|
|
Aku rasa benda aku tulis ni kejap lagi akan lari ke page belakang. Tapi takpe la, moga-moga Jack akan terbaca..
Pada aku, bagi duit ni tak nak le dilihat sebagai satu custom.. Cuma sekadar formaliti. Camne yang aku katakan formaliti?
Bila benda tu jadi habit, dia akan wujud bukan sebab datang dari hati korang.. Tapi sekadar tak nak dilihat sebagai anak yang lupa diri..
Kalau ikut stail aku, aku lebih suka bagi bila aku jumpa mak aku. Maknanya pemberian tu akan jadi lebih tinggi dia punya human touch..
Ye la, masa korang salam cium mak korang nak balik, time tu pemberian tu akan jadi lebih murni dan ikhlas sifatnya...
So, dalam situasi gitu, nilai bukan lagi jadi sandaran.. Bagi la seikhlas hati dan sejauh mana yang mampu. RM50 pun jadi la.. (sengkeknya aku...)
Tindakan gitu jugak akan 'memaksa' korang untuk balik jumpa mak selalu. Ye la, setakat transfer pakai Maybank2u, macam tak best la plak kan?
So, berbalik pada soalan Jack ni..
Berapa banyak nak bagi? - Terpulang pada keikhlasan hati...
Yang jadi isu pada aku ada dua aje...
1) Keikhlasan
2) Suasana pemberian tu.. |
|