CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: valkries

Jalan Seremban - Kuala Pilah

[Copy link]
Post time 31-7-2009 08:30 PM | Show all posts
69# keane


skrg ni pun kalo kete dopan slow sket..mulo lah berekor kek blakang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2009 12:24 PM | Show all posts
baca benang ni rasa mcm nak balik kg laa pulok.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2009 09:10 PM | Show all posts
baru den lalu tadi

tak byk progress
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2009 06:53 PM | Show all posts
kok x siap sobolum ghayo alamat bersosak la nanti
keane Post at 30-7-2009 16:11


jangan  ngarap sangat lah, den ghaso memang tak siap pun sebolum rayo ni.... dah dio janji kono siap 2010, jadi tunggu yo lah sampai 31/12/2010 (masih 2010 laie tu kan.... ).... yg ponting janji siap. Pado 1/1/2011...buleh lah kito lalu gheghamai tuk cubo try test jalan baru tu... tapi jangan ghamai bonar plak, kang tak pasal2 jem plak tetongah bukit tu kang..... golo de'eh... menchieh poloh den.... .
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 11:19 AM | Show all posts
Melaka & Negeri Sembilan: Jalan Bukit Putus berwajah baru

KUALA PILAH: Kerja menaik taraf dan meluruskan Jalan Bukit Putus, laluan dikenali sebagai jalan maut di negeri ini berikutan keadaannya yang sempit dan bengkang-bengkok serta bercerun curam, dijadualkan siap selewat-lewatnya Oktober ini.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Dr Roslan Md Taha, berkata kerja membina laluan tiga lorong dengan dua lorong mendaki sepanjang 6.9 kilometer dari persimpangan Senawang ke hentian rehat dan rawat (R&R) Ulu Bendul itu, sudah lebih 80 peratus siap.

"Mengikut jadual, kerja menaik taraf dan meluruskan itu sepatutnya siap pertengahan tahun ini tetapi disebabkan beberapa faktor, termasuk jentera khas yang digunakan untuk menarik rasuk bagi membina jambatan, digunakan di Terengganu, menyebabkan kerja tergendala.

"Namun, kerja membina tiga daripada lima jambatan sudah siap, manakala dua lagi, termasuk yang paling panjang dan kedua tertinggi di negara ini selepas jambatan yang dibina di Cameron Highlands, masih dalam pembinaan," katanya di sini.

Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM110 juta bagi kerja menaik taraf dan meluruskan laluan berkenaan bagi memberi keselesaan kepada pengguna sejak pertengahan 2006.

Bagaimanapun, kerja itu tidak membabitkan jalan sedia ada, sebaliknya menggunakan jajaran baru yang merentasi kawasan Hutan Simpan Gunung Berembun yang turut membabitkan pembinaan lima jambatan, termasuk satu jambatan sepanjang 282 meter dan 48 meter tinggi.

Roslan berkata, pihaknya tidak bercadang untuk menutup laluan lama selepas kerja meluruskan dan menaik taraf laluan baru itu siap, sebaliknya ia akan dibuka dan terus diselenggara seperti biasa.

"Baru-baru ini, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM6 juta bagi membaiki lebih 20 lokasi tanah runtuh yang dikesan berlaku di laluan lama akibat hujan lebat dan sebahagian kerja berkenaan sudah disiapkan.

"Kita akan terus menyelenggara laluan berkenaan kerana ia boleh menjadi laluan alternatif kepada pengguna selain membantu mengurangkan kesesakan, terutama pada cuti hujung minggu dan hari kelepasan am," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 11:19 AM | Show all posts
nampak ehh..rayo ni bersosak la kito..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2009 01:07 PM | Show all posts
nampak ehh..rayo ni bersosak la kito..
nizam_syah82 Post at 18-8-2009 11:19


balik la awal..
akak selalu blk kul 6 pg x do bersosak2 do..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 05:39 PM | Show all posts
apo cito jalan baru ni?
konfom x sompek siap sobolum ghayo...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2009 09:32 AM | Show all posts
jalan baru xleh guna lg ke..br blik serting 2 minggu lps..mcm dh nk siap..nmpknye bersosak la kito kek bukit putus tu haa..den xsuko..3 bln lopeh..den naik bas,jem kt petronas b4 naik bukit putus tu 2 jam..sbb JKR tongah btolkan jalan..ni ghayo..xtau la bapo lamo den bertapo kek bukit putus tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 03:56 PM | Show all posts
besok malam den lalu jalan ni wei..jangan la sosak kek situ..yang ponting jangan ado eksiden..jangan ado keto, luri rusak..ado rusak sebijikk..mau sampai ke trepik light senawang jem ehh...macam den balik 2 tahun lopeh...sampai banyak keto melepak topi jalan ..tido dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 12:55 PM | Show all posts
Melaka & Negeri Sembilan: Jalan Bukit Putus berwajah baru

