**Dikemaskini : 13/11/2015, 2:58pm, Jumaat
Laluan alternatif kedua iaitu jalan lama Kuala Lumpur - Bentong dibuka kepada orang ramai berikutan penutupan Lebuhraya Kuala Lumpur -Karak akibat banjir lumpur sejak semalam.
"Laluan alternatif kedua iaitu daripada Bentong ke Kuala Lumpur dengan menggunakan jalan lama Persekutuan FT 068 (KL-Bentong).
"Kenderaan daripada Persimpangan Bertingkat Bentong boleh menggunakan laluan alternatif berkenaan untuk menuju ke Kuala Lumpur, manakala bagi kenderaan dari Kuala Lumpur pula perlu melalui jalan gombak menuju ke Jalan Bentong lama," kata kenyataan itu.
Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan hari ini berkata ia adalah laluan alternatif kedua yang disediakan.
Baca selanjutnya: AstroAwani
Oleh : Dean BZ
**Dikemaskini : 12/11/205, 4:55pm, Khamis
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Mansor Mohd Noor memaklumkan, banjir lumpur dijangka berlaku sekiranya hujan dalam tempoh terdekat.
Beliau menasihatkan pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak untuk tidak menggunakan lebuhraya tersebut buat masa ini.
"Saya berharap penduduk sekitar tidak menggunakan lebuhraya ini kerana dikhuatiri banjir lumpur akan berlaku sekali lagi sekiranya hujan," katanya pada sidang media banjir lumpur Kuala Lumpur-Karak di sini, hari ini.
Beliau turut menasihatkan pengguna yang merancang menggunakan laluan ke arah Kuala Lumpur atau Kuantan untuk menggunakan jalan alternatif lain seperti Simpang durian-Kuala Kelawang-Seremban atau Jalan Temerloh-Kl atau Bera-KL.
Sumber - astro awani
**Dikemaskini : 12/11/205, 1:06am, Khamis
Satu kejadian banjir lumpur menyebabkan tanah runtuh di Kilometer (KM) 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Lentang-Bukit Tinggi berlaku kira-kira 7 malam tadi.
"Kesemua laluan terhalang, trafik sesak kedua arah. Patuhi arahan pegawai bertugas," dipetik dari Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Pengguna lebuhraya disarankan menggunakan laluan alternatif dari Kuantan keluar ke persimpangan Bentong manakala dari Kuala Lumpur keluar ke persimpangan Genting Sempah.
Memetik dari astroawani, empat kenderaan yang tertimbus di kawasan banjir lumpur di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) pada petang Rabu telah berjaya dikeluarkan.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, PPJB Morni Mamat berkata lapan penumpang yang pada awalnya terperangkap dalam kenderaan terbabit turut berjaya diselamatkan.
Tiada sebarang kematian dilaporkan setakat ini katanya.
Dibawah ini adalah gambar-gambar semasa kejadian banjir lumpur di lebuhraya Karak-KL yang dikongsikan oleh nitizen di laman media sosial.
Dimusim hujan ini, penulis ingin mengingatkan pengguna jalanraya supaya merancang perjalanan sebaik mungkin. Jika boleh, elakkan memandu dalam keadaan hujan lebat bagi mengelakkan sebarang kemungkinan. - CARI Infonet. |