CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Jamal Abdillah - Update - Kembara Seni Jamal Abdillah (5-9 Ogos) Di IB -

[Copy link]
 Author| Post time 30-3-2008 11:07 PM | Show all posts



saya harap ramai2 la datang kat concert amal kasih ni...
berhibur sambil beramal..

concert ni untuk dana bagi pengasih untuk melancarkan program
kenali anak anda... penting  tu!!!

sebab bila kita tak 'kenal' anak kita..... tu yang anak kita
dok cari dadah  dan cari kawan2 yang 'silap'  bawa depa
terjerumus dgn dadah  atau benda2 yang tak baik...

kalau kita nak dengar  jamal nyanyi lagu saleem..suci dalam debu
(memang tak pernah pun dia nyanyi kat mana2...)
dan boleh dengar saleem nyanyi lagu jamal.. 'mati hidup semula'..

saya dah beli  - dapat 3rd row... dekat dgn pentas -
tak sabar sangat nak tengok  concert ni...

lagi pun ada ahmad nawab.. ada blues gang...
ada aris ariwatan..

mesti best!!! --  jom la kawan2  
11, 12 dan 13 April ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2008 10:28 PM | Show all posts

classic pose of jamal.. masa dia menang pertandingan bintang RTM 1979 -

- nyanyi lagu :  senandung semalam (lepas dia nyanyi lagu ni la.. yang
alleycats jadi terkenal sikit..) -

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 10:31 PM | Show all posts

Reply #184 dexa's post

dexa!!!!!!!!!!
ai miss u very much!!!!!!:victory: :victory:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2008 10:35 PM | Show all posts

saya bet dia mesti nyanyi lagu in kat concert pengasih nanti...
memang BEST......... lagu seroja ni -



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2008 10:36 PM | Show all posts
Originally posted by crayzee at 2-4-2008 10:31 PM
dexa!!!!!!!!!!
ai miss u very much!!!!!!:victory: :victory:



cray!!!!!

u back now from jakarta??

i have missed you too  ---
so good to see your nic again -
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 10:40 PM | Show all posts

Reply #187 dexa's post

dah lama balik.......last year lagi
tak lepak bod mawi lagi ke?
abe ice semua ada lagi tau
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-4-2008 10:48 PM | Show all posts

Reply #188 crayzee's post

tadi ada cakap dengan dino...
and promised him to post there tonite...

saya tak masuk board mawi lama dah...
ingat sokmo kawan2 kat sana...

cray masuk lagi tak?
karang saya post kat thread borak sana tu..

abe ice masih masuk sana lagi ye...
i've missed him lots too -
teringat masa dulu.....
especially masa cerita pasal bulan puasa pengsan2 kan..
(tipooo sultan )
fun aje..

insyaallah - saya akan masuk board mawi lagi...

btw - mawi menang bintang popular.... eh
mesti ada sorang pakcik tu... 'gumbera'  eh..

* tapi saya tak suka la mawi dengan ekin tu...
(ingat lagi dulu siap ada thread tepung gomak.. gs )
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 10:51 PM | Show all posts

Reply #189 dexa's post

hehehe.....dah jodoh dia
sambung borak kat bod mawi je la

nanti abang dini marah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2008 05:34 AM | Show all posts
Tiket percuma konsert Amal Kasih

Beberapa hari saja lagi kita akan menyaksikan satu persembahan hebat gabungan dua ikon industri hiburan iaitu Jamal Abdillah dan Salem dalam Konsert Amal Kasih. Menjanjikan sebuah persembahan hebat selama tiga hari bermula 11 April ini, Jamal dan Saleem tentunya tidak sabar untuk membuktikan kehebatan mereka di atas pentas itu.

Bertempat di Dewan Pleno, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), konsert tersebut akan turut menampilkan penyanyi undangan seperti Datuk Ahmad Nawab, Blues Gang, Misha Omar, Aris Ariwatan dan Datuk Suhaimi Mohd. Zain (Pak Ngah).

