CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17605|Reply: 81

Kejayaan Lelaki Bangla Ini Yang Pasti Buat Anda ‘Ternganga’

[Copy link]
Post time 9-12-2015 08:25 AM | Show all posts |Read mode

                                Dec 8, 2015                313



4Shares


TIDAK dinafikan sememangnya terdapat segelintir rakyat asing yang berjaya menjana pendapatan lumayan di negara ini meskipun mereka bukan warganegara Malaysia.

Halangan dan peraturan yang ketat bukanlah alasan bagi mereka untuk tidak merebut peluang dan menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan.
Pepatah di mana ada usaha, di situ ada jalan ini sangat tepat dengan kisah yang ingin kami kongsikan ini.
Menerusi pautan gambar yang dikongsikan oleh saudara Shaari Annur di laman Facebook, beliau menceritakan kisah disebalik kejayaan lelaki warga asing ini yang mungkin pada pandangan kita hanyalah lelaki ‘Bangla’ biasa.
Tetapi anda mesti akan tertunduk bila membaca kisah yang diceritakan, dia ini bukan calang-calang Bangla ya!

Nak kenal Uncle sebelah kanan tu?
Yang sebelah kiri, mungkin tak minat kan, ala Bangla je pun…
Tapi Bangla bukan sebarang Bangla ye…
Jap, cerita pasal uncle ni dulu…
Uncle ni owner deretan kedai kat area Kenanga Wholesale center…
Tak kenal? Tempat paling happening untuk Belian Borong di KL tu.,,,
Kedai 4 tingkat, deretan tu ada lebih 10 unit dia punya…
Kalau 1 kedai nilai 5 million, kali dengan 10 dah berapa..
Itu kat situ je….
Cerita uncle ni…
Dulu, beliau budak kampung merantau ke ibu kota…
Sampai KL, bekerja jual baju kat pasar malam..
Berkat kerajinan dia, lama lama tauke bagi dia ambik baju secara hutang,,,
Untuk dijual sendiri….
Bila start berniaga, prinsip dia, hutang orang mesti dibayar dulu…
Kena dapat kepercayaan dari orang lain….
Kemudian, dia berjaya kembangkan business,,,
Dia mampu menyewa kedai kecil, untuk dijadikan tapak tetap…
Cerita beliau lagi, dia mengamalkan prinsip bercermat cermat…
Ada duit, dia simpan, kalau belum kaya, jangan sesekali mengaku kita kaya
Dan jangan sibuk nak tunjuk kat orang lain yang diri kita dah kaya….
Dan masa dia berniaga, rekod beliau cukup bersih…
Semua hutang dibayar ontime, base on janji dibuat…
Dan semua suppliers bagi dia bernaiga secara hutang …
Kerana dah dapat kepercayaan….
Hasil simpanan beliau, beliau berjaya beli tanah di area Pudu, atau kawasan Jalan kenanaga
“Dulu dulu, harga murah, orang tak nak beli tanah kawasan tu,,,
Tempat gangster bermaharajalela..” .cerita beliau…
Then bila ada modal lagi, dia gunakan modal 30 percent, dan 70% percent dia buat pinjaman bank…
Untuk bina bangunan….
Kat kepala dia, dia bukan buat pinjaman,,,
Tapi beliau buat Joint Venture dengan Bank…
Kalaulah dia boleh bayar balik, bangunan tersebut akan jadi hak milik beliau sepenuhnya….
Dan yang penting, payment dengan bank mesti cantik.
Jangan sesekali rosakkan kepercayaan yang diberikan…..
Seronok dapat berborak dengan uncle ni, beruntung saya dapat interview orang lama yang banyak pengalaman….
Bukan senang nak cari owner tuan punya bangunan yang komersial ditengah tengah bandar KL ni…..
Umur pon dah 80 tahun dah…
Pesanan dia, nak berniaga, berniaga lah awal awal…
Macam dia dulu, sekolah pon tak abis….
Kerja dengan ornag, kemudian terus berniaga dengan quantity pakaian yang sedikit….
Lagi satu, kata beliau…
Dah tua tua sebegini, tak ada value dah kaya raya pon…
Tak ada apa nak dibanggakan dah…..
Semua kekayaan akan diturunkan pada anak anak,…
Anak anak beliau sendiri pon semua dah ada business masing masing….
Siapa pulak Bangla tu?
Dialah owner kedai textile …
Salah seorang penyewa uncle tu…..
Sewa kat bawah saja dah 7 ribu…
Hebat Bangla sekarang kan…?
Yelah, orang melayu tak suka berniaga…
Kata Bangla ni, depan saya dan uncle ni…
Pergi Chow Kit, penuh dengan peniaga Indon….
Pergi kawasan Kota Raya, ramai peniaga Nepal yang makan sireh….
Pergi Bukit Bintang, makin banyak restaurant arab, nasi arab kepunyaan bangsa arab….
Panjang lebar Bangla ni membebel…
Panas jugak telinga saya, pedih pon ada…..
Apapun, pesan terakhir uncle, tak kisah Bangsa apa pun kamu…
Kalau kamu rajin, kamu akan dapat ganjaran….
Memang betul kata Uncle ni, even kata kata Bangla ni pon…
Walaupon pahit dan pedas,,,,
Inject kat saya semangat dan motivasi….
Dalam hati saya, kalaulah saya tak buat saham amanah saya lagi, dan masih berkerja….
Hari ni jugak saya masuk opis untuk hantar surat resign…
Business kain pon tak pe, janji..Kaya…..
Kalau rasa bermanfaat dengan cerita ni, sila share…
Biar orang lain dapat manfaat sama…
Hidup ni kita kena saling berkongsi…
Anda ada satu ilmu, saya ada satu ilmu…
Kita Tukar tukar, saya dah ada dua ilmu, kamu pon ada dua ilmu…Kan?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2015 08:27 AM | Show all posts
jgn siarkan berita ni..nanti ada yg rasa tercabar lagi
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Cina ...melayu...bangla....aman damai ja...sejuk ja mata memandang
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 08:38 AM | Show all posts
kaka pernah dengar perbualan antara suami dgn sorg bangla. bangla nih supply pencuci pinggan mangkok kat kedai2 makan. dia ckp ada la untung sikit2 dlm 20 ribu sebulan. dulu dia keja dgn sorg india, akhirnya dia ambil alih bisnes india tu sbb si india byk hutang, nk rolling modal x cukup duit. skrg dia tgh cari kedai utk buka kedai tayar pulak.  habis anak bini dr bangla dia bawa dok sini. yg tlg meniaga adek beradek dia.  meniaga pun pakai van buruk je, asal boleh jln sudeh
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 08:39 AM | Show all posts
org melayu masih di takuk hanya mahu mtx bantuan sajer... mana mau banting tulang susah2 gini maaa..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai yg suka berlagak....wajib ada kereta kalau jadi businessman.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2015 08:50 AM | Show all posts
Baru sekor bangla tak kaya mana di antara beribu bangla yang jadi hamba sindiket pemerdagangan manusia dah sibuk nak membebel perihal bisnes orang melayu yang dah jauh tinggalkan semua kaum. Khaarrrktuih. Tukang tulis cerita pula lagi sekor pak jakun. Diri sendiri yang miskin hina bawah tempurung boleh la ternganga tertunduk sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Bgus lah gini.jgn mcm bangla dulu yg org cite dapat datuk tu,bila cite semua bagus
Kesusahan itulah INI lah...siap bcerita kat suami Aku semua
Sekali kwsan rumah runtuh aritu semua cite keluar,bersahabat dgn menteri
Bawak bangla masuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2015 08:55 AM | Show all posts
orang melayu suka membeli,
katanya shopingmenghilangkan stress
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 08:56 AM | Show all posts
Sorang bangla dalam sejuta kat Malaysia .. apa nak heran.

