CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Luckman

Pandangan Melalui Mata Hati

[Copy link]
 Author| Post time 23-12-2012 08:40 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 23-12-2012 03:40 AM
Jika 'nafs' (yg Arab) itu Jiwa
dgn 'diri' sbg ganti namanya
Maka, di dalam mimpi tu kita memanda ...

Assalam Dzul. Bila aku tengok terjemahan ayat Al Kafi nie, baru teringat dulu (beberapa tahun lepas), ada seorang ustad cakap dengan aku katanya ayat untuk diri aku ialah ayat Al Kafi nie.....ayat nie bukan menceritakan pasal 7 orang dan sekor anjing tu ker?.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2012 01:53 AM | Show all posts
Luckman posted on 23-12-2012 08:40 AM
Assalam Dzul. Bila aku tengok terjemahan ayat Al Kafi nie, baru teringat dulu (beberapa tahun lepa ...

Al-Kahfi (cave/gua) tu ler...
pemuda² yg tidur di dlmnya tu
yg tiada yg tahu bilangan sbenar pemudanya
hanya yg sekor tu je penunggunya.

Mmg susah le nk jumpe yg seumpamanya hari ni
atau boleh kata tiada lg kot?
- akan dtg hanya Allah Maha Mengetahui...

p/s: Moga kisah pemuda² ni dpt jd tauladan utk kita semua (yg muda² gtu...)

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2012 08:48 PM | Show all posts
JIWA!!!
NURR...... memang menenangkan
NARR...... perlu ditenangkan
jasad .......bergolak dalam ketenangan

maka
DAMAILAH KEMBALIMU.................
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2012 02:19 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 23-12-2012 03:40 AM
Jika 'nafs' (yg Arab) itu Jiwa
dgn 'diri' sbg ganti namanya
Maka, di dalam mimpi tu kita memanda ...

kembali kepada peristilahan arab inggeris dan melayu
jiwa=insan sebenar=ruh....

iaitu suara di hati dan melihat di hati ...
mata hati

yang akan kembali merujuk kepada Allah...

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2012 02:40 AM | Show all posts
dinsmann posted on 25-12-2012 02:19 AM
kembali kepada peristilahan arab inggeris dan melayu
jiwa=insan sebenar=ruh....

Ya gtu...tp edit sket bole?

Jiwa - insan - sedikit perihal Roh
Allah, Al-Khabir, Al-'Alim

Juga, yg sentiasa merujuk setiap kali kembali kpdNya
- pengabdian si pengabdi

p/s: Dajjal bermata satu dan Rabb kamu tidak bermata satu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2012 02:02 PM | Show all posts
nice...
kefahaman aku masih blurry..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2012 06:09 PM | Show all posts
heran aku

bila sebut MUTMAINNAH
DEPA KATA jiwa yg tenang

bial sebut LAWAMMAH dan AMMARAH
baru depa sebut NAFS(NAFSU)

Al-Fajr [27] Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!

Al-Qiyamat [2] Dan Aku bersumpah dengan “ Lawwaamah

Yusuf [53] Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya ammarah manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku.

roh ada nafsu ke
atau leh dipengaruhi nafsu???
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 06:33 AM | Show all posts
orangbesi posted on 25-12-2012 06:09 PM
heran aku

bila sebut MUTMAINNAH

Persoalan yg lbh utama tu
nk kaji/nilai ROH ke NAFSU?
Bila ROH tu urusan Allah
sdgkn NAFSU tu urusan diri masing² kn...?
- khalifah diri sendiri

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2012 12:03 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 26-12-2012 06:33 AM
Persoalan yg lbh utama tu
nk kaji/nilai ROH ke NAFSU?
Bila ROH tu urusan Allah

ye le
cuma kasi jelaskan yg sepatutnya
cam
MUTMAINNAH - nafsu yg tenang
LAWAMMAH - nafsu yg dalam penyesalan
AMMARAH - nafsu pada kejahatan

ahaaaa-baru senang sikittttttt
  ni pi kata jiwa
  silap haribulan, depa kata  jiwa=ROH pulak
dan
kena sambungkan AYAT ROH tuu
.................KECUALAI PENGETAHUAN YANG SEDIKIT

takkan tak leh kot bicara yg sedikit ni
tak lebih-lebih punnn laaaaaaaaaaaaaa



Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 04:09 PM | Show all posts
dinsmann posted on 21-12-2012 01:44 AM
dalam mimpi kita memandang tanpa mata
mendengar tanpa telinga dan berkata-kata
tanpa mulut...

salam
dalam mimpi kita memandang tanpa mata
mendengar tanpa telinga dan berkata-kata
tanpa mulut...
yg memandang tanpa mata tu ke mata hati??

need help here...
bukan mata hati ..
kedudukan nya  ' d'antara persimpangan '
tapi tetap maseh d'alam nafas ..

wassalam

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 05:00 PM | Show all posts
hmm nice ..
di antara dua persimpangan ?
di jalan yang lurus?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 12:35 PM | Show all posts
orangbesi posted on 26-12-2012 12:03 PM
ye le
cuma kasi jelaskan yg sepatutnya
cam

Betul le tu.

