|
RUANG SEMBANG DAN LUBUK KREDIT..MEH CITER PASAL KJER ANDA....~~!
[Copy link]
|
|
Reply 1977# green~tea
wow..wow...wow...... nak g gak incheon |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1980# azradiza
xmasuk tgok mubank kaaa?? xg tgok concert kaa?? neh muslim travel ker main terjah jer nehh?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply azradiza
xmasuk tgok mubank kaaa?? xg tgok concert kaa?? neh muslim travel ker main ...
teky Post at 13-5-2011 09:06
takde pegi mane2 concert pun... jalan2 pusing2 makan angin jer.... pegi pun main redah sendiri.. bajet ciput.... ikut tour, mau melayang 4-5k gak.... aku spend dlm RM3.5k je for 10 days ( air tickets, accomodation, makan2, jalan2, shopping2) ... mmg bajet ciput bebeno... janji bleh jalan2 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply limau
ermm rugi gakk..tiket da bayar...melayang rm3++
teky Post at 13-5-2011 08:56
byk tuu, tak soh org lain cover kan...
tp mmg tak leh kan..sebab nama tak leh tukarr... |
|
|
|
|
|
|
|
pagi semua ~~!!!!
selamat ari jumaatt |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1983# azradiza
wow murah ar tuh..ok ar tuhh..... kalo muslim pakel mau terbang 4-5k |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1983# azradiza
ko gi ngan saperr?? neh rancang ke main redah jee |
|
|
|
|
|
|
|
Reply azradiza
ko gi ngan saperr?? neh rancang ke main redah jee
teky Post at 13-5-2011 09:40
tiket beli since bulan 9 thn lepas...
pastu mmg dah plan la nak pegi mane2.... dah study la mane nak pi, camne nak pi, nak naik subway line mane... mane nak makan, mane nak shopping... punye la gigih kan... tapi ade la few places tak sempat pegi sebab dah pancit.. hahaha .. banyak sangat menapak....
aku pegi dengan geng2 forum gak... hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
takde pegi mane2 concert pun... jalan2 pusing2 makan angin jer.... pegi pun main redah sendiri.. ...
azradiza Post at 13-5-2011 09:29
ko gi sendiri yek, aku ingat ko polow agensi kaa |
|
|
|
|
|
|
|
tiket beli since bulan 9 thn lepas...
pastu mmg dah plan la nak pegi mane2.... dah study ...
azradiza Post at 13-5-2011 09:45
gang2 porum~ kekek..mesti best... |
|
|
|
|
|
|
|
ko gi sendiri yek, aku ingat ko polow agensi kaa
limau Post at 13-5-2011 09:59
tak mampu nak ikut agensi.. kompom mahal.. lagipun nanti ade lagik sesi repeat merepeat... so kene bajet2 laaa... |
|
|
|
|
|
|
|
tak mampu nak ikut agensi.. kompom mahal.. lagipun nanti ade lagik sesi repeat merepeat... so ke ...
azradiza Post at 13-5-2011 10:22
patutlah kwn aku pon suka gi sendiri2 , leh cover baget katernyer...
tp yg leceh dia kata...tang mkn laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
eh... ni bod travel ke? keh keh keh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1965# teky
Jamal letak iklan Nuffnang kat blog. Blog Jamal banyak cerita pasal kerjaya dalam bidang Oil & Gas. Dan jamal kongsikan jugak tips & tutorial untuk blogger yang baru nak start buat Blog.. :-)
Layan jugak berblogging nie, tapi part time je la..hehe
www.jamaluddin.net |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1988# azradiza
ko g ngan geng2 kat telenobela tuh kaa?? ekekek |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1994# jamaluddin
mempromosi blog merupaka perkara yg dilarang untuk dipromosikan... sebab itu seboleh2nya elakan... elok lagi tepek jer mende tuh kat sini.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1996# teky
Tepek benatang ape..aku dah tepek kat bahagian Blog/Blogger dah tips2 tue..cube la tgk..kang aku tepek kat sini dah jadi duplicate pulak..kalo ko x kesah..aku boleh je nak post banyak2 tips kat sini..tapi kang jgn marah ckp aku spam pulak ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by jamaluddin at 13-5-2011 11:37
Aku bagi free je tips ngan tutorial nie..kalo orang lain mesti dah jual jadi E-BOOK dah..
