CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13533|Reply: 45

[2016] OlaBola, Bukan Sekadar Filem Bola Sepak!

[Copy link]
Post time 27-1-2016 01:10 PM | Show all posts |Read mode


Artikel : TS LOO
Video: Firdausz, Danny & TS LOO











Setelah mencipta fenomena tersendiri menerusi filem 'The Journey', apabila berjaya mendapat kutipan sebanyak RM17.16 juta sepanjang enam minggu ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, pengarah filem Chiu Keng Guan sekali lagi dengan hasil kerjasama Astro Shaw mempersembahkan karyanya yang terbaru, 'OlaBola'.


Baru-baru ini, ketika sesi temubual secara esklusif bersama CARI Infonet,  Chiu memberitahu biarpun filem Ola Bola merupakan sebuah filem fiksyen yang bertemakan bola sepak hasil inspirasi terhadap sejarah sukan bola sepak pada era 80-an, namun mesej yang ingin disampaikan jauh lebih dari sekadar filem bola sepak.


Tegasnya, penghasilan filem Ola Bola selain mengembalikan zaman kegemilangan pasukan bola sepak negara pada era 80an, mesej lain yang ingin diberitahu kepada generasi baru masa kini iaitu semangat kenegaraan yang terjalin antara pemain pasukan bola sepak negara pada ketika itu.


Apabila ditanya mengapa memilih sukan bola sepak sebagai subjek utama dalam filem terbarunya, dia menjelaskan bahawa dirinya merupakan seorang peminat tegar sukan bola sepak sejak dari kecil lagi. Hasrat ingin menghasilkan filem berkaitan bola sepak sememangnya sudah lama terpendam dalam isi hatinya.

OlaBola merupakan kisah kejayaan tentang keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit dari kekecewaan dan muncul menjadi wira negara.


Selain menampilkan pelakon hebat seperti Bront Palarae dan penampilan istimewa oleh Frankie Lee, OlaBola turut dibarisi pelakon baru yang bakal menyinar seperti JC Chee (Kwok Keong atau Tauke), Luqman Hafidz (Ali), Saran Kumar (Muthu) dan Marianne Tan (Marianne).


Untuk mengetahui apa yang menarik tentang pembikinan filem Ola Bola, jangan ketinggalan saksikan temubual khas bersama pengarah Ola Bola, Chiu Keng Guan, hanya di CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2016 02:25 PM | Show all posts
aku suka filem ni...sebab melihatkan semua bangsa malaysia bersatu dalam satu pasukan bola sepak dan berjaya membawa malaysia hebat masa itu di tahun 80an...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 03:08 PM | Show all posts
Saya harap semua rakyat Malaysia yang nak lebih mengetahui kehebatan pasukan bola sepak negara kita, inilah peluang untuk kita semua sama-sama mengembalikan semula semangat kemalaysiaan yang sebenarnya sudah lama terpahat di pemikiran kita semua.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Da start arini kan..mau tgk
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 04:03 PM | Show all posts
nak tgk, tp tunggu ada kat astro first lah..ade tak kat astro first?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 06:09 PM | Show all posts
Filem berjiwa Malaysia ini patut ditunjuk kat mereka yang sering memporak-perandakan keamanan negara... hayatilah semangat kemalaysiaan rakyat Malaysia pada tahun 60an,70an dan 80an, pemain pasukan kebangsaan ketika itu terdiri daripada pelbagai kaum, mereka semua mengejar kemenangan hanya untuk Malaysia bukan untuk diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2016 06:30 PM | Show all posts
tgok trailer macam best
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak dah tgk.... Boleh buat air mata mengalir..... Bkn pasal sedih tapi pasal terharu dgn team Malaysia masa tu.  Dorang semua bkn ada gaji main bola, tak kaya raya mcm sekarang... Tapi dorang main utk Malaysia ...cite ne memang best dan menunjukkan Malaysia pada masa itu.  Semua buat demi negara. Prop nya pun perfect. Mengimbau kenangan lalu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2016 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
akak share sikit info......memang legend

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 12:22 AM | Show all posts
revolusi_30 replied at 28-1-2016 05:43 PM
Akak dah tgk.... Boleh buat air mata mengalir..... Bkn pasal sedih tapi pasal terharu dgn team Malay ...

Wah tq for the review kak....I believe in u....akan pergi tgk nnt
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 07:44 AM | Show all posts
ultramantujuh replied at 27-1-2016 06:09 PM
Filem berjiwa Malaysia ini patut ditunjuk kat mereka yang sering memporak-perandakan keamanan negara ...

ye betul...semua kaum ada dalam pasukan bola sepak malaysia...ada melayu cina india singh..kadzan iban pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 10:32 AM | Show all posts
dah nengOk tayangan awal semalam..
10 bintang!(bangga sebab dah mula mengenali lagenda2 bOla sepak Malaysia)

dan filem ini berjaya menarik pelbagai golOngan tanpa mengira peringkat umur dan bangsa.
semalam keluar panggung,rasa terharu sebab ada bangsa Malaysia menOnton sama2.
Melayu,Cina,India dan Singh!
bangga melihat masih ramai yg mempunyai semangat cintakan tanahair.
ternyata melalui sukan bola sepak mampu menyatukan kami semua.

