Sekali imbas, tiada siapa yang tahu 'rahsia' di sebalik hubungan kedua pasangan ini.
Namun, jangan terkejut mereka merupakan pasangan tomboy dan juga pondan yang bercinta!
Arin Andrews dan Katie Hill merupakan pasangan pertama yang mendedahkan bahawa mereka merupakan pasangan 'transgender' di Amerika.
Ini bermaksud, Arin yang kelihatan seperti lelaki kacak adalah sebenarnya wanita, dan Katie tampak begitu anggun adalah sebenarnya lelaki.
Meskipun keduanya telah pun menjadi transgender, namun kisah mereka mendapat perhatian kerana ia dilihat seperti kisah percintaan lelaki dan wanita sebenar!
Memang pelik, apabila seorang tomboy yang tampak begitu macho mencintai seorang pondan yang begitu terserlah kewanitaannya.
Namun, itulah yang berlaku, tomboy dan pondan bercinta. Kisah mereka ini telah dijadikan dokumentari dan dijadikan tontonan umum.
Katie berkata, "Orang nampak kami seperti lelaki dan wanita normal yang bercinta.."
Pun begitu, kini keduanya dikhabarkan telah pun berpisah dan tidak lagi menjalinkan hubungan cinta.
(Sumber foto: carian Google)
Begitulah, pelbagai jenis ragam manusia dan cerita yang boleh dijadikan iktibar. Bagi rakyat Malaysia khususnya, transgender bukan satu pilihan yang dibenarkan.
Apa yang dilakukan, jangan pernah melangkaui batas dan norma-norma yang ditetapkan. Bukan begitu? - CARI Infonet
aku pernah menanyakan persoalan sebegini...camne kalau tomboy dan pondan bergabung? well, yang tomboy sudah tentu dengan egonya takmau dijolok....'lelaki' straight kan? yang fonen pulak mau dijolok, tapi si tomboy tiada bergalah pula. haha.