CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6531|Reply: 52

penjelasan tentang aurat

[Copy link]
Post time 25-6-2015 02:52 PM | Show all posts |Read mode



Penjelasan kepada permasalahan batas aurat wanita:
1. Aurat ditakrifkan sebagai kekurangan atau sesuatu yang memalukan dan mengaibkan dari anggota tubuh badan sekiranya di dedahkan untuk tatapan umum.  Imam Al Nawawi di dalam Al Majmu’ Syarh Al Muhazzab mentakrifkan aurat sebagai anggota tubuh manusia yang menurut pandangan umum buruk atau mengaibkan sekiranya diperlihatkan kepada umum dan sekiranya dibiarkan terbuka akan menimbulkan fitnah. Fitnah yang dimaksudkan oleh Al Nawawi adalah fitnah seksual, oleh yang demikian majoriti ulama’ berpendapat bahawa aurat wajib ditutup.

2. Sekiranya kita meneliti perbahasan fiqh tentang aurat, terutamanya aurat perempuan. Kita akan menemui perbezaan di antara batas aurat perempuan merdeka (Al Hurrah) dan batas aurat hamba (Al Amah). Menurut Imam Al Nawawi batas aurat bagi perempuan hamba adalah sama seperti batasan aurat lelaki merdeka, iaitu di antara pusat sehingga lutut. Walaubagaimanapun pembahagian ini tidak mempunyai asasnya di dalam Islam melainkan hanyalah konstruksi budaya masyarakat Arab pada masa tersebut. Pendapat ini di sokong oleh Ibn Hazm yang menyatakan bahawa pembahagaian tersebut adalah tidak wujud walaupun disebut oleh majoriti ulama’ Fiqh.

3. Sesuatu yang unik yang perlu diberikan perhatian sewaktu membahaskan berkenaan dengan pembahagian aurat di antara perempuan merdeka dan perempuan hamba adalah, faktor sosial dan budaya masyarakat Arab pada waktu itu. Menurut Al Marghinani di dalam Al Hidayah Syarh Al Bidayahi, aurat perempuan hamba tidak sama dengan perempuan merdeka kerana pada kebiasaannya hamba perempuan ini harus keluar dari rumah untuk melunaskan pekerjaan sebagaimana yang diarahkan oleh tuannya.

4. Senada dengan beliau, Muhammad Ali Al Shobuni di dalam Rawa’i Al Bayan Tafsir Ayat Al Ahkam Min Al Quran menyatakan bahawa perempuan hamba akan terbeban dengan urusan-urusan pekerjaan sehingga terpaksa keluar dari rumah, pergi ke pasar dan memenuhi segala keperluan tuannya. Sekiranya diperintahkan untuk berpakaian seperti perempuan Muslimah merdeka, sudah pasti ia akan menyusahkan dan membebankan hamba perempuan tersebut menyelesaikan urusan pekerjaannya.

5. Ibnu Hajar Al Asqalani di dalam Fath Al Bari menyatakan bahawa pakaian (Al Malabis) adalah berbeza-beza di setiap negeri. Sekiranya kita meneliti dari sudut sejarah dan latar sosial masyarakat arab pada masa tersebut pakaian-pakaian seperti khimar (kain penutup kepala) dan jalabib (pakaian luar) sebagaimana yang disebutkan di dalam Surah Al Nuur ayat 31 merupakan pakaian kebudayaan bagi masyarakat Arab pada ketika itu.

6. Muhammad Tahir Ibn Ashoor di dalam bukunya Maqasid Syariah Al Islamiyah menyatakan bahawa adat kebiasaan sesuatu kaum tidak boleh dipaksakan ke atas kaum lain atas nama agama. Beliau sewaktu menghuraikan Surah Al Ahzab ayat 59 yang memerintahkan agar isteri-isteri Nabi dan perempuan beriman untuk melabuhkan khimar mereka sehingga menutupi dada menyatakan – “ Ini adalah ajaran yang mempertimbangkan adat orang-orang Arab sehingga bangsa-bangsa lain yang tidak menggunakan jilbab tidak diwajibkan atas syariat ini”.