Biarpun harga tiket yang dijual iaitu RM90, RM135, RM215, RM285 dan RM350 agak tinggi bagi sesetengah orang, tetapi buat penggemar suara emas Jamal Abdillah dan ingin mendengar serak basah Saleem, ia bukanlah satu halangan.

Demi membatu Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) untuk mengumpul dana dengan penganjuran konsert itu, apalah sangat bayaran tersebut. Yang lebih penting niat kita untuk membuat kebajikan melalui hiburan.

Suara Jamal sememangnya tiada tolak bandingnya. Begitu juga Saleem yang mempunyai keistimewaannya tersendiri. Namun begitu jika ada antara kita yang tidak berpeluang membeli tiket untuk menyaksikan konsert tersebut, Pancaindera ada caranya.

Sebagai menghargai sokongan pembaca selama ini, sebanyak 20 tiket percuma diberikan kepada pembaca bertuah Pancaindera. Caranya dengan membuat panggilan ke syarikat rakaman Warner Music pada 9 dan 10 April ini.

Talian akan dibuka selama sejam dari pukul 7 malam. Jika anda pemanggil bertuah, salah satu dari 20 tiket tersebut akan menjadi milik anda. Dengan syarat anda membawa album Memori Hit Jamal Abdillah dan juga keratan artikel ini untuk ditukar dengan tiket percuma di kaunter khas berdekatan pintu masuk dewan tersebut untuk persembahan pada 12 April 2008.

Jadi pastikan hari Rabu dan Khamis ini anda terus mendail talian 03-77212617 dan bercakap dengan Riz, Azreen atau Achik untuk merebut peluang tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2008 12:12 AM | Show all posts
Good things await Jamal after rehab
SUSHMA VEERA

KUALA LUMPUR: Things are looking up for evergreen singer Jamal Abdillah who is fighting drug addiction under a rehabilitation programme.
Despite a rocky ma riage, his wife, Fatimatuzahra Samat, 25, who retracted a police report against him last month over an alleged assault, has been visiting him at the Pengasih rehabilitation centre weekly with their one-year-old son, Ahmad Zaki Osama.

Is love back in the air? Not just yet as the spectra of a relapse still haunts the 48-year-old popular singer who hails from Ipoh, Perak.

揚eople like me have to be extra careful so as not to be burdened with stress, which can cause us to lose concentration on our recovery programme.

揑 need a recovery partner. Someone who is willing to sit with me through the programme for six months,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2008 12:30 AM | Show all posts
Yunus praises Jamal for recovery efforts

KUALA LUMPUR: Pengasih president Yunus Pathi says Jamal Abdillah has improved tremendously.
揟his time, Jamal is committed. Unlike before, he has been focused and communicating with his children more often.


揟his shows that he takes his recovery process seriously and also the needs of his children.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2008 06:42 AM | Show all posts
Jamal, Saleem sedia beraksi
Oleh ABD. AZIZ ITAR



JAMAL Abdillah (kiri) dan Saleem merupakan tonggak utama dalam
Konsert Amal Kasih yang akan berlangsung mulai malam ini.



KONSERT Amal Kasih yang akan berlangsung pada malam ini, esok dan lusa di Dewan Pleno, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pukul 8.30 malam bakal menyaksikan kemunculan dua penyanyi lelaki tanah air yang paling hebat ketika ini iaitu Jamal Abdillah dan Saleem.Pada konsert selama hampir dua jam setengah anjuran Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) itu, para peminat berpeluang menghayati alunan lagu-lagu popular yang akan disampaikan oleh dua penyanyi tersohor tersebut.

Menurut Jamal, konsert amal bagi mengisi tabung Pengasih itu juga akan menyaksikan dia dan Saleem saling bertukar-tukar lagu yang pernah mereka popularkan sebagai salah satu kelainan bagi menarik perhatian para peminat.

"Sebagai contohnya, saya akan menyanyikan lagu popular Saleem yang berjudul Gerhana Cinta Luka. Sementara, Saleem pula akan menyanyikan lagu saya yang berjudul Mati Hidup Semula.

