CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Auk ajaklah

[Copy link]
 Author| Post time 17-1-2026 10:56 PM | Show all posts
75 pelajar DUN Krian terima insentif pendidikan
Januari 16, 2026, Jumaat - 5:13pm



Friday menyampaikan insentif pendidikan kepada para penerima pada majlis tersebut.

SARATOK: Seramai 75 pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian telah menerima Insentif Pendidikan bagi DUN Krian, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian Friday Belik berkata, insentif tersebut disalurkan sejak 2022.

“Insentif pendidikan ini adalah salah satu usaha pihak kita untuk membantu pelajar dan ibu bapa golongan sasar dalam meringankan sedikit beban keluarga pelajar yang menerima bantuan ini.

“Insentif ini juga merupakan sebahagian daripada langkah pihak kita untuk memberikan semangat kepada para pelajar agar tidak mudah putus asa dan sentiasa berjuang dengan penuh semangat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam bidang pendidikan,” kata Friday.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Insentif Pendidikan bagi DUN Krian  2025 di Dewan Seroja, Kerupok dekat sini hari ini.

Friday berharap bantuan yang telah disalurkan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para penerima bantuan.

Menurut Friday, beliau sentiasa berusaha dan menjadikan aspek pendidikan sebagai agenda utama dalam kepimpinannya.

“Kita mahu anak-anak kita dari kawasan DUN Krian ini amnya, dapat bersaing dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pendidikan dan setanding dengan pelajar-pelajar lain.

“Pihak kita akan sentiasa berusaha dan mencari pelbagai pendekatan untuk membantu para pelajar dari DUN ini terutama dalam aspek pendidikan,” tegas Friday lagi.

Hadir sama ialah Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Saratok Awet  Gapor, Pengetua SMK Saratok Beritin Empawie dan Ketua BIRO Pendidikan PDP DUN Krian Duncan Luta serta para ibu bapa pelajar penerima insentif.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2026 11:00 PM | Show all posts
Mahasiswa UPMS didedahkan dengan inovasi akuakultur
Januari 16, 2026, Jumaat - 5:16pm



Dr Wan Zabidii menyampaikan ceramahnya mengenai Mini-RAS untuk Pemula.

BINTULU: Mahasiswa Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) didedahkan dengan kefahaman saintifik, teknologi, inovasi dalam pengurusan industri akuakultur serta membina jaringan strategik dengan pemain-pemain industri berkaitan.

Ia melibatkan inovasi dalam pembangunan teknologi akuakultur pintar berasaskan Internet Pelbagai Benda (IoT) iaitu peralatan, mesin, sensor dan peranti dihubungkan dengan internet, pengumpulan dan perpindahan data menerusi rangkaian.

Kaedah itu termasuk peningkatan kemahiran daripada sistem Arduino (platform elektronik sumber terbuka) kepada sistem ESP (Kawalan Kestabilan Elektronik)  sejajar dengan keperluan industri terhadap automasi, pemantauan masa nyata dan pendigitalan sistem akuakultur.

Kesemua sesi tersebut disiarkan secara langsung melalui TikTok dan Facebook rasmi Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan UPMS bagi membolehkan capaian yang lebih luas kepada masyarakat dan pengamal industri.

Penyelaras programnya Dr Nursyuhaida Md Shahid berkata, 'AquaInnovEx: Inovator Muda yang Memberi Inspirasi dalam Akuakultur' merupakan program anjuran Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPP) UPMS sebagai platform pembangunan inovasi akuakultur yang menghimpunkan kepakaran akademik, industri dan pelajar.



Robert (dua kanan) bersama beberapa pihak bertanya sesuatu berkenaan teknologi yang dipamerkan.

Katanya, program yang mendapat sokongan Dekan FSPP Prof Madya Dr Noorasmah Saupi dengan dibantu Ketua Pelajar sebagai pengarah program Max Pontavice Agas Mosses telah dirasmikan Ketua Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan UPMS Dr Masnindah Malahubban.

"Program ini turut mendapat sokongan Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Dato Majang Renggi yang mengharapkan inovasi pelajar menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat muda dalam bidang akuakultur yang akan memenuhi keperluan industri dan pembangunan komuniti setempat," jelasnya.

Beliau berkata, program ini juga sebagai pengiktirafan terhadap usaha memupuk budaya inovasi dan pemikiran kritis dalam kalangan pelajar UPMS.

Jelasnya, program ini diadakan dalam dua siri webinar nasional serta pameran inovasi dan poster akuakultur dengan penglibatan pakar daripada institusi pengajian tinggi dan agensi industri di negara ini.

