CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12454|Reply: 153

[Tempatan] Razak Baginda mengaku dibayar RM137 juta, 'tapi bukan untuk rasuah pegawai'

[Copy link]
Post time 5-2-2016 09:03 AM | Show all posts |Read mode
Razak Baginda dibayar RM137 juta, 'tapi bukan untuk rasuah pegawai'

http://www.malaysiakini.com/news/329472

Hari ini, 8:29 pagi      Hari ini, 8:47 pagi



Penganalisis politik Abdul Razak Baginda mengaku menerima kira-kira 30 juta euro (RM137 juta) bagi khidmat konsultansi dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene tetapi menafikan wang itu digunakan untuk memberi rasuah kepada pegawai kerajaan bagi pihak syarikat Perancis, Thales.

"Ia adalah perjanjian yang sah. Saya melakukan kerja saya dan saya dibayar untuk itu.

"Dan saya tidak pernah membayar mana-mana pegawai," beliau dipetik sebagai berkata oleh Financial Times.

Ia merujuk kepada pembelian dua kapal selam Scorpene oleh Malaysia pada tahun 2002 apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, ketika itu merupakan timbalan perdana menteri, yang menerajui Kementerian Pertahanan.

Razak Baginda berkata demikian ketika mengulas dakwaan bekas presiden Thales International Asia, Bernard Baiocco Disember lalu "aktif merasuah pegawai-pegawai awam asing yang dikaitkan dengan Najib Razak".

Razak menafikan pernah berkhidmat dengan Najib sebagai penasihat yang dibayar dan berkata beliau hanya "sesekali" bercakap dengan beliau mengenai perjanjian kapal selam "sambil minum teh", menurut Financial Times.

Peguam Baiocco, Jean-Yves Le Borgne, berkata anak guamnya mengaku wang itu dibayar kepada Baginda untuk kerja-kerja melobi tetapi menuduh pihak pendakwa melakukan 'legal acrobatics' apabila cuba mendakwa yang bayaran itu telah digunakan untuk merasuah pegawai kerajaan.

"Mereka mengesyaki menteri ada menerima wang tetapi mereka tidak pernah mempunyai apa-apa untuk membuktikannya," katanya yang dipetik dalam artikel itu.

Le Borgne juga mengesahkan bahawa Najib dan Baginda telah dinamakan dalam dokumen kehakiman.

Laporan itu juga memetik seorang jurucakap kerajaan Malaysia sebagai berkata dakwaan salah laku terhadap Najib dalam perjanjian Scorpene itu adalah "cemaran tidak berasas untuk kepentingan politik".

Jurucakap itu juga menegaskan bahawa Najib tidak mendapat manfaat daripada apa-apa bayaran daripada perjanjian itu, ataupun dihubungi oleh penyiasat Perancis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2016 09:07 AM | Show all posts
Laporan itu juga memetik seorang jurucakap kerajaan Malaysia sebagai berkata dakwaan salah laku terhadap Najib dalam perjanjian Scorpene itu adalah "cemaran tidak berasas untuk kepentingan politik


proses pembelian aset strategik berteknologi tinggi seumpama kapal selam
tidak semudah dijangkakan oleh macai

hanya yang tidak berakal sahaja yang mudah termakan
hasutan pembangkang yang menjadikan isu tersebut
sebagai satu lagi modal politik murahan bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 09:39 AM | Show all posts
dizeck replied at 5-2-2016 09:07 AM
proses pembelian aset strategik berteknologi tinggi seumpama kapal selam
tidak semudah dijangka ...

Ya lah Dizek.. pasal tu la kapal selam tu bila Malaysia beli rega dia berkali2 ganda lagi mahal dari negara2 lain eek. Kita soh mika letak macam2 gajet yg canggih kat submarine tu ka?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 09:44 AM | Show all posts
abdul razak saman lah paper yahudi tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 09:45 AM | Show all posts
biarpun perjanjian itu sah..tp jumlah komisyen ratus juta itu sungguh tidak masuk akal...


Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 09:51 AM | Show all posts
kalo banyak sangat termakan dakyah jadi la gitu

tony pua kata tak boleh selam
pun dia angguk

rapuzi kata harga tiga kali ganda
berbanding kereta second hand proton
pun dia angguk juga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2016 10:40 AM | Show all posts
dizeck replied at 5-2-2016 09:07 AM
proses pembelian aset strategik berteknologi tinggi seumpama kapal selam
tidak semudah dijangka ...

