View: 5115|Reply: 43
|
[Tempatan]
GST RM19 sehari, Matematik Rafizi ditempelak
[Copy link]
|
|
GST RM19 sehari, Matematik Rafizi ditempelak
28 Oktober 2015
KUALA LUMPUR - Dakwaan Rafizi Ramli kerajaan akan mengutip Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) lebih tinggi berbanding kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun depan, dibidas anggota Parlimen kerajaan yang menyifatkan Anggota Parlimen Pandan itu sengaja memutar belit fakta untuk menghasut rakyat.
Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) yang tegas menolak dakwaan itu menyifatkan pengiraan Rafizi 'tidak logik' mengambil kira perbelanjaan itu diandaikan dibuat oleh 'orang biasa'.
"Bagi saya orang biasa ialah mereka yang berpendapatan RM4,000 ke bawah. Kalaulah RM17 sehari (kutipan kerajaan) maknanya beliau kena belanja RM283 membeli barang-barang berGST dan dalam tempoh sebulan perbelanjaan mencecah RM8,500 sebulan untuk membeli barangan GST sahaja.
"Itu belum lagi barang-barang lain yang tidak dikenakan GST," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Nawawi berkata perkiraan Rafizi itu jelas tidak tepat kerana mereka yang tergolong dalam pendapatan itu tidak akan mampu membayar GST melebihi pendapatan bulanan.
"Mana logik matematik yang membolehkan gaji RM4,000 sebulan membeli barang lebih RM8,500 sebulan...tiap-tiap bulan dia akan berhutang RM4,500 atau lebih 100 peratus daripada sumber gaji bulanan," katanya.
Rafizi sebelum ini mendakwa kerajaan bakal mengutip purata GST RM19 sehari daripada setiap keluarga di negara ini pada tahun depan dan jumlah itu lebih besar berbanding jumlah kenaikan BR1M hanya 14 sen sehari.
[ARTIKEL EBRKAITAN: Kerajaan kutip GST RM19 sehari, dakwa PKR]
Peralihan cukai itu juga akan menyebabkan rakyat Malaysia akan membayar sebanyak RM13 bilion cukai tambahan bagi tahun depan, dakwa Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Perkara itu turut disentuh Ahmad Nazlan Idrin (BN-Jerantut) yang menyifatkan dakwaan Rafizi itu satu lagi penipuan dan perkiraan yang tidak waras.
"Ini lagi satu penipuan. Kalau seseorang belanja RM316 sehari bolehlah kerajaan kutip RM19 sehari, tapi adakah ini satu perkiraan yang waras?
"Rata-rata pendapatan golongan B40 tidak sampai RM3,000...maknanya ini satu lagi kaedah putar belit dan kenyataan menghasut rakyat," katanya yang membahaskan rang udang-undang sama. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
ye lah..gst kan penyelamat ekonomi yg sesak dek 1mdb
...jd tingkatkanlah lg gst tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak lawan sape terer matematik pulak |
|
|
|
|
|
|
|
GST kena RM16 sehari nie utk famili atau individu? si rafiji nie mabuk ketum lagi?
rafiji - Minyak naik harga, rakyat terseksa
rafiji - Minyak turun harga, tauke minyak bangkrap
lahanat - rafiji
|
|
|
|
|
|
|
|
bahan MENTAH spt sayur, ikan, sardin, beras mana ada GST?
rafiji nie bila nak MAMPUS? |
|
|
|
|
|
|
|
dia belaja matematik xsempat abih, guru dia meninggal... |
|
|
|
|
|
|
|
Itu cara dia nak kelentong rakyat yg malas nak kira,
Dgn cara yg mcm itu, rakyat akan mudah dipengaruhi utk dapatkan sokongan.
Ada ke patut dia kata isu rumah berbelanja RM9500 sebulan atau bayar gst rm19 sehari
Purata pendapatan isirumah pun tak sampai byk itu dlm rm6000 sebulan.itu baru belanja
Rm9500 sebelum belum lagi pendapatan isirumah dan pembelanjaan tanpa gst seperti
Barangan asas dan ron95.
Cepat sangat rafizi mengikhtiraf, malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
Itu cara dia nak kelentong rakyat yg malas nak kira,
Dgn cara yg mcm itu, rakyat akan mudah dipengaruhi utk dapatkan sokongan.
Ada ke patut dia kata isu rumah berbelanja RM9500 sebulan atau bayar gst rm19 sehari
Purata pendapatan isirumah pun tak sampai byk itu dlm rm6000 sebulan.itu baru belanja
Rm9500 sebelum belum lagi pendapatan isirumah dan pembelanjaan tanpa gst seperti
Barangan asas dan ron95.
Cepat sangat rafizi mengikhtiraf, malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kalau baca dalam komen page fb rafizi, semua org memuji dia.. bakal PM termuda la.. akan jadi PM kacak cam PM Canada la.. then bila ada seorang dua pertikaikan pengiraan dia, habis semua supporters dia hina, perlekehkan org tu, kata tak reti math la bagai. tapi bila pengkritik tu tanya kalau salah tlg tunjukkan, sorang pn taknak ajar, tapi dok hina2 org yg mengkritik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg puji2 dia...malas nak kira, telan bulat2 apa yg rafizi kata...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bahagikan rm39billion hasil pendapatan gst |
|
|
|
|
|
|
|
Dikembalikan kpd rakyat jugak...
|
|
|
|
|
|
|
|
mesti prinsip akaun A1 nih |
|
|
|
|
|
|
|
celakalah ahli politik macam ni..depa dah kaya raya takpelah..sanggup fitnah bagai semata2 untuk kuasa..kalu najib saje yg terkesan takde masalah..tapi kalu sampai ekonomi terjejas, keamanan terjejas, memang rase nak maki jah... |
|
|
|
|
|
|
|
menteri2 kita mmg bahalol
apa boleh buat.............rakyat yg pangkahhhhhhhhhhhhhHHHHHHHHHHHHHHHHH |
|
|
|
|
|
|
|
Rafizi belum lagi jadi menteri...
Tapi dah tunjukkan tanda2 kebahalolan...
|
|
|
|
|
|
|
|
ahmad maslan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu ...menteri Ahmad Maslan kira penggunaan petrol secara purata , korang perlekehkan dan kata menteri bodoh...
Rafizi bukan kira secara purata, tapi dia kira secara pukul rata, semuanya dia bedal jadi kiraan purata keseluruhan isirumah rakyat di Malaysia ini belanja rm9500 sebulan barangan & perkhidmatan yg dikenakan gst atau rm19 sehari cukai gst. |
|
|
|
|
|
|
| |
|