CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7648|Reply: 74

[Tempatan] Pekerja asing tuntut kenaikan gaji akibat kejatuhan nilai ringgit, kata majikan

[Copy link]
Post time 5-2-2016 09:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 5-2-2016 01:38 AM

Pekerja asing tuntut kenaikan gaji akibat kejatuhan nilai ringgit, kata majikan

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pekerja-asing-tuntut-kenaikan-gaji-akibat-kejatuhan-nilai-ringgit-kata-maji

OLEH MELATI A. JALIL                                                                        
Published: 5 February 2016 7:07 AM  


Disebabkan kadar pertukaran mata wang yang lemah di negara asal, sesetengah pekerja asing sedang menimbangkan sama ada untuk terus bekerja atau tidak di Malaysia, kata Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Februari, 2016.


Tinjauan terhadap sebahagian pekerja asing di ibu negara mendapati mereka hanya tidur dengan beralaskan kertas dan tinggal di bilik yang sempit di sebuah lot kedai di Aman Perdana, Klang, semalam. Malaysia dianggarkan mempunyai 2.1 juta pekerja asing berdaftar. Kejatuhan nilai ringgit memaksa majikan menyediakan bantuan secara sukarela termasuk tempat tinggal kepada pekerja asing mereka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 Februari, 2016.

Kejatuhan nilai ringgit menyaksikan pekerja asing menuntut kenaikan gaji, terutamanya dalam sektor perkhidmatan, pembinaan dan perladangan, sekali gus meletakkan tekanan ke atas majikan yang bergantung kepada buruh asing, kata Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

Disebabkan kadar pertukaran mata wang mereka sendiri yang lemah, sesetengah pekerja asing sedang menimbangkan sama ada untuk terus bekerja atau tidak di Malaysia.

Ini memandangkan mereka kini tidak mampu meraih pendapatan seperti sebanyak sebelum ini, kata Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan.

Masa depan yang diramalkan akan terus suram mungkin menyaksikan pekerja asing dihantar pulang, kerana menurut undang-undang buruh Malaysia, warga asing merupakan golongan yang akan diberhentikan kerja terlebih dulu.

"Ini mungkin berlaku jika keadaan terus menjadi buruk kerana di bawah undang-undang buruh, anda memberhentikan pekerja asing terlebih dulu sebelum pekerja tempatan," kata Shamsuddin dalam satu temu bual.

Semua ini memberi kesan kepada majikan dalam tiga sektor itu yang sangat bergantung kepada pekerja asing, ketika mereka cuba memelihara sumber dan menunggu ekonomi pulih.

Malaysia dianggarkan mempunyai 2.1 juta pekerja asing berdaftar.

"Permintaan untuk kenaikan gaji tidak mudah untuk dipenuhi dan dalam situasi seperti ini, kebanyakan majikan tidak akan bersetuju.

"Sebagai contoh, pekerja Bangladesh dulunya mendapat 44 Taka untuk setiap RM1 tetapi sekarang, ia cuma dapat dalam 17 Taka. Penurunan ini sangat drastik, lebih daripada 40%.

"Malah, ringgit yang ditukar kepada rupiah Indonesia turut menyaksikan penurunan nilai sebanyak 20%," katanya.

Ada majikan, bagaimanapun, membantu pekerja asing mereka melalui "bayaran secara sukarela", bagi mengekalkan tenaga kerja mereka.

Bantuan begitu diberi dalam bentuk membayar bil tertentu, seperti caj penginapan dan hospital, kerana buruh asing dikehendaki membayar insurans hospital mereka sendiri, kata Shamsuddin.

"Sebahagian daripada majikan secara sukarela membayar bil-bil itu dan tidak menghantarnya balik kepada pekerja.

"Majikan memberi mereka perumahan percuma walaupun undang-undang membenarkan mereka mengenakan bayaran sehingga RM50 sebulan," katanya, memetik beberapa contoh.

Shamsuddin berkata, tindakan sukarela itu dilakukan syarikat menghampiri suku ketiga 2015, tetapi dengan keadaan ekonomi yang makin rumit, beliau tidak pasti sampai bila majikan mampu berbuat demikian.

Langkah-langkah ini menyebabkan majikan mengalami kenaikan kos di antara 10% dan 15%, katanya, walaupun secara keseluruhannya, ia masih lebih murah daripada mengambil pekerja tempatan.

"Melihat kepada keadaan semasa, majoriti majikan kita tidak berada dalam kedudukan untuk menyerap apa-apa kos tambahan, atau menawarkan kerja lebih masa," katanya.

"Tetapi mereka cuba sebaik mungkin menggalakkan pekerja asing mereka terus bekerja, dengan harapan keadaan akan bertambah baik.

