|
Author |
Post time 10-1-2016 07:09 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
4. Short story: PENAMPAKAN DI LEBUHRAYA
Untuk story kali ni, as usual, aku takkan mention highway mana untuk mengelakkan spekulasi negatif mengenai kawasan tersebut. Cukuplah sekadar aku kenalkan tempat ni sebagai jalan menuju ke tempat aku study di pantai dalam cerita rumah sewa sebelum ni. Highway menuju ke pantai ni, kalau dari U aku, ada la dalam 30-40 min. Tapi kalau dari rumah sewa kami, cuma 20 min adalah kot. Tempat ni memang famous. Ada steambot bakar di sepanjang pantai. Meriah kat situ kalau malam minggu. Kalau dekat area pantai tu banyak mat mot (mat motor) dan juga mat rempit. Kalau atas highway pulak,mat-mat kereta pulak conquer. Masing-masing nak tunjuk kehebatan dan skill masing-masing. Tak kurang juga dengan orang-orang yang merendek (dating/asmaradana) kat pantai tu. Tapi selalunya, aku ada spot 1 tempat yang boleh aku study. Tu kira port aku la sebab most of the time memang aku je conquer tempat tu untuk study. Bawah tiang lampu, dan dekat dengan orang jual steambot bakar tu. Dat's why aku selalu gerak study ke sana,lepas tengah malam. Sebab kalau awal,kawasan tu crowded. Dengan bising bunyi motor. Kalau pukul 12 ke atas baru orang kurang sikit. Ala kawasan kampung kan. Kul 12 tu dah kira lewat sangat.
Nak dijadikan cerita, ada 1 hari tu, aku zati eja n emy (staff U) jalan-jalan 1 hari. Merayau la cari hiburan. Biase la kalau time-time cuti,kitaorang mesti nak release tension. Siang tu g tengok wayang, karaoke, window-window shopping dekat Bandar 'A'. Itu je la pun boleh buat. Then bila malam, si emy ni ajak makan steambot kat tepi pantai tu. Waktu kami sampai pun dah hampir tengah malam. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-1-2016 08:40 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by schha at 10-1-2016 09:30 PM
Aku admit, sejak berkawan dengan zati dan yang lain-lain ni aku agak liar sikit. Takde la liar mana pun cuma banyak melepak buang masa, ke sana ke sini. Banyak main la orang kata. Tapi jangan risau, aku masih lagi ingat janji aku dengan abah untuk jaga diri dan jaga maruah aku sebagai anak perempuan. Dan aku sentiasa menjaga batas aku eventho aku ni berkawan dengan semua orang. Biase laaa..jiwa muda waktu tu. Mudah terikut-ikut kawan.
So sampai je di pantai tersebut kami melepak sambil makan steambot then melarat main kad (kad terup tapi hanya main suka-suka tak pakai duit pun). Kalau dah lepak ramai-ramai tu, seronok kemain la. Buat lawak bagai. Si emy tu pulak memang jenis pak lawak. Berdekah-dekah kami gelak. Di tambah lagi dengan angin pantai,syok tak hengat. Sedar tak sedar, kedai steambot tu nak tutup dah. Dah siap kemas bagai. Baru kami perasan, jam masa tu nak dekat pukul 4 pagi. Masa tu la pulak baru rasa mengantok kan. Tadi masa main kad, takde la pulak nak mengantok. Gedik betol mata ni.