RM137 juta utk khidmat konsultansi memang hebat la

hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 10:49 AM | Show all posts
dizeck replied at 5-2-2016 09:51 AM
kalo banyak sangat termakan dakyah jadi la gitu

tony pua kata tak boleh selam

Tak pa ,  kita kena tunjuk facts kan..  ni rega 2015

SUBMARINES (SSBN, SSN, SSK)
Astute SSN (UK)-$2,410 million
Barracuda SSN (France)-$1.35 billion
Dolphin SSK (German/Israeli)-$635 million
Gotland SSK (Sweden)-$365 million
Improved Kilo SSK (Russia)-$350 million
Le Terrible SSBN (France)-$3.8 billion
Ohio SSBN Replacement-$7 billion (est.)
Scorpene SSK (Spain)-$825 million
Type 209 SSK (German/Portugal)-$550 million
Type 212 SSK (Germany)-$525 million
Type 214 SSK (Germany)-$500 million
Virginia SSN-$2.4 billion
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2016 10:52 AM | Show all posts
cabalero replied at 5-2-2016 10:40 AM
RM137 juta utk khidmat konsultansi memang hebat la

hahahaha

berapa billion pulak nilai yg dibeli...

contoh :
jika khidmat konsultansi 5% dari nilai belian RM2Billion
= RM100juta.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 10:59 AM | Show all posts
dizeck replied at 5-2-2016 09:07 AM
proses pembelian aset strategik berteknologi tinggi seumpama kapal selam
tidak semudah dijangka ...

dorang ingat beli aset ketenteraan ni sama macam beli rice cooker kat giant
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 11:00 AM | Show all posts
rashiman replied at 5-2-2016 10:52 AM
berapa billion pulak nilai yg dibeli...

contoh :

Razak Baginda ni memang pakar kapal selam ke? Kenapa tak diambil pegawai tentera laut saje untuk menjadi penasihat pada kerajaan? Mengapa perlu dilantik seseorang yang tiada pengalaman dalam kapal selam dan diketahui rapat dengan Najib untuk menjadi konsultan?   

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 11:02 AM | Show all posts
zorro replied at 5-2-2016 09:39 AM
Ya lah Dizek.. pasal tu la kapal selam tu bila Malaysia beli rega dia berkali2 ganda lagi mahal da ...

ayat ko ni, kalau geng2 askar dengar memang kena gelak jela ko ni
bodo tu letak tepi dulu ye
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 11:04 AM | Show all posts
zorro replied at 5-2-2016 10:49 AM
Tak pa ,  kita kena tunjuk facts kan..  ni rega 2015

SUBMARINES (SSBN, SSN, SSK)

apa yang ko nak buktikan kat sini bhai?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo ko tak tau, ko main la jauh jauh. Susah nak cakap ngan orang bangang cam ko
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 11:08 AM | Show all posts
Edited by cabalero at 5-2-2016 11:20 AM
rashiman replied at 5-2-2016 10:52 AM
berapa billion pulak nilai yg dibeli...

contoh :

ya ka ?

bukan najib kata tadak commission di bayar ka ?
hahaha


Najib: No commission paid on Scorpene, Sukhoi deals

Posted on 7 May 2008 - 03:40am

KUALA LUMPUR (May 6, 2008): No commission was paid by the Government to any parties for the purchase of the RM4.5 billion Scorpene submarines and the RM3.2 billion Sukhoi jets, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak said today.

Najib, who is also Defence Minister, said allegations of corruption and cronyism were baseless as all these transactions were made in keeping with proper procurement procedures.

He was responding to calls by opposition leader Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail in the Dewan Rakyat yesterday for the Prime Minister to set up an independent commission to probe these purchases as she claimed that large amounts of commission were paid.

Speaking to reporters after presenting excellent service awards to Defence Ministry personnel in conjunction with Workers Day in the Mindef headquarters here, Najib advised those who make such allegations to check their facts first.

His ministry also issued a statement that allegations that the ministry had paid RM540 million to Abdul Razak Baginda (an accused in the Altantuya Shaariibuu murder trial) as commission to secure the Scorpene deal were without basis.

