CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 55253|Reply: 64

betul ke tanda nak mati akan lihat benda mcm mcm

[Copy link]
Post time 10-11-2014 09:41 PM | Show all posts |Read mode
atau kah ia sekadar kebetulan ? kata ustaz tanda orang mati ni ...tengkuk belakang terasa kebas,berdenyut,sakit ...itu saya akui ...arwah ayah juga penah mengalami benda yang sama di tenguk nya ..lusa kemudian meninggal ...

tapi bagaimana pulak benda benda yang akan terlihat ini
aku teringat masa arwah nenek aku dulu ....mcm mcm dia jumpa benda pelik pelik  ...padahal kami sekeluarga tak nampak apa apa pon ...selang beberapa bulan meninggal ...

dan begitu juga dengan arwah ayah selang beberapa bulan kematiannya ...arwah ayah cerita pada kami ....benda benda yang dilihatnya ...pada hal kami semua tak nampak apa pon ....

begitu juga dengan arwah adik ....nampak ada orang datang kerumah ....padahal kami semua tak nampak apa pon ....

apa pandangan korang ...nak juga aku kaji benda mcm ni ....

Last edited by endus on 10-11-2014 09:43 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2014 09:53 PM | Show all posts
kalau ikut pengalaman org terdekat yg nak meninggal & pengalaman kekawan yg org2 terdekat dgn mereka nak meninggal mcm tu la..

kebanyakkan nampak org dtg..mcm arwah ayah berry..nampak org dtg..dia bgtau mak..padahal xde sesapa yg dtg..arwah ayah bff plak..arwah nampak mcm org yg menyerupai dia..pengalaman  kakak member (baru2 ni je)..pun nampak org dtg..dok tgk dia je..
Last edited by berrygurl on 10-11-2014 09:54 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2014 09:55 PM | Show all posts
berrygurl posted on 10-11-2014 09:53 PM
kalau ikut pengalaman org terdekat yg nak meninggal & pengalaman kekawan yg org2 terdekat dgn mereka ...

sesuatu yang mengerun kan bagi saya ..thanks info

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 09:59 PM | Show all posts
endus posted on 10-11-2014 09:55 PM
sesuatu yang mengerun kan bagi saya ..thanks info

tu tanda2 biasa kot endus
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 10:50 PM | Show all posts
Abah saya baru sahaja meninggal dunia pada 24 Julai 2014 yakni pada hari khamis .. 4 hari sebelum hari raya aidilfitri.
Ada beberapa bayangan, kelibat dan peristiwa benar yang abah ternampak sebelum beliau pergi..Perkara ini sempat diceritakan kepada kami adik beradik dan ustaz sebelum beliau nazak.

1. Abah saya beritahu dia nampak seorang lelaki siap berbaju melayu dan bersamping menjenguk ke dalam bilik..merenung dia...pada hari jumaat..semasa semua umat islam bersiap untuk sembahyang jumaat.  Katanya rupa lelaki tersebut mirip seperti adik lelaki jiran lelaki (berbangsa jawa - dah arwah) sebelah rumah yang kami panggil wak. Abah saya kata rupanya betul-betul seperti adik wak. Mulanya abah saya ingatkan saya yang menjenguk ke bilik dia...sebelum nak g sembahyang jumaat tapi selepas diamati katanya bukan saya. Bila kami adik beradik dan saudara mara minta kepastian abah beritahu bukan saya..dia pasti dan jelas rupa paras,pakaian dan keadaan lelaki itu. Dia tahu bukan saya.

2. Abah beritahu ternampak ada seorang lelaki yang hampir seusia dengan saya (30-an) melontar 'benda' (batu atau biji buah kecil atau seumpamanya) ke dalam bilik.
Yang peliknya, perkara ini juga berlaku kat saya selepas berbuka puasa. (Tidak pasti samada sama waktu dan masa dengan peristiwa yang dialami/berlaku terhadap abah). Selepas saya berbuka puasa, saya tutup semua makanan dengan tudung saji dan pergi ke sinki untuk membasuh tangan. Sebaik saya beredar dari sinki untuk menuju ke depan ruang tetamu tiba-tiba ada seketul biji buah..x silap saya biji buah..dah x ingat buah apa..dibalingkan kepada saya. Saya memang tengok biji buah tu. Memang takder orang. Saya berfikir positif mungkin haiwan seperti tikus yang terlontar ke lantai dapur. Kebetulan memang ada nampak tikus melepasi palang kayu kat dapur masa tu.

