CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AznieBunnie

Mothers of Angels

[Copy link]
Post time 16-3-2009 09:01 PM | Show all posts

Reply #177 tAnyA311's post

alamak, iya ke? tahniah dari saya   macam manalah saya bole pikir awak sedang pregnan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2009 08:44 AM | Show all posts
Originally posted by nurulcomfykid at 16-3-2009 17:59
jangn fikir yang buruk2.

bila dah jadi mak ni, setiap perkataan kita tu doa.

lagi satu, kan orang dulu2 cakap, sayang anak, tinggal2kan.

dunia hanya pinjaman.


dan Manak selalu memberi ingatan(pada diri ku juga).....bukan sekadar yg dah jadik mak......bagi ibu2 yang sedang pegnan juga...akhlak serta bicara itu haruslah dijaga....lebih2 lagi ketika roh itu hendak dihembuskan kedalam janin......


[ Last edited by  tig_cun at 25-3-2009 15:09 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2009 08:50 AM | Show all posts

Reply #178 miss_ikato's post

insyaAllah.. nothing bad going to happen...

jaga diri... buat yg tebaik... sure OK punyalah!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2009 10:47 AM | Show all posts
salam,

tenggelam jauh ah...

aritu MIL cakap, nak genap setahun Ewan pergi nak buat kenduri... (like I never heard that before)
just wonder, korang ada buat ke kenduri 'anniversary' ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 01:53 PM | Show all posts
hallo aznie,

aku ada gak dengar orang buat kenduri ni. (cuma takla dipanggil "anniversary")  
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 03:08 PM | Show all posts

Balas #185 nurulcomfykid\ catat

hari 'hol' ke...?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-4-2009 03:42 PM | Show all posts

Reply #185 nurulcomfykid's post

heheheh..
takut MIL nak buat sbb esoknya tu befday me, so makan-makan berganda la
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 04:50 PM | Show all posts
saje upkn tread nie
sedih sgt baca cerita2 u all....me pon ade pengalaman.....but bukan me yg hadapi dugaan mcm nie...arwah mak me.....arwah mak me kehilangan 2 org ank....... bg me mak me sorg yg sgt tabah.....amt2 tabah.....mak kehilangn bapa since umur die 6 yrs old...die hdp susah bersama2 arwah nenek n 2 org pakcik me....besarkn kami 8 beradik (kalo plus lg 2 org tu 10 la) abg me meninggal umur 3 tahun...mase tu me belom lahir n kakak me meninggal umur 7 tahun ...me br 2 tahun....dua2 skt buah pgang....tp mak me tabah...n die slalu kate die ade 2 org angels yg tunggu kt syurga....but ketabahan mak me sikit demi sikit hilang when die kehilangan nenek me thn 1991 n bapa me tahun 2002...mak cukup merana...dia abaikan kesihatan sampai la die koma on april 2008.....kami adk beradk jaga die siang mlm n berabis segala2 nya utk mak....sampai 13 okt 2008 mak pergi mengadap NYA....dipangkuan me....sedey nye tak terkire...but me redha sbb da tak sgp nk tgk mak me terseksa.....moga roh mak me ditempat kn di kalangan org yg solleh...mak rindu sgt kt mak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2009 11:56 PM | Show all posts
184# AznieBunnie

Your MIL nak buat tahlil untuk Ewan kot.  Your MIL pun terasa kehilangan Ewan ye?  

For me, every night I baca Yassin for my angels.  My mum said, all the babies I miscarried are girls.  Entah lah.  Wallahualam.  :cry:
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 09:44 AM | Show all posts
SALAM...anak ke 2 minah sebijik mcm arwah kakak dia...wlaupun dia lelaki....tapi ada la features lelaki ....minah nampak arwah kaseh di mata anak ke 2..iradad..kini kaseh dah 457 hari tapi tak penah sehari pun minah tak sedih kehilangan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 01:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by nurulcomfykid at 19-5-2010 13:44

dah jauh tenggelam thread ni..

dulu aku ye ye bagi nasihat kat semua orang kat sini. tak sangka alih-alih aku pon dah termasuk dalam golongan mothers of angel jugak.

I miss her so much.

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 01:51 PM | Show all posts
Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 01:32 PM | Show all posts
dah jauh tenggelam thread ni..

dulu aku ye ye bagi nasihat kat semua orang kat sini. tak sangka a ...
nurulcomfykid Post at 19-5-2010 13:30


salam takziah untuk nurulcomfykid sekeluarga atas pemergian anakanda tercinta..... saya bersimpati sangat2. betul, dah jauh sangat thread ni tenggelam. moga awak terus tabah mengahadapi hari2 yang mendatang......
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 05:40 PM | Show all posts
terima kasih.

dulu aku boleh imagine je camna kawan2 yg lain rasa, tak sangka sekarang aku betul2 rasa. tiap2 kali tengok gambar dia, aku still boleh rasa lembutnya pipi dia bila aku kiss dia...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2010 09:19 AM | Show all posts
tak boleh nak baca sampai abis la thread nih..
naik kabur mata aku sebab airmata tak henti2 kuar...

aku salute kat ibu2 sini yg sangat tabah menghadapi ujian Tuhan..
bila aku baca aku rasa bersyukur sangat2 dan rasa semakin insaf..
aku jd ingat balik perbuatan aku yg selalu marah kat anak2 aku..
berdosanya aku...

Maafkan mummy sayangg...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2010 10:53 AM | Show all posts
harini cukup 100 hari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2010 11:22 AM | Show all posts
Reply 44# dhafir


    sapelah mulut celupar dok cakap u mengandung anak luar nikah..mebe, u bunting pelamin kot membuatkan org buat spekulasi merapu camtu..

sabo jelakan dgn manusia2 ni..dahle kita hilang anak..bukannya nak cakap benda yg elok2..tapi, lagi cakap benda meng-stresskan kepala plak..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 03:51 AM | Show all posts
Nantilah saya share pengalaman saya sendiri ~~
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2010 11:34 AM | Show all posts
urmm tk jd to me tp to my mother, she lost her 3rd child which is my sister time br lahir....sedey a year after tht dpt my youngest bro...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2010 06:14 PM | Show all posts
my mom lak b4 dpt my 2nd youngest bro..ank 5 org meninggal..stillborn..teringat yg 1st meninggal tu kiranya yg no4 la (we all 5 beradik yg hidup) tembam sgt..terbayang2 baby tu bawah selendang my mum..dgn kulit yg dah biru sbb lemas..masa tu me dlm umr 3-4 tahun kot..4 lelaki 1 perempuan (yg paling last meninggal, kiranye no 8 la)..yg besar tapak tgn bidan pun ada, tapi mmg dah nampak sgt kalau boy or girl..pastu my mom Dr Hamid Arshat jaga baru dpt yg no 9 n 10 tu..bayangkan jarak me (no2) ngan no 9 tu 8thn..

tapi mmg me kagum mother of angels kat sini tabah, mmg me xde pengalaman mcm u all tapi, tuhan maha kaya..ada angel yg menunggu ibu, mama, mommy2 of angels ni di syurga nnti...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.236316 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list