7. Tafsiran aurat sendiri begitu subjektif dan berbeza-beza di antara ulama’ dan objektif utama daripada penutupan aurat adalah untuk mengelakkan berlakunya fitnah seksual (Khauf Al Fitnah) terhadap perempuan. Batas anggota tubuh yang membawa keaiban juga berbeza dari setiap tempat dan banyak dipengaruhi oleh konstruksi sosial masyarakat setempat, perubahan tempat, masa dan keadaan.

8. Perempuan, sebagaimana lelaki mempunyai hak yang sama ke atas tubuh badannya dan berhak diberikan kebebasan untuk memilih pakaian yang menurut pandangannya adalah baik dan mampu mengelakkan fitnah. Sekiranya dia memilih untuk bertudung, itu baik untuknya dan sekiranya dia memilih untuk tidak bertudung itu juga baik untuknya. Yang lebih penting ialah mereka memakai pakaian yang terhormat.

9. Menurut kami, perbincangan tentang batas aurat lelaki dan perempuan adalah perkara Ijtihadiyah, dan boleh sahaja seseorang itu berbeza pendapat antara satu sama lain memandangkan tidak ada dalil-dalil yang qathie dari segi dalalah. Kami tidak pernah memaksakan pendapat kami kepada orang lain dan begitulah sebaliknya. Kedangkalan di dalam menggali khazanah-khazanah Turath umat yang kaya dan pelbagai menyebabkan kita sombong dan senang sekali menyalahkan orang lain yang berbeza pendapat dengan kita. Semoga Allah menghindarkan kami dari penyakit tersebut.

WallahuA'lam
Sisters in Islam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2015 03:03 PM | Show all posts
jadi SIS nak kata, kalau pergi kat nude beach, pompuan  muslim bolehlah sekadar topless gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 03:05 PM | Show all posts
nih geng tora tora tora jabat....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 03:18 PM | Show all posts
Ramai lobai dan lobainita pakar aurat yang tak tahu bahawa Imam Shafie pon berpegang bahawa aurat bagi wanita hamba ialah menutup dari pusat ke lutut seperti yang didedahkan didalam tulisan itu.....

Pakar pakai aurat yang seolah olah sudah mendapat sijil pengesahan daripada Allah SWT bahawa hanya pengangan mereka pasal aurat sahaja yang betul (yang selalunya diikut sahaja secara membabi buta fahaman orang lain), selalunya akan takajut beruk bila diberitahu hal ini.

Selalunya untuk menutop takajut berok mereka, mereka akan bertanya " Sekarang ada lagi kah wanita hamba? " Prrrrpfffftght

Apa apa pon kita mengucapkan syabas kepada SIS kerana tidak pernah memaksa fahaman mereka (yang terhasil dari kajian dan pemikiran), keatas orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 03:38 PM | Show all posts
Rujuk pada yang pakar. Secara dasarnya, saya tidak bersetuju dengan SIS. Tapi tidak pandai untuk berhujah. Harap dapat rujuk kepada yang arif dan pandangan para ulama yang telah membahaskan isu ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2015 04:00 PM | Show all posts
Maideen. replied at 25-6-2015 03:18 PM
Ramai lobai dan lobainita pakar aurat yang tak tahu bahawa Imam Shafie pon berpegang bahawa aurat ba ...

sanggup kah mereka membuang hijab nya selepas ini..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2015 04:09 PM | Show all posts
manusia memang ada hak ke atas tubuh badan masing2. tapi manusia juga ada syariat agama masing2 jugak. tapi hak manusia tu walau macam mana sekali pun mana boleh menyanggahi hak Pencipta manusia tu sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 04:10 PM | Show all posts
Maideen. replied at 25-6-2015 03:18 PM
Ramai lobai dan lobainita pakar aurat yang tak tahu bahawa Imam Shafie pon berpegang bahawa aurat ba ...

Tetapi Imam Shafie adalah IMAM dan bukannya Rasul. Kenapa refer kepada pendapat satu IMAM saja? IMAM tu manusia biasa jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2015 04:16 PM | Show all posts
kalau begitu bolehlah bibik2 indon uouls dibiarkan ke pasar dgn cuma berseluar pendik tanpa berbaju supaya nanti dipasar akan digomol oleh bangla dan rohingya....selain itu..bibik2 indon yg tidak berbaju akan mudah menyusukan lelaki2 indon yg berkerja ditapak binaan.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 04:18 PM | Show all posts
ymlite_killer posted on 25-6-2015 04:00 PM
sanggup kah mereka membuang hijab nya selepas ini..

tak perlu... sebab sister in islam tak paksa sapa sapa bukak tudong atau aurat pun....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 04:51 PM | Show all posts
ymlite_killer replied at 25-6-2015 04:00 PM
sanggup kah mereka membuang hijab nya selepas ini..

