Aliff masih lagi berteleku merenung padang permainan meski pun kini matahari tegak dikepala... jam sudah menginjak ke pukul 3 petang... semenjak Shazrina pergi meninggalkannya beberapa minit yang lalu, seluruh daya dan tenaga seolah-olah disedut pergi.. namun, khayalannya sedikit terganggu dengan sentuhan seseorang pada bahunya. Aliff memusingkan wajah.. mahu melihat siapa yang menegurnya.
“Farah....” Aliff menyeru nama gadis itu lembut... sangkanya Farah sudah pulang bersama-sama Shazrina sebentar tadi. Wajah Farah yang sentiasa tersenyum direnungnya.
“boleh saya duduk kat sini...” minta Farah sopan. Meminta keizinan dari Aliff untuk duduk disebelah jejaka itu... bangku yang mengadap taman permainan itu disapu lembut.. membuang segala habuk dan debu yang melekat.
“bukan kerusi saya... duduk je la..” Jawab Aliff pendek namun ada sedikit dingin dalam kata-katanya. Dia sebolehnya mahu bersendiri tanpa gangguan.. Farah duduk setelah diberi kebenaran.
“Aliff kalau saya cakap satu benda boleh...” minta Farah lagi... Aliff memandang kearah Farah yang sedang merenungnya. Tergelak kecil meski pun ketawa itu kedengaran sumbang. Kurang keikhlasannya.
“awak ni kenapa dari tadi mintak kebenaran dari saya? kitakan kawan... tak perlu nak minta izin sangat...” Farah tersengih mendengar balasan dari Aliff.
“haa...ni baru Aliff yang saya kenal... tak main la monyok-monyok macam tu...” usik Farah. Cuba menceriakan suasana dan hati Aliff.. untung-untung boleh membuatkan hati Aliff terpikat padanya. bukankah itu rancangan asalnya.
“hmm apa yang awak nak cakap?” soal Aliff... berbalik kepada tujuan utama si cantik manis ini menemuinya. Farah diam seketika... menarik nafas perlahan dan menghembusnya satu persatu...
“sebenarnya perkara ni berat sikit nak cakap... tapi saya tak ada niat lain..oleh kerana saya sayangkan awak... saya sayangkan Shaz... jadi saya nak yang terbaik untuk awak berdua.” Farah memulakan bicara... dia tidak mahu Aliff mencurigainya sekiranya dia terlalu terburu-buru. Aliff mengerutkan dahi tanda tidak mengerti percakapan Farah namun permulaan gadis itu buat dia tertanya-tanya dan tidak bosan untuk terus menadah telinga.
“apa maksud awak...”
“saya tahu awak dan Shaz dah putus dan awak cuba kembali kepadanya... betulkan??”Tanya Farah pendek meski pun sudah tahu jawapannya. Aliff mengangguk memberi jawapan.. digunakan isyarat mata supaya Farah meneruskan kata-katanya yang masih tergantung.
“saya kawan baik Shaz dan apa yang saya cakap ni bukanlah nak burukkan dia mahu pun melagakan korang berdua..... saya hanya nak cakap kebenaran supaya awak tak terus menaruh harapan terhadap dia.. saya tak nak awak kecewa dan membuang masa untuk Shaz sebab awak pun kawan saya.. saya nak kedua-dua kawan saya gembira... lagi pon sikap awak yang terlalu menggesa Shaz membuatkan dia lebih rimas dan tidak selesa jer...” sambung Farah lagi. lebih membuatkan hati Aliff melompat ingin tahu.
“saya tak faham apa yang awak cuba sampaikan... detailkan lagi.” minta Aliff.
“Shaz minta putus dengan awak bukan sebab dia tak bersedia untuk bercinta...”
“habis tu sebab apa?” potong Aliff... dia sendiri merasa ada perkara lain yang disembunyikan oleh Shazrina... dia tidak rasa alasan tidak bersedia itu merupakan faktor utama perpisahan mereka.
