CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] [Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V135'

 Close [Copy link]
Post time 24-2-2022 03:42 PM | Show all posts
UAE serah 500,000 lagi vaksin COVID-19

Oleh Noor Atiqah Sulaiman - Februari 24, 2022 @ 3:19pm[email protected]




- Foto hiasan




PUTRAJAYA: Malaysia menerima kumpulan kedua 500,000 vaksin COVID-19 yang disumbangkan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Penyerahan vaksin itu berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disempurnakan pegawai kedutaan UAE di Kuala Lumpur kepada pegawai dari Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pertahanan.

Kementerian Luar dalam kenyataannya berkata, Malaysia sangat menghargai bantuan COVID-19 UAE kepada Malaysia, terutamanya sumbangan vaksin yang secara langsung membantu usaha Malaysia menangani wabak berkenaan.

"Sumbangan itu juga menandakan pencapaian penting kerjasama Malaysia dan UAE dalam bidang diplomasi kesihatan untuk menangani pandemik COVID-19," katanya.

Terdahulu, Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, mengumumkan Malaysia menerima sumbangan satu juta dos vaksin COVID-19 jenis Sinopharm daripada UAE.

Kumpulan pertama sebanyak 500,000 itu diserahkan pada 25 Januari lalu.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2022 03:43 PM | Show all posts
page 100
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 03:45 PM | Show all posts
Edited by sfhzuraz at 24-2-2022 03:49 PM

Amaran hujan berterusan di Johor, Pantai Timur hingga Sabtu

Muhammad Yusri Muzamir - Februari 24, 2022 @ 3:15pm[email protected]






KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat buruk di beberapa kawasan di Johor dan Pantai Timur Semenanjung, berkuat kuasa hingga Sabtu ini.

Ketua Pengarah METMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata ia susulan luruan monsun berserta satu sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan dengan jangkaan pergerakan memasuki kawasan perairan Pantai timur Semenanjung.

Beliau berkata, hujan lebat berterusan dalam tempoh yang panjang boleh mengakibatkan banjir di kawasan berkedudukan rendah.

Selain itu, katanya, angin kencang dan laut bergelora di perairan Pantai Timur Semenanjung meliputi Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor serta Sarawak, Sabah dan Labuan diramal berterusan hingga Isnin depan.

"Amaran hujan berterusan (buruk) diramal berlaku di Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, Terengganu; Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin, Pahang serta Mersing, Johor.



"Selain itu, amaran hujan berterusan (waspada) berkuat kuasa sehingga Sabtu ini membabitkan Kelantan; Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman, Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang, Terengganu; Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera, Pahang.

"Ia turut membabitkan Selangor; Kuala Lumpur; Putrajaya; Negeri Sembilan; Melaka serta Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.






Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 03:47 PM | Show all posts
matt oo matt  
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 03:47 PM | Show all posts
yeah dah  100
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 03:48 PM | Show all posts
mattzzx replied at 24-2-2022 02:50 PM
nay makan apa tadi?
matt makan nasi lauk ikan keli berlada..

eh nay dah bagitahu kan nay makan apa  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2022 03:48 PM | Show all posts
mattzzx replied at 24-2-2022 02:52 PM
banyak ke nasi lemak yg nay makan sampai rasa kenyang lagi sampai tengahri?
cukup ke makan megi cu ...

setakat ni nay rasa cukup je

kenyang lagi
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 03:49 PM | Show all posts
mattzzx replied at 24-2-2022 02:52 PM
sudah semestinya lah
hepi dan bahagia gitu...

okay lah kalau matt kata cenggitu nay pon ikut berbahagia lah untuk matt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2022 03:50 PM | Show all posts
Rusia tutup ruang udara di sempadan Ukraine, Belarus
| | 24 Februari 2022


Gambar hiasan


MOSCOW - Rusia pada Khamis mengumumkan penutupan ruang udaranya kepada penerbangan awam di sempadan Ukraine dan Belarus.


Satu notis telah dikeluarkan selepas Presiden, Vladimir Putin mengumumkan operasi ketenteraan khas di wilayah Donbas, lapor Agensi Anadolu.


