Edited by enchikfitz at 2-3-2015 09:42 AM
[size=0.688em][size=1em]
[size=0.75em]Kesibukan antara punca Fara tidak mempunyai masa memikirkan soal peribadi.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PETALING JAYA: Pengacara dan penyampai radio Fara Fauzana menjelaskan dia tidak lagi berasa terbeban apabila sering diasak dengan pertanyaan mengenai perkahwinan.
[size=0.98em]Fara, 35, berkata, dia sudah terbiasa dengan perkara itu dan pada usianya sekarang ia bukan soal utama selain meletakkan keyakinan kepada Allah yang merancang perjalanan hidupnya.
[size=0.98em]"Dulu saya akui memang seorang yang terlalu berfikir apabila ada yang bertanya tentang kahwin tetapi sekarang tidak lagi. Saya tidak rasa bebanan itu.
[size=0.98em]"Allah adalah seorang sebaik-baik perancang dan saya ingin berpegang pada kata-kata ini dan yakin pasti akan ada jodoh saya suatu hari nanti.
[size=0.98em]"Kalau tidak pun mungkin saya ditakdirkan untuk menjaga kedua ibu bapa saya sehingga ke akhir hayat dan bukan semua orang dapat peluang itu," jelasnya kepada mStar Online.
[size=0.98em] [size=0.98em]AG dan Fara bergandingan dalam program Muzik-Muzik 30.
[size=0.98em]Fara terdahulu diumumkan sebagai hos baharu program Muzik-Muzik 30 bersama AG bagi menggantikan Scha Al Yahya. [size=0.98em]
Program itu bersiaran setiap hari Sabtu pada pukul 6 petang. [size=0.98em]
Pun begitu kata Fara, itu tidak bererti dia berhenti berusaha mencari jodoh dan mengakui ada mengenali beberapa lelaki namun belum bertemu yang benar-benar sesuai dengannya. [size=0.98em]
Tambah Fara, kesibukan dengan tugas seharian turut menjadi faktor utama dia tidak berpeluang untuk menjalinkan hubungan cinta seperti mana wanita lain. [size=0.98em]
"Mungkin kedengaran klise tetapi itulah hakikatnya. Bagaimanapun saya bersyukur kerana keluarga amat memahami dan tidak pernah masuk campur tentang urusan itu," jelasnya.
|