Webinar Siri 1 pada 26 November lepas yang melibatkan 98 peserta, menampilkan Prof Madya Dr Liew Hon Jung dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang mengupas  tajuk 'Penternakan Akua Pintar vs Keselamatan Makanan Akua' dan Dr Ahmad Syafiq Ahmad Nasir dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang membincangkan tajuk 'Akuakultur Generasi Akan Datang untuk Ekonomi Biru yang Berdaya Tahan'.

Webinar Siri 2 pada 3 Disember lalu pula menghimpunkan 293 peserta menampilkan Prof Madya Ts Dr Wan Nurul Nadiah Wan Rasdi dari UMT merupakan seorang pemenang pelbagai anugerah inovasi peringkat nasional dan antarabangsa, pembangunan ZooNutri Pre-Feed System (pemenang Anugerah Utama MPI 2024) dan Jelly Daphnia Cubic (pingat emas) yang membincangkanimpak signifikan terhadap pemakanan larva akuakultur.

Webinar ini turut disertai Dr Fathurrahman Lananan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang berkongsi kepakaran dalam Akuakultur Ketepatan dan sistem akuakultur lestari.

Kemuncak program pada Rabu lalu menampilkan ceramah khas serta Pameran Inovasi Akuakultur dengan penglibatan penceramah daripada akademia dan industri terdiri Dr Wan Zabidii Wan Morni (UPMS) dengan topik Mini-RAS untuk Pemula, Lirong Yu Abit dan Dr Mohamed Safi Abu Hassan dari Curtin University Malaysia membincangkan perkembangan serta hala tuju akuakultur masa hadapan.

Sementara itu, Pembantu Perikanan Kanan Robert McNamara Columba dari Seksyen Perikanan Darat Bahagian yang berkongsi perspektif berkaitan cabaran dan inovasi industri akuakultur.



Para siswa, pihak penganjur UPMS dan para penceramah yang menjayakan 'AquaInnovEx: Inovator Muda yang Memberi Inspirasi dalam Akuakultur.'


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2026 11:01 PM | Show all posts
Ular lidi dalam tayar kereta terbiar di hadapan rumah
Januari 16, 2026, Jumaat - 6:06pm



Anggota APM Marudi menunjukkan seekor ular lidi yang berjaya ditangkap di pekarangan rumah seorang penduduk di Kampung Narum, Marudi tengah hari Jumaat. - Gambar APM Marudi

MIRI: Seekor ular lidi yang ditemui bersembunyi di dalam tayar kereta terbiar di hadapan sebuah rumah di Kampung Narum, Marudi berjaya ditangkap dengan bantuan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Marudi tengah hari Jumaat.

Menurut Pegawai APM Daerah Marudi Mirwan Shah Masri, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 12.26 tengah hari daripada orang awam.

Susulan itu, Skuad Alpha APM Marudi yang diketuai Sarjan (PA) Siti Naquiah Abdullah segera digerakkan ke lokasi kejadian di Kampung Narum pada jam 12.28 tengah hari dan tiba empat minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, anggota APM terus berjumpa dengan pengadu untuk bertanyakan keberadaan ular tersebut.

“Pengadu memaklumkan ternampak seekor ular berada di dalam tayar kereta terbiar di hadapan rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan

Menurut Mirwan, operasi menangkap ular dijalankan menggunakan penyepit ular sehingga ular lidi berukuran setengah meter itu berjaya ditangkap.

Operasi yang digerakkan oleh tiga anggota tamat sepenuhnya jam 12.38 tengah hari.


Sumber : Utusan Birneo
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2026 07:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2026 08:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2026 10:48 AM | Show all posts
good morning

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2026 05:50 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 10:43 AM | Show all posts
selamat pagi semua


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2026 10:48 AM | Show all posts
Pelajar UPMS diterapkan ilmu komunikasi saintifik
Januari 16, 2026, Jumaat - 6:14pm



Dr Azizul (tengah) bersama tetamu dan penganjur program memotong kek pada perasmian SKI 2026 pada Rabu lepas.

BINTULU: Para pelajar Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) diterapkan ilmu berkaitan komunikasi saintifik bagi mempersiapkan mereka menghadapi keperluan industri di negara ini melalui Seminar Kimia Industri 2026 (SKI 2026) di Hotel Promenade Bintulu di sini pada Rabu.

Seminar bertemakan 'Menghubungkan Penyelidikan, Inovasi dan Industri' itu merupakan anjuran Jabatan Sains dan Teknologi, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains UPMS telah menghimpunkan pembentangan penyelidikan pelajar tahun akhir serta sesi perkongsian oleh wakil akademia, badan profesional dan industri.

