|
main bola seri
main takraw seri
semua permainan main seri
keputusan seri
seri kena buat keputusan seri
kerana seri dipandang adil
kerana seri dikira ada peluang
kerana seri kejayaan masih ada
memang seri |
|
|
|
|
|
|
|
baba
kakak ingat lagi mak cita,
masa kakak baru lahir,
kakak tak leh hidup lama,
hayat kakak, tak lama,
sebab kakak terlalu lama dalam perut mak.
baba,
kakak ingat lagi mak cita,
baba nangis tak henti-henti,
hari2 baba doa,
hari2 baba solat hajat,
supaya kakak boleh hidup,
boleh mellihat dunia,
boleh menghirup udara dunia.
baba,
kakak ingat lagi mak cita,
baba janji dengan allah,
kira kakak hidup,
baba akan didik kakak,
jadi orang yang bergunan dan solehah,
itu janji baba dengan allah.
baba,
kakak ingat mak cita,
bila kakak dah buka mata,
baba orang paling gembira,
baba panjatkan doa kesyukuran.
sampai kini...
baba tak pernah pukul kakak,
baba kata ngan mak tak sampai ati
sebab teringat masa kakak kecik2,
baba sayang kan kakak.
baba,
kakak terharu dengan cita mak,
kakak nangis dengan cita mak,
tak sangka baba begitu menyayangi kakak.
kakak sayangkan baba |
|
|
|
|
|
|
|
seri
kenapa plak seri
mana aci seri
aku taknak seri2
seri pakai ssari
nampak cam pari2
heheheh hampeh cam kari.
:lol |
|
|
|
|
|
|
|
seri kena ikut seri
seri apakan daya
seri pilihan adillah ke seri
jadi seri sudah memadai
seri ..... seri tetap seri
kalau tak percaya
tanyalah seri
sapa yang bernama seri
seri aji |
|
|
|
|
|
|
|
holland seri
germany seri
bukan holland seri
belanda seri ngan germany
mana lebih baik
seri atau kalah mati |
|
|
|
|
|
|
|
Sajak: Pergilah
Pergilah...
sedari dulu telah ku mengerti
tapi mengapa harus semakin hari
diri ini disakiti...
ku genggam rindu, debu yang tercicir
ku sambut sayang.... racun yang ku belai
begitu mahalnya nilai kebenaran
hingga ikhlas tegar ku gadaikan
aku rindu..
aku pilu..
aku luka...
aku kecewa...
terima kasih pada kecewa
kau jadikan aku lebih dewasa
pergilah...
tiada apa untukmu di sini
bayangnya hilang debunya terbang
bahagia menantiku di hilir sejati.... |
|
|
|
|
|
|
|
sama kita seri
seri kali ini
lain kali aku tak nak seri
mesti menang lain kali
nak ucapkan tima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
pergi
nyah dari sini
benci aku
benci sama kamu
benci aku
meluat aku
pergilah
kalau tidak ko akan menyesal |
|
|
|
|
|
|
|
Puisi Kasih Sayang
Kasih-sayang mewangi antara kita
Terjalin rapi dan indah di taman kasih
Kuntum mekar sentiasa segar & suci
Walaupun ribut taufan melanda
Kuntum mekar tetap utuh ditangkai
Kuntum mekar sentiasa menghiasi taman kasih
Semoga ALLAH SWT meredhai taman kasih
Ciptaan manusia lemah, hina & dina
Jika ALLAH SWT mengizinkan taman kasih
Tetap harum mewangi hingga akhir zaman
Ucapan alhamdulillah syukur kepadaMU, Ya ALLLAH |
|
|
|
|
|
|
|
Siapakah kau sebenarnya?
Siapakah kau sebenarnya???
Persoalan ini sudah lama bersarang dibenak fikiranku ini
Alangkah bagus kalauku dapat menjawabnya
Sedangkan ku tidak tahu siapakah kau sebenarnya???
