View: 13481|Reply: 88
|
[Tempatan]
ac mizal labur jutaan ringgit untuk stesyen tv n telco sendiri. peace yo fm
[Copy link]
|
|
Sepanjang 23 tahun berkecimpung dalam dunia seni tanah air, Datuk AC Mizal antara selebriti yang sukses membina nama sebagai seorang penghibur versatil.
Malah, figura berusia 43 tahun ini bergelar usahawan dan menjalankan perniagaan di dalam dan luar negara termasuklah mempunyai hotel di Bali, Indonesia.
Terbaru, AC berani melaburkan wangnya sendiri yang mencecah jutaan ringgit untuk membuka sebuah stesen televisyen sendiri.
Pemilik nama sebenar Mizal Zaini ini ketika ditemui pada majlis pengumuman Top5 Anugerah Bintang Popular (ABPBH2014) di Kuala Lumpur semalam mendedahkan beliau akan melancarkan stesen televisyennya yang diberi nama Peace Yo. FM pada April nanti.
“Stesen ini berkonsepkan hiburan sepenuhnya yang akan memaparkan pelbagai program realiti dan drama yang akan diterbitkan produksi saya sendiri. Kandungannya bukan saja terhad tentang dunia hiburan dalam negara malah, tertumpu juga pada hiburan antarabangsa di seluruh dunia
“Untuk kandungan di luar negara, saya akan bekerjasama dengan pelajar-pelajar yang belajar di luar negara untuk mereka turut sama menyumbang apa saja yang boleh dijadikan kandungan program.
“Bukan mudah sebenarnya untuk membina sebuah stesen TV. Walaupun ianya online tapi dari segi peralatan dan keperluan seperti kamera memerlukan kos yang sangat tinggi. Namun, demi merealisasikan impian saya ini, saya sanggup melabur jutaan ringgit wang sendiri untuk perniagaan kali ini.
“Pelaburan sebanyak itu untuk memastikan stesen TV saya ini mencapai tahap piawaian dan profesional sebuah stesen penyiaran,” kongsinya dengan nada penuh yakin.
Tambahnya, bermula 1 Mac ini satu ujibakat akan diadakan pencarian deejay dan wartawan siaran untuk stesen tersebut. Sesi ujibakat akan diadakan seawal jam 9 pagi bertempat di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur. Seramai 25 orang diperlukan untuk berhidmat dengan stesen tersebut.
“Pada 1 Mac ini akan diadakan ujibakat terbuka kepada sesiapa saja dalam kalangan usia 18 hingga 30 tahun. Bagi saya, tidak kira sama ada mereka itu punya kelulusan universiti atau tidak, apa yang penting jika mereka berbakat dan layak, tentu akan ada peluang untuk menyertai stesen TV saya.
“Dalam beberapa bulan ini Peace Yo. FM akan beroperasi selama 12 jam dulu tetapi kemudian nanti baru ia beroperasi selama 24 jam,” katanya.
Bercerita lagi mengenai perniagaannya itu, AC menyatakan idea untuk mewujudkan stesen TV sendiri sebenarnya sudah lama difikirkan. Sementelah ia sebagai salah satu perancangan untuk diri terus melibatkan diri dalam dunia penyiaran.
Di samping itu, AC juga berharap Peace Yo.FM dapat dijadikan sebagai platform untuk artis-artis baru mempromosikan diri.
“Sudah lama saya fikirkan tentang mahu bukan stesen TV sendiri. Sebenarnya, bahagian kandungan rangan berbahasa Cina Peace Yo.FM sudah pun beroperasi sejak lima bulan lalu. Jadi sekarang pihak saya sedang buat persiapan untuk bahagian Bahasa Melayu dan pelancarannya nanti.
“Selain ini satu lagi cabang perniagaan saya, ia juga sebagai platform untuk artis-artis baru masa kini untuk promosikan diri mereka. Sebab sekarang ini apa yang dapat kita lihat, kebanyakan stesen TV sering menampilkan artis-artis yang sama saja kerana berdasarkan nilai komersial mereka.
“Jadi, diharapkan Peace Yo. FM dapat dijadikan ruang untuk muka-muka baru mempromosikan bakat mereka,” tuturnya teruja.
Bagaimanapun, AC mengeaskan beliau tidak akan muncul di stesen televesyennya sendiri kerana terikat sebagai artis eksklusif stesen TV berbayar, Astro.
“Walaupun fokus saya buat masa pada perniagaan saya tapi karier seni dan kerjaya pengacaraan masih saya lakukan seperti biasa.
“Cuma, saya tidak akan muncul di stesen TV saya kerana saya masih lagi artis eksklusif Astro,” katanya yang turut memberitahu mendapat banyak tunjuk ajar dan rujukan daripada pihak Astro sepanjang melaksanakan projeknya itu.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kejayaannya tercalon dalam Top 5 kategori Pengacara Paling Popular, penyayi lagu Paranoid ini berharap dia dapat mengulangi kemenangannya seperti tahun lalu.