It said that a local company, Perimekar Sdn Bhd, was awarded a contract worth 114.96 million Euros to provide support and coordination services for a period of six years. This was the amount that was miscontrued as "commissions".

The company's job scope includes preparing accommodation facilities for 27 families and 156 submarine crew in France and Spain, preparing offices and health insurance policies for staff and crew, paying daily allowances of 50 to 60 Euros per person and buying return flight tickets for the crew three times a year.
Perimekar is a joint venture company between Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Boustead Holdings Bhd and KS Ombak Laut Sdn Bhd.

The ministry also clarified that the purchase of Sukhoi SU30MKM fighter jets was made through direct negotiations with Russian company Rosoboronexport and the Russians had engaged a Malaysian company to facilitate its business transactions here at their own prerogative.

"But the Ministry is not involved and has no interest whatsoever in any company appointed by the Russians,” the statement read.

Asked about DAP chairman Karpal Singh's recent comments on the Sultan of Perak that some quarters deemed seditious, Najib said it is up to the Attorney-General's Chambers to decide if they want to press charges against him.

"His comments were seen as seditious and challenging the constitutional right of the Ruler, but it depends entirely on the A-G's chamber's to decide what do next," said Najib. Karpal Singh had recently claimed that the Sultan of Perak had no jurisdiction over the transfer of Datuk Jamry Sury from the Perak Religious Department.

Perak Umno Youth lodged a police report against him yesterday.

In SUNGAI BULOH, Umno vice-president Tan Sri Muhyiddin Yassin said Karpal Singh's statement was an act of "rudeness".

He said questioning the action of the Ruler openly was not the Malaysian custom and that the MP for Gelugor should have expressed his dissatisfaction in a more "courteous" and "polite" manner.

"We in the BN (Barisan Nasional) government had never expressed our views on such matters and if we have any (dissatisfaction), we will seek an audience and convey our views politely. So this (action by Karpal) lacks finesse," said Muhyiddin, who is also International Trade and Industry Minister, at a press conference after visiting a furniture factory, Edu World Services Sdn Bhd.

"We must respect (the monarchy). It's not that we want to fight with anyone. Sometimes he (Karpal) Singh thinks that after being in Parliament for 26 years, he knows everything, so there is no need to give respect to others, especially the Rulers."

http://www.thesundaily.my/node/166505





Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 11:12 AM | Show all posts
Edited by cabalero at 5-2-2016 11:25 AM

Macam mana sebelum ni cakap tadak komisen sekarang razak ngaku pulak dapat komisen

apa cerita ni ?


TEKS UCAPAN YB MENTERI PERTAHANAN BAGI MENJAWAB UCAPANPENANGGUHAN YB LEMBAH PANTAI BERKAITAN ISU KOMISEN DAN PENJUALAN DOKUMEN RASMIKES KAPAL SELAM PADA 26 JUN 2012
Tuan Yang Dipertua,

Sekali lagi saya ingin maklumkan Dewan Yang Mulia ini bahawa kontrak Perolehandua buah kapal selam BARU Scorpene telah ditandatangani pada 5 Jun 2002 olehKerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS ( Perancis ) dan NAVANITA ( Sepanyol )selaku pembekal kapal selam dan Perimekar Sdn Bhd sebagai Project ServicesProvider. Nilai kontrak ini ialah EURO 1.084 bilion. Skop kontrak ini terbahagikepada dua bahagian iaitu:

a) Bahagian Pertama: Antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS ( Perancis ) dan NAVANITA
( Sepanyol ) merangkumi perolehan dua buah kapal selam jenis Scorpene, pakej Integrated Logistic Support (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam Scorpene. Nilai bahagian ini ialah EURO969.15 Juta.

b) Bahagian Kedua: Antara Kerajaan Malaysia dengan PerimekarSdn Bhd merangkumi perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projekdan pelatih pelatih kapal selam di Perancis dan Sepanyol. Nilai bahagian iniialah EURO114.96 Juta.
Tuan yang di-Pertua,

Sekali lagi dinyatakan di Dewan Yang Mulia ini, Kementerian TIDAK PERNAH membayar sebarang bayaran komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana mana syarikat dalam perolehan Kapal Selam Scorpene. Perolehan kapal selam tersebut telah dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan Kerajaan dengan Syarikat Pembuat iaitu Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan Kerajaan masing masing. Kenyataan Ahli ParlimenLembah Pantai bahawa dua buah kapal selam Scorpene dibeli dari Syarikat Thales International adalah TIDAK BENAR.

