CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21352|Reply: 146

[Jenayah] 'Derma' yang diterima oleh Najib Razak sebanyak RM2.6 bilion adalah jelas rasuah

[Copy link]
Post time 5-8-2015 06:40 AM | Show all posts |Read mode

Derma berjumlah RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui akaun peribadinya adalah satu bentuk rasuah, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.


Beliau berkata, takrifan Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menetapkan Najib adalah penjawat awam yang tidak dibenarkan menerima “suapan” dalam apa jua bentuk sekali pun.

Naib presiden PKR itu berkata, takrifan “suapan” di bawah akta ini termasuklah hadiah dan derma apabila hadiah dan derma itu diberikan untuk mendapat balasan.

"Seksyen 50 Akta SPRM menetapkan sekiranya seorang penjawat awam memberi atau menerima suapan, penjawat awam itu melakukan satu rasuah," kata ahli Parlimen Pandan itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau turut berkata Seksyen 16 Akta SPRM menetapkan seseorang yang didapati bersalah melakukan rasuah boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun.


"Tidak ada rakyat Malaysia yang waras boleh menerima penjelasan Najib menerima derma sebanyak RM2.6 bilion daripada seseorang untuk membiayai kempen Pilihan Raya Umum ke-13 Barisan Nasional (BN) tanpa penderma itu mendapat sebarang balasan.



"Oleh itu, derma yang disebut-sebut oleh pimpinan Umno sekarang ini boleh digolongkan sebagai suapan mengikut Seksyen 3 Akta SPRM," katanya.

Sehubungan itu, beliau turut mengarahkan anggota PKR seluruh negara, serta rakyat biasa, membuat laporan kepada SPRM, susulan kenyataan badan pengendali membanteras rasuah itu yang mengatakan wang yang dimasukkan ke dalam akaun Najib itu adalah derma politik.

Katanya, kenyataan SPRM semalam yang mengesahkan sejumlah RM2.6 bilion dipindahkan ke akaun peribadi Najib sebagai derma politik mengundang lebih banyak persoalan mengenai rasuah dan pecah amanah yang perlu disiasat.

"Saya ingin mengingatkan Najib dan rakyat Malaysia, skop siasatan pasukan petugas khas yang dianggotai oleh SPRM, Bank Negara Malaysia, polis dan Jabatan Peguam Negara adalah untuk menyiasat secara keseluruhan urus niaga 1MDB bagi memastikan tidak ada pecah amanah atau salah guna kuasa.

"Ini meliputi semua tuduhan yang dibawa sebelum ini termasuklah mengenai wang 1MDB dipindahkan ke akaun milik individu yang rapat dengan Najib seperti Low Taek Jho, sehinggalah kegagalan 1MDB memenuhi komitmen kewangannya untuk membayar hutangnya yang mencecah RM42 bilion," katanya.

Urus niaga pemindahan wang sebanyak RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib katanya, hanyalah satu tugasan kecil yang kebetulan mendapat perhatian rakyat apabila The Wall Street Journal mendedahkan mengenainya.

"Kenyataan SPRM semalam tidak sedikit pun menjawab soalan-soalan penting yang perlu disiasat pasukan petugas itu yang bertanggungjawab kepada rakyat untuk merungkaikan semua persoalan mengenai 1MDB," katanya.









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 08:19 AM | Show all posts
hahhahhahh....kiut la gambar tu

cheq suka chek suka
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:27 AM | Show all posts
Tun Mahatdir ketawa sampai kuar air mata tgk gambar tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:28 AM | Show all posts
hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:28 AM | Show all posts
kodokke replied at 5-8-2015 08:27 AM
Tun Mahatdir ketawa sampai kuar air mata tgk gambar tu

dia gelak bnyk sangat skrg sampai kena pi jepun rawat mata dia minggu lepas dengarnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:33 AM | Show all posts
nasib la pak jib..SPRM nak cover tp tersalah terma plaks..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2015 08:36 AM | Show all posts
dalam hal ini.. muyiddin tengah tidur lena sebab dah terkeluar dari problem najib.. najib tunggu masa kena cantas..
aku yakin muyiddin naik balik nnt
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:40 AM | Show all posts
Masa Bijan dah xlama dah.. sebab makin banyak pekung dia akan terdedah.. igt rakyat nak diam membisu ke.. mmg bagus la WSJ dedahkan tu.. memang da lama ada whistleblower tgu masa je.. Pak Yidin turun, pappp, keluar statement derma.. hahahaha..

Spin la banyak mana pun...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 08:44 AM | Show all posts
Hahahaha siot jer
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:54 AM | Show all posts
adoii korang ni ..... kekekekke lawak gler
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:18 AM | Show all posts
hehehehe...mintak sedekah tu....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:24 AM | Show all posts
So tanggung jawap kita semua lah utk bagi penerangan kpd datuk nenek pok sedara mak sedara di kg kg.

Kawan kawan perempuan aii masih ramai yang BN kehulu BN kehilir .. perjumpaannya tiap minggu sambil makan makan mengemukkan diri.

Aii pelik dia orang ni tak baca or tak tengok news ka?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Macai2 menggelupor tuhan bijan mereka dihina. @rashiman @apam masih setia menjadi penjilat tegar bijan. Mungkin dpt share 1juta sorang gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:36 AM | Show all posts
kalau wsj tak bongkarkan..dah selamat duit tu jadik 10 biji beg birkin
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Picca tu tabley bla...

Wakakakakaka..ka..ka...ka......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2015 12:30 PM | Show all posts
najib mana tau malu, sape ckp byk dia cantas , tangkap atau fired
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 12:32 PM | Show all posts
jgn lari dari cerita sebenar..duit tu utk kegunaan parti..so jibby tak dpt duit tu pun..warlord parti yg dpt..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
abas8888 replied at 5-8-2015 12:32 PM
jgn lari dari cerita sebenar..duit tu utk kegunaan parti..so jibby tak dpt duit tu pun..warlord part ...

Kegunaan parti ya?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 01:08 PM | Show all posts

kalau malas nak tgk dari mula, tgk dr minit 1:20

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit parti xboleh masuk akaun sendiri. Tuhan bijan sundiri ckp.

Nak konar tang mana lagi?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.081366 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list