"Saya rasa ia merupakan suatu kelainan yang cuba ditampilkan menerusi konsert ini. Sebelum ini pun, saya tidak pernah menyanyikan lagu-lagu Saleem, begitu juga dengan dia," katanya ketika ditemui pada sesi latihan Konsert Amal Kasih di KLCC malam kelmarin.

Jelas Jamal, kelainan yang cuba ditonjolkan pada konsert yang mengenakan harga tiket RM90, RM135, RM215, RM285 dan RM350 itu belum pernah dilakukan pada mana-mana konsert yang telah dijayakannya sebelum ini.

Malah, katanya, melalui gimik seperti itu para peminat juga tentunya dapat menghayati lagu-lagu tersebut dengan gaya, nada dan persembahan yang berbeza-beza.

"Setiap penyanyi tentunya mempunyai gaya penyampaiannya yang tersendiri. Begitu juga dengan kami. Jadi, tentunya akan tercetus kelainan apabila kami bertukar-tukar lagu.

Menilai"Daripada situlah para penonton akan dapat menilai persembahan kami dan melihat kelainan pada lagu-lagu yang kami dendangkan," ujarnya.

Sementara itu, Saleem semasa ditemui pada sesi latihan itu berasa berbesar hati kerana diberi peluang dan penghargaan untuk menyanyikan lagu popular Jamal Abdillah tersebut.

Ini kerana katanya, Jamal merupakan salah seorang penyanyi yang diminatinya sejak sebelum dia bergelar artis sehinggalah ke saat ini.

"Sebelum jadi penyanyi, saya selalu menyanyikan lagu-lagu Jamal di karaoke. Saya suka dengan lagu-lagu nyanyian Jamal kerana suaranya yang begitu bergemersik sekali.

"Saya seakan-akan berasakan lagu-lagu nyanyian Jamal juga kena dengan suara saya. Sebab itu, saya bukan sahaja tidak ada masalah, tetapi turut berasa bangga kerana dapat menyanyikan lagu popular beliau itu," katanya.

Dalam pada itu, penyanyi kumpulan rock Iklim ini juga tidak gusar jika timbul suara-suara sumbang yang akan membanding-bandingkan persembahannya dengan Jamal Abdillah pada konsert tersebut.

Tambah Saleem, dia bukan sahaja mengakui bahawa Jamal lebih senior berbandingnya tetapi turut menganggap penyanyi berasal dari Teluk Intan, Perak itu seperti abangnya sendiri.

"Saya membesar dengan lagu-lagu Jamal. Sebab itu, apabila diberi peluang berduet dengan Jamal menerusi lagu Terharu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Sweet Charity, saya rasa itu sebagai suatu penghormatan," ujarnya.

Selain Jamal Abdillah dan Saleem, penampilan istimewa Datuk Ahmad Nawab pada konsert yang diiringi 40 pemuzik orkestra itu juga tentunya akan menarik tumpuan ramai.

Ini kerana, pada konsert yang akan diiringi Orkestra Simfoni Kasih di bawah pimpinan komposer S. Atan itu, seniman itu antaranya akan mengiringi persembahan lagu Jamal dengan iringan tiupan saksofonnya.

"Saya akan meniup saksofon bagi mengiringi lagu nyanyian Jamal yang berjudul Seniman Menangis pada persembahannya itu nanti. Saya rasa lagu itu hanya dia sahaja yang mampu menyanyikannya.

"Nada lagu itu boleh dikatakan sangat tinggi hinggakan ketika hendak merakamkan lagu itu pun Jamal seperti tidak sanggup untuk menyanyikannya.

"Ini merupakan kolaborasi terbaru saya bersama Jamal selepas kali terakhir saya menerbitkan albumnya pada awal tahun 1990-an," katanya yang bersedia menyumbangkan lagu-lagu terbaru ciptaannya untuk album terbaru Jamal kelak.

Sementara itu, Box-Office Malaysia selaku penerbit Konsert Amal Kasih menarik nafas lega apabila lebih 60 peratus tiket untuk menyaksikan konsert itu sudahpun habis dijual kepada orang ramai.