Kementerian Pertahanan TIDAK mempunyai sebarang maklumat mengenai DAKWAAN penjualan dokumen yang dikatakan RAHSIA oleh Syarikat Terasasi( Hong Kong ) kepada Syarikat Thint Asia

( Thales International ) yang didakwa bernilai EURO36 Juta.Kementerian juga TIDAK mempunyai maklumat DAKWAAN bayaran secara berkaladaripada hint Asia kepada Syarikat Terasasi ( Hong Kong )

Tuan Yang di-Pertua,

Ahli Parlimen Lembah Pantai telah menyarankan supayaKerajaan dan Kementerian Pertahanan perlu mengambil beberapa langkah antaranya;

1) menjelaskan apakah benar maklumat dikesan keluar daripada Malaysia;

Sepanjang pengetahuan Kementerian, sehingga kini TIADAmaklumat yang dikesan keluar dari Malaysia.

2) samada Kerajaan Malaysia akan memohon untuk menjadi wakilpemerhati di Mahkamah 'Tribunal de Grande Istance' Perancis untuk mendapatakses kertas pembuktian yang dirujuk oleh SUARAM;

Kerajaan Malaysia difahamkan TIADA PERBICARAAN berlangsungdi Perancis berhubung isu kapal selam Scorpene. Justeru, TIDAK TIMBUL soal Kerajaan akan memohon menjadi pemerhati.

3) menubuhkan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasatproses pembelian Scorpene jika terdapat unsur rasuah dan penjualan rahsia sulitnegara;

Kerajaan berpendapat TIDAK PERLU menubuhkan SuruhanjayaBebas untuk menyiasat pembelian kapal selam memandangkan pembelian kelengkapanAngkatan Tentera Malaysia (ATM) ini dibuat mengikut Tatacara PelaksanaanKontrak Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara. Ia melibatkan pelbagaiperingkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa RundinganHarga setelah penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebutmenepati keperluan ATM. Selain itu rujukan juga dibuat kepada Jabatan PeguamNegara bagi mendapatkan kelulusan keatas klausa klausa kontrak tersebut. Semuaterma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementeriankewangan untuk kelulusan.

4) Kerajaan Malaysia juga perlu menyokong usul reformasiParlimen agar sistem Jawatankuasa Tetap termasuk untuk Pertahanan diwujudkandemi menjamin segala urusan penting Kerajaan bebas dari rasuah danpengkhianatan;

Kerajaan berpendapat TIDAK PERLU untuk menubuhkanJawatankuasa Tetap Parlimen untuk Pertahanan. Ini adalah kerana sebarangrancangan pembelian kelengkapan tentera adalah dinyatakan dalam anggaranbelanjawan pembangunan yang mana dibahas dan diluluskan oleh Parlimen. Prosesperolehan aset juga adalah tertakluk kepada peraturan peraturan yang ditetapkanoleh Kerajaan seperti Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Prosedur Kewangan.Manakala itu, setiap perbelanjaan adalah tertakluk kepada pemeriksaan atauteguran Jabatan Audit Negara. Kerajaan juga berpandangan proses perolehan yangmelibatkan kelengkapan pertahanan yang strategik tidak wajar dibincangkansecara terbuka.

Sekian terima kasih

YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pertahanan Malaysia



Isu Scorpene: Tiada Keperluan Tubuh RCI

Diterbitkan: Rabu, 27 Jun 2012 12:00 AM


KUALA LUMPUR: Tiada keperluan bagi kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya BebasDiraja (RCI) bagi menyiasat isu pembelian kapal selam Scorpene yangdikendalikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkatapembelian kedua-dua kapal selam berkenaan dibuat mengikut tatacara pelaksanaankontrak perolehan peralatan pertahanan negara.

"Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasukJawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian yang teliti dibuat demimemastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM.

"Selain itu rujukan juga dibuat kepada Jabatan PeguamNegara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut. Semuaterma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada KementerianKewangan," katanya ketika menggulung ucapan penangguhan Nurul Izzah Anwar(PKR-Lembah Pantai) pada persidangan Dewan Rakyat, Selasa.