Berucap merasmikan program itu Ketua Jabatan Sains dan Teknologi, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains UPMS ChM Dr Azizul Hakim Lahuri berkata, SKI 2026 menjadi wadah penting untuk memperkukuh keyakinan pelajar dalam komunikasi saintifik serta mempersiapkan graduan menghadapi keperluan industri.

Katanya, SKI 2026 berfungsi sebagai platform akademik berstruktur untuk pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia Industri dengan Kepujian membentangkan dapatan kajian, mempertahankan pendekatan metodologi dan menjawab soalan penilai dalam suasana yang menepati piawaian profesional.

Sementara itu, pengarah program ChM Dr Sivasangar Seenivasagam berkata, program itu merupakan hasil usaha bersama para pelajar, staf akademik dan rakan strategik yang berkongsi komitmen terhadap ketelitian akademik serta persediaan profesional.

Jelasnya, antara penceramah jemputan ialah Datuk Profesor ChM Ts Dr Taufiq Yap Yun Hin (PutraCAT UPM), ChM Dr Cindy Tan Soo Yun (Institut Kimia Malaysia Cawangan Sarawak) dan Patricia Balla dari OM Materials (Sarawak) Sdn Bhd.



Pihak penganjur bersama Para pelajar dan penceramah SKI 2026 pada Rabu lepas.

"Program ini turut mengetengahkan kertas kerja pembentangan pelajar yang mana Chai Jia Xin membentangkan kajian bertajuk 'Pembangunan fotomangkin komposit ferit atau bioarang mangan dengan kos efektif yang diperoleh daripada rumpai itik untuk degradasi tetrasiklin' dalam sesi selari," katanya.

Katanya, kajian tersebut menumpukan pembangunan komposit bioarang mangan berasaskan rumpai itik untuk rawatan pencemar antibiotik tetrasiklin disokong oleh ujian pencirian dan penilaian prestasi fotopemangkinan.

Selain pengisian akademik katanya, SKI 2026 turut memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan peserta iaitu Anugerah Pembentang Terbaik yang dimenangi Siti Nurfatin Nadya dan Nur Syahirah Najibah Muhammad Azam serta Anugerah Poster Terbaik dimenangi Nur Syakirah Mohd Rafah.

Menurutnya, komitmen UPMS adalah untuk mengukuhkan hubungan antara latihan akademik, amalan profesional dan keperluan industri sambil membina kompetensi komunikasi saintifik, pemikiran analitikal serta akauntabiliti penyelidikan dalam kalangan graduan kimia industri.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 10:49 AM | Show all posts
Dua lelaki maut, tersepit di bawah lori yang sedang dibaiki
Januari 16, 2026, Jumaat - 6:16pm

KUCHING: Dua lelaki maut selepas tersepit di bawah sebuah lori muatan batu ketika sedang membaiki sistem brek kenderaan berkenaan di jalan sebuah kuari di Bukit Mambong, Jalan Mambong dekat sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.02 petang.

Sejurus itu katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan digerakkan ke lokasi kejadian.

“Jentera bomba tiba di lokasi pada jam 2.28 petang dan mendapati dua mangsa lelaki dewasa masing-masing berusia 46 dan 26 tahun tersepit di bawah lori berkenaan.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, operasi menyelamat dijalankan dengan bantuan dua jengkaut milik syarikat kuari bagi mengangkat bahagian sisi lori untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada jam 4.55 petang, manakala mangsa kedua dikeluarkan kira-kira sembilan minit kemudian.

Operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah lori muatan batu dalam insiden di Jalan Mambong, petang tadi. - Gambar JBPM Sarawak
Operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah lori muatan batu dalam insiden di Jalan Mambong, petang tadi. - Gambar JBPM Sarawak
“Setelah kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan, mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.10 petang,” katanya.

Turut berada di lokasi ialah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 10:51 AM | Show all posts
PGA Briged Sarawak lakar dua kejayaan besar dalam Ops Taring Chiller
Januari 16, 2026, Jumaat - 6:57pm



Gambar lokasi serbuan dan rampasan yang dijalankan oleh PGA Briged Sarawak. - Gambar PGA Briged Sarawak

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak terus memperkukuhkan komitmen membanteras aktiviti penyimpanan dan penjualan produk sejuk beku tanpa permit sah menerusi pelaksanaan Ops Taring Chiller, apabila mencatat dua kejayaan besar melibatkan daerah Kuching dan Miri pada 15 Januari lalu.

