Anda menggemari buah-buahan sitrus yang masam dan enak? Apa kata sediakan salad yang penuh dengan buah oren, limau gedang dan juga delima pada hujung minggu ini.
Sesuai dinikmati dengan cuaca yang panas. Simpan dalam peti sejuk kemudian nikmati sewaktu dahaga. Memang melegakan sangat!
Tak perlu dicampurkan dengan apa-apa kerana gabungan buah-buahan ini akan menghasilkan jus yang sangat menyegarkan.
Bahan:
Buah oren
Limau gedang
Delima
Cara-caranya:
1. Kupas buah delima dan ambil bijinya, masukkan ke dalam mangkuk. Perahkan buahnya agar menghasilkan jus ke dalam mangkuk.
2. Kupas buah oren dan hiris isinya. Masukkan ke dalam mangkuk yang sama.
3. Akhir sekali kupas limau gedang dan hiris isinya. Masukkan kesemua ke dalam mangkuk tadi.
4. Gaulkan ketiga-tiga buahan tadi agar sebati. Sedia dihidangkan! - CARI Infonet