Selain itu Ahmad Zahid memberitahu Dewan Rakyat bahawakerajaan Malaysia tidak akan memohon untuk menjadi pemerhati di Mahkamah'Tribunal de Grade Istance', Perancis.

"Kerajaan Malaysia difahamkan bahawa tiada perbicaraanberlangsung di Perancis berhubung isu kapal selam Scorpene," katanya.

Dalam pada itu ketika menggulung ucapan Nurul Izzah yangmenyentuh mengenai isu komisen dan penjualan dokumen rasmi Scorpene, AhmadZahid dengan tegas menafikan dakwaan tersebut.

"Kementerian tidak pernah membayar sebarang bayarankomisen sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana syarikatdalam perolehan kapal selam Scorpene.
"Perolehan kapal selam tersebut dibuat secara rundingterus selaras dengan tatacara perolehan kerajaan dengan syarikat pembuat iaituPerancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing.

"Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai bahawa dua buahkapal selam Scorpene dibeli daripada Syarikat Thales International adalah tidakbenar," katanya.

Selain itu Ahmad Zahid menyatakan bahawa kementerinya tidakmempunyai sebarang maklumat mengenai dakwaan penjualan dokumen rahsia olehSyarikat Terasasi (Hong Kong) kepada Syarikat Thint Asia (Thales International)yang didakwa bernilai 36 juta euro.

"Kementerian juga tidak mempunyai sebarang maklumatdakwaan bayaran secara berkala daripada Thint Asia kepada Syarikat Terasasi(Hong Kong)," katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2016 11:16 AM | Show all posts
Defcon2 replied at 5-2-2016 03:00 AM
Razak Baginda ni memang pakar kapal selam ke? Kenapa tak diambil pegawai tentera laut saje untuk m ...

Kroni la tewwww....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 11:24 AM | Show all posts
kerajaan membayar hanya untuk aset, kos latihan
pegawai dan krew, yang juga termasuk sebuah kapal selam terpakai tentera
laut peranchis, dan perkhidmatan senggaraan berkala

perjanjian syarikat pemasaran negara terbabit dengan syarikat tempatan
yang bertindak sebagai perantara adalah di luar
skop perjanjian antara kerajaan malaysia dengan negara peranchis
dan sepanyol yang mewakili konsortium induk DCN dan navantia

nak bagi kisah mudah difahami untuk tahap biasa,
kalo kawan ko tolong ko cari pembeli untuk
kereta terpakai ko, dan ko nak bagi imbuhan kat kawan ko

itu hak ko sebagai penjual, bukan pembeli yang kena bagi

benda gitu pun nak kena terang

komisen kulu komisen kilir
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 11:26 AM | Show all posts
kemaruk replied at 5-2-2016 11:04 AM
apa yang ko nak buktikan kat sini bhai?

Kan dah kena bangang. Itu la cakap orang bodoh lagi... hehehehe

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 11:28 AM | Show all posts
dizeck replied at 5-2-2016 11:24 AM
kerajaan membayar hanya untuk aset, kos latihan
pegawai dan krew, yang juga termasuk sebuah kapal s ...

apa yang hang merepek ni ?

Isu ni simple aje

Sebelum ni hang beria nafikan tadak langsung komisen diberikan baik secara langsung atau tidak langsung sebab perjanjian dibuat secara runding terus

dan sekarang ni razak baginda sendiri mengaku memang ada komisen

apa cerita ?



TEKS UCAPAN YB MENTERI PERTAHANAN BAGI MENJAWAB UCAPANPENANGGUHAN YB LEMBAH PANTAI BERKAITAN ISU KOMISEN DAN PENJUALAN DOKUMEN RASMIKES KAPAL SELAM PADA 26 JUN 2012
Tuan Yang Dipertua,

Sekali lagi saya ingin maklumkan Dewan Yang Mulia ini bahawa kontrak Perolehandua buah kapal selam BARU Scorpene telah ditandatangani pada 5 Jun 2002 olehKerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS ( Perancis ) dan NAVANITA ( Sepanyol )selaku pembekal kapal selam dan Perimekar Sdn Bhd sebagai Project ServicesProvider. Nilai kontrak ini ialah EURO 1.084 bilion. Skop kontrak ini terbahagikepada dua bahagian iaitu:

a) Bahagian Pertama: Antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS ( Perancis ) dan NAVANITA
( Sepanyol ) merangkumi perolehan dua buah kapal selam jenis Scorpene, pakej Integrated Logistic Support (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam Scorpene. Nilai bahagian ini ialah EURO969.15 Juta.