tahniah pada tuan director!tabik spring pada pelakOn2 Ola Bola...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 03:37 PM | Show all posts
sebut pasal Korea Selatan, pasukan inikah yang pernah disebut dalam cerita Running Man masa episod lagenda bola dia tu? They did mention Malaysia..
Bangga la juga walau tak kenal..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 05:31 PM | Show all posts
1. Ini review yang sangat panjang.Ini bukan post berbayar. Ola Bola I must say “SATU TUMBUKAN PADU KE LANGIT”.masih terasa impak filem tersebut bila bangun pagi tadi. Aku jarang review filem tempatan apa lagi nak tengok. Bagi aku banyak filem tempatan SAMPAH!
2. Dari mat rempit, cinta cintun perempuan kampung dengan kening bercukur, Dilwale la,hantu meneriak bingit,lelaki perogol alih-alih insaf, ahli korporat yang keparat. Suami isteri acah acah bagus.Aku ulang Itu semua SAMPAH! Tapi Ola Bola filem betul betul Malaysia!
3. Ini betul Filem Malaysia. Kenapa? Tepi aku penonton bangsa cina, sebelah bangsa cina itu ada bangsa melayu,di depan bangsa melayu itu ada bangsa cina. Belakang aku ada bangsa india. Aku pandang skrin, ini bukan “The Avengers” atau “Star Wars” tapi “Ola Bola”. Ini baru Malaysia.dapat aku lihat kepuasan setiap bangsa selepas tamat tayangan. Filem yang amat diperlukan waktu situasi politik negara kita yang sangat busuk sekarang.
4. Filem yang hampir sempurna.Bukan senang nak buat filem pasal bola sepak. Filem terdahulu “Jejak Warrior” pun bulat-bulat tiru “Will”. “Gol and Gincu” pulak tahap filem budak budak baru nak UP.Tapi “Ola Bola” di waktu zaman 70-80an dengan lakonan jelmaan lagenda bola dari supermokh ke super shamsul, Soh Chin Aun ke Tauke, Eric ke James Wong, Khalid Ali ke Ali dan Arumugam ke Muthu memang terbaik. Sehingga kini aku masih percaya bolasepak adalah satu cara perpaduan kaum.
5. Bagi peminat bola seperti aku Filem “Ola Bola” in sesuatu yang “MAKAN DALAM”. Setiap peminat bola silalah terasa setiap bait dialog dan aksi peminat bola waktu dulu! Plot jurulatih Eric berkata “players dan peminat sekarang lebih banyak memikirkan JERSEY dari bermain atau menonton semangat permainan bola itu”. OK! Ini betul.sila terasa!contohnya aku bila nak tengok bola nak pilih pakai jersey mana satu pun boleh stress kepala. sekarang “Pink Jersey” dan “Stadium Pink” pun boleh jadi issue.antara yang lain “Aku cover ko”,“kita menang sama sama, kita kalah sama sama” dan “mereka makan steak, kita sama sama makan nasi lemak”
6. Ola Bola! aku terharu dengan sikap dan semangat penyokong bola sepak terdahulu kebanyakan yang hanya dapat ulasan perlawanan dari corong radio. Semangat mereka sangat terasa. Tak dapat aku bayangkan bagi kita yang memang dilahirkan melihat bola dari kaca mata TV. Terasa nak menangis melihat semangat itu datang dari pelbagai kaum.
7. Dari situlah pengulas bola waktu dulu memainkan peranan sangat penting. Tersentuh waktu kemunculan Dato Rahim Razali.siapa tak kenal pengulas bola terbaik waktu itu. Tapi lakonan Bront Palarae hebat sebagai pengulas.
8. Cinematography yang sangat cantik.hutan dan pantai di Malaysia yang giler cantik.dengan gambaran Stadium Merdeka waktu dulu yang sangat gah!aksi permainan taktikal yang boleh dikatakan real dan sempurna. Aku bajet setiap pelakon itu adalah kaki bola!
9. Tangisan marianne waktu kemuculan real tauke itu sangat jujur.juga kibaran bendera Malaysia di keretapi oleh Marrianne. Marianne cantik, awek tauke pun cantik.
10. HIGHLY RECOMMENDED DAN SILA TUNGGU SEHINGGA ABIS CREDIT! GAMBARAN LAGENDA TERBAIK MALAYSIA DAN SELFIE PERTAMA DIDUNIA ITU YANG BUAT KITA AKAN TERSENYUM BERSAMA! WELL DONE OLA BOLA!
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 05:49 PM | Show all posts
harap lepas ni pengarah akan buat kisah Perenang wanita hebat malaysia ...Nurul Huda Abdullah.

kisah dia mewakili malaysia sewaktu umur 15 tahun untuk sea games 1985 bangkok  dan nurul huda pergi bertanding atas perbelanjaan sendiri sebab malaysia tak tanggung perbelanjaan nurul untuk mewakili malaysia ...mak dan ayah dia bagi duit belanja dan duit sewa hotel ..

dia menang 6 pingat emas dan 5 rekod baru dan menjadi perenang wanita pertama asia tenggara berenang bawah 1 minit untuk acara 100 meter wanita

terkejut malaysia dan kontijen malaysia masa itu

kalau boleh di filemkan kisah Perenang nurul huda abdullah pula
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari waktu sesuai..kena tengok ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2016 02:32 PM | Show all posts
best ke cter ni????? anyone yang dah tengok?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 02:49 PM | Show all posts
Aku sebenaqnya teruja nk tgk tp masa bukan ada sgt..so kena pilih mana yg nk tgk..last2 ku pilih bajrangi over this muvi..

tgk kt astro ja lah nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 05:22 PM | Show all posts
review aku kt benang satu lg
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita ni betul2 Malaysian. Aku x sangka dlm cinema ada semua kaum.. cite ola bola .. bukan starwars ... ada cina siap pakai jersey malaysia lagi masa tgk movie ni..

Sukan mmg betul2 menyatukan bangsa. Pegila tgk.. bukan sbb story line dia tp sbb semangat patriotik. Berapa kali aku nangis tgk cite ni ... especilly part dlm dressing room ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.094878 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list