CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6481|Reply: 42

[Jenayah] Dikerat dua dan dikeluarkan isi dalam perut oleh pencuri di kebun ..PIC..

[Copy link]
Post time 6-8-2015 02:02 PM | Show all posts |Read mode




SEREMBAN – Seorang penternak kerugian apabila seekor ternakannya mati selepas dikerat dua, di kawasan kebunnya, dekat Kampung Sentosa, kelmarin.

Penternak, Muhamad Hanip Muhamad Din, 62, berkata, kejadian disedari kira-kira jam 12 tengahari setelah dimaklumkan oleh rakannya yang melalui kawasan kebun berkenaan untuk mencari petai.

Menurut Muhamad Hanip, pada jam 8 pagi, lembu yang ditambat dalam kebun itu sedang meragut rumput seperti biasa.

"Kira-kira jam 12 tengahari, kawan saya datang ke rumah, beritahu lembu saya dah mati dan dikerat dua.

"Saya percaya ia dilakukan untuk tujuan mencuri. Tapi pencuri tu tak sempat bawa lari lembu, sebab pada masa dia buat kerja kebetulan ada orang lalu. Saya yakin mereka panik dan terus lari tinggalkan bangkai lembu yang sudah dikerat," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, melihat cara pemotongan lembu itu, Muhamad Hanip yakin perbuatan tersebut dilakukan oleh seorang yang mahir dalam kerja-kerja penyembelihan.

Malah katanya, cara pencuri terbabit memotong dan mengeluarkan perut lembu juga berada dalam keadaan kemas.

"Kalau orang biasa tak tahu macam mana nak keluarkan perut lembu ini. Saya yakin perbuatan ini mesti dilakukan oleh mereka yang biasa dengan kerja-kerja jual dan melapah daging.

"Walau bagaimanapun, saya tidak mahu menuduh sesiapa, biar polis jalankan siasatan," katanya.

Disebabkan kejadian itu, Muhamad Hanip mengalami kerugian RM4,000 dan satu laporan dibuat dekat Balai Polis Paroi, Selasa lalu.

Dalam pada itu, dia turut menasihatkan kepada penternak lembu supaya berhati-hati kerana pencuri lembu semakin berani melakukan jenayah di siang hari.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2015 02:08 PM | Show all posts
adoi ngerinya tgk lembu kena kerat dua
bodohnya pencuri ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 02:08 PM | Show all posts
gile punya mainan ni
terdesak sgt
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 02:09 PM | Show all posts
Jangan ternak kalau tak mampu awasi
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 02:11 PM | Show all posts
ke die bg warning
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 02:13 PM | Show all posts
ternak pi lepas meragut apesal??

tp bila ade eksiden langgar lembu tgh jalan.. haram sorang xnak mengaku lembu sapa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2015 02:19 PM | Show all posts
separuh lagi dia curi kee?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 02:23 PM | Show all posts
Ni bukan kes mencurik ni. Ni kes balas dendam kat tuan lembu nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2015 02:28 PM | Show all posts
yeke dia mencuri? haih macam2
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 02:33 PM | Show all posts
saje nak kianat tu........
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Terliur sup perut lettew
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 02:36 PM | Show all posts
aik?lembupun nak blurrkan muka?...
takut sedara mara dia kenal ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 02:37 PM | Show all posts
tapi dia kata dia tambat dalam kebun... hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling kesian skali lembu tu la
Sesia ja dah kena potong dua tp xleh nak dibuat apa2
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 02:44 PM | Show all posts
sekarang ni apa pun dah tak selamat....

kanak2 di culik untuk dijual organ....
lembu dicuri  untuk dijual dipasar....
kelapa sawit pun kena curi.....

memang malaysia menuju ke arah kehancuran....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 02:48 PM | Show all posts
kesian plak tgk lembu tu terputus dua.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2015 02:52 PM | Show all posts
sembelih dulu ke? takkan lapah hidup2?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 02:56 PM | Show all posts
kos hidup melambung tinggi, jenayah semakin menjadi2. Bila terdesak apapun org sanggup buat
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 03:01 PM | Show all posts
zulka replied at 6-8-2015 02:36 PM
aik?lembupun nak blurrkan muka?...
takut sedara mara dia kenal ke

Lebih kurang begitu lah....hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 03:01 PM | Show all posts
zulka replied at 6-8-2015 02:36 PM
aik?lembupun nak blurrkan muka?...
takut sedara mara dia kenal ke
aik?lembupun nak blurrkan muka?...
takut sedara mara dia kenal ke
kalao tak di blurkan..
takut ada yang tak boleh tido malam..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.064935 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list