Nk menjelaskan
ROH tu urusan Allah kecuali ilmu JIWA (NAFS)
bole x?

Krn Jiwa (Nafs) bkn Roh
ejaannya pn dh jelas beza
cuma dlm English je yg sebahagiannya nk disamakn, knp ek?
- yg bertanya perihal Roh tu pn bani Isra'il (17:85)
Tanya jgk si majusi, hindu dan buddha cmne...

Cer tgk dlm maknanya tu:
Although the terms soul and spirit are sometimes used interchangeably,
soul may denote a more worldly and less transcendent aspect of a person.
According to psychologist, soul has an affinity for negative thoughts and images,
whereas spirit seeks to rise above the entanglements of life and death.
The words soul and psyche can also be treated synonymously,
although psyche has more physical connotations,
whereas soul is connected more closely to spirituality and religion.

Menjelaskan lg definisi Jiwa (soul) dan Roh (spirit)
yg seawal ia diTiup hingga kembali kpdNya
juga perjalanan hayat di antara keduanya
sbg Jiwa yg mendekati/jauhi Roh...

Jiwa disamakan dgn Roh
- bila tiada hijab ketika berakal
- bila ada/tiada hijab sblm berakal
- bila tiada akal

Tingkat² ilmu penentu diri nya le...

p/s: Masing² tersangkut hanya dek hijab bahasanya?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2012 12:00 PM | Show all posts
boleh pandang2,jgn pegang2..,
duduk renggang2..,bertambah sayang..,
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2012 06:51 PM | Show all posts
dinsmann posted on 26-12-2012 05:00 PM
hmm nice ..
di antara dua persimpangan ?
di jalan yang lurus?

salam

Hati manusia .. Hati sanobari
Hati mukmin .. Mata Hati .. Hati Latif ..
berbeza antara langit dan bumi ..

Nabi s.a.w. bersabda;
‘‘Aku menyediakan untuk hamba-hambaKu yang soleh,
apa yang belum kelihatan oleh mata dan didengar oleh telinga dan
juga tidak timbul dalam hati manusia untuk menghayatinya.’’
Riwayat Bukhari

wassalam

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2012 04:26 AM | Show all posts
"Kerana di syurga itu segalanya hidup, bahkan datarannya
Daku ciptakan dengan debu permata yang sentiasa bersinar,
namun ia tidak jua mendatangkan kemudaratan,
malahan ia hidup dan mampu menghidupkan pohon-pohon."


(dari myseposen with no sanad)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2012 12:02 PM | Show all posts
dinsmann posted on 29-12-2012 04:26 AM
"Kerana di syurga itu segalanya hidup, bahkan datarannya
Daku ciptakan dengan debu permata yang sen ...

Terima Kasih.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2012 06:28 PM | Show all posts
em...

ketika di dunia ini, jasad adalah luarannya dan roh adalah dalamannya
tetapi di alam barzah....keadaan itu diterbalikkan....maka apabila orang2 kafir dan yg tidak mendapat rahmat dari Allah, mnerima balasan siksa....sekiranya jasad sahaja, sudah tentu hancur...ttetapi roh yg telah melepasi kerongkongan mencapai tingkat kesempurnaan hakiki maka diperkuatkan akan jasad yg didalam, sesuai dgn pembalasan masing2 oleh Malaikat2 yg ditugaskan...

bagi yg beramal baik, aman mereka sampai hari berbangkit
bagi yg beramal jahat dan celaka, tidak kesudahan azab siksa sehingga datang hari pengadilan....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2012 10:25 PM | Show all posts
nak share cerita ni

Setelah bertahun-tahun duduk di dalam penjara, akhirnya Imam Hambali dibebaskan ketika usianya sudah tua. Beliau di penjara semenjak zaman Khalifah Al-Makmum sampai pada masa Khalifah Al-Mu'tashim dan di teruskan pula pada masa Khalifah Al-Wathiq kerana mempertahankan pendiriannya bahawa Al-Quran itu bukan makhluk.

Hanya pada masa pemerintahan Khalifah Al-Mutawakkil, kerajaan dengan rasminya menyokong kebenaran yang dipertahankan oleh Imam Hambali. Dengan demikian Imam Hambali dibebaskan dari penjara dengan penuh penghormatan.

Sebaik saja dibebaskan dari hukuman penjara, beliau berasa dirinya dihadapkan pada ujian dan cubaan yang kedua. Hal ini bermula apabila beliau dibawa ke istana untuk diberi penghormatan sempena pembebasnya. Khalifah sangat suka dan hormat kepada Imam. Khalifah memberinya hadiah sebuah baju yang sangat bagus dan dipakaikannya sekali oleh baginda. Maka mulalah beliau berasa bahawa HADIAH dan PENGHORMATAN pada dirinya itu sebagai CUBAAN dan FITNAH SECARA HALUS.

Kata beliau quot; Saya telah selamat dari bahaya mereka selama ini, tetapi apabila ajal saya sudah hampir datang seperti sekarang ini, saya diuji oleh mereka dengan harta benda dan dunia mereka."

