CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8612|Reply: 47

kasihku dirampas tanpa rela.

[Copy link]
Post time 10-8-2014 04:38 AM | Show all posts |Read mode
salam warga forum.

baru2 ni isteri saya kantoi curang dengan orang yg saya sgt kenal rapat. mamat ni mmg kasanova. kaki main bini orang. sampai saya kawan dia pun dia makan. ishkk.. benda ni buat saya takleh pikir.

masalah dan tekanan emosi melampau yang saya alami skrg ialah:

lepas kantoi je diorang ni. saya terus jumpa isteri yang berada di rumah mertua saya di utara. kantoi pun hanya bukti sms. dan pengakuan dari si mamat tadi setelah saya jumpa dia. ok berbalik cerita pada saya jumpa isteri tadi ni.. dia takleh terima kenyataan yg dia dah kantoi. bg dia mamat tu bagus.. baik.. penyanyang dan segala2nya. saya ceritakan pada dia sape mamat tu sebenarnya. dia telan gak tapi tak semua. katanya takmau dengar sebelah pihak. masalahnya pihak yg sana takkan lah nak ngaku yg dia buaya. habis bab tu. setelah berbincang dia mengaku dah tak cinta kat saya. cinta kami telah berjaya diambil oleh mamat tu.(satu kenyataan yg sukar saya nak terima).

lepas bincang lagi sikit dia ngaku dah taknak kontek lagi mamat tu tapi sgt sukar dia nak lupakan disebabkan ayat manis mamat tu(saya kenal benar si mamat ni mmg kasanova level dewa). saya ajak berbaik dan pulihkan semua ni kepada keadaan asal sebelum berlaku semua ni walaupun sangat pahit bg saya. demi anak2 kami yg masih kecil saya taknak rumahtangga kami hancur berderai disebabkan cinta palsu mereka. isteri mmg keras hati sikit. dia mahu cerai gak ngan saya. alasannya dah tak cinta. takleh nak ada ikatan lagi.

bagi saya cerai ni buatkan benda lagi teruk sbb kami ada anak yg masih kecil. tp si isteri tetap mcm saya kata tadi. keras hati yg melampau. sehingga suatu hari dia jadi lain. maki2 saya. asal cakap je mesti tengking. even benda yg kecil pun mesti kena guna suara tinggi dan ayat kasar. kdg2 depan mak bapak dia dia kasar ngan saya. walaupun malu dgn situasi mcmtu tp saya tetap bersabar dan maafkan dia atas dasar sayang lagi. dia tetap kasar ngan saya. sampai makin teruk. katanya selagi saya tak lepaskan dia akan terus seksa batin saya mcmni. saya hanya mampu nasihat suruh istighfar dan ingat Allah sebab saya masih suami. tak elok buat saya gini. walaupun hanya tuhan yg tahu hati saya waktu tu rasa diri bagai sampah. bukan takmau cerai. saya sayang anak2. saya takleh pisah ngan mereka. isteri pulak minta semua nak kat dia. nak cerai, nak kedua2 anak. saya ni ibarat kata "syohh pi main jauh2"

ahh.. sungguh berat apa yang saya lalu saat ni. isteri siap ugut kalau tak lepaskan dia akan buat maksiat biar saya jadi dayus. ibu mertua pun benci kat saya. sebelahkan anak dia yg terang2 dah nusyus sgt2 tu. dah la taknak balik umah. pastu curang. pastu dah kantoi dia pulak nak semua zuriat dan suruh saya berambos dari idup dia. adehh tuan2/puan2.. saya hampir gila. takde undang2 rasanya yg boleh sebelahi saya waktu ini. sebab hak penjagaan mmg dapat kat ibu dalam tempoh hadanah. kalau nak kira hak penjagaan ujung minggu.. saya ni orang selatan duk di selatan. isteri pulak utara. mmg kalau pikir mmg susah la saya nak jumpa anak selalu. dari segi faktor ekonomi lagi. saya bukan org kaya. ibarat kata saya ni macam mati dibunuh. saya kena telan benda yg saya tak sangka. saya tak sangka isteri yg selama ni setia berubah jadi kejam lepas kenal ngan si jantan B**I tu(dah geram amat ni). umahtangga kami punah setelah 4tahun kami bina. isteri paksa saya tinggalkan dia dalam keadaan saya sayangkan dia dan anak2. saya tau bukan salah dia sgt. jantan tu mmg pandai main kata2. pandai buat janji manis. kat bibir ada tanam tebu kata orang.