Ali Bakar selaku Penerbit dan Pengarah Persembahan berkata, selain Jamal dan Saleem, konsert itu turut menampilkan ramai artis popular antaranya kumpulan Blues Gang, Misha Omar dan Aris Ariwatan.

Beliau juga melahirkan rasa terharu kerana semua artis yang terbabit telah memberi komitmen dalam usaha mereka untuk mengisi tabung persatuan itu yang digunakan bagi membantu memulihkan penagih dadah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2008 08:41 AM | Show all posts
Jamal, Saleem dah sedia





Penyanyi Jamal Abdillah dan Saleem sudah bersedia menghiburkan peminat pada Konsert Amal Kasih Jamal & Saleem di Dewan Pleno, KLCC mulai malam esok (11 April hingga 13 April 2008). Gambar-gambar ini dirakam semasa mereka mengadakan latihan akhir menjelang konsert amal istimewa yang bertujuan mengumpul dana untuk Rumah Pengasih.





Pasti bergegar dewan apabila Jamal dan Saleem beradu suara membuktikan kepada peminat masing-masing bahawa mereka punya keistimewaan tersendiri. Siapa lebih hebat? Tontonlah konsert mereka. Turut muncul Misha Omar, Blues Gang, Aris Ariwatan, Datuk Ahmad Nawab, Pak Ngah Suhaimi Mohd Zain dan Man Keedal. Tiket berharga dari RM90 hingga RM350. Mereka diiringi Orkestra Simfoni Kasih di bawah pimpinan S. Atan. Box Office di bawah Ali Bakar bertindak sebagai penerbit konsert.  



Misha berduet dengan Jamal.  


   
Man Keedal, Ahmad Nawab dan Steve Hassan
Thorntorn turut memeriahkan konsert.


----------------------------------------------------------------------------

tak sabar nak pergi malam ni.......  tak jumpa cari lagi review
yang last nite   - first show -

tapi malam ni lagi hebat  ada blues gang dan aris ariwatan juga!!
saya dah beli 1 ticket yang depan.. then menang 1 ticket free kat
KLFM.. semalam Kak Posh DJ klfm  bagi 2 ticket free tu.. ---
ingat nak ajak kawan kat forum tapi tak sempat lak.. nak contact
and stuff.. so will go with sister and her husband.. would be fun -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2008 08:18 AM | Show all posts


nak buat a bit review tentang concert amal kasih yang
saya pergi last nite -

sampai kat traders (saya park kat sana) so pergi KLCC ikut
traders hotel - dan yang paling terkejut tapi happy -
jamal dan pengurus dia pun sama2 dengan saya naik
elevator tu.. mula2 saya tak perasan dia - pakai baju hitam
carrying beg kulit sandang warna brown -- and he's wearing
sunglasses.. and we stood beside each other -
saya pandang dia  dan SHOCKED habis.. terus tanya -
abang jamal!! eh  ni awak kan.. punya la mcm terkejut jap -
handsomeeeeeeeeee jamal.. memang handsome sangat .. --
(saya terus cakap - you look so nice.. dia ketawa..) -
dia ketawa aje dan angguk.. then saya kata - all the best tonite
- dia kata - terima kasih.. then he was walking in front of me
masuk ke dewan plenary (dia pergi belakang pentas)  - masa sampai
ramai orang.. tapi rasanya tak seramai a night before (menurut kata
mc - first nite penuh..) last nite  3/4 lebih sikit... still kat belakang2
ada lagi yang kosong..   rasanya utk malam akhir ni penuh dewan -

anyway - lama gak nak tunggu start - by 9pm baru start sebab nak
tunggu menteri mana la pulak yang datang -  then bila start -
first -  lagu  NEGARAKU.......

