View: 9385|Reply: 65
|
[Tempatan]
Sultan Pahang dukacita: 'Apa Palanivel buat?'.UPDATE #56 Palanivel Dah Tahu!
[Copy link]
|
|
Sultan Pahang dukacita: 'Apa Palanivel buat?'Astro Awani | Kemas kini: November 20, 2014
(Diterbitkan pada: November 20, 2014 10:54 MYT)
Sultan Pahang menemui sebahagian mangsa banjir lumpur sewaktu berkenan melawat kawasan bencana. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah murka dengan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Seri G. Palanivel dan telah menitahkan beliau untuk segera mengambil langkah-langkah bagi mengelak tragedi yang sama berulang kembali pada masa akan datang.
Memberi reaksi terhadap bencana bajir lumpur baru-baru ini yang mengorbankan lima nyawa, Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa kecewa baginda terhadap Palanivel yang dilihat kurang cekap melaksanakan tindakan, walaupun kes seperti itu pernah berlaku pada masa lalu.
"Apa yang Palanivel buat? Tiada apa. Rakyat di situ kini menderita secara mental dan fizikal apabila bencana ini berlaku.
"Rakyat telah mengundi dan memilih beliau pada pilihan raya lalu, tetapi adakah ini yang diberikannya kepada rakyat?" titah baginda seperti yang dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.
Sultan Ahmad Shah turut mengingatkan Palanivel agar memenuhi tanggungjawab terhadap rakyat yang telah memilihnya dalam pilihan raya lalu atau berdepan dengan risiko kehilangan undi mereka pada pilihan raya akan datang.
"Beta rasa malu dengan kejadian ini. Beritahu menteri kamu supaya memberi keutamaan kepada kawasan sendiri terlebih dahulu," titah baginda.
Baginda juga menitahkan agar semua penerokaan tanah haram untuk pertanian di seluruh Cameron Highlands dihentikan serta-merta, selain mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab membiarkan masalah itu berlarutan.
Ahad lalu, Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, sejuta pokok akan ditanam di Cameron Highlands terutamanya di lereng-lereng bukit bagi mengurangkan hakisan tanah seterusnya menhindar kejadian runtuhan tanah.
Menurut Palanivel, program menanam pokok itu akan dimulakan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun. Beliau menambah, pihak kementerian juga mahu memperoleh 11 plot tanah sepanjang tebing Sungai Bertam, Ringlet yang kini dimiliki pihak perseorangan melalui Akta Pengambilan Tanah 1960.
Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pihaknya akan menempatkan para pegawainya di Cameron Highlands bagi meningkatkan usaha pemantauan aktiviti-aktiviti rasuah di lokasi.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul menggesa sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat tentang rasuah atau aktiviti haram di kawasan berkenaan untuk menyampaikannya kepada SPRM.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/sultan-pahang-dukacita-apa-palanivel-buat-48788?cp Last edited by GhostWalking on 24-11-2014 11:48 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
dan ketiadaan palanivel mengiringi
lawatan Tuanku Sultan Pahang juga
menimbulkan banyak persoalan
|
|
|
|
|
|
|
|
murka dekat g palanivel buat apa..murka lah dekat adnan yaakob..
|
|
|
|
|
|
|
|
ResellerMaxis posted on 20-11-2014 03:46 AM
murka dekat g palanivel buat apa..murka lah dekat adnan yaakob..
Haha. sokong. |
|
|
|
|
|
|
|
serah semula parlimen
cameron kepada pertubuhan
kebangsaan |
|
|
|
|
|
|
|
palanivel dgn denan carut..
dua2 patut kene hencap..
dua2 tak buat kerja.. makan gaji buta.. sampai kerugian ( nyawa, material, alam) yg amat besar kpd pahang dan malaysia..
elok dicampak je ke neraka |
|
|
|
|
|
|
|
apabila seorg sultan murka...tamparan buat atok pala...tempias utk bn...najib???? |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru balik dari cameron.. sempat laa sembang ngan local ppl...
dia kata banjir yg sama last year disebabkan ade project yg tek berlaku... tanah xdpt tampan air...
yg bestnya.. katanya project tu sultan pahang punya... jumlah kematian yg dilaporkan sedikit.. sebenarnya lagi ramai...