Komander PGA Briged Sarawak SAC Lim Bak Phai berkata, kejayaan berkenaan membabitkan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM11.1 juta.

Menurutnya, dalam operasi pertama di daerah Kuching, sepasukan polis daripada Cawangan Risik Batalion 11 PGA Kuching telah menyerbu dua premis berasingan dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyimpanan serta penjualan produk sejuk beku tanpa dokumen atau permit sah.

“Hasil pemeriksaan membawa kepada rampasan lebih 116,000 kilogram produk sejuk beku termasuk daging babi, ayam dan lembu, selain pelbagai peralatan pemprosesan makanan, kemudahan stor sejuk beku serta jentera industri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, nilai rampasan bagi operasi di Kuching sahaja dianggarkan berjumlah RM9.59 juta.

Sementara itu, kejayaan kedua direkodkan di Miri apabila Cawangan Risik Batalion 12 PGA Miri menahan dua individu tempatan, masing-masing seorang lelaki berusia 60 tahun dan seorang wanita berusia 51 tahun iaitu hasil serbuan ke atas dua premis berasingan.

Dalam operasi berkenaan, pihak PGA merampas lebih 40,000 kilogram pelbagai jenis produk sejuk beku, dua buah stor sejuk beku serta sebuah jentera angkat susun dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1.55 juta.



Gambar lokasi serbuan dan rampasan yang dijalankan oleh PGA Briged Sarawak. - Gambar PGA Briged Sarawak

Kesemua tangkapan dan rampasan daripada kedua-dua operasi tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 9(1), Veterinary Public Health Ordinance 1999.

Beliau menegaskan, PGA Briged Sarawak akan terus mempergiatkan penguatkuasaan bagi membanteras sebarang aktiviti penyeludupan dan pengedaran produk makanan yang tidak mematuhi peraturan, khususnya yang boleh menjejaskan keselamatan makanan, kesihatan awam serta kepentingan pengguna.

“Kerjasama orang awam amat dialu-alukan dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti haram bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 10:53 AM | Show all posts
Sarawak dalam fasa amat mengujakan untuk didiami: Bekas Laksamana Madya USCG
Januari 16, 2026, Jumaat - 7:14pm



Gautier (kiri) mengadakan pertemuan dengan Uggah di pejabat beliau di Kuching, hari ini.

KUCHING: Sarawak kini berada pada fasa yang amat mengujakan untuk didiami ketika negeri ini melangkah ke hadapan dengan pelbagai pelan pembangunan berskala besar.

Bekas Laksamana Madya Pengawal Pantai Amerika Syarikat (USCG) Peter Williams Gautier berkata, ini termasuk termasuk pembinaan pelabuhan, pengembangan aktiviti minyak dan gas luar pesisir serta pembangunan institusi pendidikan.

Beliau berkongsi pandangannya itu dalam temu bual eksklusif bersama The Borneo Post selepas mengadakan beberapa siri pertemuan dengan pemimpin Sarawak dan pihak berkepentingan maritim sempena lawatan pertamanya ke negeri ini.

“Saya menikmati beberapa hari yang sangat menarik di Sarawak, termasuk makanan dan budayanya dan saya amat kagum dengan semua perancangan yang sedang dilaksanakan di sini, daripada penyediaan sistem pengangkutan bas, pembinaan pelabuhan, pembangunan minyak dan gas luar pesisir, sehinggalah kepada pembangunan institusi pendidikan.

“Ia benar-benar satu masa yang mengujakan untuk rakyat yang tinggal di komuniti di sini,” katanya.

Gautier, yang bersara pada September tahun lalu selepas 42 tahun berkhidmat bersama USCG, berkata kerjayanya merangkumi pelbagai tugasan, daripada berkhidmat sebagai jurutera di atas kapal pengawal pantai hinggalah memegang jawatan Pemangku Naib Komandan.



Gautier (kiri) mengadakan pertemuan dengan Uggah di pejabat beliau di Kuching, hari ini.

“Latar belakang saya kebanyakannya melibatkan semua jenis misi maritim Pengawal Pantai, namun kebelakangan ini, tumpuan utama saya adalah kepada tindak balas bencana,” katanya.

Menurutnya, lawatan ke Sarawak merupakan sebahagian daripada program libat urus serantau atas permintaan Jabatan Negara Amerika Syarikat, yang bertujuan mengadakan pertemuan dengan pihak berkepentingan maritim utama di Asia Tenggara.

“Malaysia adalah lokasi pertama lawatan saya, bermula di Sarawak sebelum meneruskan kunjungan ke beberapa negara lain termasuk Indonesia.