yang mula2 keluar - Ahmad Nawab main saxaphone dgn 4 penyanyi latar -
lagu sudir 'Kasih'.. -  best  memang best dia main -

then - jamal dan saleem keluar ke pentas - saleem pakai suit putih
(god - so gayyyy     saya kalau tengok lelaki pakai semua suit putih
kasut putih..   or pakai jeans putih  macam .. so gay.. tapi of course
smart saleem malam tu..rambut dia nice sangat - pakai sunglasses -
jamal pakai baju hitam - macam military sikit suit dia memang NICE - and
wearing sunglasses too..)  - after introduction - yang funny bila jamal kata -
saya ni gagap sikit.. mmg la tergagap2 sikit mcm awed sebab sama2 kat
pentas dengan saleem.. depa baca ikut script tu yang saya nak gelak gak -
but it was nice welcome -

saleem nyanyi dulu - lagu: Hakikat Sebuah Cinta..  BEST.. suara giler.. best -
then lagu satu kesan abadi..  then lagu untuk wife dia -  juwitaku..
pastu dia nyanyi lagu merisik khabar - tapi ada yang tak sampai note --
then saleem kata --- malam ni maaf ada 'gangguan' sikit.. meaning
suara dia tak boleh tinggi sangat  -- but then  it seemed okay pula -

pastu jamal keluar jap -- saleem kata boleh ke jamal nyanyi lagu saya ni --
and then jamal nyanyi lagu  gerhana cinta luka --  god~!!!  sooooooo awesome -
saya rasa kalau jamal rakam lagu tu memang laku punya - suara dia best betul! -

then - saleem masuk balik jemput - aris ariwatan - saya tak pernah tengok this guy
nyanyi tapi  last nite saya dengar dia nyanyi  memang memang memang BEST -
aris nyanyi lagu..  eh saya pun tak tahu tajuknya tapi semua ada nada tinggi
dan suara dia sangat clear and very high too -  a good voice -

then dia dan saleem nyanyi lagu 'terharu'  - saya ingat jamal and saleem will sing  that
tapi aris and saleem - and it was nice.. -  tapi tu la - solo satu lagu aje dari aris -
then saleem nyanyi lagu  mati hidup semula - lagu jamal -  best juga saleem bawa lagu tu -
(tapi saya rasa jamal nyanyi lagi best.. )  - dia mentioned lagu tu mcm kehidupan dia
yang diberi peluang utk hidup semula..  

then blues gang keluar - nyanyi lagu blues dengan saleem - still got the blues - best!
then blues gang nyanyi lagu ibu --  pastu ito nyanyi lagu apo nak dikato - ito ni memang
best main harmonica sambil nyanyi lagu tu... saya suka ito ni... so just relax simple -

then - saleem nyanyi lagi - lagu  suci dalam debu - pastu baru jamal keluar nyanyi lagu -
aku penghiburmu..  then lagu madah seloka (i was hoping dia nyanyi lagu perpisahan tanpa
relamu)  - tapi lagu zapin tu memang best - S Atan yang cipta dan S Atan pun ada lead the
orchestra -  then dia panggil AN -  yang kemudian main lagu.. antara aku dan dia then lepas tu -
dia main lagu  samba calypso - MEMANG best - man kidal dan steve hassan thornton - best betul!!!!
saya suka betul music samba tu...

pastu jamal kata - ha  kalau saleem boleh nyanyi lagu blues - saya pun tak nak kalah!!  so dia nyanyi
lagu dengan blues gang - help make it through the night -  BEST! (before tu jamal kata - saya tak
pandai sangat nak nyanyi lagu inggeris al maklum makan belacan selalu... i like jamal - so humble
macam tu... but he just awesome..)  jamal bawa lagu blues best la -
then dia panggil misha omar... nyanyi lagu apa  saya tak tahu sebab saya tak minat makcik poyo ni-
then .. cakap ngada ngada.. flirt2 dengan jamal..

jamal tanya - misha - single ke - dia kata dah broke up 2 years dah.. then kira single la -
jamal pun kata masih single -
then misha kata : tapi saya ada anak - jamal jawab - saya ada 2 anak..
then misha kata : mak saya kata kalau nak cari calon suami kena ada 3 perkara ni:
satu - mesti ada kerja tetap -  then dia kata jamal 30 thn nyanyi so kira ada good income la
jamal anggukkan aje -
then dia kata mesti BAIK - yang ni poyo aje.. jamal kata  yup  SAYA memang baik    lol
then dia kata mesti PANDAI cakap kelantan :
terus jamal cakap kelantan :  pandai lak.. habis audience ketawa --  tange kawe kecuk  kena huje -
ketar  bade kawe  (ketar badan kawan)  - kelakar jamal ni...   