3. Abah beritahu..dia ternampak ramai orang datang ke rumah..baca yasin dan al-quran beramai-ramai untuk sekujur jenazah. Saya mula tau perkara ini bila kakak beritahu kepada saya. Saya memang tak percaya. Tapi semasa ustaz Darussyifa datang merawat abah kat rumah..abah beritahu perkara ini kepada ustaz. Katanya selama tinggal lebih 20 tahun di sini tak pernah mengalami perkara-perkara ini. Abah pasti dan jelas dengan apa yang dia nampak. Perkiraan saya mungkin Allah menampakkan / menunjukkan bayangan jenazah abah sendiri yang akan pergi....Wallahuallam..

4. Pada malam terakhir dirumah iaitu malam selasa 22 Julai 2014, setelah abah beritahu pada kami adik beradik yang dia dah nampak ajalnya semakin tiba kami semua minta ampun dan maaf..

" Abah dah nampak yang abah akan pergi"

Harap dapat sedekahkan al-fatihah kepada abah saya Ibrahim bin Aki dan mak saya Zaitun binti Talib..

Al-fatihah
Last edited by sham159 on 11-11-2014 05:06 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:11 PM | Show all posts
Bukan ke itu memang biasa, malaikat maut akan mula menampakkan dirinya pada si mati beberapa waktu sebelum nyawa si mati dicabut.. Tapi biasanya yg dapat rasa  macam tu mereka yang beriman.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2014 11:17 PM | Show all posts
timahterung posted on 10-11-2014 11:11 PM
Bukan ke itu memang biasa, malaikat maut akan mula menampakkan dirinya pada si mati beberapa waktu s ...

Saya pun berfikir 100% yang lelaki siap bersampin dan berbaju melayu tersebut adalah malaikat.
Abah saya jelas dengan rupa paras dan pakaian lelaki itu.

Last edited by sham159 on 10-11-2014 11:19 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2014 11:21 PM | Show all posts
bagi saya ....tanda tanda ni yang sedar dia akan pergi ....suatu kelebihan yang tak terucap dengan kata kata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2014 11:43 PM | Show all posts
aku ada dengar org cakap 40 hari sebelum mati tu dah tahu cuma mulut tak terucap. tu pasal selalu je dgr waris bercerita kebaikkan yang tiba2 last minute arwah buat. masa arwah atuk aku meninggal makcik aku citer atuk aku pesan kat semua jangan pergi jauh2 sebab ada orang nak datang ramai2. tapi masing2 pun terkunci mulut nak tanya sapa nak datang. tup2 2 hari lepas tu meninggal lah. kawan aku punya experience, seminggu sebelum abang dia meninggal nak gi kerja lalu federal hiway. tapi jalan kosong dan lapang je sebuah keter pun takda. seminggu lepas tu meninggal eksiden on the way balik kg. wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 01:47 AM | Show all posts
suka2 posted on 10-11-2014 11:43 PM
aku ada dengar org cakap 40 hari sebelum mati tu dah tahu cuma mulut tak terucap. tu pasal selalu je ...

Hari rabu malam sehingga keesokannya..Sham jaga abah di hospital..Memang menginsafkan malam - malam buta dan pagi tu..Wad 3C tu. Ramai pesakit kronik dan kritikal termasuk abah Sham. Ada pesakit yang meraung-raung, menjerit..bersahut-sahut sesama mereka..sungguh menakutkan. Ada pesakit bertentangan dengan katil abah Sham yang berbangsa cina..pelik perangai dia..setiap kali Sham balik ke katil ayah Sham dari mana-mana seperti tandas atau pergi makan..matanya tajam dan terbeliak memandang Sham dengan marah..takut wei...

Malam tu di hospital abah Sham memang boleh bercakap dengan Sham..Sham fikir abah ada nak pesan sesuatu ..dia ada cakap

" Kalau abah pergi...," selepas tu ayat tergantung..mungkin abah Sham terdiam atau Sham x dengar biji butir apa yang disampaikan. Sayang dan terkilan sebab x mencelah dan tanya abah Sham malam tu...apa yg ingin disampaikan.

Abah Sham juga tanya nak tidur mana. Dia kata jangan pergi jauh sebab takut berlaku apa-apa nanti.

