenjara nafsu songsang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2013 10:51 AM | Show all posts
BAB 55

Pagi itu Rahul menjemput aku di rumah sewa. Katanya nak bawa aku ke hospital, jumpa Dona. Walau pun kepala aku berat kerana tak cukup tidur, aku begitu teruja sehingga hilang rasa mengantukku.

"Dona macam mana, awak? Dia dah sedar dari koma?" Aku menyoal Rahul sebaik sahaja aku melabuhkan duduk di dalam keretanya.

"Awak, kenapa diam saja ni? Dona dah sedar ke belum?" Soalan yang sama aku ajukan kembali apabila Rahul tidak menjawab pertanyaan aku tadi.

"Errr.... dah. Nanti awak bolehlah jumpa dia."

"Alhamdulillah! Tak sia-sia doa saya malam tadi. Sukanya! Saya tak sabar nak jumpa Dona."

Rahul menoleh sekilas ke arah aku, kemudian dia kembali memandang ke depan, meneruskan pemanduannya. Pagi ini dia tak banyak bercakap. Mungkin dia penat kut.

"Awak, dari semalam saya cuba contact Fahmi. Hairan saya mamat tu. Langsung tak jawab call saya. Mesej pun tak." Aku komplen pasal Fahmi pula kepada Rahul.

"Awak dapat contact dia? Mesti Fahmi risau giler kalau dia tahu Dona koma semalam." Rancak aku berceloteh. Maklumlah hati aku seronok sangat setelah mengetahui Dona sudah sedar dari koma.

"Dah." Pertanyaan aku dijawabnya sepatah.

"Oh, Fahmi dah tahulah ni? Fahmi dah jumpa Dona?" Aku menyoal lagi.

Kali ini Rahul cuma menjawab dengan bahasa tubuh. Anggukan dari kepalanya menandakan Fahmi sudah pun berjumpa dengan Dona. Aku melepaskan hembusan nafas kelegaan. Dalam kepala aku mula merumuskan bahawa hati pakcik Bala sudah kembali sejuk, sebab itu dia membenarkan Fahmi menemui Dona. Maknanya sekejap lagi aku juga dapat berjumpa dengan Dona.

Alhamdulillah! Aku menyatakan kesyukuran. Tak sia-sia doa aku. Aku menggaris senyuman kegembiraan.

*********
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2013 10:58 AM | Show all posts
Sebaik sahaja kami tiba di wad, aku lihat ada beberapa orang sedang mengerumuni katil Dona. Apa yang menghairankan aku ialah rata-ratanya menangis. Seorang aci tua sedang meraung sambil ditenteramkan oleh seorang wanita yang lebih muda sedikit. Aku mengerut dahi. Yang hairannya aku langsung tak nampak makcik Anu mahu pun pakcik Bala.  Wajah Rahul aku pandang dengan kehairanan.

"Saudara-mara awak?" Aku menyoal. Soalan aku dijawab dengan anggukan kepala cuma.

Perlahan-lahan langkah kaki kuatur. Kalau saudara-mara mereka tiada di situ sudah tentunya aku berlari dan menerkam Dona. Tak sabar rasanya mahu memeluk sahabatku itu.

Beberapa orang dari mereka terpandangkan aku. Masing-masing berbisik-bisik. Ada juga yang memberi laluan. Aku menghadiahkan senyuman kepada mereka, namun tidak berbalas. Sebaik sahaja aku menoleh semula ke katil, terpaku langkahku, bundar dua biji mata hitamku.

Sekujur tubuh yang berada di atas katil yang ditutupi selimut dari hujung rambut hingga ke hujung kaki aku renung tanpa kejip. Tubuhku sedikit bergoyang. Kemudian aku terasa ada tangan yang menahan. Aku menoleh... Rahul betul-betul berada di sisiku.

Wajahnya aku renung. Matanya kulihat berkaca. "Siapa tu?” Pertanyaan aku tidak dijawab.

“Saudara awak?” Aku menyoal lagi. Namun dia terus merenung aku tanpa riak. Aku kembali menoleh ke arah sekujur tubuh yang kaku di atas katil.

“Dona mana?” Masih lagi aku menanyakannya. Aku mula hairan melihat sikapnya yang lebih banyak berdiam sejak tadi.