tapi saya rasa - jamal dan misha tak ada apa2.. kawan sama nyanyi aje.. jamal tak perlu benda2 ni..
kena focus nak getting better in his health dulu.. bila dah betul2 recover.. would be okay la --
lagi pun misha poyo aje..(dah tak minat memang la saya cakap camtu  ye..) --  anyway - depa nyanyi
lagu  sandarkan pada kenangan..  jamal ni  - first bait dah salah lirik... ishhhh tapi tak perasan sangat
sebab suara sedap - then satu tu aje dia silap lirik.. but they sang very well -
btw misha pakai baju poyo hitam..  dan seperti biasa lagu2 yang dia nyanyikan  dia selalu macam panggil2
orang dengan TANGAN dia macam kambeng aje..dan juga kaki dia macam nak start motor   aje --

then.. jamal nyanyi lagu - kekasih awal dan akhir... best betul!! - then dia panggil AN dan AN kata -
jamal ni penyanyi no 1 negara - suara yang sorang pun tak leh tanding  and everybody agreed!! --
memang gila  suara jamal...  then AN kata ni satu lagu dia cipta utk jamal 1989 /1990  dan dia kata
jamal tak nak nyanyikan mulanya - kata takut tak mampu sebab all high note-- tapi  jamal nyanyi juga
'seniman menangis'  dewan diam aje bila dengar jamal nyanyi lagu tu... sebelum tu jamal kata: penyanyi ni mcm
politician.. kat luar - kena selalu turun padang kat public..tapi  bila balik rumah dalam bilik  tinggal
sorang2.. dan lonely..  sedih pulak bila dengar jamal cakap camtu... --  best tul suara dia - tinggi camana
pun... suara tetap best... dan he can sing high note  macam tak ada problem..

anyway - last sekali saleem keluar pentas nyanyi lagu GANU KITE... best ... happy aje... then jamal keluar
nyanyi lagu  SEROJA.....semua diam... dengar... best jamal! -
last -  jamal dan saleem dan AN (saxophone) nyanyi lagu  jeritan batinku... memang brilliant!! -
lepas tu both kata - depa rasa better - tak perlu guna dadah untuk menyanyi dan rasa better
in healthwise...  bagus betul begitu!!  hopefully di doakan begitu sentiasa --

pastu - panggil aris ariwatan...yg kelakar - aris tanya - kenapa korang berdua ni pakai sunglasses..
saleem kata - mata dia ada ketumbit..lol.. then dia kata sebenarnya dia malu nak pandang orang
kat depan..  jamal lak kata - sebab glasses tu - kira macam utk new approach.. juga part of the
uniform (kelakar part tu..).then  3 of them nyanyi lagu  kepadamu kekasih.. (tapi saya rasa macam depa
tak sure sapa ambil phrase mana.. ) although tak obvious sangat tapi saya perasan.. mcm ada slack sebab
ada part yang depa not sure....who will sing.. --  all in all - ketiga2 nyanyi dengan bagus sekali --

last sekali  -- panggil semua artis yang terlibat - nyanyi lagu  kasih .. (yang tak ada -  misha omar) -

OVERALL -  one of the best concert  i've been -  memang worth it!!
(the downside - rasa macam saleem nyanyi lebih banyak dari jamal.. tu yang
saya rasa  sedih sikit la... wish jamal nyanyi lagu2 dia yang lain best  macam
penghujung rindu..