“Bagi pihak Jabatan Negara, kami telah mengadakan beberapa pertemuan yang sangat bermakna sepanjang dua hari di Sarawak,” katanya.

Terdahulu hari ini, Gautier mengadakan pertemuan dengan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, ahli akademik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), pegawai kanan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan serta pegawai Pengawal Pantai Sarawak di pejabat Uggah di sini.

“Perbincangan kami amat menarik, produktif dan merangkumi pelbagai topik, daripada keselamatan maritim, keselamatan perairan dan perlindungan alam sekitar, sehinggalah kepada perubahan besar yang sedang dan akan berlaku di Sarawak,” katanya.

Menyentuh isu perubahan iklim dan kesiapsiagaan bencana, beliau menekankan kepentingan tahap kesiapsiagaan dan daya tahan dalam menguruskan risiko berkaitan maritim seperti ribut dan banjir.

“Dalam tindak balas bencana, perkara utama ialah bersedia, berupaya meramal siklon tropika atau hujan lebat bagi membolehkan pemindahan dilakukan lebih awal, membina daya tahan dalam masyarakat, memastikan infrastruktur mampu menahan banjir serta mempunyai keupayaan tindak balas yang kukuh apabila bencana berlaku,” katanya.

Beliau berkata Sarawak telah mengambil langkah penting dalam aspek tersebut.



Gautier menerima cenderamata daripada Uggah sempena lawatan di pejabat beliau di Kuching, hari ini.

“Kami mengadakan perbincangan mendalam dengan Timbalan Premier yang mengetuai jawatankuasa pengurusan bencana.

“Beliau (Uggah) menjelaskan pelbagai usaha yang telah dilaksanakan Sarawak dari segi ramalan, kesiapsiagaan, perancangan serta memastikan keupayaan tindak balas di peringkat negeri dan tempatan berada pada tahap yang baik,” katanya.

Sempena lawatan itu, Gautier turut dijadualkan menyampaikan ceramah di Pustaka Negeri Sarawak bagi membincangkan aspek tindak balas kecemasan bersama pihak berkepentingan.

“Saya akan mengadakan sesi perbincangan mengenai tindak balas kecemasan. Saya pernah menyampaikan pembentangan serupa di Kuala Lumpur kepada pegawai kanan kerajaan yang turut dihadiri Tentera Laut Diraja, Tentera Udara, Pengawal Pantai dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 10:54 AM | Show all posts
Melindungi kepentingan kedaulatan EEZ Malaysia perlu kekal sebagai keutamaan
Januari 16, 2026, Jumaat - 7:20pm



KUCHING: Melindungi kepentingan kedaulatan di seluruh Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia perlu kekal sebagai keutamaan ketika negara berdepan cabaran keselamatan maritim, alam sekitar dan geopolitik yang semakin kompleks, kata bekas Laksamana Madya Pengawal Pantai Amerika Syarikat (USCG) Peter Williams Gautier (gambar).

Beliau berkata, Malaysia sebagai sebuah negara maritim dengan sempadan laut yang luas berdepan tekanan yang semakin meningkat, sekali gus menguji keupayaan negara untuk mentadbir serta menguatkuasakan hak kedaulatannya di perairan negara.

“Malaysia ialah sebuah negara maritim dengan sempadan laut yang luas, sama seperti Amerika Syarikat. Justeru, adalah penting untuk memastikan asas undang-undang maritim yang kukuh bagi menyokong usaha penguatkuasaan,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama The Borneo Post di sini, hari ini.

Gautier berkata, sepanjang lawatannya ke Sarawak, beliau dimaklumkan bahawa negeri ini sudah mempunyai beberapa undang-undang yang menyokong usaha penguatkuasaan oleh Pengawal Pantai Sarawak.

Beliau yang bersara pada September tahun lalu selepas 42 tahun berkhidmat bersama USCG berkata, keluasan EEZ Malaysia bukan sahaja membuka peluang ekonomi, malah turut mewujudkan kerentanan keselamatan.

“Keluasan zon ekonomi eksklusif ini membuka ruang kepada aktiviti seperti penangkapan ikan haram oleh nelayan asing, penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia serta penyeludupan barangan terlarang lain ke dalam negara,” katanya.

Menurut beliau, perlindungan kepentingan kedaulatan memerlukan tadbir urus maritim yang melangkaui sempadan darat kerana banyak ancaman datang dari laut.

“Untuk memastikan tadbir urus maritim Malaysia dan Sarawak, sempadan darat perlu diperluaskan ke sempadan maritim. Penguatkuasaan kepentingan kedaulatan di perairan negara adalah amat penting,” katanya.