“perasaan Shaz terhadap awak semakin berkurang disebabkan awak sendiri... selain dari factor keluarga awak yang tidak setaraf dengan keluarga dia, keturunan keluarga awak pon menjadi salah satu factor perasaannya semakin pudar.”
“apa maksud keturunan keluarga? Saya tak faham...” soal Aliff dengan perasaan yang berdebar. Namun hatinya seolah-olah mengerti apa yang cuba disampaikan Farah.
“awak jangan terasa tau apa yang saya nak cakap ni...” ucap Farah terlebih dahulu.
“berterus terang je la Farah... tak ada sebab saya nak terasa dengan awak...”
“Shaz tak boleh terima awak anak penagih dadah. Dia geli dan jijik bila dengar tentang kenyataan tu. Lagipon, dia takut awak akan ulang perkara yang sama. bapak borek anak rintik lebih kurang macam tu la maksud dia... dan dia tak nak nanti nasib dia sama macam mak awak.. dia tak nak jadi bodoh macam mak awak yang sanggup kawin dengan penagih dadah macam abah awak hanya kerana cinta...” tepat tekaan Aliff. Dia sedar, perangai Shazrina mula aneh selepas kisah keluarganya disingkap.. hatinya hampir gugur mendengar cerita dari Farah yang memandang kearahnya penuh simpati.
Sampai hati Shazrina... sanggup menghinanya dan yang penting menghina ibunya! Dia tidak akan maafkan gadis itu! Perempuan yang menghina emaknya akan mendapat balasan yang setimpal.. kalau bukan hari ini,esok lusa pasti dia akan merasanya juga. Dia tidak pelik bagaimana Farah tahu tentang bapanya seorang penagih dadah sedangkan tiada orang lain tahu perkara itu selain Shazrina... pasti Shazrina sudah mengumpat dan mengejinya didepan Farah kerana Farah adalah kawan baiknya.. tak sangka perempuan berwajah cantik,berotak pandai seperti Shazrina memiliki peribadi yang sangat jijik dan kotor..
“awak jangan lah buat muka macam ni. Buat saya rasa bersalah jer cerita semua ni kat awak.. saya tahu Shaz tak terniat pon nak cakap semua tu.. awak tahulah kan mulut dia macam mana... kadang-kadang dia main cakap jer tapi hati dia tak macam tu. Mungkin sebab dia dah tawar hati dengan awak... pasal family awak tu mungkin alasan dia saje untuk berpisah dengan awak... jadi, awak berhentilah berharap... saya tak nak tengok kedua-dua kawan saya sedih. Tu je.” Tokok Farah lagi... wajah Aliff yang agak tegang dipandangnya sekilas.. tersenyum apabila misinya semakin berjaya.. mungkin juga sudah ‘checkmate!” dia tahu tentang bapa Aliff seorang penagih dadah pon secara kebetulan.. dia terdengar perbualan Aliff dan Shazrina semasa diperpustakaan baru-baru ini..
Aliff mengeluh kecil mendengar jawapan dari Farah.. dia tahu kata-kata Farah itu sekadar menutup keburukan yang sudah dibuat Shazrina mungkin juga cerita dari Farah ini sudah ditapis 80 peratus.. entah-entah dihadapan Farah lagi teruk Shazrina mengeji dia dan ibu.. Farah kan kawan baik Shazrina.. pasti gadis itu sedaya upaya melindungi Shazrina!
“thank Farah... saya tahu niat baik awak dan saya tahu perasaan awak yang tersepit antara dua sahabat... tindakan awak ni betul. Sekurang-kurangnya cerita awak ni boleh jadikan modal untuk saya lupakan Shaz dan berhenti menaruh harapan padanya... terima kasih yer Farah.” Ucap Aliff ikhlas. Dia tahu gadis sebaik Farah hanya mahukan yang terbaik untuk semua rakan-rakannya... Shazrina... sekarang kau bukan lagi orang aku sayang tetapi dah menjadi orang yang aku benci! Kalau aku tak boleh balas apa yang kau buat hari ni, Allah akan balas tindakan kau pada masa akan datang.. kau tunggu je lah!
Last edited by misssakura on 29-11-2012 11:36 AM
|