sape2 pakar motivasi kat sini boleh bagi saya nasihat sedikit sebanyak sbb saya dah takleh pikir waras dah time ni. terlalu hebat tekanan saya lalui saat ni. semalam dia halau saya dari umah mak dia tengah2 malam. skrg ni saya masih diutara. duduk umah kawan sbb masih cuti lagi. adakah saya ni bodoh sebab masih sayangkan dia setelah apa yg dia buat semua ni? saya taktau lah. hati ni kuat sayang pada dia dan anak2 walaupun saya tau dia dah buat saya mcmni. walaupun saya lelaki tapi takleh tahan dari nangis. tiap kali terkenang sesuatu memori saya akan nangis.. seolah2 saya dah nampak ending rumahtangga saya ni.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2014 04:44 AM | Show all posts
sedikit tambahan:

emosi dan fikiran saya pun terganggu waktu ni. sebabnya.. si mamat tu telah cerita pada ramai kawan2 dia yg juga kawan saya bahwa dia dah banyak kali buat maksiat ngan isteri saya waktu saya tiada dirumah. maruah saya dah tercemar habis dah di kampung saya. bukan kata kampung. satu pekan rasanya tau.

kawan2 boleh bayangkanlah betapa jahatnya mamat ni. dah berjaya tawan hati perempuan yg lemah. pastu cerita kat orang apa yg dia buat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 06:19 AM | Show all posts
ang xda telo.. waris pun cakap dalam lagu dia.. gadis jolobu..

laki boleh idup kalo campak dalam hutan.. sendiri mau ingat la.. keputusan apa pun kita boleh hadap dengan kering..

aku pun saspen cerita ang nie.. barua b*bi dok bikin cerita ka kisah nyata..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 10:59 AM | Show all posts
Pi repot polis n pej agama la bro..ape lg maw tunggu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 11:15 AM | Show all posts
Saudara,

Gunakan 'pengakuan' lelaki tersebut dan kumpul bukti isteri nusyuz sebagai langkah2 untuk mendapatkan hak penjagaan anak.  Rasanya hak penjagaan anak akan gugur kalau terbukti ibu tidak layak dan  berperibadi buruk.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 11:20 AM | Show all posts
intriQue posted on 10-8-2014 11:15 AM
Saudara,

Gunakan 'pengakuan' lelaki tersebut dan kumpul bukti isteri nusyuz sebagai langkah2 untu ...

betul kate awak intrique... ape yg lelaki tu katekan rekod.. bukti segala ttg isteri kamu... dan berdoa pada Allah... mohon kekuatan.... manusia sebegitu masih ade didunia...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2014 11:53 AM | Show all posts
Tanda akhir zaman.......Patutlah sekarang banyak wabak penyakit dan perang-perang yang mengakibatkan ramai orang tak bersalah terbunuh. Apalah dah berlaku kepada dunia ini.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 12:34 PM | Show all posts
saya faham perasaan tt...sbb sy pun pernah mengalami benda yang sama....tt da boleh buat tuntutan kembali taat kepada mahkamah dan kalau x jalan juga terus buat tuntutan nusyuz....perempuan yang jenis hati keras ni susah nak patah balik...kalau dah tak tahan pilihan ada di tangan tt....tt lelaki bnyk lagi yang lebih baik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2014 01:13 PM | Show all posts
Yang penting adakah anak anak atau isteri. Nampaknya cam isteri isteri isteri je banyak disebut.

Kalau dah dia tak nak kenapa nak paksa. Apa kata bercerai secara baik. Pastu pujuk dia sama sama jaga anak anak. Kalau dia nak jaga pun, berbaiklah juga suapay dapat jumpa anak2.

Pasangan yang bercerai ni kebanyakan nak win all lose nothing. Semua nak bolot.

Kena ada toleransi. Ni semua utk anak2.

Tak guna paksa. Tapi kalau u nekad sangat nak anak2, then kena buktikan she is unfit to raise ur children. Tapi kalau ibu nak jumpa ngan anak2 then go ahead jangan halang.

Problem adalah dengan anda berdua, jangan libatkan anak2 dalam kemelut anda berdua.

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 03:28 PM | Show all posts
Isteri you dah gila bayang dengan lelaki kasanova tu..
tiada apa yang you boleh buat untuk dia sedar diri buat masa ini..
i nasihatkan you buat cam Awie..

kalau dia nak bercerai untuk bersama dengan lelaki tu, hak penjagaan anak you dapat..
kalau dia tak mahu, you sabar dan tabah..
ignore jangan layan maki hamun dia dan layan anak2 dengan baik..
try untuk tenangkan hati..

dalam hal ni bukan you bersalah tapi isteri dan lelaki itu..
jadi tak de apa yang you perlu takut atau kesalkan..