Menurut notis itu: "Penggunaan ruang udara di sempadan Rusia dengan Ukraine dan Belarus ditutup sementara waktu kepada pesawat awam atas faktor keselamatan berikutan penggunaan senjata dan peralatan ketenteraan.”


Kementerian Pertahanan Rusia didakwa menggunakan 'senjata canggih' untuk melumpuhkan sistem pertahanan udara, lapangan terbang tentera, dan angkatan tentera udara di Ukraine.


Menurut laporan itu, Rusia turut didakwa telah melancarkan pencerobohan berskala besar ke atas Ukraine dan menyasarkan kawasan utama di bandar raya. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... dan-Ukraine-Belarus
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 03:50 PM | Show all posts
mattzzx replied at 24-2-2022 02:53 PM
macmana nama Nov selalu orang tersilap tu??

hari ni Nov tak masuk pula..

nov kata dia tak ada mood sebab tak boleh nak tepek gambar hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 03:50 PM | Show all posts
klu tak perang tak boleh ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 03:51 PM | Show all posts
mattzzx replied at 24-2-2022 02:54 PM
mungkin lah
banyak kali tersilap cakap sampai terlupa..

tak apa nay dah tau tu matt memang selalu terlupa
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 03:53 PM | Show all posts
Rusia lancar serangan skala besar di Ukraine
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | | 24 Februari 2022


Kharkiv yang merupakan bandar raya di Ukraine turut diserang tentera Rusia pada awal Khamis. -Foto Social Media e2w


KIEV - Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba mengakui pada awal Khamis bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin sudah melancarkan serangan berskala besar ke atas negaranya.


Beliau membuat pengakuan itu menerusi ciapan di akaun Twitter yang mendakwa perang tersebut sebagai satu pencerobohan.


Bagaimanapun, katanya, bandar raya-bandar raya di Ukraine yang sebelum ini aman sedang diserang dan dunia perlu menghentikan tindakan Putin itu.


Dalam ciapannya, beliau juga menyatakan Ukraine akan memenangi perang tersebut sekali gus mempertahankan negara berkenaan daripada serangan Rusia.


Sementara itu, menerusi maklumat-maklumat di Twitter yang masih belum disahkan lagi, askar-askar Rusia mendarat di pelabuhan Odessa, Ukraine dengan menggunakan helikopter dan pesawat pada waktu pagi.


Dalam pada itu, terdapat laporan yang tidak disahkan bahawa tentera Rusia telah memusnahkan Tentera Laut Ukraine dan mengawal Lapangan Terbang Boryspil di Kiev.


Sementara itu, Penasihat Menteri Dalam Negeri, Anton Gerashchenko menyatakan peluru-peluru berpandu Rusia menyerang Kiev.


Beliau mendedahkan dalam akaun Facebooknya bahawa ibu pejabat ketenteraan diserang di Kiev dan Kharkiv.


Menurutnya, tembakan artileri juga kedengaran di sempadan negara itu. - Agensi




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... la-besar-di-Ukraine
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 04:00 PM | Show all posts
Untung Maybank melonjak kepada RM8.1 bilion

Oleh Alzahrin Alias - Februari 24, 2022 @ 3:55pm[email protected]




Malayan Banking Bhd (Maybank) - Foto Bloomberg



KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) merekodkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 24.9 peratus kepada RM8.1 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 berbanding RM6.48 bilion pada tempoh sama tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Farid Alias, berkata prestasi positif kumpulan itu disumbangkan oleh prospek ekonomi serantau yang bertambah baik.

Beliau berkata, situasi ekonomi serantau itu menyokong pertumbuhan pendapatan operasi bersih dan mengurangkan kerugian rosot nilai sebanyak 36.6 peratus hasil daripada peruntukan awal kumpulan untuk pinjaman dan pelaburan kewangan yang berpotensi buruk, yang dilaksanakan sejak bermulanya pandemik pada 2020.