Gautier turut menegaskan bahawa ancaman terhadap kedaulatan bukan sahaja melibatkan kegiatan jenayah, malah merangkumi risiko alam sekitar dan ekonomi susulan peningkatan aktiviti maritim.

“Peningkatan perkapalan komersial serta aktiviti pengeluaran minyak dan gas luar pesisir membawa risiko pencemaran alam sekitar yang boleh menjejaskan komuniti pesisir dan sumber pendapatan mereka,” katanya.

Beliau turut menekankan ketegangan geopolitik di Laut China Selatan yang disifatkannya sebagai antara perairan paling dipertikaikan di dunia ketika ini.

“Laut China Selatan kini merupakan perairan yang sangat dipertikaikan, lebih daripada bila-bila masa sejak tamat Perang Dunia Kedua,” katanya.

Dalam usaha memperkukuh keupayaan Malaysia melindungi EEZ, Gautier menekankan kepentingan kesedaran domain maritim yang disokong oleh teknologi moden.

“Perkembangan teknologi seperti pengesanan satelit, sistem komunikasi dan kecerdasan buatan memberi peluang besar kepada negara dan pasukan pengawal pantai untuk meningkatkan kesedaran domain maritim,” katanya.

Beliau berkata, walaupun aset fizikal seperti kapal peronda, pesawat dan kapal luar pesisir kekal penting, teknologi membolehkan aset tersebut digerakkan dengan lebih berkesan.

“Tidak mungkin kita berada di semua tempat pada setiap masa. Penggunaan teknologi dan sensor membolehkan pemahaman lebih jelas tentang apa yang berlaku di EEZ dan laluan perairan, seterusnya membolehkan aset fizikal bertindak balas dengan lebih tepat dan berkesan,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 10:55 AM | Show all posts
SUPP hairan DAP mahu hidupkan semula isu yang sudah selesai
Januari 16, 2026, Jumaat - 7:24pm

SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hairan apabila Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak dilihat lebih berminat untuk menghidupkan semula isu yang telah pun diputuskan oleh mahkamah dan disiasat secara menyeluruh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berbanding menumpukan perhatian kepada agenda reformasi yang sering dilaungkannya.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Pemuda SUPP Pusat berkata, cubaan tersebut kelihatan lebih didorong oleh kepentingan meraih keuntungan politik semata-mata dan bukannya usaha ikhlas untuk menegakkan keadilan.

“Pemimpin DAP Sarawak pada awalnya membingkai isu ini sebagai isu moral. Kini, sayap Pemudanya pula telah membuat laporan polis dengan alasan yang sama. Perkara ini menimbulkan persoalan serius mengenai konsistensi dan niat sebenar DAP,” katanya.

SUPP sekali lagi menegaskan bahawa perkara berkenaan telah disiasat secara menyeluruh oleh SPRM, iaitu agensi persekutuan yang diberi mandat undang-undang untuk menjalankan siasatan sedemikian, menurut kenyataan itu.

"Adakah DAP Sarawak kini hilang keyakinan terhadap keupayaan SPRM melaksanakan tanggungjawabnya?

"Atau adakah DAP tidak berpuas hati kerana SPRM gagal mendapatkan perintah mahkamah terhadap SUPP, lalu mendorong mereka melibatkan satu lagi agensi persekutuan iaitu polis dalam usaha yang jelas bertujuan untuk membuka semula atau mencampuri perkara yang telah diselesaikan oleh SPRM dan mahkamah?" soalnya.

Pemuda SUPP Pusat menegaskan DAP Sarawak seharusnya berhenti mengelirukan orang ramai dengan terus mempolitikkan isu yang telah diselesaikan secara muktamad melalui proses undang-undang dan institusi yang sewajarnya.

"Tindakan Pemuda DAP membuat laporan polis ini, pada pandangan SUPP, bersifat berniat jahat dan merupakan satu penyalahgunaan sistem laporan polis untuk tujuan politik," tegasnya.

Sementara itu, dilaporkan pada Khamis bahawa Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak telah membuat laporan polis bagi menggesa siasatan segera terhadap dana yang didakwa diterima oleh SUPP daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 11:01 AM | Show all posts
AADK Sibu rakam penghargaan kepada Juing Garai atas khidmat bakti
Januari 17, 2026, Sabtu - 10:36am



Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih AADK Daerah Sibu bagi menghargai jasa dan dedikasi Juing Garai yang akan memulakan tugas di AADK Daerah Mukah. -Gambar AADK Daerah Sibu

SIBU: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Juing Garai, atas khidmat bakti dan dedikasi beliau sepanjang bertugas di daerah Sibu sebelum memulakan tugas di stesen baharu, AADK Daerah Mukah.