Baru-baru ini, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM6 juta bagi membaiki lebih 20 lokasi tanah runtuh yang dikesan berlaku di laluan lama akibat hujan lebat dan sebahagian kerja berkenaan sudah disiapkan
nizam_syah82 Post at 18-8-2009 11:19


ini yg apak den kato, sebona ee, kos tu cumo 2 juta yo.
4 juto tu tah pi 'repair' apo la agak ee.

laki den gomar lalu bkt putuih ni, putus pass kato ee, ala2 initial d versi pilah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 01:30 PM | Show all posts
Bilalah jalan baru nih nak siap. Hari tuh lalu bukit putus jem giler dari traffic light tasik jaya. Ramai org pilah rupo eh..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 03:50 PM | Show all posts
org pilah ni dah ghamai merantau

agak eh jalan tu akan siap 7 kali ghayo lg kot
tak termasuk ghayo aji tau
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2009 10:04 AM | Show all posts
kono doakan ado pilihanraya kek bolah2 pilah/bahau.

baru la lokeh sikit siap ee.

yo la, takkan org umeno semua tu nak bepusu kek bukit putuih tu, kok terojun gaung lak kang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2009 10:25 AM | Show all posts
den balik ari jumaat malam ke pilah..sampai area bukit putus kul 12.30 malam gitu..jalan clear...syukurr...timing den cantekkk
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 12:52 PM | Show all posts
takdo ghupo nak siap pon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2009 09:30 AM | Show all posts
Laluan di Bukit Putus dibuka

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
[email protected]

SEREMBAN 12 Okt. - Laluan baru Jalan Seremban-Kuala Pilah di Bukit Putus di sini akan dibuka kepada orang ramai pada 19 Oktober ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pembukaannya bersempena dengan hari pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 26 Oktober.

"Ini yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Negeri Sembilan. Alhamdulillah laluan ini sudah boleh digunakan pada Isnin depan.

"Pembinaannya sudah siap sepenuhnya cuma memerlukan kerja-kerja akhir seperti meletakkan penanda jalan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke jalan Bukit Putus itu hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri (JKR), Ir. Dr. Roslan Md. Taha.

Mohamad menambah, jalan tersebut akan dibuka sehingga 30 Oktober sebelum ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja akhir pembinaan diteruskan kembali.

"Jalan ini akan ditutup sementara selama beberapa minggu bermula 30 Oktober dan kelak akan dibuka terus bagi pengguna sebelum Hari Raya Haji ini," tambah beliau.

Mohamad menambah, kerajaan negeri sangat berpuas hati dengan projek pembinaan jalan tersebut yang disempurnakan dengan baik termasuk dari segi kualitinya.

"Kerajaan negeri amat sukacita dan gembira akhirnya tercapai hasrat kita selama 40 tahun menunggu jalan ini selain ia dibina dengan amat baik dari segi kualiti dan mempunyai pemandangan sekitar yang cantik," kata beliau.

Tambah beliau, laluan yang bakal menjadi mercu tanda terbaru negeri itu akan turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti kawasan rehat yang lengkap dengan stesen minyak, restoran dan surau.

"Pelbagai kemudahan awam itu diharapkan membolehkan laluan ini menjadi salah satu lagi produk tarikan pelancongan negeri," tambahnya.

Mengenai kelewatan pembinaan jalan tersebut, kata Mohamad, kerajaan negeri meletakkan syarat yang tinggi bagi memastikan projek tersebut dilaksanakan dengan berhemah tanpa menggadaikan alam sekitarnya.

"Jalan ini dijangka dibuka sebelum Hari Raya Aidilfitri dulu tetapi memandangkan proses pembinaan jalannya membabitkan lima jambatan termasuk salah satunya yang kedua paling panjang dan tinggi di negara ini selepas di Ulu Perak, ia perlu dilakukan berhati-hati.

"Kerajaan negeri meletakkan syarat yang tinggi kerana kita juga mesti fikirkan alam sekitar terutama di kawasan Gunung Berembun yang sudah kita wartakan sebagai kawasan tadahan air. Sebab itu kita bina jambatan tersebut dan tidak perlu menimbun gaung atau sungai," jelas beliau.

Laluan baru ke Kuala Pilah dari Seremban itu yang melibatkan jarak 7.5 kilometer dan mempunyai lima jambatan akan mengelakkan kesesakan teruk yang berlaku di kawasan berbukit di Bukit Putus, Kuala Pilah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 01:43 PM | Show all posts
"Jalan ini dijangka dibuka sebelum Hari Raya Aidilfitri dulu tetapi memandangkan proses pembinaan jalannya membabitkan lima jambatan termasuk salah satunya yang kedua paling panjang dan tinggi di negara ini selepas di Ulu Perak, ia perlu dilakukan berhati-hati.

teringin aku nak tengok hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 01:45 PM | Show all posts
tak pasal2 aku ubah laluan dari lalu bukit tangga ke bkt putus...yolah nak tengok kan
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 08:30 PM | Show all posts
88# Syd


dh agak dh...jln ni mesti akan dibuka sempena pertabalan yamtuan punyer...td lalu diorg dh tarkan jalan kek UB tu...kek somban tu dh siap cat pun..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.099242 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list