Last edited by sham159 on 11-11-2014 02:00 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 09:37 AM | Show all posts
Teringat saya pd pengalaman arwah Ayah sebulan sebelum dia meninggal dunia pd tahun lepas.
Macam2 benda yg dia nampak. antaranya semut berkumpulan berjalan di dinding tp bila sy & mak tengok mmg xde. Arwah siap ambik ridsect & sembur. saya mati2 cakap dgn ayah xde apa di dinding tu! kemudian dia nampak helaian rambut di lantai bila saya tengok mmg xde. Arwah ayah siap terkuit pakai tangan nak ambik rambut tu! rasa kesian pula. lps tu nampak budak kecik berlari2 dlm rumah pdahal tiada budak kecik di rumah kami. kemudian nampak kain buruk di bilik air walhal mak tengok xde pun kain buruk kat bilik air. kemudian nampak ada wanita sedang petik bunga di halaman rumah pd waktu senja yang ni pun saya & mak tengok mmg xde sape2 tp arwah tetap tunjuk tu ha ada kat depan tu.. tp mmg xde. mak saya pun suruh ayah mengucap & berzikir. kemudian nampak sekumpulan org sedang berlari di jalan depan rumah saya & bila sy tgok pun xde sesiapa. kemudian masa arwah dh mula sakit & lemah dia panggil saya katanya ada org datang bawa barang dia suruh saya ambik. tp bila saya jengah ke pintu xde sesiapa! tp arwah ttp ckp orgnya ada kat luar. tp masa ni mmg saya dh x sedap hati & dh dpt isyarat. seminggu kemudian arwah ayah masuk hospital, kesihatan makin teruk & lemah. tak disangka Arwah kena serangan strok 1 badan. mmg dh x boleh bergerak bdnnya & x boleh bercakap. cuma boleh buka mata je. sebulan lebih juga saya menjaganya dan Alhamdulillah adik beradik yg lain semua sempat menjaga arwah di hospital bergilir2. akhirnya arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada pg subuh 1 Mei 2013 pd Hari Pekerja.

Al-Fatihah kpd Allahyarham ayah saya Othman Bin Mahadi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah utk ahli keluarga forumer y tlh meninggal dunia...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 10:44 AM | Show all posts

arwah ayah sblm meninggal, nampak air kat hall...katanya apsal basah berair hall tu. (waktu tu dia duduk kat meja makan kat dapur dgn saya)

selain tu, arwah juga tegur...tu siapa datang ramai2 tu nak buat apa...

padahal memang takde air apa pun kat hall & takde sesiapa pun datang kat rumah time tu.

arwah abang ipar plak mintak belikan makanan kanak2 beberpa hari sebelum meninggal...spt jajan2..

Al Fatihah utk arwah ayah & abg ipar..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 10:49 AM | Show all posts
aku pun nampak benda ni jadi pade arwah nenek..mase tuh dia dh x sihat..mak long yang jaga dia.. tiap kali datang jenguk dia mesti ade je dia citer..

1. dia citer dia tido sekatil ngan arwah suami dia..tp dlm bilik tu segala2nye serba putih..dr cadar..bantal..dinding.. arwah atok dh meninggal sejak mak aku umor 2 tahun lagi..

2. mase mak long mandikan arwah nenek waktu petang dia ade bagitau nampak kain putih melayang2 terbang dalam bilik tuh..tp mak long kate mne ade kain putih..

tuh arwah nenek belah mak....ni plak arwah atok belah ayah..benda2 ni pn jadi mase dia dah tak sihat

1. ade skali tuh nampak dia seolah2 tgh berborak2 ngn sumone kat tingkap..sambil gelak n senyum.. kalau kitorg tutup tingkap tu dia marah..dia kate nanti kawan dia nk dtg teman dia borak2

2. kadang2 nampak dia seolah2 memanggil sumone..tp kitorg tak kenal sape yang dia panggil tuh
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 10:50 AM | Show all posts
awek_ganu posted on 11-11-2014 09:53 AM
Al fatihah utk ahli keluarga forumer y tlh meninggal dunia...

al fatihah...

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 11:12 AM | Show all posts
mak sy jaga arwah ayah kt spital...mcm2 yg ayah sy citer kat mak apa yg dia nampak...mak sy pun layan je...dia nampak gak ada org dtg..dia gtau ada org dtg jenguk dia. pastu nampak gak ada jalan lurus yg terbentang dpn mata...tetibe jln tu dh berpecah2 jd byk lorong...byk kali gak katanya..pastu kalo ada org yg meninggal kt wad tu...dorang g la melawat...pastu ayah sy diam je...dia sedih kata mak sy..pastu lak ada time yg dia paksa mak sy g beli kuih talam fevret dia..dkt je ngan spital tu..tp kena jln kaki...mak sy pun p la...ada gak dia mtk abang sy beli nasik ayam...benda yg dia jrg mtk..masa tu sy dah bule agak instinct sy kuat gtau ayah sy dh nak smpai ajal...huhuhu