Setelah sambutan di istana selesai, beliau diizinkan balik ke rumah. Beliaupun melangkah, dan sebaik saja tiba di luar istana pakaian bagus yang dihadiahkan oleh Khalifah itu serta merta ditanggalkannya. Beliaupun balik dengan memakai pakaian buruk yang dipakai selama di dalam penjara.

Ketibaan Imam Hambali di rumahnya telah disambut oleh anak- anak, saudara mara dan murid-muridnya. Mereka merasa gembira bercampur sedih melihat Imam itu datang dalam keadaan kurus dan seluruh badannya dengan kesan luka-luka, lebam, kelar dan kesan bakar dari api. Maklumlah selama dalam penjara beliau sentiasa diseksa oleh orang yang bertugas.

Beberapa hari kemudian, cubaan besar telah datang lagi pada diri Imam Hambali, iaitu Khalifah telah datang dengan membawa hadiah berupa wang sebanyak 10,000 dinar. Baginda Khalifah berpesan bahawa wang itu sebagai bantuan bagi beliau dan semua keluarganya yang selama ini menderita kerana kesilapan khalifah-khalifah yang sebelumnya.

Apakah wang sebanyak itu membuat beliau gembira dan senang lenang? Tidak, sekali-kali tidak. Sebaliknya beliau gelisah dan risau dengan wang itu dan maengganggapnya sebagai fitnah dan cubaan yang tidak kurang hebatnya dengan penderitaan didalam penjara. Akibat wang yang banyak itu, Imam Hambali tidak dapat tidur pada malam hari. Pada pagi harinya, Imam Hambali memanggil anaknya, sambil menangis beliau berkata: "Saya tidak dapat tidur pada malam hari. Saya telah selamat dari dari ujian yang diperbuat oleh mereka, tetapi sekarang dalam umur yang sudah tua sebegini saya diuji pula dengan harta dunia mereka."

Maka dengan tidak menunggu sampai dua hari, Imam Hambali telah mengeluarkan semua wang yang dihadiahkan oleh Khalifah kepada beliau. Semua wang yang diagih-agihkannya kepada para keturunan sahabat Mujahirin dan Ansar dan baki yang masih ada disedekahkan kepada orang yang berhajat. Habislah wang 10,000 dirham itu dalam masa yang singkat.

Beliau sendiri tidak menggunakannya.Perhatian Khalifah Al-Mutawakil terhadap Imam Hambali bukan hanya sekadar menghadiahkan wang 10,000 dirham itu sahaja, tapi masih banyak yang lain lagi. Setaip hari petugas dari istana datang kerumah Imam untuk memeriksa kesihatan beliau. Jika didapati beliau menderita sesuatu penyakit, Khalifah akan menghantar doktor peribadinya untuk mengubat beliau.

Selain itu setiap hari pula Khalifah menghantar berbagai-bagai hadiah untuk memenuhi keperluan Imam. Tetapi sebaik sahaja hadiah-hadiah itu diterima, beliau terus sedekahkannya kepada fakir miskin dan orang yang berhajat. Diceritakan bahawa Khalifah Al-Mutawakil sangat ingin berjumpa dengan Imam. Namun Imam sentiasa menolak keinginan Khalifah dengan cara yang baik-baik. Dikemukannya berbagai alasan yang munasabah kepada Khalifah agar baginda tidak menemuinya.

Mengapa Imam Hambali sentiasa menolak apabila ingin ditemui Khalifah? Ya, kerana Imam Hambali dengan kekuatan kashsyafnya dapat mengagak bahawa Khalifah ingin memberinya pangkat dan kedudukan tinggi disamping baginda. Dengan demikian beliau berasa bahawa Khalifah akan mengajaknya untuk mengharungi kemewahan hidup di dunia yang tinggal sejengkal ini.

Sehubungan dengan perasaan itu, beliau berkata quot; Ini tidak lain hanyalah fitnah dunia, dan penderitaan pada masa lalu itu adalah fitnah bagi agama."
Imam

Hambali pernah berkata: "Tidak ada bahaya bagi iman melainkan cinta keduniaan, dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik pada perhiasan dunia. Makan apabila iman telah rosak dan hati telah hancur, apa lagi yang dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?."
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 05:12 PM | Show all posts
cerita lalu kisah Imam Hambali memang ada rasa kesan sebagai peringatan dari lamunan lama....
sekurangnya hari ini aku sudah teringat akan kisah kisah orang2 soleh yg dahulu...

berbeza sunguh zaman skang, org berlumba lumba meligan dunia dan segala isinya...
org berebut rebut nak rapat dgn org2 kenamaan dan berpangkat....
bahaya bagi hati dan iman.....saban hari saban meningkat godaan dan pujuk rayu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2013 07:30 AM | Show all posts
skiz0 posted on 31-12-2012 05:12 PM
cerita lalu kisah Imam Hambali memang ada rasa kesan sebagai peringatan dari lamunan lama....
sekur ...

ini lah dikatakan cabaran kehidupan....Bukan mudah nak mengejar akhirat, walaupun di mulut berkata mampu, namum hati tidak selari...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.106172 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list