CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12241|Reply: 114

[Tempatan] Amirah, teman lelaki didakwa hari ini

[Copy link]
Post time 6-1-2016 10:14 AM | Show all posts |Read mode
KLANG 5 Jan. – Gadis yang berbohong dengan menyatakan telah diculik di Bandar Sultan Suleiman, Ahad lalu, Nur Amirah Atirah Abdul Majid, 14, akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini bersama teman lelakinya esok.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Mamat berkata, Nur Amirah akan didakwa di bawah Seksyen 196 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan palsu.
Menurutnya, lelaki berumur 19 tahun yang dipercayai teman lelaki Nur Amirah dan ditahan bersama-sama gadis itu Jumaat lalu pula akan didakwa di bawah Seksyen 361 Kanun Keseksaan kerana menculik.
“Seorang lagi lelaki berumur 45 tahun yang turut ditahan kerana menumpangkan Nur Amirah sepanjang kehilangannya dibebaskan dan hanya dijadikan sebagai saksi pendakwaan.
“Pendakwaan akan dibuat di Mahkamah Majistret Klang kira-kira pukul 9 pagi esok,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff memberitahu, keputusan untuk mendakwa Nur Amirah dibuat sebagai pengajaran kepada semua pihak bahawa tindakan mengeluarkan kenyataan palsu adalah satu kesalahan.
“Pihak polis melihat perkara ini dari pelbagai sudut dan kita hendak beritahu masyarakat bahawa kalau buat macam ini (kenyataan palsu) adalah salah, sekali gus dapat mengelak gejala ini berleluasa,” ujarnya.
Ditanya tempoh Nur Amirah diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), beliau menjelaskan, pihaknya menyerahkan perkara itu kepada agensi terbabit.
“Terpulang kepada JKM nak tahan sampai bila, tetapi teman lelakinya masih lagi ditahan reman sehingga esok,” katanya.
Sebelum ini, Nur Amirah Atirah mendakwa telah diculik oleh dua lelaki India di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang dekat sini sebelum rakaman perbualan telefon remaja itu meminta tolong kakak angkatnya tersebar menerusi laman media sosial.
Bagaimanapun tembelang remaja tersebut terbongkar selepas dia akhirnya ditemukan dalam keadaan selamat bersama teman lelakinya kira-kira pukul 10 malam, Khamis lalu di sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, Banting.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.qiJBmQam.dpuf



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2016 10:16 AM | Show all posts
gud luck dik. jgn putar cite byk sgt
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 10:21 AM | Show all posts
semoga jadi pengajaran...budak perempuan ni mungkin ke pusat pemulihan. Jangan sia siakan peluang kedua.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 10:23 AM | Show all posts
"mn ade kotak...ade kayu je "
kayu menda dik...ko dlm utan simpan ek

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Meriah new year dik
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 10:34 AM | Show all posts
good luck la menjawab ye dik..
klo nk trs menipu sila beragak2 jgn smpi semua org tau ko bodoh tahap 10 k..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2016 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa blurkan muka..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 10:44 AM | Show all posts
semoga jadi pengajaran...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2016 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Motif blurkan muka?
Even bangla pun dah kenal muka ko dek
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 10:48 AM | Show all posts
Apa pulak lakonan dia depan hakim nanti... drama sangatttt...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga jadi pengajaran dan berusaha jadi yg terbaik lebih2 lagi utk keluarga fan masyarakat. Kena buat khidmat masyarakat tapi kesian pula jika kena perli je nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 10:54 AM | Show all posts
semoga adik amirah diberi hidayah, doakan lah dia.. kasihan la ibu bapa nya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2016 10:57 AM | Show all posts
qronaldo7 replied at 6-1-2016 10:16 AM
gud luck dik. jgn putar cite byk sgt

hahahah ini kelaka...

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 11:02 AM | Show all posts
fifie_olin replied at 6-1-2016 10:23 AM
"mn ade kotak...ade kayu je "
kayu menda dik...ko dlm utan simpan ek

ingat tuh
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 11:03 AM | Show all posts

tq sis.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Carly doakan moga dia insaf, dan dia akan berbakti kepada kedua ibu bapanya... amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2016 11:20 AM | Show all posts
hbis la...cina tu kena sunat potong kuku
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Jawab baik2 dik..yg benar aje
Jgn jawab cam dlm exam dl tu
Nnt dpt E lg
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Naper lak budak ni kena caj... dia bukan bagi kenyataan palsu kat polis dia cuma tipu kakak bendul dia... sapa suh minah tu caya..

kalo nak kira camtu, caj la semua org lain yg menipu gak... kat porem ni pun berlambak... pm pun menipu, tpm pun menipu, menteri2 pun menipu.... kejap kata gitu kejap kata gini... apsal tak caj yg tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 11:38 AM | Show all posts
abangbeca replied at 6-1-2016 11:35 AM
Naper lak budak ni kena caj... dia bukan bagi kenyataan palsu kat polis dia cuma tipu kakak bendul d ...

make sense la point abangbeca ni. a'a kan .. dia tipu kakak angkat dia. bukan dia tipu buat report polis kan. hmm ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.496979 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list