“Alhamdulillah, saya tercalon Top 5 pada tahun ini dan berharap menang seperti tahun lalu,” katanya.
Perkembangan lain, AC juga menyatakan beliau akan melancarkan talian telefonnya sendiri iaitu Best Mobile pada penghujung Mei nanti.
http://www.suara.tv/2015/02/18/ac-mi...en-tv-sendiri/
|
|
|
|
|
|
|
|
Kaya betul hasil menipu... Yg ramai2 bg dia 'modal' dulu dah kaya mcm dia jugak tak? |
|
|
|
|
|
|
|
rezeki yg dapat jgn lupa kongsi dgn anak2 yer... |
|
|
|
|
|
|
|
syabee replied at 22-2-2015 08:32 PM
rezeki yg dapat jgn lupa kongsi dgn anak2 yer...
Dia kata anak dia sorang je. .. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus, pandai diversify bzness dia..
duit habuan jadi pengacara pun berpuluh ribu dah sebulan... |
|
|
|
|
|
|
|
Modal pakai duit tipu org jual gelang china ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ambillah anak-anak jadi pelapis. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-2-2015 09:06 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
CrowneGlory replied at 22-2-2015 08:32 PM
Kaya betul hasil menipu... Yg ramai2 bg dia 'modal' dulu dah kaya mcm dia jugak tak?
Semua mlm penipu..penapis air sampai beribu siap kena wat loan pun ada... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukak stesen TV tapi siaran On9 , tak faham akak .. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-2-2015 09:08 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
syabee replied at 22-2-2015 08:32 PM
rezeki yg dapat jgn lupa kongsi dgn anak2 yer...
Bill gates n isteri pun xwariskan kekayaan pada anak..terpulanglah pada dia kan...dia usaha keras untuk dapatkannya..terpulanglah pada dia nak belanjakan macam mana . |
|
|
|
|
|
|
|
Rancangan lawak bodoh2 ke.. Mls nk tgk |
|
|
|
|
|
|
|
100% hiburan. Sesuailah dengan beliau
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-2-2015 09:10 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
kelana36 replied at 22-2-2015 08:42 PM
bagus, pandai diversify bzness dia..
duit habuan jadi pengacara pun berpuluh ribu dah sebulan...
Kan..siap ada hotel di bali..
Sebenarnya ac dah pernah cuba wat mface sebelum ni..kononnya nak lawan facebook..tapi macam x kemana..
Kali ni lagi agresif..stesyen tv online sendiri n telco sendiri..nampak sangat beliau xkenal apa itu kegagalan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-2-2015 09:12 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
revolusi_30 replied at 22-2-2015 09:08 PM
Bukak stesen TV tapi siaran On9 , tak faham akak ..
Mungkin beliau start secara online..kalau meletup..mesti astro/media prima berminat untuk berkerjasama dengan beliau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-2-2015 09:13 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ultra78 replied at 22-2-2015 09:10 PM
100% hiburan. Sesuailah dengan beliau
Sesuai dengan majoriti rakyat malaysia juga..setelah stress kerja..masa terluang mesti nak abiskan dengan hiburan kan..bagi lapang otak yang stress.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-2-2015 09:13 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
poison_paradise replied at 22-2-2015 09:10 PM
Rancangan lawak bodoh2 ke.. Mls nk tgk
Sama sama kita nantikan |
|
|
|
|
|
|
|
Dari segi cari duit dan menipu bgus tiptop.namun personaliti/appearance dan lawak pprt lvl 9999 beliau sngt zizik..untunglah sis.semoga stesen tv hiburan dicucuri elohim |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-2-2015 09:17 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
famri7 replied at 22-2-2015 09:15 PM
Dari segi cari duit dan menipu bgus tiptop.namun personaliti/appearance dan lawak pprt lvl 9999 beli ...
Tapi ramai minat dengan personaliti beliau..tengok mlm tu..rata rata komen..ac juga yang xpernah mengecewakan..setiap kali masuk je mesti kelakar..hehehe sama gak rancangan sembang teh tarik tu..memang kelakar..
Insya allah..hiburan untuk melapangkan orang tengah stress ni diberkati elohim..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
ResellerMaxis replied at 22-2-2015 09:08 PM
Bill gates n isteri pun xwariskan kekayaan pada anak..terpulanglah pada dia kan...dia usaha keras ...
memahg terpulang pada dia nk belanja mcmana bro.....tapi hak anak bg le....nafkah anak tu hak anak tau....wajib bagiiii......
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-2-2015 09:24 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
jazaa replied at 22-2-2015 09:21 PM
memahg terpulang pada dia nk belanja mcmana bro.....tapi hak anak bg le....nafkah anak tu hak anak ...
Kan dah dibawa ke mahkamah..kalau dia xbayar..mesti dah kena tangkap.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|