Satu majlis ringkas namun bermakna, 'Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih' telah diadakan di Pejabat AADK Daerah Sibu semalam bagi meraikan kakitangan berkenaan.

Pertukaran tersebut disifatkan sebagai satu kehilangan kepada warga kerja AADK Daerah Sibu, namun menyedari bahawa pusingan kerja adalah sebahagian daripada dinamika perkhidmatan awam bagi meningkatkan kompetensi kakitangan.

Seluruh warga kerja AADK Daerah Sibu mendoakan agar Juing terus cemerlang dalam kerjaya.



Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih AADK Daerah Sibu bagi menghargai jasa dan dedikasi Juing Garai yang akan memulakan tugas di AADK Daerah Mukah.- Gambar AADK Daerah Sibu

Sementara itu, Juing dalam ucapan perpisahannya melahirkan rasa sebak meninggalkan Sibu yang disifatkannya sebagai tempat yang banyak memberi pengalaman mematangkan kerjaya.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kenang-kenangan dan sesi bergambar bersama seluruh warga kerja AADK Daerah Sibu.



Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih AADK Daerah Sibu bagi menghargai jasa dan dedikasi Juing Garai yang akan memulakan tugas di AADK Daerah Mukah.- Gambar AADK Daerah Sibu


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 11:02 AM | Show all posts
AADK Sibu anjur Program Ceramah dan Pameran Antidadah di GIATMARA Lanang
Januari 17, 2026, Sabtu - 10:45am



Program Ceramah dan Pameran Antidadah di GIATMARA Lanang, Sibu Jaya di sini, pada Jumaat. -Gambar AADK Daerah Sibu

SIBU: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu terus mempergiat usaha memerangi penyalahgunaan dadah dan bahan di peringkat akar umbi dengan penganjuran Program Ceramah dan Pameran Antidadah di GIATMARA Lanang, Sibu Jaya di sini, pada Jumaat.

AADK Daerah Sibu dalam kenyataan di Facebook rasminya berkata, program pendidikan pencegahan itu telah dijayakan dengan kehadiran seramai 15 orang pelatih institusi kemahiran tersebut.

Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan AADK untuk memastikan golongan belia, khususnya pelajar kemahiran, mempunyai pengetahuan yang cukup sebagai benteng pertahanan diri daripada terjebak dengan najis dadah.

Menerusi sesi ceramah yang disampaikan, para pelatih telah didedahkan dengan informasi terkini mengenai klasifikasi dadah dan bahaya penyalahgunaannya.

Pegawai AADK Daerah Sibu turut menekankan kepentingan memilih gaya hidup sihat demi menjamin masa depan kerjaya yang cemerlang.



Program Ceramah dan Pameran Antidadah di GIATMARA Lanang, Sibu Jaya di sini, pada Jumaat. -Gambar AADK Daerah Sibu

Selain sesi perkongsian ilmu, program turut diserikan dengan kaunter pameran antidadah. Pameran itu memberi peluang kepada para pelatih untuk melihat replika dadah dan bahan terlarang secara lebih dekat, sekaligus memberi impak visual terhadap mesej antidadah yang dibawa.

Pihak AADK Daerah Sibu berharap program seumpama itu dapat melahirkan modal insan yang bebas daripada dadah, selaras dengan aspirasi negara untuk mencapai status Dadah Terkawal 2030.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2026 11:03 AM | Show all posts
Tindakan pantas bomba selamatkan lori daripada musnah terbakar di Jambatan Sungai Kapit
Januari 17, 2026, Sabtu - 10:53am

KAPIT: Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan sebuah lori pengangkut tanah daripada musnah terbakar di Jambatan Sungai Kapit, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 4.40 pagi.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan lori pengangkut tanah telah terbakar 30 peratus di bahagian enjin dan kepala lori,”ujarnya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) membuat pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula sehingga api berjaya di padamkan sepenuhnya.

“Operasi memadam kebakaran tamat pada jam 5.05 pagi, kebakaran tiada melibatkan mangsa dan kecederaan,”jelasnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 11:04 AM | Show all posts
Usaha salurkan bantuan kepada mangsa banjir di Selangau dipergiat
Januari 17, 2026, Sabtu - 10:59am



Gira (tiga kanan) menyampaikan sumbangan banjir kepada salah seorang penerima pada majlis tersebut. - Gambar FB DUN N.59 Tamin

SIBU: Penyaluran bantuan kepada mangsa banjir di daerah Selangau terus dipergiat apabila bantuan makanan kering diagihkan kepada penduduk terlibat dalam satu program penyampaian yang diuruskan oleh Pejabat Daerah Selangau, baru-baru ini.