*btw memang peminat jamal tersentuh bila jamal kata... terima kasih kerana
percaya kat dia dan dia masih dalam recovery... then jamal kata pasal cinta2
ni dia tak boleh buat benda2 tu lagi sebab dia kena recover dulu.. then he thanked
yunus pathi (yeop) yang selalu counsel dia - jamal kata nak cakap kat phone pun
kena tapis.. sebab tak dibenarkan orang2 dan pengaruh luar..  he is doing better
actually - jamal is very brave.. and after 30 years - still numero uno  still no one
can replace his voice  his aura.. jamal is the one and only! -

** oh btw AN = Ahmad Nawab  bukan best friend Dtec  tu -


[ Last edited by  dexa at 13-4-2008 08:33 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 12:10 PM | Show all posts
jamal dah jatuh hati mat mehah dah pulak dah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 12:10 PM | Show all posts
jamal dah jatuh hati mat mehah dah pulak dah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2008 06:03 PM | Show all posts

Reply #198 haq89's post

tak adanya.. memang jamal mentioned masa kat stage di concert..
but knowing jamal.. benda2 cinta macam ni.. bukan dia buat luahan
public... in fact last nite both sendiri cakap - kita saja aje cakap begini -
tapi tak ada makna apa apa -

then jamal mentioned - dia tak ada masa nak bercinta2 buat masa sekarang-
kerana jamal nak focus untuk heal dan recovery...  tu yang lebih penting
pada dia -

misha bukan saje muda sangat utk jamal tapi perangai poyo camtu.. tak yah la
bukan senang pun nak hadapi relationship dengan somebody mcm jamal..
tengok perangai misha macam tu.. tak kan punya dapat hadapi situasi relationship
kerana jamal - kalau kita baca personality dia dan apa yang dia dah tempuh -
bukanlah seorang yang mudah..  very loner, very sensitive too -
misha wont be the person.. in fact saya harap jamal tak payah la pilih dari kalangan
artist yang mana kebanyakkannya pun perangai macam kambing -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2008 10:34 PM | Show all posts
Jamal, Sheila rai Hari Ibu, Bapa 31 Mei
Oleh Rozdan Mazalan

APAKAH yang bakal berlaku apabila raja pop bertemu ratu jazz? Gabungan ini bakal melahirkan satu Perjalanan Cinta antara Jamal Abdillah dan Sheila Majid sempena meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa bulan depan.


Konsert istimewa yang dianjurkan Mahir Entertaiment & Production yang bakal berlangsung pada 31 Mei ini bertempat di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur diadakan bagi meraikan mereka yang tersayang.

Pengarah Urusannya, Nor Mahiran Yusoff berkata, konsert yang mengangkat tema Cinta dan Kasih Sayang sengaja diadakan pada sambutan Hari Ibu dan Bapa kerana nostalgia ini mampu meninggalkan kenangan buat semua yang hadir.

揥alaupun ia diadakan pada bulan meraikan Hari Ibu dan Bapa, namun kita mahukan hari yang bersejarah ini dikongsi bersama mereka yang ingin meraikan ulang tahun perkahwinan, pertunangan, pasangan kekasih dan siapa saja.

揃agi menepati konsep Cinta, maka tentunya kami merancang suasana dewan dan hiasan pentas yang romantis sambil menikmati hidangan makanan di bawah cahaya lilin dan dibuai dengan dendangan lagu daripada Jamal dan Sheila.

揑ni adalah gabungan pertama walaupun keduanya mempunyai genre muzik yang berbeza namun kami yakin bakal melahirkan satu persembahan yang unik dan bakal meninggalkan kenangan indah buat tetamu yang hadir,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2008 07:42 AM | Show all posts
Masalah peribadi ganggu Jamal
Oleh AQMAR ALLADAD


hensem nya Jamal  -


ENTAH di mana silapnya, persembahan penyanyi Jamal Abdillah di depan 600 penonton sempena Minggu Setiausaha 2008 Quality Hotel City Centre kelmarin kelihatan sedikit terganggu.

Seperti ada yang tidak kena rentaknya apabila penyanyi itu dilihat tidak seperti Jamal Abdillah yang biasa kita saksikan di pentas-pentas hiburan.

Persembahan Jamal juga mengecewakan sebahagian penonton kerana penyanyi ini tidak banyak berinteraksi sehingga penonton terpaksa 'menjerit' namanya untuk turun

dari pentas.

Jamal yang memahami kehendak peminatnya hanya meluangkan masa seketika sahaja di ruang penonton sebelum kembali ke pentas dengan cukup pantas.