Tutorial ini adalah sambungan dari siri yang lepas dan kali nie Jamal akan terus kongsikan bersama rakan-rakan blogger sekalian mengenai Cara-Cara Untuk Membuat Duit Dengan Blog.
1. Menyertai Agen/Syarikat Pengiklanan
Caranya ialah dengan menyertai agensi pengiklanan seperti advertlets, nuffnang, mangga ads dan innity.
Untuk cara ini, anda tidak perlu menawarkan ruang iklan di blog anda untuk pengiklan. Tetapi, cukup hanya dengan menyertai agensi-agensi pengiklanan ini. Mereka akan bertindak sebagai orang tengah dengan menyediakan iklan-iklan daripada pengiklan untuk anda letakkan di blog anda.
Selalunya iklan ini mempunyai jenis-jenis tertentu. Anda hanya perlu meletakkan satu kod yang disediakan oleh agensi ini di blog anda, tidak kira di bahagian header, sidebar mahupun di bahagian entri, sebenarnya anda telahpun membantu mengiklan lebih daripada satu iklan.
2. Menjual Ruang Iklan
Jika blog anda mempunyai pelawat atau dipanggil unique visitors(UV) yang ramai setiap hari,minggu dan bulan, anda boleh mempertimbangkan untuk menjual ruang iklan di blog anda. Berkemungkinan besar, anda boleh meletakkan harga yang berpatutan terhadap iklan yang akan diletakkan di blog anda ini. Biasanya harga sesebuah ruang iklan itu ditentukan berdasarkan ranking dan google pagerank blog anda.
Tempoh sewaan boleh yang ditawarkan boleh jadi seminggu, sebulan atau setahun, bergantung kepada perjanjian yang dimeterai oleh anda dan pengiklan tersebut. Jamal belum lagi start teknik nie sebab visitors xde la cecah beribu lagi, baru ratus-ratus je sehari, mungkin bila blog nie dah ade UV lebih seribu setiap hari, baru jamal start pakai teknik nie.
3. Program AffiliateAnda juga boleh menjana pendapatan dengan menyertai program-program affiliate yang terdapat di internet. Apa itu affiliate ? Secara mudahnya, affiliate adalah rakan pemasaran di internet. Jika di alam realiti, affiliate ini boleh diibaratkan sebagai pegawai pemasaran ataupun jurujual. Sebelum anda menyertai sesebuah program affiliate, cuba pastikan program affiliate tersebut mempunyai niche dan topik yang sama dengan blog anda.
Sebagai contoh, jika blog anda berkenaan dengan teknik menguasai adobe photoshop, maka anda boleh menyertai program affiliate yang berkaitan dengan gambar, grafik laman web ataupun servis design laman web.Ini kerana, pelawat yang datang ke blog anda kebanyakannya berkeinginan untuk mendalami teknik membuat grafik yang cantik. Jika anda meletakkan iklan daripada program affiliate dalam kategori yang sama, potensi untuk anda mendapat komisyen adalah tinggi.
4. Servis
Melalui blog, anda sebenarnya boleh menjana pendapatan dengan memberikan servis dan perkhidmatan tertentu kepada pelanggan. Antara kelebihan menawarkan servis di blog anda ialah, perniagaan jenis ini tidak memerlukan stok, sebaliknya hanya memerlukan kebolehan anda selaku pihak yang menawarkan servis.
Sebagai contoh, seorang blogger menggunakan blognya untuk menjalankan servis pengesahan akaun paypal menggunakan virtual kredit card(VCC). Ada juga yang menjalankan servis design tema blog sebagai punca pendapatan dari blog mereka. Ada juga yang menawarkan servis setup akaun adsense untuk mereka yang ingin bergiat dalam adsense.
5. Menjual Produk (Kedai Online)
Blog anda mempunyai potensi yang besar sebagai tempat untuk menjual produk anda sendiri. Sekiranya anda mempunyai produk untuk dijual, tidak kira produk digital atau produk fizikal, anda boleh menggunakan blog anda sebagai tempat menjual produk tersebut.
