yg aku nak tau sangat ni ialah keputusan dakwaan tu dan kena tindakan apa..penjara, denda? kalau kena berapa thn. part ni yg curious. Berlambak2 kes negligence lupa anak tinggal dlm reta sampai mati... dah ada kah yg kena penjara? aku tak pernah dengar. kalau siapa ada tahu tolong tunjukkan kes yg mana.
KUALA LUMPUR: Ibu bapa atau penjaga yang didapati cuai dengan meninggalkan anak bersendirian di dalam kenderaan tanpa pengawasan boleh didenda RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan amaran itu sebagai peringatan khususnya kepada ibu bapa kerana mereka yang didapati bersalah melakukan perbuatan itu akan dikenakan tindakan tanpa kompromi. "Tiada alasan. Tiada kompromi. Kealpaan anda membawa padah. Kecuaian individu meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan tanpa pengawasan adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Ni dari news in 2021. Jadi, siapa yg dah kena penjara, denda sebab tinggal anak dlm kereta sampai mati?
|