Katanya, Maybank yang juga bank keempat terbesar di Asia Tenggara berdasarkan aset itu turut merekodkan pendapatan yang lebih tinggi bagi tempoh dikaji dengan keuntungan sebelum cukai (PBT) meningkat 25.8 peratus tahun ke tahun kepada RM10.89 bilion.

Pendapatan operasi bersih kumpulan juga, katanya, meningkat 2.8 peratus kepada RM25.45 bilion, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 3.1 peratus pada 2021.

"Keupayaan kumpulan untuk menyampaikan keputusan yang lebih baik pada 2021 disokong oleh keputusan stategik berhemat dari segi pengurusan kredit dan risiko semenjak bermulanya pandemik," katanya ketika mengumumkan prestasi kewangan Maybank secara maya, hari ini.

Abdul Farid berkata, kumpulan juga komited memberikan pertumbuhan bertanggunjawab dan mengekalkan pulangan pemegang saham yang baik.

"Kekuatan dan daya tahan kewangan kami adalah hasil daripada tumpuan dalam membina kecairan, modal, serta amalan kredit dan pengurusan risiko yang kukuh di seluruh kumpulan selama ini.

"Ini membantu kami mengatasi pandemik dan memberi keupayaan untuk menyokong pelanggan kami yang memerlukan," katanya

Abdul Farid berkata, walaupun terdapat risiko COVID-19 yang berlarutan ketika ini, Maybank kekal optimis berdasarkan peratusan tinggi rakyat yang sudah mendapat vaksin lengkap.

Beliau berkata, kumpulan juga sedang belajar untuk hidup dengan kewujudan mutasi virus itu.

Katanya, berdasarkan perkara itu, Maybank akan kekal teguh dalam mengejar cita-cita M25 untuk membolehkan penciptaan nilai yang bermakna dan berkekalan.

"Di bawah pelan M25 pada 2021, Maybank berjaya meluaskan rangkuman kewangan dan kebolehcapaian bagi pelanggannya dengan membolehkan pemindahan rentas sempadan masa nyata antara Malaysia dan Singapura serta dengan Kemboja.

"Pelan ini juga memudahkan perbankan perniagaan harian untuk pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan pelancaran Maybank2u Biz," katanya.

Beliau menambah, dalam meraih peluang pertumbuhan baharu dalam bidang digital, kemampanan, PKS dan segmen kekayaan, Maybank juga mencatat penembusan pinjaman PKS yang lebih besar di seluruh rantau.

"Kumpulan juga melancarkan penyelesaian pengurusan kekayaan islam baharu dan dana baharu bertemakan ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Urus Tadbir) pada 2021," katanya.

Mengulas mengenai prestasi kewangan Maybank di pasaran utama, Abdul Farid berkata, Maybank Indonesia turut merekodkan peningkatan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti sebanyak 29.9 peratus kepada 1.64 trilion rupiah (RM479 juta).

Beliau berkata, lonjakan itu disebabkan oleh peruntukan yang lebih rendah, penurunan kos dana dan kos overhed serta prestasi yang lebih baik daripada unit perbankan shariah.

Maybank Singapura, katanya, turut merekodkan peningkatan kukuh sebanyak 77.2 peratus keuntungan sebelum cukai kepada S$324.92 juta (RM1.01 bilion).





Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 04:01 PM | Show all posts
org m rupanya big boss bank rimau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2022 04:10 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 24-2-2022 03:40 PM
zura makan megi tomyam je td matt

makan megi jarang2 sekali ok juga kan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2022 04:13 PM | Show all posts

matt dah pun bertukang rumah baru
yahooooo...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2022 04:14 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 24-2-2022 03:50 PM
nov kata dia tak ada mood sebab tak boleh nak tepek gambar hari ni

nape plak Nov tak boleh tepek gambar hari ni??

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 04:15 PM | Show all posts
mattzzx replied at 24-2-2022 04:10 PM
makan megi jarang2 sekali ok juga kan...

sejuk2 ni matt. dpt sup yg panas mmg best giler.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 04:16 PM | Show all posts
mattzzx replied at 24-2-2022 04:13 PM
matt dah pun bertukang rumah baru
yahooooo...

dah nmpk dah. terima kasih matt.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.096306 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list