pg hari yg dia meninggal tu..mak sy nk blk mandi n tukar baju pun dia berat ati x bg blk..sket2 kol soh dtg cpt temankan dia...huhu. dia ckp kang ptg kita blk umah sama2...n ptg tu jugak la ayah sy meninggal kt spital..kt pangkuan mak sy n dorang blk umah sama2 tp hanya jasad ayah..tp masa nak meninggal tu...mak sy nampak ayah peluh2...pastu nampak cm roh gerak2 ke atas naik ke ubun

time tu sy kt penang...g mlawat time weekend je...tu pun yah tanye nape x g klas...huhu...terkilan sbb x jaga dia time kt spital...sapa2 yg masih ada parents....hargaila mereka selagi masih ada hayat.

sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2014 12:00 PM | Show all posts
ayah aku sblm nak meninggal cam dlm sebulan dua b4 meninggal tetiba tglkan pesanan... tapi kitorg anggap cam main2 jer... so aku mmg x igt sgt apa yg ayah aku pesan.... menyesal weh....

pas tu masa dia sakit2 tu (BP dia start turun2 jer) mak aku melawat dia kat hospital... dia kadang2 ckp merapu... dia kata ada kwn dia datang... suami isteri ngan anak... siap salam2 lagi... tapi mak aku tak nmpk....

malam b4 ayah aku meninggal mmg dia merapu... dia rasa cam dia dlm van... dia nmpk rumah tapi van tak berenti la... van tak der bumbung r.... sambil taip ni pon aku rasa sedih.... aku still igt lagi keadaan tu....

esok pagi nyer doc call suh datang hospital... doc nak tukar ubat... so nak mintak kebenaran... ayah aku sihat jer pagi tu... siap leh gelak2 lagi... tapi pas prosedur tukar ubat tu... dia tidukan ayah aku... last2 ayah aku tak bangun2... huhu.... plg aku menyesal aku tak salam dia dulu... aku just ckp nanti jap lagi kita jumpa eh ayah.... alamak da nangis la pulak aku ni.... smpi skrg aku tak leh tgk org atas katil hospital... even dlm tv sekali pon... aku rasa sedih jer...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 01:36 PM | Show all posts
masa arwah ayah sakit, kakak + mak yg jaga kat spital
kakak citer 2/3 hari sblm arwah meninggal, ayah bgtau nmpk rama2 byk sgt terbang dekat dia..
tp kakak takmnpk...tp mmg dah sedia dgn sebarang kemungkinan

al-fatihah untuk arwah ayah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2014 01:46 PM | Show all posts
WawaRaRa posted on 11-11-2014 12:00 PM
ayah aku sblm nak meninggal cam dlm sebulan dua b4 meninggal tetiba tglkan pesanan... tapi kitorg an ...

ye bro ...
saat saat 2-3 hari arwah ayah nak pergi ....arwah ayah terlalu baik sangat ngan aku ...katanya kalo ada pape bgtau lah pada ayah ....
esoknya dia baring baring terus koma ...dalam ketika koma tu cakap merapu rapu padahal mata pejam ...."ayah nak balik" ayah nak balik ... ....terus kami sekeluarga panggil ambulan hantar ospital ...terus masuk ICU ...
malam tu dalam kol 11 lebih ayah pergi buat selamanya ....
aku rasa sedih tak sempat salam minta ampun pada ayah ....

al fatihah buat arwah ayah ....

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 02:06 PM | Show all posts
arwahayah sebelum meninggal dia kerap dengar org panggil nama dia, arwah membebel kata ruang tamu semak sangat dia serabut sampaikan dia pergi punggah barang2 dan asingkan brg2 dia dari brg2 kami, aku tanya kenapa asingkan, arwah diam je..paling tak boleh lupa album gambar family, arwah keluarkan semua gambar2 dia dari dlm album tu.. sehari sebelum meninggal dia mintak aku buatkan megi goreng hari masa nak berbuka, dia mintak pulut kuning tapi pulut kuning tak sempat nak buat..terkilan sangat, katanya teringin sangat nak makan pulut..esoknya hari last puasa 2010 5.15am arwah pergi selamanya, pesanan arwah masih terngiang2..
sama jugak macam arwahmak, selalu dengar orang bagi salam nak masuk rumah..sampaikan aku ulang banyak kali pergi depan pintu menjenguk mmg takda sesape pun..tanda-tanda arwahmak arwahayah byk persamaan and both meninggal sebab kanser



alfatihah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.056096 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list