Namun, ada pendapat yang mengatakan blog hanya sesuai untuk menjana trafik ke laman perniagaan anda. Menurut pendapat ini, minisite lebih sesuai dijadikan laman web menjual produk, manakala blog pula bertindak sebagai pembawa trafik ke minisite tersebut.
6. Review / Ulasan
Cara ini ini boleh diaplikasikan oleh anda, jika anda mempunyai kelebihan dalam bidang penulisan atau berminat untuk mengasah bakat anda dalam bidang ini. Dengan memberikan ulasan/review berkenaan dengan sesuatu produk atau perkhidmatan yang dilancarkan, anda mampu menjana pendapatan tambahan di internet.
Teknik ini akan menjadi lebih berkesan sekiranya produk yang anda ulas itu dicari oleh orang ramai yang melayari internet. Sekiranya anda berminat, antara laman-laman web yang menawarkan teknik ke-6 ini ialah payperpost.com, shvoong.com dan reviewme.com.
Ada juga blogger yang membuat pertandingan mengulas blog mereka. Anda dikehendaki menulis tentang blog mereka dan pamerkan entri tersebut di blog anda pula. Jika anda rasa pertandingan tersebut berbaloi untuk disertai, tak salah jika anda mencuba.
7. Teknik Blog Flipping
Jamal rasa mungkin teknik ini nampak macam tak familiar bagi anda bukan? Baiklah, apakah teknik blog flipping ni sebenarnya?
Blog flipping merupakan satu teknik di mana anda membina sebuah blog, menjana trafik ke blog tersebut, make-up blog tersebut cantik-cantik, menaikkan Google Page Rank dan Alexa Rank, dan akhirnya menjual blog tersebut kepada orang lain. Untuk memudahkan cerita, anda adalah broker kepada blog tersebut.
Dengan teknik blog flipping ni, anda tidak menjadikan blog tersebut sebagai blog peribadi, sebaliknya blog tersebut dibina semata-mata untuk dijual kepada blogger lain. Anda akan dapat keuntungan melalui penjualan blog tersebut.
Jika anda ingin sumber untuk membina blog percuma, anda boleh mendapatkannya di blogspot atau wordpress. Namun jika anda ingin meningkatkan nilai blog yang bakal anda jual nanti, jamal sarankan anda membina sebuah blog self hosted.
Jadi, korang semua dah tahu bagaimana cara untuk menjana wang dari blog masing-masing. Diantara cara-cara diatas, Jamal akan fokuskan tutorial dan tip ini untuk menjana wang dari cara pertama. Iaitu dengan cara menyertai agen@syarikat pengiklanan internet. Danjamal akan fokuskan dengan mendaftar bersama syarikat NUFFNANG.
Untuk tips yang seterusnya, Jamal akan membawa pembaca sekalian untuk mengenali dengan lebih dekat lagi syarikat NUFFNANG nie. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Jamal akan menerangkan bagaimana nak mendaftar dengan syarikat ini. Kemudian mengenali bagaimana NUFFNANG berfungsi dan bagaimana cara mereka membayar para blogger. Setelah itu, Jamal akan kongsikan pula tips2 untuk memaksimumkan earnings yang boleh kita kaut dari NUFFNANG ini.
So untuk TUTORIALKE-3 yang
akan datang, Jamal akan sambung dengan topik
KENALI NUFFNANG
Bersambung di - BUAT DUIT DENGAN BLOG (SIRI 3)
www.jamaluddin.net
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1998# jamaluddin
maksud ko, bukak blog jah leh dapat duit kalo org baca...gitu kee |
|
|
|
|
|
|
|
eh... ni bod travel ke? keh keh keh
green~tea Post at 13-5-2011 10:56
wohooo.. ade jugak yg nak sound2 ehh... hahahha..... aku blasah jek wehh.... dah namenye ruang sembang...
kang aku sembang pasal IT, programming, source code, algorithm, flowchart, dataflow, datamining, takde plak org nak layan kan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|