Emy kata, takpe la..kita drive slow-slow. Naik 1 kereta je. Kereta emy. Waktu nak balik ni,kat kerusi belakang cuma aku dengan eja. Emy drive, zati as co-driver. Aku ni pantang kena aircond. Cepat naw 'tewas'. Baru nak masuk mimpi, tetiba aku terasa kereta berhenti. Aku celik mata. Emy dah berhenti di bahu jalan. Dia dah terlampau mamai. Bawak kereta melelong dah, bebel si zati. Jadinya, stereng bertukar tangan ke eja. Dia je boleh diharapkan waktu ni. Zati dengan aku pulak masih di kedudukan sama. Zati rabun malam,so dia memang mengelak untuk drive waktu malam. Aku yang dah 'tewas' tak dibenarkan untuk drive. Takut 'tak sampai' pulak nanti. Emy pun camtu. Yela dia da jadi driver 1 hari, limit dah sampai la tu. Waktu drive tu, eja dengan zati layan lagu. Nyanyi-nyanyi sekali. Aku agak, nak elak rasa mengantok la tu. Emy aku tengok dah melentok kepala ke tingkap sana. Aku pulak,bila dah terjaga susah nak tidur balik. Tapi masih mamai. Dalam pada mamai tu,aku masih perhatikan eja. Takut dia pun 'tewas'. Waktu aku celik mata ke eja, aku nampak ada 'sesuatu' terbang di atas kereta. Di bahagian pemandu. Tapi aku nampak kain putih je. Tak semena-mena, eja bersuara.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-1-2016 08:52 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Eja: korangggggggg..nampak tak?!!!! Ya Allahhhhhhh!!
Aku: Nampak ja. Kau fokus je drive ja. Jangan benti. Istighfar istighfar.
Zati: Ya Allah shaaaaaaaa..aku takut sha! (Zati tak memandang ke hadapan kereta dan cuma pandang aku di belakang)
Waktu terkejut dengan keadaan tu, aku spontan tercengkam jeans emy. Emy terjaga dan aku terus cakap ke emy ada 'benda' terbang. Mungkin sebagai anak jati tempat tu,dia dah biasa dengan keadaan di situ. Yang aku pulak, gatal menoleh di belakang kereta. Gelap. Lampu jalan pun memang takde di highway tu. Tengah aku tengok keadaan di belakang kereta, si emy tolak kepala aku. Mana tau 'benda' tu ada di belakang kereta ke kan. Aku cuma nak pastikan je. Tapi si emy tak bagi aku tengok. Sebagai seorang yang degil, aku cuba tengok lagi. Emy spontan cakap ke aku.. 'Sha,aku habaq jangan p tengok kalau hang tu tak kuat semangat! Awat hang ni ketegaq?! Apa-apa hal nanti aku yang susah hang tau dak?!'. Aku terus terdiam. Begitu juga zati dan eja. Kami terus segar. Dalam pada tu,kami pastikan si eja dalam keadaan fokus dengan pemanduan dia. Tak berani kami untuk berhenti di tepi jalan waktu ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-1-2016 09:22 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by schha at 10-1-2016 09:34 PM
Dalam kereta sunyi sepi. Radio pun tutup. Dalam kereta waktu tu pulak takde cd ayat Quran. Cuma ada surah Yassin yang emy letakkan dalam dashboard. Tengah masing-masing 'melayang' memikirkan apa yang jadi tadi, tetiba aku nampak sesusuk tubuh 'berjalan' di bahu highway. Di kiri kanan jalan cuma ada sawah padi. Benda tu 'jalan' menentang arus. Berjubah putih. Aku agak mungkin orang kampung yang keluar nak ke masjid. Yela, dah hampir subuh pulak waktu tu. Elok kereta dah nak sampai ke 'orang' tu, aku ternampak mata 'orang' tu bersinar-sinar bila kena cahaya lampu kereta. Macam mata kucing. Mesti korang pernah tengok mata kucing dalam waktu gelap kan. Haaa macam tu la rupa mata 'orang' tu! Lepas aku ternampak tu..aku terus toleh ke emy dan buntang kan mata ke dia. Emy cakap ke aku, 'Hang jangan cakap apa-apa sha..Aku nampak'. Dan aku juga pasti zati dan eja juga nampak 'kelibat' tu.