Lidahku kelu untuk bertanya
Untuk melontarkan pertanyaan itu
Yang telah melayanku
Sebagai seorang teman biasa
Kau banyak menolongku
Dengan pelbagai masalah
Kau juga kerap berada disisiku
Apabila ku melanda kekecewaan
Aku masih tidak mengerti
Adakah kau hanya menggagapku
Sebagai seorang teman biasa
Ataupun sebaliknya
Aku sendiri tidak tahu
Adakah aku menggagap kau sebagai
Seorang teman biasa
Seorang sahabat karib
Ataupun seorang kekasih
Yang aku tahu
Aku sangat menyintaimu
Serta merinduimu
Kaulah yang telah mencuri hatiku ini
Dan telah membawaku kearus percintaan
Tapi malangnya
Aku tidak tahu siapakah kau sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
|
MAK
Mak,
Indah, memang indah,
Antara berjuta kata di dunia,
Mak adalah kata yang terindah,
Duka, riang dan tawa,
Pasti mak yang terlintas di kepala,
Mak,
Kalau ku punya kuasa,harta dan segalanya,
Pasti....aku pasti,
Mengangkatmu membina takhta yg terindah,
Tapi...sayang...aku anak,
Yang tak punya apa,
Cuma, Ku punya kasih bersulam sayang,
Jauh...terperosok dalam hati yang pincang, |
|
|
|
|
|
|
|
K.A.U
Kau, hadir bagaikan setetes empun dipagi hari Yang dapat menyejukkan hatiku disaat daku sedang gundah Kau, bagaikan sebuah lilin ditengah gelapnya malam.. Yang mampu menerangi jiwaku dari kekelaman hati ini Kau mampu membangkitkan semangatku yg telah lama hilang... Kau mampu merasuki setiap sudut hati ini Kau mampu menguasai jiwaku dalam ketidakpastian Kau adalah separuh jiwaku Karena kau'lah aku merasa terlahir kembali Namun hadirmu hanyalah tuk' sementara Disaat aku terlelap dalam lamunan, Disaat daku terhanyut membayangkanmu Berkhayal tentang dirimu Dan disaat itu pula Fajarpun datang memamanggilmu pulang.. Kini tinggallah aku bersembunyi dibalik angan.. bagaikan seekor kumbang yg sedang menanti sang rembulan akupun kembali terhanyut dalam kegelapan dan selalu menantimu kembali tapi aku tak tahu apa yg harus kulakukan..?? Yang kutahu adalah menunggu dan teruuuss menunggu Hingga pada akhirnya nanti, Akupun harus ..PULANG>>!! |
|
|
|
|
|
|
|
Abadi Selamanya
Kenangan lalu menjelma,
Sehingga aku terlena,
Dikala aku dan kau bersama,
Dikala kita bahagia,
Cintaku padamu takkan pernah pudar walaupun sedikit,
Kerana kehadiranmu bagai mentari yang menyinari dunia,
Hati ini masih lagi percaya bahawa kita kan bersama,
Walaupun aku ketawa, sebenarnya aku menangis.. menangis tanpa air mata,
Menangis kerana kehilanganmu,
Tiada siapa dapat menandingimu,
kerana dirimu & namamu telah terukir dihatiku..,
ABADI SELAMANYA |
|
|
|
|
|
|
|
Pak
sekelumit cinta
dan sayang
menyelemai hasrat dihati
menjadi penyelamat dikala aku memerlukan pertolongan
Pak,
kasih sudah bersemi
mengharap sebutir permata
yang hilang dalam sepi |
|
|
|
|
|
|
|
Diketika Kau Terlena
Diketika kau terlena
wajah mu tidak lari seperti bayi kecil
sempurna tanpa himpunan dosa
nyenyak tanpa memikirkan apa-apa
hingga kasih ku jatuh ke atas mu
dan tidak mahu aku mengutipnya semula
Diketika kau terlena
mataku tidak berganjak dari raut wajah mu
dikala inilah
bisikan syaitan jauh tidak kau dengarkan
dihadang dengan cerita-cerita mimpi yang kau rekakan
dan itulah yang membuatkan kau begitu ayu
dimalam yang larut ini
Tidurlah sayang
jangan dibuka kelopak mata mu
buka bila hanya kau mahu
masih ada kesempatan
untuk kau panjangkan perjalanan mimpi mu
kerana apabila mata mu ditikam sinar pagi
dunia yang penuh ranjau ini
harus pula kau tempuhi |
|
|
|
|
|
|
zaireena This user has been deleted
|
mungkin...
semuanya sudah berakhir dengan kesudahan...
sehingga....
sudah tiada lagi kegembiraan..
sudahlah..
usah difikirkan lagi kesudahannya...
kerana...