Inisiatif tersebut melibatkan penduduk yang kini berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selain keluarga di kawasan yang terputus hubungan melebihi 48 jam akibat banjir susulan hujan lebat berpanjangan sejak beberapa hari lalu.

Menurut rekod, seramai 63 Ketua Isi Rumah (KIR) ditempatkan di PPS, manakala 1,027 KIR lain dikenal pasti terkesan akibat laluan perhubungan yang terputus.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang, menzahirkan penghargaan kepada Pejabat Residen serta Pejabat Daerah Selangau atas kecekapan dan tindakan pantas dalam menguruskan situasi banjir di kawasan berkenaan.



Gira (tengah) menyampaikan sumbangan banjir kepada salah seorang penerima pada majlis tersebut. - Gambar FB DUN N.59 Tamin

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan Petroliam Sarawak Berhad (PETROS) atas sumbangan serta sokongan berterusan yang membolehkan bantuan disalurkan kepada mangsa yang memerlukan.

"Saya amat menghargai komitmen Kerajaan Negeri Sarawak dan PETROS dalam menyalurkan bantuan banjir kepada rakyat Selangau," katanya.

Dalam pada itu, Gira turut memuji peranan Ketua-Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) yang proaktif menyalurkan maklumat awal mengenai keadaan banjir di kawasan masing-masing, sekali gus membantu pihak berkuasa bertindak dengan lebih pantas dan berkesan.

Beliau juga menasihatkan penduduk yang mengalami kerosakan harta benda, khususnya kenderaan, agar segera membuat laporan bagi memudahkan urusan tuntutan insurans.

Sebarang kejadian tanah runtuh di sekitar rumah panjang atau kawasan perumahan pula diminta dilaporkan segera kepada Pejabat Daerah Selangau demi keselamatan penduduk.

Gira menegaskan komitmennya untuk terus bersama rakyat, terutama ketika berdepan bencana, serta akan sentiasa memantau perkembangan semasa dengan kerjasama Pejabat Daerah dan agensi berkaitan.

Menurutnya, sebarang bantuan tambahan daripada pihak kerajaan atau sektor swasta akan dimaklumkan kepada penduduk dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi.

Majlis tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Selangau Edwin Banta, Pegawai Daerah Selangau Yalin Asan, Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias, wakil-wakil agensi kerajaan serta KMKK di kawasan Selangau.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 11:07 AM | Show all posts
Lelaki maut dalam kemalangan tiga kenderaan di KM 11 Jalan Kota Samarahan–Tabuan Jaya
Januari 17, 2026, Sabtu - 11:20am

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan di KM 11 Jalan Kota Samarahan–Tabuan Jaya, petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintenden Damataries Lautin, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 3.15 petang.

Menurutnya, mangsa yang berusia 55 tahun semasa kejadian menunggang motosikal dan dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum melanggar belakang sebuah kenderaan lain dari arah yang sama.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh lalu digilis sebuah lori yang sedang bergerak lurus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira jam 4.10 petang sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

Manakala pemandu kenderaan lain yang terlibat masing-masing berusia 38 dan 54 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan awal mendapati keadaan jalan adalah baik dengan permukaan kering serta cuaca cerah ketika kejadian berlaku,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2026 11:08 AM | Show all posts
Ops Mahir: 63 warga asing ditahan di dua tapak pembinaan di Padungan
Januari 17, 2026, Sabtu - 11:27am

KUCHING: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menahan 63 warga asing dalam Operasi Mahir (Ops Mahir) yang dijalankan di dua tapak pembinaan sekitar kawasan Padungan di sini, pada Jumaat.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak, operasi berkenaan dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching.

Katanya, operasi bertujuan membanteras kehadiran warga asing yang melanggar undang-undang imigresen.

“Operasi ini digerakkan dengan kekuatan seramai 31 pegawai penguat kuasa Imigresen dan hasil serbuan mendapati seramai 63 warga asing disyaki bekerja serta berada di negara ini tanpa dokumen perjalanan dan pas yang sah,” menurut kenyataan itu.

Tambahnya, pemeriksaan dan penggeledahan menyeluruh telah dijalankan di setiap ruang tapak pembinaan bagi mengesan individu yang cuba bersembunyi dan mengelak daripada ditahan.

“Kesemua warga asing yang ditahan telah dibawa ke Pejabat Imigresen untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang imigresen yang berkuat kuasa,” katanya.

JIM akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan negara.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.116665 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list