Kalau dia sanggup bercerai, you ceraikan dengan baik..
anak2 you jaga sebaik mungkin kerana anak2 aset masa depan anda..
kalau pun mereka berkawin, mereka tidak akan bahagia kerana kasanova tu tak akan berubah..

Percaya dengan i bila i kata one day dia akan menyesal...dan mungkin merayu pada you balik..
dia sesuai dengan lelaki tu..both are selfish..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bro,
my best fren (dulu) pun ada mslh sejibik cam u.

i guessed mslh start sbb mrk kahwin x sekufu dr segi pendidikan n maybe reta.
i dunno wat urs.

lepas cinta melayang ikut tingkap, suddenly his wife, decided my besties tu bkn la lelaki yg baik sesuai utk dia, dan mulala ngungkit itu ini, n lastly ada boifren baru.
ekceli dia citer ngan i semua, as a friend i dgr tp never take sides.

Like ur wife, his ex tu pun kemain juga maki2 my besties. Mmg sedih, bro, tp mungkin itu yg terbaik for both of them.
Jenuh berdrama, they divorced.
anak kecik ms tu.

now my fren dh kawen lagi (adala 2,3 thn dia mendudA), n last time we talked nmpak isteri baru dia sgt sygkan dia, siap masak2 lg..

so  jgn sedih bro.
cinta x ble dipaksa.
jgn salahkan sesiapa benda ni terjadi, just move on, n baiki je diri.
moga ada rezeki n jodoh yg lebih baik for u in future.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 08:33 PM | Show all posts
jgn bengang kat lelaki tu je ... it takes 2 to tango, kate omputih ... err ... boleh dpt ke hak penjagaan pd sorang pompuan mcm tu? tp u nk berebut anak2 ... y? u boleh jaga? or u ade org yg boleh bantu u jaga? or u nak sbb takut anak2 terabai? nape u nak sebenar2nye?

u sayangkan ur wife? yg mengikut cite u dah buat n ckp mcm2 kat u .... emmm .... sthing is not right somewhere. dia marah n halau u ... mak dia tau ... n mak dia x kate ape? x buat ape? satu lg emmmm .....





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2014 08:52 PM | Show all posts
ye.. dia ugut yg dia akan nak juga anak2 tu. di seperti nak saya merana tanpa sebab. tu yg saya hairan tu. saya jadi kesianlah tgk dia mcmtu. bg saya yg maki2 saya skrg ni bukan dia. sebabtu saya masih sayang. misal kata saya ikut cakap dia. anak bagi kat dia.. pastu ceraikan dia. tinggal saya sebatang kara. pastu dia kawin ngan kasanova bodo tu sampai kasanova tu dah boring ngan dia. dalam pada tu anak2 bole dapat kat kasanova tu betul tak? sebab mereka dah suami isteri. saya takleh terima perkara ni terjadi. orang yg rosakkan mahligai saya dapat anak saya. tah la. mmg saya skrg ni mcm tak waras. saya manusia biasa. tahap saya bukan tahap nabi lg. saya rasa takleh tanggung ni semua. sebab ending kami berpisah mcm kejam giler.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2014 08:56 PM | Show all posts
yg saya tahu saya hantar isteri ke rumah mertua masa awal puasa sbb dia nak uruskan hal tanah mak dia.. pastu tiba2 mcmni. saya masuk bilik kami yg kat umah johor tu saya bukak almari saya nampak banyak barang2 kesanyangan dia masih ada dia tinggal. hati saya kuat kata masa dia pergi tu dia tak berniat pun nak tinggalkan saya. kalau dia niat mesti dia bawak semua tu. bukan byk sgt pun. maknanya ada sumthing happen masa sepanjang dia duk kat umah mertua.

sejak azali mertua mmg tak berapa suka kat saya. awal tahun aritu dia hampir2 berjaya pujuk isteri saya supaya mintak cerai. tapi masatu takde babitkan cinta org ke3. isteri saya berjaya saya pujuk balik. dan saya berjaya bawak dia pindah ke johor.. tapi kalini.. hmmmmm..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2014 08:06 AM | Show all posts
Salam.  Maaf tak membaca semuanya.  Anak ko lelaki ke perempuan?  Kalau ibunya nikah lain, anak perempuan dpt kat ko.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2014 08:56 AM | Show all posts
botikus posted on 10-8-2014 08:56 PM
yg saya tahu saya hantar isteri ke rumah mertua masa awal puasa sbb dia nak uruskan hal tanah mak di ...

kenapa mak mertua x suka? x sekufu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2014 09:34 AM | Show all posts
Baca sini

TT, kalau semua tindakan di atas sudah dilakukan dan masih tidak memberi kesan... elok lepaskan dia saja.  Semoga TT dpt terus bersabar.  Apa2 pun, yakinlah bahawa dgn musibah dari Allah ini pasti ada hikmah besar yg tersembunyi.