Alhamdulillah. Kami selamat sampai juga di kawasan perkarangan perumahan kami. Tapi emy suggest pergi sarapan dulu di kedai berhampiran. Katanya, supaya 'benda' tu tak ikot sehingga ke rumah. Waktu di kedai makan tu, masing-masing bercerita tentang kejadian tadi. Yang paling jelas nampak adalah eja. Kalau aku di belakang hanya nampak kain je si eja pulak, nampak sesusuk tubuh 'benda' yang terbang tu. Cuma tak nampak muka 'benda' tu je. Nauzubillah. Taknak tengok pun,kata si eja. Kesian eja, sampai terbawak-bawak ke mimpi dia tidur pagi tu. Terbayang-bayang katanya.
Tapi pada aku, biasa lah..dah nama kawasan kampung. Unexpected things always happen. Patut pun orang kampung tak keluar lewat malam membawa ke pagi. Kami ni je,perangai orang bandar tu terbawa-bawa sampai ke tempat orang. Pengajaran bagi aku.
TAMAT. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-1-2016 09:35 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
kukukatablog replied at 10-1-2016 08:28 PM
x sabar tunggu sambungan
Dah update cerita ke4. Tq dear for reading. |
|
|
|
|
|
|
|
thank you
|
|
|
|
|
|
|
|
hehe ok dear. takpe i tetap bace cite tt
|
|
|
|
|
|
|
|
xtanye ke bf ko ade kol ko ke td?
salu kite akan tye blik ad kol ke...huhu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-1-2016 03:33 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
wanzackraizzo replied at 11-1-2016 03:15 PM
xtanye ke bf ko ade kol ko ke td?
salu kite akan tye blik ad kol ke...huhu...
Actually takde orang pun yang call sebenarnya..alih-alih je hp ada bunyi ringtone,tgk skrin display mp3..forumer andaman dah tolong clear kan maksud saya. |
|
|
|
|
|
|
|
..... |
|
|
|
|
|
|
|
Seramm!!!! Terasa keseraman cerita ini. Part highway ni seram. Sebab selalu balik kg pagi buta ke pantai timur. Kadang2 sorg2. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-1-2016 05:29 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Intanmahsuri replied at 11-1-2016 05:12 PM
Seramm!!!! Terasa keseraman cerita ini. Part highway ni seram. Sebab selalu balik kg pagi buta ke pa ...
Hati-hati kalau balik tu ye dear. Sebab kita taktau apa yang akan jadi. Kalau boleh,standby la atleast 1 cd ayat Quran dalam kereta.
Tapi saya ada 1 story juga berkenaan dengan jalan raya ni. Untuk next story ye.
Tq for reading dear.. |
|
|
|
|
|
|
|
Insya Allah..thanks for the advice.
Thread ni officially my favourite. Keep it coming!
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum aku nak mulakan next story..aku nak tanya pendapat korang ni..
aku dah list kan semua cerita-cerita angker melalui pengalaman sendiri dan juga orang sekeliling aku. Untuk keempat-empat cerita yang dah aku ceritakan sebelum ni, basically dari pengalaman diri sendiri.
So aku nak tau la, korang nak dengar pengalaman aku dulu @ aku boleh selitkan pengalaman orang-orang disekeliling aku?atau korang tak kisah pun mana-mana cerita asalkan korang boleh dengar kisah-kisah mistik tersebut?
|
|
|
|
|
|
|
|
letak lah cerita apa baik pun, asalkan cerita nya mistik.....tak kisah cerita dari siapa pun...
dari.aku yg SR memanjang je kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahahahha ok tq for feedback..
Sebab basically aku dah asingkan story-story ikot folder. Cth macam highway 1 folder, hotel 1 folder, office 1 folder macam tu la seterusnya.
Yela mana tau kot-kot readers nak aku cerita pengalaman aku sahaja kan.. Taknak stories dari pengalaman orang lain. Tu yang tanya tu..
Will update story soon. Tq awak
|
|
|
|
|
|
|
|
We want more!! |
|
|
|
|
|
|
|
Ok dear..arini saya update ok. Happy reading..
|
|
|
|
|
|
|
|
Cerita schaa menceriakan duniaku mcm tagline astro ceria pulak!! Hahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|