b) Bahagian Kedua: Antara Kerajaan Malaysia dengan PerimekarSdn Bhd merangkumi perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projekdan pelatih pelatih kapal selam di Perancis dan Sepanyol. Nilai bahagian iniialah EURO114.96 Juta.
Tuan yang di-Pertua,

Sekali lagi dinyatakan di Dewan Yang Mulia ini, Kementerian TIDAK PERNAH membayar sebarang bayaran komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana mana syarikat dalam perolehan Kapal Selam Scorpene. Perolehan kapal selam tersebut telah dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan Kerajaan dengan Syarikat Pembuat iaitu Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan Kerajaan masing masing. Kenyataan Ahli ParlimenLembah Pantai bahawa dua buah kapal selam Scorpene dibeli dari Syarikat Thales International adalah TIDAK BENAR.

Kementerian Pertahanan TIDAK mempunyai sebarang maklumat mengenai DAKWAAN penjualan dokumen yang dikatakan RAHSIA oleh Syarikat Terasasi( Hong Kong ) kepada Syarikat Thint Asia

( Thales International ) yang didakwa bernilai EURO36 Juta.Kementerian juga TIDAK mempunyai maklumat DAKWAAN bayaran secara berkaladaripada hint Asia kepada Syarikat Terasasi ( Hong Kong )

Tuan Yang di-Pertua,

Ahli Parlimen Lembah Pantai telah menyarankan supayaKerajaan dan Kementerian Pertahanan perlu mengambil beberapa langkah antaranya;

1) menjelaskan apakah benar maklumat dikesan keluar daripada Malaysia;

Sepanjang pengetahuan Kementerian, sehingga kini TIADAmaklumat yang dikesan keluar dari Malaysia.

2) samada Kerajaan Malaysia akan memohon untuk menjadi wakilpemerhati di Mahkamah 'Tribunal de Grande Istance' Perancis untuk mendapatakses kertas pembuktian yang dirujuk oleh SUARAM;

Kerajaan Malaysia difahamkan TIADA PERBICARAAN berlangsungdi Perancis berhubung isu kapal selam Scorpene. Justeru, TIDAK TIMBUL soal Kerajaan akan memohon menjadi pemerhati.

3) menubuhkan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasatproses pembelian Scorpene jika terdapat unsur rasuah dan penjualan rahsia sulitnegara;

Kerajaan berpendapat TIDAK PERLU menubuhkan SuruhanjayaBebas untuk menyiasat pembelian kapal selam memandangkan pembelian kelengkapanAngkatan Tentera Malaysia (ATM) ini dibuat mengikut Tatacara PelaksanaanKontrak Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara. Ia melibatkan pelbagaiperingkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa RundinganHarga setelah penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebutmenepati keperluan ATM. Selain itu rujukan juga dibuat kepada Jabatan PeguamNegara bagi mendapatkan kelulusan keatas klausa klausa kontrak tersebut. Semuaterma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementeriankewangan untuk kelulusan.

4) Kerajaan Malaysia juga perlu menyokong usul reformasiParlimen agar sistem Jawatankuasa Tetap termasuk untuk Pertahanan diwujudkandemi menjamin segala urusan penting Kerajaan bebas dari rasuah danpengkhianatan;

Kerajaan berpendapat TIDAK PERLU untuk menubuhkanJawatankuasa Tetap Parlimen untuk Pertahanan. Ini adalah kerana sebarangrancangan pembelian kelengkapan tentera adalah dinyatakan dalam anggaranbelanjawan pembangunan yang mana dibahas dan diluluskan oleh Parlimen. Prosesperolehan aset juga adalah tertakluk kepada peraturan peraturan yang ditetapkanoleh Kerajaan seperti Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Prosedur Kewangan.Manakala itu, setiap perbelanjaan adalah tertakluk kepada pemeriksaan atauteguran Jabatan Audit Negara. Kerajaan juga berpandangan proses perolehan yangmelibatkan kelengkapan pertahanan yang strategik tidak wajar dibincangkansecara terbuka.

Sekian terima kasih

YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pertahanan Malaysia



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.176863 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list