Berniaga memang best, tapi adat berniaga ada untung dan rugi, kalau takut rugi macam mana nak untung, kalau nak untung jangan berniaga "buluh kasap" masuk wap keluar asap.



Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 08:59 AM | Show all posts
bluehedgehog replied at 9-12-2015 08:27 AM
jgn siarkan berita ni..nanti ada yg rasa tercabar lagi

memang pun, i rasa tercabar sangat2... petang ni jugak lar nak bisnes...tercabar nih..tercabar...







Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
cfa replied at 9-12-2015 08:59 AM
memang pun, i rasa tercabar sangat2... petang ni jugak lar nak bisnes...tercabar nih..tercabar...: ...

Gi pinjam periuk, minyak...buat dan jual donut 2posen sebiji...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 09:05 AM | Show all posts
Dia beli kedai pun pinjam duit  bank jer. Pejadah. Sekarang bayar la hutang itu semua. Jangan banyak songeh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 09:05 AM | Show all posts
Orang melayu punya style berniaga bila dah untung habiskan keuntungan tu bukannya simpan. Lepas tu cari balik untung, macamni bila nak kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 09:17 AM | Show all posts
skang pun banyak yang menjalankan perniagaan alibaba.....last2...ali kemana...baba kemana....abg bulu juga untong.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 09:20 AM | Show all posts
bangsa melayu ramai nak keje gome...bleh pow bangla dan cina...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2015 09:21 AM | Show all posts
Bodoh. Kalau benar melayu tak suka berniaga kenapa melayu paling ramai kaya ? Pergi tengok sendiri kawasan perumahan paling mahal di KL ini. Jangan terus jadi katak tempurung
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila isim dah botak chinpeng takleh terima kenyataan bangla manpu meniaga bayar sewa 7k per month.

Btw, aku perati kat Malaysia ni mana yang ramai pendatang (read: non pribumi - termasuklah jawa, bugis segala) sana la yang maju. Kaum pribumi ni memang tak minat kot bisnes yang slow and steady mula dari bawah pelan2 naik atas jadi kaya. Pribumi suka bisnes untung cepat kaya cepat macam MLM.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 09:41 AM | Show all posts
kejap lg bangla dan uncle ni diviralkan sbg peniaga penipu..maka menteri pun akan wujudkan kenanga wholesale 2 kat bangunan mara tkt 5
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 09:53 AM | Show all posts
chazey replied at 9-12-2015 09:39 AM
Gila isim dah botak chinpeng takleh terima kenyataan bangla manpu meniaga bayar sewa 7k per month. : ...

Yang bayar sewa 7k itu cina  dalam gambar di atas la nyok. Setakat pemerhatian mata nyanyok engko saja tak ada sebarang erti. Negeri bersultan bugis serta kawasan jawa di seluruh semenanjung .... perusahaaan gergasi bumiputeranya hampir semua milik melayu jati dari kedah &negeri negeri melayu lain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.075308 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list