"Jika keadaan bertambah buruk, saya tidak terkejut jika pada ketika itu, pekerja asing akhirnya dihantar pulang."

Beliau juga bimbang mengenai kesan daripada kadar levi yang disusun semula berkuat kuasa 1 Februari, berikutan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Walaupun levi baharu ini akan menambahkan lagi pendapatan kerajaan, ia boleh membuatkan keadaan menjadi kurang mampan bagi majikan, kata Shamsuddin.

Zahid mengumumkan kadar levi baharu RM2,500 bagi setiap pekerja asing dalam sektor perkhidmatan pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan, serta RM1,500 bagi setiap pekerja asing di sektor perladangan dan pertanian.

Bagaimanapun, penstrukturan semula itu tidak melibatkan levi pembantu rumah warga asing apabila kadarnya kekal RM410. – 5 Februari, 2016.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2016 09:36 AM | Show all posts
Elok kau balik jer beramai2 vangla n indon hei. I rase duit kau pun nanti jadi lagi mahal dari sini
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 09:37 AM | Show all posts
Thanks to menteri2 kabinet, sebab kau pandai sangat last sekali tempat neh bakal jadi macam Tonga. Tapi takper I suke sebab tak payah duk dengan Kemboja bising macam kat Pekan celake tue
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
depa nak balik keww masalahnya.. hahahaha
tah tah balik sekerat jalan..masuk balik naik tongkang .
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 09:39 AM | Show all posts
abis tu layan kan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 09:47 AM | Show all posts
pi lah balik, duk sini pun menyemak je, tah2 duk plan nak jadi peragut perompak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2016 09:52 AM | Show all posts
woi.. yg warganegara pun gaji basic 900 ringgit pun ko berkali2 nak approve... itupun x menyeluruhpun....

yang warga asing ni sedap ko jer gaji lagi tinggi dr org malysia sendiri..

betullah laaa apa yg dipikir2kan.. satu hari nanti kita ni jadi kuli...pendatang laa ni pun dah jd bos...

selain dari rakyat malaysia yang pemalasss.. culas.. x bertanggungjawab... dasar kerajaaan bangang mcm ni pun penyumbang kemelesetan taraf hidup rakyatttttttttttt...


stresss aku...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 09:53 AM | Show all posts
elok la klau dia org rela hati nak balik ke negara sendiri
buat semak jerkkk..
tp betul ker.. x percaya lahhh..
jgn nnti duk melepak lepas tu menyamun, merompak dn sbg nya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2016 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Bedah.Cun replied at 5-2-2016 09:36 AM
Elok kau balik jer beramai2 vangla n indon hei. I rase duit kau pun nanti jadi lagi mahal dari sini  ...

Pastu kita pulal jadi pendatang kat tempat depa.. pendatang dengan izin takpe..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Knowing mesia..pendatang cina nenek moyang dulu lani dh jd boss...xmustahil 20-30taun bangla jd boss.kalau mentaliti pemalas masih bersarang dlm hati..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 10:00 AM | Show all posts
org msia pon lom tentu gaji naik...korang lak lelebih...korg dpt keje kat sini pon dh kira bagus tau...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 10:05 AM | Show all posts
RM Vs matawang bangla, mynmar jatuh terduduk ke?
RM vs Rupiah indon? Kalau gaji dia org dlm USD aku paham la.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 10:15 AM | Show all posts
berambos jek la blik..bt semak jek..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 11:24 AM | Show all posts
kita kat sini pun gigih nak naik gaji.. dorg pun nak jugak...
p lah balik negara korang sanun.. wat semak je..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 11:59 AM | Show all posts
Padan muka MEF...gaji minimum rm 900 utk warga tempatan lebih dr cukup konon.......sekarang ko tanggung la pekerja asing...bayar levi dan gaji dekat rm 2000...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 12:21 PM | Show all posts
biar betul..bukan ringgit makin naik ke vs rupiah
taka vs ringgit plak dlm 10 tahun ni paling tinggi 1ringgit bleh dpt 28 taka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2016 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Pleaseeee lah balik negara sendiri
Semak tau tak semak..dah lah ketiak busuk
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 12:35 PM | Show all posts
Edited by smurfetz at 5-2-2016 12:36 PM
saladin780 replied at 5-2-2016 12:21 PM
biar betul..bukan ringgit makin naik ke vs rupiah
taka vs ringgit plak dlm 10 tahun ni paling tingg ...

aah tu pun tahun 2012... nipu benor singgit boleh dapat 44 taka...
terkejut ai rm turun lebih 40% dari taka, sampai bukak web cari pasal currency.
tak buat homework ke reporter?  
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 12:38 PM | Show all posts
sila berambus...

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 12:59 PM | Show all posts
balik la.. balik berjemaah gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.160776 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list