Rasanya tidak sanggup sebab mereka merasakan hanya fahaman mereka yang mereka ikut secara membabi buta itu sahaja yang betul (seolah olah telah mengapat sijil pengesahan dari Allah SWT prrrrrrpfffght). Malahan mereka dengan tidak tahu malunya senantiasa mahu membimbing orang lain menjadi seperti mereka.....

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 05:00 PM | Show all posts
Edited by Maideen. at 25-6-2015 05:03 PM
dinamokiev replied at 25-6-2015 04:10 PM
Tetapi Imam Shafie adalah IMAM dan bukannya Rasul. Kenapa refer kepada pendapat satu IMAM saja? IM ...

Mungkin mereka bertaklid (yakni mengikut sahaja secara membabi buta) kerana tidak berupaya untuk berfikir...  Oleh itu mereka merasakan mereka terpaksa mengikut sahaja pendapat orang yang mereka anggap pakar dan ulamak besar... Tak mengapalah itu, yang malangnya mereka mahu memaksa pula orang lain pon ikut sahaja secara membabi buta seperti mereka...

Namun kita harus menakui ada kebaikan spesis ini bertaklid. Ini kerana jika mereka tidak mengikut sahaja cakap orang spesis yang percaya Allah SWT kata wanita musti berbungkus ini mungkin akan bertelanjang sahaja apabila mereka bersosialisasi.

Ini kita dapat simpulkan apabila spesis ini mula berhujah begini: "Kalau tak wajib bungkus kepala, maka boleh lah kita bertelanjang pergi Chow Kit Road!"
Wallahualam.

Maideen~Dan dengan tahap pemikiran sebegitu, mereka ada hati mahu membimbing orang lain menjadi seperti mereka.....



Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 08:28 PM | Show all posts
white_musk replied at 25-6-2015 04:18 PM
tak perlu... sebab sister in islam tak paksa sapa sapa bukak tudong atau aurat pun....

Benerr....... Tidak seperti lobai dan lobainita yang aurat kehulu aurat kehilir jelas dan nyata kesana jelas dan nyata kemari sikit sikit hukom Allah sikit sikit hukom, tapi satu hujah pon tarak......prrrrrrrrrpffffftght

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Set set kassim ahmad tgh bg kuliah...

pasni mesti ckp mana ada dua kalimah syahadah..jgn dok dewa dewa kan nabi Muhammad SAW..baginda manusia biasa saje..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 08:42 PM | Show all posts
Kita harap set lobai pemuja lurah faraj Farah Ann Hadi merangkap pejuang Isle, faham bahawa SIS sesekali tidak memaksa mereka suroh bini bini mereka supaya menanggalkan guni yang di pakai jika mereka percaya itu suruhan Allah.........
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 10:00 PM | Show all posts
dah banyak kali baca

GUNA  KAEDAH RELIGIO ETHICS dalam membahaskan seuatu hukum



TO JAKIM and yg membaca : u see these  minah menjustifikasi kan keadh religio ethics untuk mempertikaikan sesuatu

dan org awam yg lemah fundamental akan percaya  hujah mereka yg tiada kredibiliti.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2015 10:01 PM | Show all posts
this is a typical religio ethics hujah.

hahaha.

maka pendapat depa VERSUS 1000 ketamaduan displin ilmu tafsir?

no way.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 10:04 PM | Show all posts
sejak bila kaum atau unsur racist diHALALKAN untuk menidakkan sesuatu hukum

kan sini penekanan ethnic boleh pulak? kat lain label racist , sexist ?

u see? how could they be making sense when they have not acquired the  body of knowledge directly?

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 10:07 PM | Show all posts
sapa nak tahu apa itu kaedah religio ethics - baca buku  dr mohd farid mohd shahran , dikupas diterjah olehnya liberalist.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 10:08 PM | Show all posts
i wonder hujah macam depa tu pun  ade yg terpedaya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.549593 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list