"Jiha..." Bahuku disentuhnya perlahan. Matanya meredup. Tapi mata aku pula yang tak berkesip sebaik sahaja otakku mula mencerna. Tiba-tiba saja aku rasa lantai yang aku pijak tinggi rendah. Lantas aku dongakkan kepala, merenung siling. Lantai siling bagaikan menerpa ke muka. Aku elakkan kepala. Nyaris-nyaris aku tumbang. Lekas-lekas Rahul menyambar belakang aku. Aku pandang wajahnya dalam-dalam. Mataku terkejip-kejip tanpa sebarang suara mahupun juraian air mata.. Fikiran aku kosong!

"Jiha!" Telinga aku mendengar suara Rahul memanggil namaku. Tapi aku rasa sudah di awangan. Terapung-apung, bagaikan sedang berterbangan di angkasa. Ya! Separuh nyawaku bagaikan sudah melayang. Kemudian aku tak sedar apa-apa lagi. Semuanya kelam, langsung tak berbayang...

**********
Last edited by ladyFinger12 on 25-4-2013 11:03 AM

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 10:58 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 25-4-2013 10:46 AM
Salam all. Sorry I'm late. Ada urusan skit dehh...

@sellie003 ... sedihnya tengok Fahmi. Jgnlah a ...

Serius lady,....berjurai airmataku baca part dia mohon pengampunan...tgh2 search gambr yg ada lelaki menangis keinsafan...x sangka ada lak...ku tepek bg mendlmi perasaan sedih fahmi secara bergambar...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 11:06 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 25-4-2013 10:58 AM
Sebaik sahaja kami tiba di wad, aku lihat ada beberapa orang sedang mengerumuni katil Dona. Apa yang ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2013 11:07 AM | Show all posts
"Jiha! Jiha!" Suara Dona menyeru-nyeru. Aku toleh kepadanya. Dia tersenyum saja memandang aku.

Segera aku mendapatkannya. "Wah, cantiknya kau!" Aku memujinya yang kelihatan begitu anggun sekali dalam gaun pengantin yang serba putih.

Sesungguhnya aku bahagia melihat Dona bahagia. Hari ini adalah hari kebahagiaan Dona yang paling dinanti-nantikannya. Hari ini Dona akan menjadi Mrs Fahmi. Tubuh Dona mahu aku peluk ketat-ketat.

"Hampeh kau Dona! Kau lari ya?" Aku marahkan Dona kerana sebaik sahaja aku mahu mendakapnya, tiba-tiba saja dia mengelak dan berlari. Dona tertawa melihat aku marah.

"Aku tahulah selepas ini kau akan dipeluk Fahmi. Tapi sebelum tu bagi lah aku can nak peluk kau." Geram aku dibuatnya.

"Tak payah! Kau nak peluk orang sangat, kau pergi peluk abang aku." Dona mengejek dan kembali berlari.

"Eeee... hampeh kau! Tunggu! Aku dapat kau kejap lagi, tahulah apa aku nak buat. Silap-silap Fahmi marahkan aku sebab pipi kau dah susut nilai." Aku ugut Dona sambil mengejarnya.

"Wuuu... takutnya!" Dona terus mengejek dan berlari meninggalkan aku.

“Dona! Sini kau...” Aku benar-benar marahkannya. Dalam berpakaian pengantin pun dia mahu main-main berlari seperti itu. Pengantin apa namanya ni?

“Wek, wek!” Dona menjelir lidah ke arah aku. Kemudian dia tergelak-gelak dan kembali berlari. Aku kejar Dona sekuat hati. Aku geram sebenarnya sebab dia nak main-mainkan aku.

"Rahul! Tengok Jiha ni... Dia dah gila nak peluk orang. Agaknya dia teringin nak kau peluk dia." Dona masih lagi menyakat aku.

"Eeee!!!! Aku marah ni Dona. Kau cakap macam tu, nanti Rahul dengar."

"Biarlah dia dengar. Alah! mengaku ajelah kau nak dia peluk kau, kan?"

"Ye! Tapi bila dah halal, ok?" Aku mengaku saja supaya Dona menghentikan usikannya."

"Jiha!" Kali ini Dona memberhentikan lariannya. Dia menoleh ke belakang, memandang aku sambil melarik senyum.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.232119 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list