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2014 11:16 AM | Show all posts
Kesian kan kat tt.....dapat isteri yang curang, lepas tu nak minta cerai lak....patutnya minta maaf dan perbaiki kesalahan kerana tt da maafkan kesalahannya....soal hati, kasih dan sayang boleh pupuk jika mahu...terangkan hukum hakam ini kepada wife....bawa berbincanglah dgn wife, bahwa si kasanova itu belum tentu membahagiakan...

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2014 12:21 PM | Show all posts
salam tt..

tahniah la sbb ko antara lelaki baik yg tinggal kat malaysia ni. aku rase kalo lelaki lain bini ko dgn si kasanova tu dah selamat dah kena balun.

skrg ni ko tnya diri ko, ko nak ke hidup bersama isteri ko lagi? ko sanggup lupa kan ape yg dia dah buat? kalau ko sayang n ko sanggup, aku rase tak salah ko nak usaha utk memperbaiki hubungan and keadaan. usaha dan doa. DOA ye. tu adalah senjata esp org2 teraniaya. at the same time..sabar. jgn gopoh buat keputusan ape2.

bab anak tu, aku rase kalau dah terang2 wife ko nusyuz and ko boleh buktikan, anak2 dpt kat ko. tapi cmana pun jgn lupa wife ko tetap ibu dunia akhirat kepada anak2 ko. jgn putuskan hubungan ni. ko cuba la yg terbaik.

sebelum nak decide satu perkara tu, aku rasa elok la ko buat solat hajat mintak dilorongkan hati ko ke jalan terbaik. terbaik doesnt mean both of you will get back together. maybe jodoh tak panjang, tapi kalau itu yg terbaik, terimalah. percaya pd perancangan Allah.

aku doakan semuanya dipermudahkan utk ko..and aku harap ko kuat, sabar dan tabah menghadapi dugaan ni.. good luck tt
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2014 12:48 PM | Show all posts
ini pandangan saya.

1. seorang isteri kena laksanakan tanggungjawab dan.....kena taat kepada suami.....sebab syurganya adalah redha suami.....tapi malangnya...dia buat maksiat diluar.....

2. tugas suami kena menjaga isteri dan anak anak....andaikata ia gagal dilaksanakan....tidak hairanlah sang isteri akan mencari orang lain....walaupun is haram....

3. nasihat saya......jika nak ubah...apa yang telah berlaku.....kena bermuhanajah....suami dan isteri....kena bina keluarga untuk taat perintah Allah.....terutamanya sang suami sebagai ketua keluarga......kena ubah cara hidup.....terutamanya amalan kekeluargaan islam.

4. sifatnya tidak menghormati  suami....menunjukkan tiada lagi nilai....dan adab sebagai pasangan suami isteri.

5. kalau saya...jadi kamu....2 pilihan yang ada....samada terus..untuk memperbaiki keadaan atau berpisah...bincanglah dengan cara yang baik....sebab rumahtangga ada akhlaknya......dan melahirkan perasaan sayang diantara satu sama lain. sebagai seorang suami dan ayah.....dan sebagai ketua keluarga peranan kamu adalah mendidik keluarga kamu.....hanya kamu yang lebih mengetahuinya.....

6. tanggungjawab ayah dengan anak tidak boleh dipisahkan dan diputuskan walaupun dengan berlakunya penceraian....still kena laksanakan..... bermakna...hak kamu dan anak masih kekal...cuma kekerapan berjumpa sahaja yang menjadi halangan.....

7. andainya perpisahan berlaku......hubungan kamu dengan isteri tetap boleh diteruskan...but apa yang halal bagi kamu sebelum ini....telah menjadi haram......dia tetap seorang wanita.....

8. ketahuilah.....ikatan suami isteri...terletak pada ikatan rohani.......jika ia gagal.....ibarat tiadalah istilah rumahtangga.......

9. gaulilah wanita dengan lemah lembut dan berkhikmah........sebagaimana nabi ajar....jika kamu keras....dia akan patah...dan jika kamu lembut.....dia akan bengkok.

10. kuasa talak atas kamu.....gunakan dengan sebaik mungkin....

11. jika kamu gagal mendidik....maka kamu akan dianggap dayus...

12. tiada istilah siapa menang, siapa kuat, siapa berjaya.....yang ada adalah AMANAH.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.067318 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list