katanya laa.... dia tipu.. aku pun tipu laaa |
|
|
|
|
|
|
|
MengkuduMasam posted on 20-11-2014 11:55 AM
aku baru balik dari cameron.. sempat laa sembang ngan local ppl...
dia kata banjir yg sama last y ...
kutip cerita kat longkang
dapat la info longkang
nak tutup jumlah orang mati
dalam 'dunia gajet media'
yang mudah macam hari ni
bukan senang
|
|
|
|
|
|
|
|
ResellerMaxis posted on 20-11-2014 11:46 AM
murka dekat g palanivel buat apa..murka lah dekat adnan yaakob..
tak boleh
nanti income kurang
|
|
|
|
|
|
|
|
pelik juga sultan ni ... tak kan sultan ni tak ada power untuk banteras gangster? ... atau sultan ni tutup sesuatu ... hurmmmm ... |
|
|
|
|
|
|
|
salah sorang yg menarah balak2 kat pahang tu udah tentu bayangan tuhan...
|
|
|
|
|
|
|
|
MengkuduMasam posted on 20-11-2014 11:55 AM
aku baru balik dari cameron.. sempat laa sembang ngan local ppl...
dia kata banjir yg sama last y ...
setiap kali banjir pun macam tu..dekat johor dulu banjir besar pun macam tu kata jiran-jiran n masyarakat setapat..banyak kematian xdilaporkan lah apa lah..padahal non hado..
tengok kes sulu, kes mh370..konon-konon banyak kerajaan sorok..
|
|
|
|
|
|
|
|
amira_safia posted on 20-11-2014 12:04 PM
pelik juga sultan ni ... tak kan sultan ni tak ada power untuk banteras gangster? ... atau sult ...
kalo nak one man show je
tak payah la ada penurunan kuasa
ahli parlimen, ADUN, ketua masyarakat,
agensi2 semua tu ada bidang
tanggungjawab masing2
sikap rakus penduduk atau peneroka
tanah perlu
juga disalahkan
|
|
|
|
|
|
|
|
d'zeck posted on 20-11-2014 11:58 AM
kutip cerita kat longkang
dapat la info longkang
senang je dzeck ko je yg tak tau. samelah dlm malaysia si najib ni citer baik2 je kt oversea nun najib ni dikeji. tp kerajaan pandai tutup je.
|
|
|
|
|
|
|
|
annehuda posted on 20-11-2014 12:09 PM
senang je dzeck ko je yg tak tau. samelah dlm malaysia si najib ni citer baik2 je kt oversea nun n ...
asal kawasan ramai cina susah nak govern
isu DNA main peranan utama
juga
|
|
|
|
|
|
|
|
Selama ini soltan pahanag tak pernah ke lalu lalang atau buat tinjauan kat daerah mcm cameroon hiland ni..kalau tuanku tinjau kawasan dah tentu tuanku akan perasan kesan tarahan dan teroka yg pesat di kawasan ii...takleh harap denan carut kasi laporan saja...bila dah berlaku musibAh mcm ni baru tgk keadaan rakyat... |
|
|
|
|
|
|
|
d'zeck posted on 20-11-2014 12:15 PM
asal kawasan ramai cina susah nak govern
isu DNA main peranan utama
kekdg kan dzeck aku rasa mcm nk nangis pun ade sbb aku tak sangka wujud org ngan kepala otak mcm ko ni kt malaysia ni ha. ko pegi la cek dna ko tu dulu betul ke 100% pure melayu. mcm dh termakan nasi kangkang bn dah ko ni, ape kerajaan buat ko angguk setuju.
|
|
|
|
|
|
|
|
annehuda posted on 20-11-2014 12:18 PM
kekdg kan dzeck aku rasa mcm nk nangis pun ade sbb aku tak sangka wujud org ngan kepala otak mcm k ...
cina DAP pun gerenti angkat tangan
dengan sikap haloba dan kiasu
penanam2 sayur di cameron,
yang majoritinya cina
|
|
|
|
|
|
|
|
murka kat ahli parlimen buat pa, depa silih berganti.... tu hat yg dok kt pej.tanah, majlis daerah berpuluh tahun takkan la buta x nampak apa yg berlaku kat depan mata..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|