kau akan menyusahkan hingga tiada penyudah.. |
|
|
|
|
|
|
|
seri
dalam makanan
seri pada muka
seri pada wajah
seri dalam masakan
seri dalam permainan
hidup ini penuh dengan
seri
jadi serilah penyeri
hidup ini |
|
|
|
|
|
|
|
Telah Kau Temui Bunga yang Baru
Puaslah sudah aku maafi
Kesilapan mu yang berulangkali
Kini cukup sudah rasanya
Hati ku luka berdarah
Biarlah ku tutup pintu hati
Walaupun rindu tetap bersemadi
Senanglah hati mu kini
Membiarkan aku seorang diri
Terlantar sendirian dikapan penderitaan
Menaggung tangisan yang berpanjangan
Kejujuran dan keikhlasan
Cinta serta kasih sayang
Ku serahkan segalanya utk mu
Namun kau balas pula dengan sejuta kelukaan
Seribu kepiluan
Tidak akan aku terima diri mu kembali
Kerna ku tahu cinta mu bukan cinta sejati
Apalah ertinya cinta mu yang berdasarkan simpati
Bukanlah ia sekuntum cinta abadi
Kau saluti kabus-kabus dusta
Pada setiap janji yang kau lafazkan
Kau hanyutkan aku dalam belaian asmara
yang sebenarnya lautan lara
Kau biarkan aku dibuai mimpi indah
Mimpi yang sebenarnya akan berakhir dengan darah
Kau beri ku sentuhan manja
Padahal ianya racun berbisa
Kau terlalu penyayang hinggakan mudah utk kau berubah hati
Kasih sayang mu dapat ku ibaratkan
Senang menyayang senanglah berpaling pergi
Masih ku ragu akan kesetiaan mu
Ramai mangsa telah kau jerat
Lalu kau lepaskan mereka dengan setakat
Bekal kelukaan di hati
Seandainya kau terluka suatu hari nanti
Anggaplah itu sebagai suatu balasan
Balasan untuk dijadikan pelajaran
Tapi mungkin tidak akan kau sedari
Kehadiran balasan itu sebenarnya untuk membangunkan mu
Kerna kau lena dibuai perasaan
Perasaan mu yg dibelenggu nafsu
Sering kau persalahkan orang di sekeliling mu
Kau kata merekalah punca hati ragu mu
Cerminkanlah diri mu sendiri
Kaulah yg mengaburi kepercayaan mereka
Bangunlah sayang dari alam fantasi mu
Dunia ini adalah nyata
Sayang ku, maafkanlah aku
Sepertimana dapat aku memaafkan mu
Izinkanlah aku mengikuti angin lalu
Untuk pergi mempelajari menyintai orang baru
Kau jua tahu, Ku tidak mengerti
Bagaimana untuk menyintai orang lain
Selain dari diri mu sayang. |
|
|
|
|
|
|
|
Kau Tetap Kesayanganku
Tika kini hembusan bayu menari-menari,
Tika beginilah kerinduan mencengkam disanubariku,
Teringatku tika kita bersama,
Diwaktu kita sama-sama menyusuri kehidupan bersama,
Ah.....Tak sanggup rasanya kumengingat kembali saat itu,
Seksa rasanya hati ku...
Kenangan itu benar-benar menguji kekuatan cintaku padamu,
Ketahuilah sayang disaat kita berjauhan inilah akan ku buktikan,
Betapa teguhnya kasih kupadamu,
Sayang yang tiada penghujung, |
|
|
|
|
|
|
|
Puisi Air Dengan Batu
seorang insan
mengorak langkah lesu
satu demi satu
di alam hampa suara
di bawah pancaran suria
air riang berkocak, berombak
sekali-sekala melanggar batu
yang hening
hanya bertenggek di tebing
air memula bicara:
"sampai hati kau
menyerap kedinginanku!
sedangkan kau
hanya membatu"
tangkis batu:
"aku adalah batu
apa salahnya aku membatu?
bukankah kau air
yang mengalir?"
air setuju:
"betul juga kata kau tu.
namun tidakkah engkau lesu?
hanya terduduk terpaku di situ
sementara aku bebas
merantau segara luas?"
bantah batu:
"merantau katamu?
ah! kau hanya merambu
bergelombang tidak menentu
apa salahnya aku berkhali?
diam batu pun boleh berisi!"
"tapi kau tak maju.
'kan sekarang Melayu dah Baru?
kalau tercongok sahaja di situ
lebih baik kau ikut aku!"
"memang kau generasi Baru.
seusang-usang aku membatu
aku bukan sepertimu
yang hanya mengikut kata angin
yang berhembus dingin.
walaupun bungkam
aku sudah banyak makan garam.
kau?
kau hanya air tawar yang laram"
air masih berkocak di tebing
angin bertiup semakin nyaring
air naik melasah tebing
angin berdekah-dekah mengiring
"rasakan kau, batu deging!"
batu tidak bersuara
hendak menggeleng tiada kepala
hendak menggolek tiada tenaga
maklumlah, dah tua bangka.
hanya dapat berdoa sahaja.
insan itu naik bosan
lalu meninggalkan ruang itu
membawa pulang pengajaran
bicara air dengan batu. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|