Dan memang benar bagai yang ditelah, penyanyi tersohor itu mempunyai alasan tersendiri untuk menjawab persoalan yang mungkin bermain di benak fikiran rata-rata penonton yang datang untuk berhibur sempena majlis tersebut.

Jamal mengakui pelbagai masalah yang melanda dirinya akhir-akhir ini menyebabkan tumpuannya di pentas terganggu.

"Maafkan saya. Buat masa kini saya kurang senang untuk berkomunikasi dengan penonton. Macam-macam masalah yang saya sedang fikirkan," kata Jamal memohon kemaafan di atas kelemahan dirinya itu.

Tambah penyanyi ini, "Lagipun saya juga mempunyai sedikit masalah gagap. Itulah puncanya saya hanya turun sekejap sahaja untuk bermesra dengan penonton," katanya pada sidang media selepas mengadakan persembahan.

Dengan raut wajah yang agak kelesuan, Jamal mengakui kesilapan lupa lirik dalam persembahannya itu disebabkan oleh beberapa masalah peribadi yang dialaminya.

Sebagai manusia biasa, Jamal mengakui sedang dalam tekanan apabila kisah peribadinya sedang dibicarakan ke muka pengadilan.

"Kes perceraian saya merupakan tragedi paling berat dalam kehidupan, ini yang menyebabkan terjejasnya sedikit persembahan saya.

"Kita sebagai manusia tak boleh lari dari kesilapan dan bukan senang untuk menjadi penghibur. Kita kena ingat lirik, tempo dan paling utama perasaan penonton ketika menyaksikan persembahan walaupun dalam masa yang sama kita sedang berhadapan dengan masalah," ujarnya mohon dimengertikan.

Jelas Jamal, bagi tidak menghampakan penonton, dia lebih selesa untuk fokus kepada nyanyian yang dipersembahkan serta memilih lagu yang berkonsepkan ceria.

Menyentuh soal peribadi, iaitu kes perceraiannya baru-baru ini, Jamal enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Kepadanya apa yang terjadi adalah ketentuan takdir dan dia menghormati apa juga keputusan yang bakal mendatang.

"Saya tak mahu komen apa-apa, biarlah mahkamah yang menentukan segalanya.

"Buat masa kini saya perlu menjaga hati anak-anak saya supaya masa depan mereka tidak akan dicemuh oleh masyarakat," katanya.

Walaupun tidak dapat memuaskan hati penonton sepenuhnya, namun ternyata Jamal bijak mencuri hati penonton dengan mendendangkan lagu-lagu yang mampu menambat hati peminatnya.

Antara dendangan lagu yang mendapat tepukan gemuruh dan sorakan penonton ialah medley daripada filem lakonan Seniman Agung, P.Ramlee seperti Madu Tiga dan Bunyi Gitar.

Selain itu, lagu yang sememangnya dinanti-nantikan oleh penonton seperti Kekasih Awal Dan Akhir, Penghujung Rindu dan Keluhan Perantau telah menggamit hati mereka yang menonton acara berkenaan.

-------------------------------------------------------------------------------


saya rasa bukan pasal kes mahkamah aje yang ganggu jamal punya
concentration tapi all these buahaha dengan penyanyi poyo misha
omar tu.. saya rasa jamal doesn't need all those rubbish and garbage
gossip yang bukan nya dapat improve kan lagi kesihatan dan mind dia
- biarlah jamal low profile dulu.. just nyanyi dalam mana2 jemputan
exclusive macam hari ibu tu..  saya harap tak payah la jamal buat
interview sana sini  yang mana reporter saje aje nanti tulis bukannya
yang baik2 pun or yang positive - lagi mengata mengeji menyindir -
concentrate in healing yourself jamal.. and get in touch more
within yourself --  and do the best whenever you have to give
performance --   

peminat jamal sentiasa doakan kebahagiaan dan semoga sembuh
and take your time  to do that - tak payah hurry --
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 01:10 AM | Show all posts
jamal no. 1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.165479 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list