CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23698|Reply: 215

[Politik] Ramai Terharu Tindakan Mak Cik Ini Terhadap Suaminya

[Copy link]
Post time 1-8-2015 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Ramai Terharu Tindakan Mak Cik Ini Terhadap Suaminya
Aug 1, 2015



DALAM
menjalani kehidupan rumah tangga, selain daripada kasih sayang, amalan hormat menghormati terhadap pasangan merupakan antara rahsia paling penting dalam mencapai kebahagian.

Malangnya, tidak semua suami isteri alaf ini mampu mengamalkan amalan ini ekoran tidak sabar dan memendam rasa keegoan yang melampau.

Oleh itu, kesempatan ini kami ingin berkongsi kisah sepasangan suami isteri yang layak dijadikan tauladan buat semua.

Kisah ini sebenarnya disaksikan oleh seorang hamba yang ketika itu sedang menjamu selera di sebuah restoran yang terletak di Taman Melati, Kuala Lumpur.

Kisah tentang kasih sayang seorang isteri yang menjaga adab-adab terhadap suaminya ini wajar dicontohi dan dijadikan tauladan buat semua isteri.






“Selepas makan, mata saya terpaku dengan tindakan seorang mak cik.Walaupun dalam keadaan uzur , beliau bangun ke tempat basuh tangan dengan mangkuk kosong. Saya terpana, atas tujuan apa dipenuhkan bekas tersebut dengan air paip tersebut.

“Sekembalinya mak cik tersebut ke meja makan, beliau membasuh tangan suaminya dan melayan suaminya untuk menjamah dan menjamu selera bagai seorang putera raja.

“Subahanaallah, Allah hadirkan satu fenomena dan sketsa ringas yang sukar dilihat pada hari ini.

“Ramai takut dan gusar kehilangan suami, tetapi tidak tahu bagaimana nak bahagiakan suami,” tulis netizen tersebut.

Perkongsian kisah pasangan suami isteri ini sekali gus menjadi viral dan membuatkan ramai yang tersentuh hati.

Malah, ada juga yang menyifatkan tindakan ini hanya berlaku satu dalam sejuta.

Pastinya, suaminya mak cik ini juga merupakan seorang suami yang baik dan hebat sehingga mampu mendidik isterinya sebegitu hormat dan sayang terhadap.

Masya Allah… semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua pasangan suami isteri. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2015 03:50 PM | Show all posts
xmenarik pon. benda biasa..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik tu sakit ke smp binik kene amek kan basuh tangan???
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kang tak ambik air Basuh tangan, laki mak Cik Marah lah pulak...Walau uzur, terpaksa mak Cik gagahkan jua.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh...Kisah menghambakan diri untuk suami terlampau normal kat malaysia. Malahan sanggup mati dibunuh suami mental pun ada. Nothing new...dari dulu hingga sekarang suami dianggap raja dlm keluarga melayu dan ianya dianggap sgt ideal...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka betul blog bosoh dan bbnu baru ada internet ni nak share2 gambar orang kat internet pasal nak like/duit iklan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2015 04:02 PM | Show all posts
Maaf, jika ini yg dikagumi, memang parah lah. Kalau pokcik itu lumpuh, tak berkaki, ok, ambo ghase ok jah mokcik menolong. Kalau sesama tua uzur, mokcik pula yg gigih melayan pokcik bak putera raja, memang hazablah...

I am not impressed, offended? Yes!
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaaaaaaa...

Mia lebih dr tgn somi mia basuh kan hoccay
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2015 04:05 PM | Show all posts
yg nak buat tu makcik tu...yg dia buat tu dekat suami dia...yg meroyan ummah ci tak kawen lagi....

dunia penuh dengan manusia pelik
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 04:09 PM | Show all posts
btw..org yg viralkan gambar/video nih ada mintak kebenaran x dgn makcik n suaminya? x semua org suka gambar/video mereka disebar kat alam siber walau untuk sebab apa sekalipun..

laknat tol org yg x reti nak respek privasi org lain nih
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya benda mcm ni pun jadi satu kekaguman melampau
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 1-8-2015 04:09 PM
btw..org yg viralkan gambar/video nih ada mintak kebenaran x dgn makcik n suaminya? x semua org suka ...

Setujulah...kurang2 padamkan muka ker..ni sah2 nampak muka dorg..anak2 m cik p cik tu ada dapat tak gambar ni?
Bencilah orang suka2 amik gambar orang lain n share2 tanpa kebenaran ni..xtau adab lansung...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda biasa...sebab majoriti Melayu bukan macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 04:14 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 1-8-2015 04:12 PM
Setujulah...kurang2 padamkan muka ker..ni sah2 nampak muka dorg..anak2 m cik p cik tu ada dapat ta ...

itula pasal cikgu..x semua org suka perbuatan mereka diviralkan..org sekarang ni makin x reti nak respek org lain lah
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tah mintak kebenaran ke tak nak share2 kan gambar makbapak org kat public. Konon2nya pemerhati dan concerned sgt lah org2 yg ambik pic org lain kat public lepas tu tulis cerita buat konklusi sendiri. Ni org tua, kalau budak2 kecik anak korang org sharekan kat forum nak?

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 1-8-2015 04:14 PM
itula pasal cikgu..x semua org suka perbuatan mereka diviralkan..org sekarang ni makin x reti nak  ...

Betul sangat tu... setakat cerita cukuplah..ape hal nak amik2 gambar bagai... ish2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2015 04:17 PM | Show all posts
primemova replied at 1-8-2015 04:11 PM
Bodohnya benda mcm ni pun jadi satu kekaguman melampau

nak buat camne..sekarang semua sangap like kat FB fefeeling nak jd aktivis kemanusiaan ala2 sepul nang gituh
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 04:17 PM | Show all posts
choiiii, jahatnya suami beliauuu (provided suami dia mampu nak basuh tangan). yg lagi sick ummah terharu dgn cerita camni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
patutlah selama ni saya x bahgiaaaaaa..sbb saya xnah amek air  basuh tgn laki sayaaaa. gitu rupenyeee
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 1-8-2015 04:09 PM
btw..org yg viralkan gambar/video nih ada mintak kebenaran x dgn makcik n suaminya? x semua org suka ...

Kan? Ai cukup tak suka org yg snap2 gambar lepas tu buat cerita apa2. Yg selalunye snap yg buruk2. Keter tu potong dia lah, tak bagi signal lah. Cerita sebelah pihak. Kalau fb melayu pulak suka benar snap pic mcm ni pas tu karang cerita panjang2 berceramah. Nak sgt jadi viral.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.295574 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list